Rabu, 7 Ogos 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Esok Raya.
Raya Aidilfitri.
Raya untuk tahun ke 1434 H.
Pelita dah pasang.
Mercun adik aku dah main.
Cumanya bunga api sahaja yang masih belum ada.
Kesian pada anak2 yang masih kecil..
Cik Joe dah sampai...
Dapat tengok dan dukung Si Epul...
Last jumpa masa ada seminar kat UKM..
Peh lama gila tak jumpa budak tembam nie...
Jumpa2 Si Epul makin tembam,
Dah pun pandai berjalan...
Kakaknya Si Yana pula dah kurang sikit malunya dengan aku...
Cumanya masih menunggu Si Hadi,
Yang dengar khabarnya jam 12 baru sampai dari Muazam...
Masih menunggu Pak Ngah dan Cik Na...
Pak Long mungkin tak balik...
Tak sabar nak dengar riuh-rendah,
Hiruk-pikuk,
Hura-hara,
Bila semua yang dinantikan nie sampai...
Rindu dengan gelak-tawa,
Rindu dengan telatah,
Rindu dengan gaduh-gaduh,
Rindu dengan tangisan,
Rindu dengan rengekkan,
Rindu dengan bodekkan,
Sepupu-sepupu ku yang masih kecil tue...
Farul, Atikah, Emi, Aliya, Amar, Faris, Fatin, Boboi, Caca, Aina...
Lekaslah sampai...
Seri dan meriahkan lah raya ini...
Moga menjadi nostalgia indah di masa hadapan...
Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maafkan atas segala khilaf (gua curi perkataan seseorang nie, khilaf..khilaf..khilaf nie) Ampun Zahir dan Batin....
.........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan