Rabu, 14 Ogos 2013

Taman Syurga









Aku tinggalkan taman syurga...
Kini telah sampai di pulau neraka...

Suatu keputusan bodoh dan banggang...

Taman syurga yang penuh menawan,
Penuh indah,
Mempesona..

Segalanya asli,
asal,
semulajadi,
segar..

Berhimpun dan berkongsi
Tiga jenis mahkluk
Manusia, haiwan dan tumbuhan..

Ketiga-tiganya berkongsi ruang dan masa..
Berkongsi susah dan senang..
Berkongsi manfaat dan mudharat...

Di taman syurga itu..
ada pohon sawit hijau damai warnanya...
ada pohon durian, rambutan, manggis, pulasan, nangka, kedondong, kelapa, tin...
ada pohon mangga yang baru mula tumbuh membesar...
semuanya adalah hijau yang mendamai...


Taman syurga itu juga punya banyak hiasan..
Ada orkid, puding, lidah buaya, bulu ayam emas, lidah jin,palma tanduk rusa, siantan,pinang, santalia, paku gajah...


Dalam ruang yang sama itu juga...
Medan mainan pelbagai haiwan...
Biawak dengan terendap2 melintas laman...
Malamnya pula giliran musang...
Paginya pula kicau burung berkumandang...
Ada tiung, tekukur, murai, belatuk, kelicap..
Mereka berkongsi dengan tumbuhan...
Meminta sedikit makan...
Semuanya sangat aman dan damai...

Taman syurga itu juga ada parit...
Kini ditumbuhi rumput2 hijau yang segar meninggi..


Ini adalah taman utopia
suatu jelmaan dari syurga...


Kini semuannya hancur musnah...
dek kerna panggilan Pulau Neraka tue...
Bangsat...bangsat...bangsat...



Tiada ulasan: