Selasa, 27 November 2012

Baby boy Cik Joe








....
.....

.......

...........

Isnin, 26 November 2012

Penakut by Yuna



PENAKUT








Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan


Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


JASAD HARIMAU TAPI HATI KUCING



Hari sabtu aku tengok game Filipina lawan Thailand...Aku kutuk players Filipina...sebab harap jer badan besar tapi lembik...kena touch sikit asyik jatuh jer...Aku tak suka tengok gaya permainan macam tue....Aku suka tengok game plan Laos...sebabnya nampak pada air muka player mereka yang main macam nak berperang...main macam nak mempertahankan negara dari diganggu-gugat negara jahat...main sungguh2...main tak pernah kenal erti letih...bukan gaya macam superstar...dan hasilnya pasukan yang dhaulunya kerap dibelasah, akhirnya semalam mereka dapat mengikat Indonesia 2-2...Game Malaysia plk...hampeh...pertahanan Malaysia tetap macam dulu...bahagian tengah macam ada dengan x ada jer...Amar Rohidan, Azmi Muslim dan Bunyamin Umar untuk game berikutnya adalah agak wajar tidak diturunkan...mAHALI jAsuli ok...nampak lah gak peranan kemasukkannya...


Aku tak mengharap sangat Malaysia menang meski bermain di laman sendiri...Yang aku cuma harapkan adalah persembahan yang terbaik daripada para pemain...biar kalah tapi kalah dengan maruah dan berprinsip...akhirnya kita kena belajar untuk menerima hakikat...tak selalunya yang kita harapkan dapat tercapai....paling kurang tidak pun kita perlu belajar dari kekalahan dan kekecewaan ini bukan????....


Jumaat, 23 November 2012

Penang Oh Penang....



Persekitaran sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup seseorang manusia itu...Orang-orang seperti aku ini, tidaklah bisa mempengaruhi susanan keadaan sekeliling tetapi keadaan sekelilinglah yang mempengaruhi gaya fikir dan kehidupan aku...sebabnya...mudah saahaja...iman di hati cukup lemah....namun...jujur aku katakan...aku benci gaya hidup di sekeliling aku....


Aku benci dengan pemuka-pemuka manusia yang jelas mengekplotasi kepura-puraan yang nyata dalam hidup mereka....mereka kononnya mahu kelihatan hebat...kelihatan ada class...mahu tampil macam golongan-golongan kelas aristokrat...namun pemahaman mereka itu tidak lebih dari sudut gaya dan penampilan sahaja....otak kosong..


Orang kampung macam aku nie...bila tiba di bandar besar macam Penang...pertama kali aku nampak orang-orangnya, aku berpandangan yang diorg nie mesti punyai fikiran hebat sehebat penampilan yang tertempel di jasad meereka...tapi bila bercampur dengan diorg...hampeh btol...otak kosong...sembang benda2 yang x cool langsung...sembang pasal muzik yang sampah...jenis fesyen yang sampah...padahal duduk hanya dekat sarang2 burung merpati sahja...tanah tergadai...maruah terus jugak tergadai....


Kemudian itu...aku terfikir ....dan banyak kali terfikir...apa orang2 Melayu penang ini bahagia dengan lifestyle mcm nie...sedangkan dengan jelas dan nyata di hadapan mata meereka, orang asing telah menjadi tuan di tanah datuk nenek moyang mereka....entah...aku patut tak perlu menyibuk kot...sebab aku bukan dari kelas bangsa politik meereka...



sebenarnya...dari satu segi aku tak boleh nak salah kan orang asing, cina terutamanya atas hal2 yang terjadi di Penang...umpama mudah...hanya kayu yang boleh tumbangkan kayu....macam gitu bangsa gak...hanya bangsa itu sendiri yang memusnahkan bangsanya ....dan dalam kes penang...mungkin itulah yang terjadi....


aku penat tengok suasana membosankan kat Penang nie....aku kalau boleh nak berambus dari tanah yang tak pernah henti2 dijajah semenjak 1786 sehinggalah kini....aku harap negeri2 Melayu yang lain jangan jadi macam Penang...Melayu hanya menumpang dan boleh dikatakan mengemis di tanah yang dahulunya kepunyaan nenek moyang meereka....mereka hanya mampu menyalak di tepi jalan, kata pemerintah mereka zalim...itu sahaja yang mampu mereka lakukan...yang kononnya kata pejuang Melayu kat Penang nie...entahlah...pada mereka tak tahu apa yang boleh diharapkan...setakat tengok diorang pakai songkok hitam, pakai spek mata hitam, pakai jeans, jalan kononnya lagak perwira supaya orang awam disekililing mereka akan cakap "wah, cool dan bergaya lah mamat nie...macam hero"...itu sahja kot yang boleh diharapkan...

Palestin : Kami Bersama Kalian


Nahmadu wanasallu naallilkarim...amabahdu...Palestin diitiraf sebagai salah satu bumi suci umat Islam.  Kesuciannya disebabkan disitu terdapatnya salah satu daripada 3 rumah ibadat yang terbesar dalam kehidupan Umat Islam iaitu Masjid al-Aqsa..Ataas sebab itulah, bumi Palestin bukanlah melibatkan soal isu kebangsaan atau kedaulatan bangsa Palestin tetapi ia merupakan suatu isu umat Islam sejagat....soal bangsa adalah suatu hal lain dan ia merupakan suatu isu yang tidaklah dipandang begitu tinggi...kerna isu agama sejagat adalah suatu isu yang jauh lebih penting kerana Islam adalah suatu agama yang bersifat syumul yang mana ia tidak memadang bangsa, pangkat atau darjat...sesiapa sahaja bisa menganut Islam dan ketinggiannya adalah sejauh mana ia dapat mengamal dan menjadikan Islam sebagai teras hidupnya....


Isu Palestin-Israel suatu isu yang sudah cukup lama diperdebatkan...dikomentarkan...bahkan ia dilihat suatu isu yang tiada punya jalan sudah dan solusi...Bahkan bila dibentang isu ini, dilihat peperangan merupakan suatu isu yang cukup sinonim dengan Palestin-Isarel....Kemuncak kependudukan Israel dibumi Palestin berlangsung sekitar 1948 apabila PBB turut menyokong kependudukan Israel.  Hal ini turut mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat...semenjak dari itu, Israel bermaharajelela di tanah haram yang bukan milik mereka...


Bumi Gaza kini sebenarnya pernah ditawan dan ditakluki oleh Israel semenjak skeitar tahun 1963 hinggalah tahun 1993 apabila tercetusnya Perjanjian Oslo antara Palestin dan Israel....Semenjak berlangsungnya perjanjian itu, Fatah yang dikepalai Yassir Arafat memegang tampuk pemerintahan Palestin....Namun begitu, Yassir Arafat tidak lebih dilihat umpama boneka kepada Israel yang mana dasar-dasarnya dilihat merupakan suatu arahan telunjuk dsaripada Israel....Selagi mana dasar itu disukai Israel, maka dasar itu dapat dilangsungkan...

Keadaan kemudiannya berubah apabila Hamas muncul dalam arena politik Palestin...sebenarnya Hamas sudah wujud semenjak 1987, namun pada saat itu, Hamas yang mana dibawah pimpinan AS-Syahid Syeikh Yassin lebih bergerak sebagai sebuah gerakan perjuangan yang bersifat underground.  Bilama mana Hamas menyertai pilihanraya tahun 2006 dan kemudiannya menang besar, dimensi baru bermula bagi Palestin...Israel sememangnya pening kepala dengan keadaan ini...sebabnya sangat jelas...dasar Hamas adalah mahukan setiap inci tanah yang dirampas oleh Isrrael perlu dipulang kembali kepada Palestin...bahkan Hamas adalah sebuah parti gerakan yang islamik yang mendukung Islam tidak sepertimana Fatah yang dilihat liberal bahkan Fatah juga turut mengiktiraf kewujudan Israel!...

Keislamikan Hamas salah satunya dapat dilihat menerusi pengurusan angkatan tenteranya yang dikenali sebagai "Bridged AL-Qassam"...Bagi yang mahu menyertai bridged tentera ini, remaja lelaki perlu solat subuh secara berjemaah tanpa ketinggallan secara 6 bulan berturut-turut selain perlu menghafal hadis 40 karya Imam Nawawi sebagai salah satu syarat dalam penyertaan bridged ini...Bayangkan kalian...orang macam aku terang2 kena tolak tepi...orang-orang seperti mereka mempercayai bahawa kekuatan Islam bukan disebabkan bilangan tetapi disebabkan hubungan seseorang itu dengan Tuhannya...bersandar kepada sifat rendah dirinya bukan bersandar pada keangkuhannya!!!...



*Bridged Al-Qassam sedang bersolat berjemaah.

Populasi Israel hanya sekitar 5 juta kini...namun mengapa tiada siapa yang dapat mengalahkan mereka...sedangkan negara-negara Islam yang bersempadanan dengan Palestin yakni Mesir, Lubnan, Syria dan Jordan yang bila dikumpulkan populasinya adalah menjangkaui sekitar 300 juta...takkan 300 juta x boleh lawan 5 juta ini...namun begitu, ada sikit sinar misalnya Mesir kini sudah pun dipimpin oleh parti yang islamik dibawah pimpinan dr mushid setelah rakyat mesir sendiri menggulingkan HusniMubarak...Diharapkan Syria yang kini bergolak dapat memperoleh pemimpin yang berjiwa islamik di penghujung pergolakan meereka kelak....


Aku baca satu keratan akhbar berkenaan isu ini...Salah satu keratan akhbar itu berkait dengan pendirian Iran yang mana secara konsisten memberikan bantuan dari segi bekalan senjata kepada Palestin bahkan Iran sendiri menyeru dunia arab bersatu dan mengambil tindakan yang jelas dan tidak hanya duduk di meja dan bangku mesyuarat sahaja...sampai bila nak bermesyuarat...yang kita mahukan adalah tindakan...bukannya dok menyalak dalam dewan yang berhawa dingin...sedangkan pada masa yang sama anak-anak palestin sedang dihujani hujang peluru...


* Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa...


Bagi kita yang di Malaysia yang duduk letaknya sekitar 8000 km dari bumi Palestin tue, cubalah buat yang termampu...kita mungkin tak mampu nak angkat senjata sebab seperti syarat yang dinyatakan di atas tadi, mungkin sangat kurang yang layak...perjuangan ini tak cukup hanya dengan semangat...semangat boleh hilang...yang diperlukan adalah istiqqamah...kerna itu diletakkan syarat seperti itu...jadi apa yang boleh kita buat...mudah sahaja...kurang atau lebih baiklah tak yah konsumer barangan yang berkait dengan Israel...tengok macam remeh...tapi dari hasil keuntungan produk diorg tulah yang membangunkan kekuatan tentera mereka untuk membedil kanak-kanak, wanita, orang tua dan oranga awam di pALESTIN....McD dan Coke penyumbang terbesar dalam isu ini...bukan susah pun dan tak mati lah kalau tak makan McD.  ada banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan...burger tepi jalan pun ok gak... kEMUDIAN, sumbangkan wang untuk survival kehdiupan mereka di sana...dan akhirnya doa lah untuk mereka....




p/s Alhamdullilah...tadi malam dapat sertai solat isyak dan solat hajat berjemaah di atas padang stadium usm...input2 yang dinyatakan di atas ini juga adalah turut dipetik dariapda ucapan ceramah penggerak NGO AMAN PALESTIN MALAYSIA...Al-Fatihah buat syahid-syahid Palestin dan semoga kemenangan di pihak Islam bakal dikecapi kelak....

Khamis, 22 November 2012

Isu Palestin - Bertindak Lebih Cool Daripada Berteriak-




Isu Israel-Palestin ini, isu dah lapuk...Namun selapuk manapun ia tak pernah basi dikomentarkan....Lebih-lebih lagi bila tercetus kejadian2 besar seperti yang berlaku baru2 ini...Cumanya selama ini umat Islam tak tahu nak buat apa...Sebab kononnya tak ada kuasa...Jadi apa yang dia buat...Hanyalah melalak kat tepi jalan...Kemudian itu dok sibuk laung 'Anti-Israel", "Israel kejam"...Lagi nak nampak mereka ini betul2 marah kat Israel, mereka main bakar2 benda Israel...Kononnya atas nama jihad...betapa cetek dan dangkal pemikiran golongan yang semacam ini....


Jujurnya kita tak perlu kuasa, pangkat, darjat, keangkuhan, kesombongan untuk melawan kejahatan...api tak boleh dilawan dengan api...api dapat dipadam dengan air....


Jadi apa yang perlu kita lakukan...kita mungkin boleh mengurangkan mengkonsumer barangan2 milik keluaran yang berkait dengan Yahudi...Bukankah beli barangan tempatan adalah digalakkan untuk pertumbuhan ekonomi negara...Perdana Menteri kita bahkan menggalakkan ini....

Ada yang lucu baru2 ini...

Hari isnin aritue ada golongan2 yang ingin buat pemboikotan kat depan Mcd....Then Mcd satu Malaysia buat promosi makanan percuma...Ironinya, ramai plk yang dok beratur sebab dapat makan free Mcd nie....

Hahahaha...tak tahu lah nak cakap apa...

Orang kita ini dok sedar kejap jer...kena suap sikit, lupa apa yang diperkatakan atau diperjuangkan sebelum ini...


Jadi konsep dan method "BERTERIAK" ini...atau main2 bakar Bendera Israel ini tak boleh ubah apa2 pun...Tak payah nak beremosi sangat...Tak ubah apa2 pun...Israel bukan amik kisah pun ko berteriak atau bakar bendera diorg...sebab yang tukang teriak n bakar bendera Israel itulah yang dok makan Mcd n minum coke sampai badan pun jadi mcm tong drum gamaknya...Lagipun Mcd nie dari segi kesihatan, x berapa baik sangat pun...fast food..faham2 je lah...bahaya....boleh mangundang obesiti...


Jadi banyak cara lain...satu kita kurangkan konsumer barangan yang berkait dengan Israel...lagi bagus, jangan terus konsumer....tak yah nak dok sibuk teriak atau bakar bendera...macam orang dungu jer....

Then sekarang nie...Palestin sangat memerlukan sumbangan kewangan...bank2 mereka telah hancur ranap kena bom..kena peluru...so, jadi realistik skit...kita sama2 sumbangkan wang pada mereka...Niat ikklas kerana Allah...aku puji inisetif USM, dimana diorg buat pemeotongan gaji RM 20 setiap bulan dariapda staff2 mereka bagi diinfakkan duit itu pada tabung Palestin...

Dan seterusnya...tak lain tak bukan...Kita perlu doa pada mereka...Doa mintak Allah bagi bantuan dan pertolongan pada mereka...Letakkan dahi kita kat tanah, supaya ilang skit keangkuhan kita tue...menangis mintak Allah selamatkan Orang Islam...

Ok...malam ini kat stadium USM...ada program berkenaan Palestin....aturcara dan pengisisan dapat dilihat menerusi flyers dibawah ini...meh ramai2 pakat mai...tak yah dok sibuk "BERTERIAK" kat tepi jalan atau dok berarak sambil laung "ANTI-ISRAEL"...atau tak payah nak jadi macam budak kecik, nak main masak2 atau bakar2 bendera Israel...."BERTINDAK LEBIH COOL DARIPADA BERTERIAK"......






Selasa, 20 November 2012

Malaysia VS Bangladesh







Malaysia Lawan Bangla...Nak tengok gak sama ada mat-mat bangla kat Malaysia, Penang khususnya akan keluar ramai2 dok tengok team nasional mereka lawan bola dengan Malaysia...


Nak tengok gak apa plk gaya taktikal Rajagopal malam ini...


Nak tengok sama ada Malaysia dah bersedia blom nak harungi AFF Cup ahad ini...

Apa pun malam ini aku tengok Malaysia turun padang tanpa sebarang harapan yang menggunung pun...Hanya sahaja nak tengok...Macam aku tengok burung terbang kat langit tanpa sebarang matlamat khusus pun....


ok...malam 8.45 malam...stadium shah alam bagi yang rasa nak tengok kat stadium...atau depan tv bagi yg ada astro kat umah saluran 801 arena...

bagi yang tak mampu...x payah banyak cakap...dok tengok kat kedai mamak...ok...

Isnin, 19 November 2012

Erti Hidup????



Makin dewasa...makin komplikated ragam hidup nie...Sesak dada...Binggung...Keliru...

Namun...mujur ada Kau si peneutralisasi pilu...


Saya dambakan kehidupan yang mudah dan ringkas...

Memori.....



Ada beberapa hal yang aku fikirkan dan ia adalah suatu hal yang tak mungkin boleh terjadi...Jadi meski aku dah tahu yang ia tak mungkin terjadi, aku tetap fikirkan jugak...Nampak tak kedunguan aku di situ....


Aku selalu terfikir tak ada ke suatu alat yang boleh padam memori2 tertentu dalam otak dan hati kita...Macam hardisk cleans-up tue...

Tak pun tak ada siapa ker yang boleh cipta mesin masa agar dapat aku merentas masa lampau dan perbetulkan atau cegah diri aku daripada buat sesuatu perkara yang kelak di masa hadapan akan menyusahkan dan membuatkan aku sakit...

Atau...

Ini agak eksterim skit...aku terfikir jugak berkenaan soal kelahiran semula...Kalau ada konsep itu, start dari bayi aku akan cuba yang terbaik membuat suatu pemilihan dalam idup aku berdasarkan pada pengalaman kehidupan lalu itu....


Hahahaahah...benda yang mustahil....jadi x yah dok susah fikir...makin difikir makin gila dibuatnya....

yA...Memori memang suatu hal yang tidak boleh dipadam melainkan tetiba aku hilang ingatan..bahkan ia juga sukar untuk dilupakan....



Dah..dah..dah...aku x tahu aku sedang mengarut apa nie...

Rabu, 14 November 2012

Kledang dan tarikh tue





selama ini banyak kisah cerita yang berkisarkan soal keletihan dan kepenatan yang aku coretkan disini...Ya,ya,ya..Memang membosankan bukan...Bukannya apa, keletihan atau kepenatan ini barangkali mungkin dapat diredakan dengan coretan-coretan yang tidak bermanfaat seperti seumpama ini...Sama juga halnya tentang perkara yang berkisarkan kesedihan, kemuraman, dan yang sespesis dengannya...



Aku sangat letih...Umpama tiada ruang untuk aku menghirup nafas...Banyak hal dan perkara yang sedang dilakukan dan bakal dilakukan...Bulan ini sahaja macam2 hal yang terjadi tanpa sebarang perancangan...Semuannya dilakukan secara terburu-buru dan
tergesa-gesa.




Akhir bulan lepas sebelum memasuki bulan november...aku terpaksa ke Gunung Ledang...bahkan ini baru sahja pulang dari sana (bulan nie dah 2 kali gi)...Masa itu aku tak sempat lagi sampai ke Penang kerna masih di kampung menyambut Aildiladha...tanpa sebarang perancangan aku terpaksa ke Gunung Ledang dengan menaiki bas...Padahal masa itu aku sedang di
KL untuk menaiki bas ke Penang sebab bas ke Penang dari Kampung aku dah abis...



Jadi aku ke Gunung Ledang berseorangan dengan menaiki bas...Aku naik bas dari Stesen TBS...Pertama kali aku naik bas dari stesen bas ini...Cantik dan menarik serta selesa...Orang Kkata macam airport...Entah..aku tak pernah tengok airport pun selama aku hidup ini...sesuai dengan status hidup aku...masyarakat kelas bawahan yang tak meminta atau nak menunjuk atau memaksa orang lain untuk menghormati atau mengangungkan kita.....


Aku lepak kat warung kat Sagil...tunggu Guru ngan member aku sampai dari Penang...Tapi diorg datang lambat...sebab gerak dari Penang lewat...Mujur group geologi dah sampai dan kebetulan makan kat warung yang sama aku makan...Jadi aku tumpang hilux diorg jer untuk ke resort Taman Negara Gunung Ledang...


Berkenaan Gunung Ledang ini, fakulti kami diminta untuk penuhkan ruang galeri baru pihak Jabatan Taman Negara Johor dengan poster dan gambar yang berkait...So department aku bertanggungjawab dalam soal pengisisan berkenaan hubung-kait sejarah, mitos dan lagenda berkenaan Gunung Ledang ini...Dan cara nak dapatkan bahan2 ini, kami gunakan kaedah temuramah dengan masyarakat Orang Asli yang menjalani hidup seharian mereka di sekitaran kaki bukit Gunung tsersebut... Banyak cerita2 nya...nak tahu...kena tunggu galeri tersebut siap dan datanglah ke sana...




Kerja ini nak kena siapkan cepat yakni sebelum pilihanraya diadakan...entah..aku pun
x tahu apa kaitannya...ini cerita orang politik..aku malas nak ambik port...cerita politik ini kadang2 mcm cerita org dungu...sibuk nak paparkan kuasa...sibuk nak tunjuk kemegahan...sibuk nak mengharap atau lebih tepat memaksa orang lain menghormati dirinya...macam gampang dan busuk....aku x suka dengan orang yang dok jaja kebaikan diri...dok jaja keangkuhan diri...persetan sama sifat2 azazil mcm nie...


Masa kajian Gunung Ledang sebelum raya aidilfitri hari itu, kami tak sempat naik ke puncak...tapi kali ini kami tak lepaskan peluang...masa nak naik puncak itu dengan hilux...adalah beberapa dugaan...salah satunya hujan...ribut...n klimaksnya tetiba jer pokok balak tumbang menghadang tengah jalan...mujur ada beberapa pihak yang ada kat situ yang terdiri daripada pihak Telekom, USM, Taman Negara dan Sapura...Kami gotong-royong sama2 (dalam bahasa org sini Rewang) bersihkan dan alihkan batang balak
tersebut...Nak tak nak memang kena bersihkan pun...sebab kalau tak, tak boleh balik lah jawabnya....




Lagi satu, lepas ini orang awam dah tak boleh sangat naik puncak Gunung Ledang sebab tak lama lagi ada Istana Hinggap milik Sultan Johor kat atas tue...Jadi kesempatan yang ada nie kami tak lepaskan...kena hargai...



Memang berbaloi rintangan yang terpaksa kami hadapi sewaktu nak naik puncak ini...sebab bila dah tiba kat atas puncak tue...macam tak nak turun...pemandangannya "Subhanallah"..cantik betul...kalau tengok keadaan kat bawah dari atas puncak...macam lukisan jer bentuknya...indahnya..tak terkata...Lepas tue...kami dok tengok2 gua...minum air yang mengalir kat gua tue...nikmat sekali....


Itu jer lah...tak tahu nak merepek apa lagi..Kerja dan belajar punya pasal...sampai aku lupa tentang sesuatu yang .....entah aku pun tak tahu...penting ke tak penting hal ini...berbaloi ke tak berbaloi aku dok tunggu semua ini...biarlah masa yang menentukannya....Moga ada hikmah atas semua ini....





* Dah 4 Tahun (13/11/2008 - 13/11/2012)...Entahlah...Biar masa yang menentukan segalanya....



Ahad, 4 November 2012

Entahlah.....














Aku tak tahu...Entah...Keliru...Bingung...Celaru...Terkesima...Tak Faham...

Aku selitkan kata-kata Zoela (Sharifah Amani) sahaja:



"Dalam hidup cinta boleh datang dan pergi, ketawa kerananya, senyum kerananya, menangis semahunya, sakit...

Bermula dengan persahabatan segelintir pula cuma sedar bila ia hilang...

Semata-mata untuk rasa dihargai ada yang percaya cintanya untuk selamanya..

But for some of us finally will realize that life is not a fairytale and we need to start off..

Demi sebuah impian, tak salah untuk kita berkorban.. bila mana hati kita dapat menghadapi realiti nangis, nangis semahunya.. tapi jangan biarkan hati kita terus rebah..

Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang kita tetap tak boleh buat penilaian.. in life we have to learn to let go and keep on moving the more you wait the more time you waste..

Bermula dengan hati, angan dan mimpi.. sebesar manapun kedudukan kita, segagah prinsip mampu goyah because of love.. because we're human beings mudah lemas bila cintanya lemah.. kita harus kuatkan hati percaya naluri just admit it lafazkan cintaku mahukan dia...

As for me, hanya tuhan yang tahu bagaimana penghujung hidup saya tapi saya tahu apa permulaan cinta terpulang pada kita untuk buat pilihan whether we win or lose and i choose to win..."
- Zoela (Sharifah Amani)....