PUKI DAN KONEK Penipu....Pendusta... Kau pandai bermain bait kata... Berbicara manis tanpa rasa dosa... Sehingga melupakan janji cinta setia... November... Bulan bermula segalanya... Dan boleh jadi berakhir segalanya.... Bulan dan bintang... Laut dan pantai... Malam dan siang... Itulah regunya... Itulah pasangannya... Tanpanya... Hidup tak bermakna... Tak punya cerita.... Apatah lagi serinya... Dunia bukanlah segalanya... Ianya cuma sementara... Segalanya sementara.... Bukan hanya pada namanya... Tapi juga segala isinya.... Bulan bisa mengkhianati bintang... Laut bisa menghakis pantai... Malam bisa menutupi siang... Saat itu terjadi... Barulah kita mengetahui... Mengerti... Memahami... Yang setia itu tiadalah abadi... Yang cinta itu bukanlah selalunya suci... Mulut-mulut munafik... Puki dan konek... Hati berbau taik.... Konek takkan pernah rasa puas... Puki pasti suka dalam rasa lemas... Konek mahu lebih rasa puas... Tapi sayangnya puki diameternya makin luas... Konek sudah jemu.... Puki tiada lagi bermutu... Mahu sahaja ditinggalkan puki begitu.... Tapi takut puki melakukan sesuatu.... Puki dapat tahu... Yang konek sudah jemu... Jadi tanpa konek tahu... Puki bermain dengan konek yang lagi satu.... Puki dan konek... Puki chantek... Konek romantik... Mereka dulunya regu yang gedik... Namun kini, semuanya serba tak jadi... Sudahlah... Segalanya tidak selalunya indah... Cukup masa datang pula musibah... Menghancurkan janji-janji indah... Yang pernah dahulu kita sembah...
Jumaat, 2009 November 13
Labels: puisi
Sabtu, 2009 Oktober 24
M.E.R.D.A.H.E.K.A. Kanlah aku kembali…. -Cetera Tiga- Kemudian daripada telah diceterakan oleh Bakal Raja itu kepada ahli al-musyawarah wazir menteri pengasuhnya segala ehwal perbahasan yang berlaku di antara Burung Pipit dengan Kuda Putih itu sekonyong-konyong kedengaran suara yang dilafazkan oleh seekor Burung Layang-Layang daripada sarangnya yang di dalam balai penghadapan itu berdatang sembah dengan sayup-sayup bahasa seolah-olah dengan berpilu hati oleh mengenangkan nasib Burung Tekukur itu, demikian bunyinya: "Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, dibunuh patik mati, digantung patik tinggi, direndam patik basah, dibakar patik hangus, harap akan diampuni patik kiranya Tuanku. Terlebih dahulu daripada wazir menteri "pengasuh" Tuanku menimbangkan perbahasan yang berlaku di antara Sang Pipit dengan Kuda Putih itu biarlah patik hubungi sedikit lagi perkataan kak Sang Pipit itu serta diharap moga-moga perkataan patik yang akan terhurai ini kelak akan menjadi suluh pada menerangkan segala ehwal yang telah berlaku di atas diri kak Sang Tekukur itu." "Adapun kak Sang Tekukur itu ialah seekor daripada sebangsa unggas yang mempunyai dan memerintahi sebuah negeri pada zaman purbakala dengan merdahekanya akan tetapi oleh sebab diketahuinya yang keadaannya sunyi daripada ilmu-ilmu yang terwajib akan memeliharakan keselamatan kemerdahekaannya pada masa yang akan datang terpaksalah ia dengan muka yang jernih hati yang putih (bukan dengan peperangan, ingat-ingat Tuanku!,. Jangan sampai dikata-kata oleh bangsa-bangsa lain Tuanku zalim) menyerahkan negerinya bernaung di bawah panji-panji kerajaan Tuanku yang telah didengarnya amat mashyur pengasih lagi penyayang serta adil dengan insaf konon, dengan bergantung harap kak Sang Tekukur itu laksana anak menggantungkan harap kepada bapa. Demikianlah dianya berharap kepada Tuanku supaya dilatih dan diberi pelajaran ilmu kemerdahekaan kepada anak cucu hamba rakyat bumiputranya yang diharapnya dengan wasitah ilmu yang akan Tuanku ajarkan itu kelak mencapailah mereka itu kepada kemerdahekaannya, kemuliaan dan kekayaan seperti keadaan Si Burung Undan itu. Maka pada masa ini, ampun Tuanku, nampak-nampaknya pernaungan kak Sang Tekukur di bawah panji-panji Tuanku itu telah menyebabkan dianya terpenjara atau sengaja dipenjarakan di dalam sangkar emas sepuluh mutu yang tidak sekali-kali disangkanya akan jadi balasan ketaatan dan kesabarannya dengan menanggung beberapa sengsara memakan hati berulam jantung di bawah kuit telunjuk Tuanku selama ini sehingga boleh dikatakan belum sekali jua pun dianya membantah apa-apa perkataan atau kehendak Tuanku melainkan sentiasalah ia sedia menanti titah perintah Tuanku apabila Tuanku kehendaki dengan mengangguk mengeluarkan perkataan "tur, tur" (yakni benar, benar). Sesungguhnya apabila teringat olehnya akan nasib kemalangan (padi disemai menjadi lalang, ayam di tangan disambar helang) yang berlaku di atas dirinya pada masa ini dan terkenang pula olehnya akan kemerdahekaannya yang dimiliki pada zaman purbakala sepatut-patutnyalah ia menangis kerana telah dirasai dan diketahuinya bahawa adalah kemerdahekaannya yang terdapat dengan ilmu yang sedikit pada zaman purbakala itu terlebih elok daripada bersangkut-paut dengan sahabat yang sungguhpun bijak tetapi zalim, ****************************************************************************
* - dua biji telur burung Tekukur yang sedang menunggu masa untuk menetas di laman rumah saya -...
yakni sarang yang diperbuatnya daripada ranting-ranting kayu dengan ilmunya yang sedikit pada zaman purbakala itu terlebih baik daripada sangkar emas sepuluh mutu perbuatannya Si Burung Undan yang menjadi penjara bagi kak Sang Tekukur itu pada masa ini, atau makanannya daripada sayur keladi pada zaman purbakala terlebih lazat daripada mutton chop yang berisi acid di dalamnya, ataupun tilam yang hapak pada zaman purbakala itu terlebih molek daripada mattress bertekatkan emas sepuluh mutu yang berisi kala jengking di dalamnya, demikian jua sepatu yang diperbuat daripada upih pada zaman purbakala terlebih elok daripada shining boots yang senantiasa menggigit dan mendatangkan pekung pada kaki, baju yang diperbuat daripada kulit terap terlebih cantik daripada baju tuid (tweed) yang diperbuat daripada daun jelapang, air minumannya daripada air tasik danau yang ada di cerung-cerung gunung yang tinggi pada zaman purbakala itu terlebih lazat daripada air tapisan yang jernih seperti air embun yang bercampur dengan poisonous lotion, demikianlah Tunaku ibaratnya.
p/s: untuk lebih memahami cerita ini, disyorkan agar membaca dari cetera pertama dan cetera dua....
Labels: cereka
Jumaat, 2009 Oktober 23
MALAM JUMAAT, MALAM KAU MEMANTAT!!! Malam kelmarin nan senda…, Dibawah terangnya bulan purnama…, Mereka berdua berasmara…, Dengan hilai-tawa mesra…., Diatas ranjang yang sama… Bermula dengan kucupan…, Disusuli dengan belaian…., Diteruskan dengan usapan…, Membuatkan mereka lemas dalam keasyikan…. Ding…dong… Genta itu tak bermakna buat mereka…, Mereka asyik dibuai pawana asmara…., Biarlah guruh bergempita…, Badai bergelora…., Garuda bermaharajela…, Namun si Uda rakus kayak bagung sama wanara…, Menyelongkar segenap isi ruang milik si Dara… Bagung itu Uda…., Wanara itu Dara…, Walau mereka dari spesis berbeda…., Tapi fiil mereka sama sahaja… Yang aku ini langsung tiada disapa…, Dibuatnya aku macam tunggul tak bernyawa…, Tak punya suara mahupun kata…, Walau aku punya hak untuk berbahasa… Oh ya….kelmarin kan malam jumaat…, Malam sunat, malam penuh nikmat…., Diatas ranjang mereka beribadat…, Melupakan segala janji cinta keramat…, Yang kononnya dihati kau, namaku sudah terpahat…, Namun kini didepanku kau memantat…, Celakalah kau wahai si laknat!!!….
p/s Teringin nak ada baby seorang boy n sorang gurl....Yang gurl nak bagi nama "ALIZA" dan yang boy plk nak bagi nama "FARIS HAIKAL"....Apa yang FARIS HAIKAL leh buat, ALIZA tak leh buat....Tapi apa yang ALIZA tak boleh buat, FARIS HAIKAL leh buat....Apa yang ALIZA boleh buat pun, FARIS HAIKAL tetap boleh buat juga....
Jantan memang camtu...apa yang depa nak...pasti depa dapat....fuck....
Labels: coretan emosi, puisi
Selasa, 2009 Oktober 20
JUDUL BUKU : KISAH SAYA PEJUANG ISLAM PENULIS: ED HUSAIN PENERBIT: ZI Publications Sdn. Bhd. NO. ISBN: 978-967-5266-02-7 TAHUN TERBITAN: 2009 "Kisah Saya Pejuang Islam adalah tepat pada masanya… Gambaran oleh Husain begitu mendebarkan… Ia adalah amaran kepada kehidupan satu budaya di Britain, ia membawa anda kepada pemikiran golongan fundamentalis muda." -Observer- "Sebuah memoir yang berani… Eksplosif" -Evening Standard- "Kisah Saya Pejuang Islam sepatutnya digunakan sebagai ubat. Apapun prasangka anda, ia akan memakannya seperti asid" -Daily Telegraph- "Pengisahan yang amat jelas dan mendebarkan" -Guardian- "Menyakitkan … lebih daripada sekadar mengendalikan testimoni satu pemikiran yang ingin bebas daripada kepunahan ekstremisme. Ia ditulis dengan luar biasa mengenai kehidupan seorang yang membesar dalam tahun-tahun 80-an dan 90-an dengan ikatan keluarga dan pengucapan yang menyentuh perasaan … amat menakjubkan'. -Mail on Sunday- "Pandangan mendalam oleh bekas aktivis… Satu panduan yang jelas mengenai dunia negatif fahaman Islam di Britain… satu naratif peribadi yang amat kuat' -John Gray, Literary Review- "Unik… perbincangan terbuka dan terus terang mengenai kehidupan dalam organisasi Islam radikal dan member amaran penting mengenai masa depan Islam… Ia juga satu seruan kepada orang Islam awam supaya memulihkan kepercayaan mereka". -Asian Leader- "Satu pendedahan yang mengejutkan mengenai kehidupan dalam kumpulan pejuang Islam London yang sedang merebak.' -London Paper- "Satu rayuan yang keras untuk toleransi… Sesiapa yang berminat mengenai bgaimana ekstermis Islam mengukuhkan cengkaman mereka di negara ini sepatutnya membaca kisah dalaman daripada bekas pejuang Islam radikal". -Memo-. "Memberikan wawasan penuh bermakna' -Daily Express-. Penceritaan yang dimulakan dengan kisah-kisah penulis sewaktu meniti usia kanak-kanak sehinggalah dewasa, menjadikan karya ini mudah difahami oleh pembaca tentang sejarah-sejarah lampau yang mewarnai diri penulis. Memang begitulah ragamnya bagi setiap gaya penulisan karya bergenre memoir. Namun dalam karya berjudul "Kisah Saya Pejuang Islam" ini, imbauan-imbauan penulis disaat usia kecil tidaklah dipaparkan seperinci mungkin seperti mana memoir-memoir yang pernah saya baca sebelum ini. Memoir ini secara generalnya menyentuh tentang pergolakan dalaman jiwa seorang remaja Muslim yang dibesarkan dalam suasana masyarakat yang majoritinya bukan beragama Islam selain persekitaran-persekitaran yang berlegar di sekeliling penulis mendorong penulis ini mencari jalan keluar dari setiap persoalan-persoalan dan permasalahan-permasalahan yang menghantui benak penulis ini. Bermula dengan cacian, makian, hinaan, sidiran terhadap aliran-aliran gerakan Islam yang lain sehinggalah di garisan penamatnya, penulis ini melihat bahawa aliran gerakan Islam yang dicaci, dimaki, dihina dengan perkataan dan sangkaan yang agak nista sebelum inilah, yang merupakan jalan keluar yang terbaik dari konflik yang sedang beliau alami ketika itu. Bermula dengan pembacaan karya Gulam Sarwar yang berjudul "Islam: Beliefs and Teachings", penulis mula mempertikaikan Islam yang sedang dianuti oleh beliau dan keluarganya dari dulu lagi iaitu lebih-lebih lagi Islam versi datuknya yang berasal dari India. Hal ini kerana, melalui pembacaan penulis dalam buku tersebut, Gulam Sarwar menegaskan bahawa Islam dan politik merupakan dua elemen penting yang saling berkaitan dan ia bersatu dalam segenap hal tanpa boleh dipisahkan. Perkara ini boleh difahami dari baris-baris pertama dalam buku Gulam Sarwar yang bertulis: "Agama dan politik adalah satu dan begitu juga dalam Islam. Kedua-duanya saling berjalinan. Kita sudah maklum bahawa Isam adalah sistem kehidupan yang lengkap… Seperti mana Islam mengajar kami cara mendirikan solat, berpuasa, memberi zakat dan mengerjakan haji, ia juga mengajar kami cara mengendalikan negara, membentuk sebuah kerajaan,memilih ahli majlis dan ahli parlimen, membuat perjanjian dan mengendalikan perniagaan dan perdagangan." Dari penulisan Gulam Sarwar inilah,maka penulis mula mempersoal "Islam" yang sedang dianutinya itu sekarang dan selantas itu mula mencari gerakan Islam yang bersesuaian dengan kenyataan Gulam Sarwar itu iaitu "Islam politik" dan "Negara Islam". Pencarian penulis itu akhirnya membawa kepada penglibatan penulis dalam gerakan Islam yang dikenali sebagai "Young Muslim Organisation" (YMO) yang juga merupakan cabang bagi gerakan Jamaatul Islami yang dicipta oleh Abul A'la Mawdudi. Penglibatan aktif penulis dalam gerakan ini secara tidak langsung telah mengubah kehidupan diri penulis. Penulis lebih gemar membaca karya-karya yang dihasilkan Mauwdudi seperti "Let Us Be Muslims", "The Islamic Movement", dan lain-lain lagi, mengorbankan masa dan tenaga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh YMO dan akhirnya membawa kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan. Kemunculan Hizbut Tahrir ciptaan Taqiuddin al-Nabhani kemudiaannya telah menyebabkan penulis meninggalkan YMO dan Jamaatul Islami dan seterusnya berjuang pula atas tiket Hizbut Tahrir. Perjuangan Hizbut Tahrir yang lebih jelas disamping telah mempunyai kerangka pemerintahan Islam yang hanya menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan telah membawa penyertaan penulis dalam Hizbut Tahrir. Dalam gerakan ini, penulis dilihat mula bergiat dengan lebih aktif lagi dan yang paling penting lebih radikal dan ektrem lagi. Mencaci, mencemuh, menghina, memaki serta mengherdik orang bukan Islam ataupun kafir merupakan suatu yang lazim dan bukan itu sahaja, gerakan ini seolah-olahnya menghalalkan kutukan-kutukan terhadap aliran Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Mengutuk gerakan tabligh, aliran sufi, gerakan wahabi, dan juga gerakan Jamaatul Islami yang menurut mereka gerakan ini tidaklah dapat membentuk dan membina negara Islam kerana lebih mementingkan soal-soal solat, puasa, zikir daripada usaha membina negara Islam. Maka dari pemahaman Islam yang didukung oleh Hizbut Tahrir ini, jihad dalam bentuk penyebaran-penyebaran risalah, pengajuran forum dan debat serta demostrasi jalanan adalah lebih penting daripada solat lima waktu dan juga puasa. Justeru, tidak hairanlah, jika terdapat ahli-ahli Hizbut Tahrir yang tidak solat tetapi dalam pada masa yang sama lantang bersuara mengatakan bahawa merekalah muslim sejati. Selepas merasakan impian negara Islam hanyalah suatu fantasi, penulis akhirnya berusaha membawa dirinya jauh dari dunia gerakan Islam radikal. Sudah lama dalam gerakan Islam, namun ketenangan jiwa masih jua belum dirasai malah semakin hari, jiwanya dihambat rasa kekosongan yang begitu mendalam. Sejak itu, penulis mula mencari erti Islam sebenar. Pergi ke Turki, Syria dan ke Arab Saudi dengan harapan dapatlah dia menemui Islam yang dicarinya selama ini. Harapan bahawa Arab Saudilah merupakan tenpatnya hanyalah tinggal harapan. Malah Islam versi Wahabi yang tertonjol di Arab Saudi hanya mencetuskan lagi kemarahan dan kerungsingan dalam sanubari penulis. Penulis melihat bahawa Islam versi Wahabi ini hanyalah suatu bentuk fahaman yang bersifat literal dan tidak menjangkau aspek-aspek kerohanian yang dicari-carinya selama ini. Peristiwa 11 September 2001 dan pengeboman Stesen Aldgate, London pada 7 Julai 2005, menyakinkan penulis bahawa gerakan Islam radikal merupakan suatu gerakan yang songsang dan sudah melampui batas kemanusiaan serta sudah tersasar jauh dari ajaran Islam yang dibawa dan dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW. Membunuh orang yang tidak berdosa tanpa usul periksa membuatkan penulis berasa bahawa gerakan Islam sudah sampai ke tahap yang sangat merbahaya bukan sahaja kepada orang bukan Islam malah juga kepada komuniti Islam seluruhnya. Di penghujung buku ini, akhirnya penulis melihat bahawa, Islam dan pemerintahan merupakan dua perkara yang sukar menjadi realiti dalam dunia hari ini lebih-lebih lagi setelah melihat Islam versi Wahabi yang dipraktikkan di Arab Saudi. Atas maksud itu, penulis merasakan aliran Sufi dapat mengubat barah yang sudah membiak dalam rohaninya. Kalau dulu Sufiisme dicemuh dan dikejinya, namun kini, aliran itu jugalah yang sebenarnya merupakan penawar kepada kekosongan dan kegelisahan jiwa dan rohaninya. Walabagaimanapun, saya merasakan ada sedikit kekurangan dalam karya ini iaitu hal yang berkaitan dengan Jemaah Tabligh. Penulis tidak langsung membuat ulasan tentang gerakan ini pada saat beliau sudah menjauhkan diri dari gerakan Islam radikal. Adakah gerakan Jemaah Tabligh ini bersifat positif ataupun negatif?. Perkara ini langsung tidak diulas. Hal ini kerana, menurut saya adalah suatu yang tidak adil, jika gerakan Jemaah Tabligh ini yang pada awalnya dicemuh, dikeji dan dihina kerana pengasingannya dalam dunia politik tetapi tidak langsung diberi ulasan tentang gerakan ini lebih-lebih lagi selepas penulis merasakan bahawa Islam dan politik tidak boleh berjalan seiring. Kalau gerakan Wahabi, Sufisme, Taliban, Jammatul Islami, Ikhwan Muslimin, Hizbut Tahrir mampu dianalisa secara jujur oleh penulis, kenapa tidak gerakan Jemaah Tabligh ini juga dianalisa pada penghujung karya ini. Jadi, dari satu segi, karya ini masihlah belum lengkap dan belumlah lagi dapat memenuhi kepuasan saya kerana debaran-debaran yang menghujani dada saya secara jujurnya masih tidak dapat dijawab malah boleh juga dikatakan langsung tidak diberi perhatian oleh penulis atau juga boleh dikatakan seolah-olahnya penulis sengaja melupakan kewujudan gerakan ini walaupun selepas beliau mencaci dan memaki gerakan ini pada peringkat awal dulu. p/s…terima kasih kepada cik ikan kerana sudi meminjamkan buku ini kepada saya…moga di hari lain bolehlah kasi pinjamkan buku yang lain pula ye…..

*STUKTUR ORGANISASI HIZBUT TAHRIR
Labels: agama, Ulasan Buku
Rabu, 2009 Oktober 14
Dalam beberapa dasawarsa kebelakangan ini (ceh, macam lama lah sangat!)…Bukan-bukan…Dalam beberapa hari kebelakangan ini, rumah aku sering kali sahaja dikunjungi oleh makhluk-makhluk yang dikategori sebagai makhluk berbisa/venomous…Dalam bulan ini sahaja sudah tiga kali diushya oleh pak cik Ular…Bukan ular biasa…Ular tedung atau ular senduk sebab bila angin dia datang jer, kepala dia berubah jadi senduk tapi lagi sedap jika dipanggil ular sudip…Periode pertama, yang datang ialah anaknya…Disebabkan badan dia masih kecik lagi umpama bayi yang baru lepas pantang, senanglah aku belasah dia dengan parang….Jadi periode pertama aku menang… Lepas tu tak berapa lama kemudian, dia datang lagi. Mungkin orang kampong dia tak puas hati kot dengan aku…Jadi dia ajak repeat balik tapi tak bagi tau plk bila masanya…Kali ini dia hantar budak bujang kampong dia….Masa tu aku nak gi lepak kat landskap rumah aku…Dan-dan jer aku bukak pintu, dia dah standby nak terkam aku…Nasib aku sempat elak…Aku lompat time dia nak terkam aku…Pastu dia pun masuklah rumah aku…Aku tengok, macam tak leh nak makan jer ngn budak bujang ni, jadi aku call boss aku... Aku pun teriak, : "Bapak, ular serang rumah kita!"… Boss aku pun apalagi, seumpama halilintar memanah budak yang sedang syok sepak bola kat padang, dia pun gi amik pedang samurai milik arwah pak cik aku…(Pedang buat sendiri tu..Pak cik aku kan pandai welding)….Dihayunnya pedang samurai tu kat ular tu, tapi ular yang ini memang tangkas….Memang dari segi pemerhatian aku, ular ini ada ilmu mempertahankan diri…Pastu, ular ini apalagi, dia keluarkanlah kuasa dia…Dia tukarkan kepala dia jadi senduk….Belum sempat pun dia abis transform, boss aku dah tetak dia sepantas 350km per celcius…Dia pun apa lagi..kiok…ar…Tapi dia ada bagi warning sama boss aku, yang ayahda dia akan balas dendam…. Sejak dari hari itu, kami serumah jadi tak berapa tenteram….Asyik menunggu hari perhitungan antara kampong aku ngn kampong ular tu…Sampai aku termimpi2 dibawanya…Aku mimpi yang sepanjang jalan Batu Pahat ke Senggarang dipenuhi oleh ular-ular senduk yang besar gamaknya….Time tu aku otw nak balik dari Bandar ke kampong aku…Aku terpaksa main uli acah (galah panjang) dengan ular-ular tu disepanjang-panjang jalan tu…Tapi syukur…Aku berjaya sampai rumah…Bila aku sampai rumah jer (ni kisah dalam mimpi)….Aku dengar mak aku menjerit plk (Ni dah masuk dalam dunia realiti ek)…Sah ini mesti ayahda ular tu datang…Memang betul jangkaan aku…Kali ini dia bukan datang sorang jer…Dia bawa geng 3 line sorang…Aku raasa tu nenda dia kot…Sebab kat badan dia ada kaler hitam, kuning dengan merah…Bapak aku peril dia : Ayahda ular tu pun balas jawab balik… "Kapak dengan tedung dari spesis ular ek…so dia ni kerabat gua…" "Oh, lu main geng ek!!!….takpe2 lu tunggu sat gi…", bapak aku bagi amaran…." Pastu bapak aku minta masa sikit pasal dia nak solat sat…dah masuk waktu Isyak masa itu…Mujur dak2 kampung ular ini faham agama….Bila dah siap Isyak, bapak aku aja gaduh…. Saat nak mula gaduh tu…suasana memang sepi gila…macam malaikat Maut tengah lalu…bunyi desiran daun yang bergeser dengan angin pun leh dengar…..Bapak aku dah pasang kekuda…Tangan kat pinggang…Tunggu time nak tarik keris dari sarungnya….Yang senduk ngn kapak tu plk dan siap siaga nak serang guna kepala sudip ngn kapak dia….Bila depa dua ekor tu nak buat formasi jer….Sepasukan battalion datang…Dengan van dan siap sekali dengan trak….Geng bapak aku sampai…Depa dua ekor jadi cemas….Nak lari..tapi dah kena kepung…Dipendekkan cerita, depa dua ekor tu pun jadi lauk jer malam tu…. Sewaktu dihambat dalam trak….tedung teriak kat bapak aku…. "Mana aci beb, panggil bomba, tak jantan ar lu!"…. Bapak gua balis cakap balik…. "Ada aku kisah!!!…bukan gua yang start nak cari gaduh"… p/s…Tadi kat landskap baru aku ada jibraun baru…Dia main2 tutup-buka-tutup-buka lubang ngn aku….aku tutup lubang…dia bukak balik lubang tu…aku ingat pe dia…aku angin…aku gali ar lubang tu…muncul dak lipan…dari susuk tubuh dia, aku rasa lipan ni dak tingkatan 2…dak2 baru nak naik lah katakan…cam ular ar…ajak gaduh…aku set jer…pasal aku tengok cam leh makan jer….kebetulan ka situ ada benggali…apalagi…aku capai benggali tu, kemudian aku tunjal2 kepala dia…sampai dia pening…kemudian…aku cantas dua badan dia…mayat dia aku gantung kat tiang buluh pelita landskap aku….So, aku report kat boss aku…Boss aku apalagi… dia pun pesan awal2 dgn nada penuh semangat seperti seorang patriot "Siap siaga, musuh bakal menjengah…jangan takut atau gentar…Hanya satu kata untuk pencerobohan…LAWAN!!!!"….
*Korang bayangkanlah yang boss aku tengah "bergocoh" ngn ular tedung@senduk@sudip tu...tapi aku perlu bagitau yang bapak aku tak ada misai, janggut jauh sekali lah jambang...bab baju plk...boss aku tak pakai baju cam mamat bangla tu pakai...bapak aku biasa pakai baju kemeja berkolar lengan pendek...tang seluar tu plk...ok sama citarasa ngn boss aku...tapi bab kasut tu, boss aku lebih selesa pakai selipar kulit berjenama crocodile...tapi lepas ni mungkin dia pakai jenama cobra plk kot...kalau adelah....
"Hek eleh !, pe barang bawa orang kampong lain…inikan perhitungan antara aku ngn kampong tedung…yang ko kampong kapak apa hal masuk campur!!!!"….
Labels: apa2aje



