Ahad, 18 Ogos 2013

Filem Ada Apa Dengan Cinta



Saat ini di tv3 ada tayangkan filem Ada Apa Dengan Cinta. Lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Filem ini keluar tahun 2002. Masa tue aku form 4. Kalau tak silap aku, ini merupakan filem indonesia pertama yang merintis keinginan aku untuk mencari dan menonton karya pembikin filem Indonesia yang sewaktu dan sealiran denganya. Sebabnya saat itu industri filem Malaysia tiada lagi yang membawa gaya aliran perfileman semacam itu. Namun tak lama selepas itu muncul insan seperti Amir Muhammad
dan Yasmin Ahmad yang cuba membawa suatu yang baru dalam landskap filem Malaysia. Namun begitu, hakikat sebenarnya lama sebelum itu sebenarnya Malaysia sudah ada filem2 bermutu misalnya filem Jogho, Kaki Bakar dan Dari Jemapoh Ke Manchestee. Cumanya hanya aku sahaja yang tak tahu melainkan cerita Dari Jemapoh Ke Manchestee itu .


Dari filem Ada Apa Dengan Cinta, aku mula kenal karya filem Indonesia lain seperti
Pasir Berbisik, 3 Doa 3 Cinta, Mereka Bilang Aku Monyet,Tentang Dia, Catatan Akhir Sekolah dll. Antara filem yang aku sebut ini, 2 daripadanya didukung oleh Dian Sastrowardoyo iaitu filem Pasir Berbisik dan filem 3 Doa 3 Cinta. Dalam filem 3 Doa 3 Cinta itu, Dian Sastrowardoyo digadingkan juga dengan Nicholas Saputra.

Ada Apa Dengan Cinta, kalau dilihat dari judulnya sahaja sudah kedengaran agak jiwang karat. Itu dari gambaran luarannya. Tapi pada aku ia adalah kisah cinta sedikit rebel. Cukup sahaja ia memaparkan scene babak buku puisi berjudul 'Aku" karya Chairil Anwar. Saat itu, aku masih tak kenal siapa lagi Chairil Anwar tue. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang unik tentang insan nie. Lebih-lebih lagi bila aku tengok judul
puisi itu bertajuk 'Aku". Ada suatu nilai unik dari puisi itu yang pada waktu itu masih tak dapat diperjelas. Masih tercari-cari. Kemudiannya, setelah diselidiki, Chairil Anwar itu bukan sahaja pendukung sastera yang hebat di Indonesia bahkan diangkat dan dikagumi juga di Malaysia.


* kaset OST Ada Apa Dengan Cinta yang masih lagi ada dalam simpanan aku.  Aku beli masa zaman sekolah dulu.  Beli kat kedai kaset Radin kat atas Bus Station Batu Pahat.  Dulu sapa yang nak beli kaset ACAB, The Official, Carburetor Dung dll, lazimnya akan beli kat kedai kaset Radin nie...


Sehingga kini ada beberapa bait kata dalam filem itu yang masih aku ingati. Antaranya adalah bait kata "bila emosi mengatasi logika" dan "Ada apa dengan Cinta, meninggalkan hati untuk dicaci"


Selain itu, aku suka tengok babak Chenta lakonan Dian Sastrowardoyo membaca puisi lantaran menolak untuk menyanyi. Puisi yang dibacakan itu bukan puisi biasa. Bait-bait katanya disampai dengan gaya metafora yang cukup indah menawan untuk diperdalami.



Tiada ulasan: