Rabu, 21 Ogos 2013

Kejohanan Piala Malaysia 2013 : Johor DT FC vs PKNS FC & Johor FA vs Selangor


Minggu nie bukan sahaja padan muka untuk Arsenal dan fansnya tetapi juga padan muka untuk Johor DT, pasukan palsu itu.  Fans Johor DT kena terus bertahan menghadapi cacian dan makian daripada fans2 di luar sana. Bila Pablo Aimar dan Braulio Nobrego Rodriguez diwar-war dan disahkan sebagai import baru Johor DT musim depan, hal ini secara tidak langsung mungkin menganggu emosi player import sedia ada yang sedang mula mengharungi kejohanan Piala Malaysia.  Nunez terutamanya.  Sebab itu, mungkin ada kebenarannya juga komen pengendali Johor DT Azmi Mohamed yang mengatakan "pemain tidak jujur" ekoran keputusan kekalahan 2-0 di tangan PKNS.

Berbeza pula dengan pasukan Johor FA yang pada malam itu berjaya mengikat Selangor FA dengan keputusan seri 0-0 di Pasir Gudang.  Mungkin itu suatu keputusan yang membanggakan kerana rata-rata melihat pasukan Johor bukanlah pasukan pilihan lebih-lebih lagi bertemu dengan pasukan yang kini sedang memburu gelaran ke 33 kejuaraan.  Apa pun tahniah untuk pasukan Johor FA. Disamping itu, ucapan terima kasih dan tahniah juga untuk warga Johor yang datang ke Pasir Gudang bagi memberi sokongan kepada Johor FA. Tahniah atas sokongan tanpa prejudis mereka.



Sokongan tanpa prejudis dari warga Johor untuk Johor FA 

* kredit video pada fan pages Johor DT FC





Tiada ulasan: