Memaparkan catatan dengan label jiwang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jiwang. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Disember 2018

Tired






Where have you gone?
I'm getting old, and I need something to rely on
I'm getting tired and I need somewhere to begin









Ahad, 18 Mac 2018

Pejamkan Mata






Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

- Chairil Edrin -



Sabtu, 20 Januari 2018

Semua Tak Sama











Semua tak sama.. Tak pernah sama Apa yang kusentuh, apa yang kukecup
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu





Khamis, 26 Oktober 2017

PERSETAN SAMA MASA HADAPAN!!!








PERSETAN SAMA MASA HADAPAN!!!


Rindu kawan-kawan yang pernah aku kenali
Sejak dilahirkan hingga aku masih tetap bernafas kini.

Rindu zaman lalu
Ingin kembali ke zaman itu
Bukan untuk mengubah masa lalu
Tapi untuk tetap kekal di situ

Benci dengan usia yang kian berlalu
Pantas dan kejam mengerakkan waktu
Memikul beban tanggungjwab di bahu
Yang tiada seorang pun tahu
Hingga adakalanya ada  hati yang terguris pilu 

Sampai bila harus berpura
Menipu diri dan berkata
Ah, tiada satu pun yang berubah di mata!
Semuanya masih tetap sama!
Dari dulu hingga selamanya.

Tapi itulah harganya
Bagi yang sering tenggelam dengan masa lalunya.

Ah, persetan sama masa hadapan!
Tak perlu meletakkan sebarang harapan,
Kerna puncak harapan adalah kekecewaan.

Sila meninggal wahai kau si masa hadapan!!!.


4.59 PAGI
26 OKTOBER 2017
B10, PPAG USM
PULAU PINANG
PULAU NERAKA







Isnin, 20 Jun 2016

A Thousand Years









I have died every day
waiting for you
Darling don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more





Jumaat, 29 April 2016

FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2








Rangga & Chenta



Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku baru balik menonton filem ini.  Menonton bersama Megat, Man dan Asang.  Jiwang karat?. Tak!. Kau silap kalau beranggapan begitu!.  Rata-rata yang menonton Ada Apa Dengan Cinta 2(AADC2) ini adalah insan-insan yang membesar dengan Ada Apa Dengan Cinta (AADC) yang ditayangkan pada sekitar 14 tahun yang lalu.  AADC yang 14 tahun yang lalu, bukan hanya berkisarkan pada cinta sahaja.  Ia lebih dari itu.  Jangan dinilai dari tajuknya yang memang secara jelasnya membawa pada konotasi jiwang karat dalam cakap mudah.  Cukup aku katakan karya AKU dari Chairil Anwar yang dipaparkan dalam AADC.  Ia sudah cukup untuk mengatakan bahawa AADC bukan setakat cerita cinta sampah dan murahan.

Walaubagaimanapun, harapan dan anggapan aku pada kemunculan semula AADC 2 ini tidaklah seperti yang aku harapkan sebelum aku duduk di bangku panggung. Kenapa?. Pertamanya aku mengharapkan watak Chenta menerusi lakonan Dian Sastrowodoyo itu dimunculkan buat pertama kalinya di layar panggung dalam keadaan dan situasi yang berkonsepkan "mengejutkan" dan para penonton "ternanti-nantikan kemunculan beliau". Tapi hal itu tidak terjadi. Chenta ditampilkan secara mudah dan ringkas atau literal di awal penceritaan. Sedangkan Chenta itu peran yang dinanti-nantikan setelah 14 tahun watak itu tidak kelihatan. Ah, sayang sekali.

Kedua, dalam AADC2 ini tiada tokoh realiti istimewa yang diangkatkan ataupun dijadikan ikon atau trademark dalam cerita ini.  Tidak seperti AADC yang mengangkat Chairil Anwar menerusi karyanya yang berjudul AKU itu.  Walau Rangga ada menyebut nama seorang pemuisi luar yang aku lupa namanya dan kemunculan seniman bernama Eko Nugroho yang disukai Chenta, namun itu belum 
cukup ampuh untuk menjadikan AADC2 ini setanding dengan AADC.  Hal ini seterusnya barangkali boleh menjerat dan memerangkap AADC2 dalam lingkungan cerita yang hanya berkisarkan sejauhmana pengakhiran misteri cinta Rangga dan Chenta (Dan sememangnya itulah motif filem AADC2).  Mungkin tokoh realis yang ditampilkan untuk AAD2 kali ini lebih merupakan seniman yang bercorak "fine art" dan agak kurang yang bersifat sastera tulisan, maka atas sebab itu tokoh 
realis itu agak kurang menonjol sosoknya dalam AADC2. Tapi aku mengharapkan ada sedikit tokoh berjiwa rebel sebagai selingan dalam AADC2 agar ianya tidak dianggap sebagai hanya kisah cinta Rangga dan Chenta semata yang mana akhirnya akan menjebakkan aku dalam menonton filem cerita yang berkonsepkan cinta semata.  Aku perlukan cukup hanya sedikit elemen yang bersifat "kekeluaran" daripada konteks cinta agar aku tidak dicop atau dilabel sebagai "mamat jiwang karat".  Dan sekali lagi hal itu tidak terjadi.

Ketiga,menurut aku, puisi adalah antara elemen penting yang menguatkan filem AADC yang dahulu.  Terutamanya menerusi watak Rangga.  Hal itu masih cuba dikekalkan dalam AADC2. Tapi yang mengecewakan aku, puisi yang ditampilkan dalam AADC2 ini sifatnya terlalu lurus, linear dan literal.  Kurang metafora dan nuansa dari gaya bahasa, susunan bahasa. Seharusnya bila watak Rangga itu sudah menginjak dewasa malah sudah menjadi penulis dalam sebuah majala di New York, maka sepatutnya puisi yang ditampilkan itu lebih matang, non literal, non linear, penuh metafora dan abstrud sifatnya. Atau dalam kata mudahnya, tidak punya "kick". Tidak seperti dalam AADC, puisi yang ditampilkan menerusi Rangga dan Chenta itu bahkan jauh lebih matang sedangkan dalam AADC itu latar peristiwanya adalah zaman sekolah.  Harusnya puisi AADC2 itu jauh lebih mengancam dan menggetarkan jiwa dari puisi AADC.  Dan itu tidak terjadi sekali lagi.  Bahkan surat puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta pada saat akhir pertemuan di Jogjakarta itu juga menghampakan.  Sedangkan penonton seperti aku ini ternanti-nanti apakah isi puisi yang diberikan Rangga kepada Chenta dengan penuh debaran.  Lebih-lebih lagi dengan permintaan Rangga yang menghalang Chenta dari membaca langsung puisi itu disaat pertemuan singkat itu masih berlangsung. Dan debaran itu ternyata menurut aku tidak berbaloi dengan kualiti puisi yang ditampilkan dalam AADC2. Cis, mengecewakan.

Keempat, dari segi dialog.  Dialog juga tidak cukup mantap. Maksudnya, kurang kata dialog yang bersifat falsafah ringkas dan mudah iaitu dialog yang dilontarkan dalam bahasa ringkas dan pendek tapi mengesankan. Mujur bahasa badan dalam konteks bahasa filem antara Rangga dan Chenta itu bagus dan tidak kaku.  Ia bukan suatu masalah bagi Rangga lakonan Nicholas Sapurta dan Chenta lakonan Dian Sastrowodoyo kerana 2 insan ini merupakan pelakon berbakat.Selain itu mujur ada watak Milly yang sedikit sebanyak tidak membosankan penonton dengan soalan-soalan dan jawapan yang bersifat naif sesuai dengan karekternya.

Kelima, sepertimana menurut Megat dan Asang, filem AADC2 ini seolah-olahnya mahu mempromosi Jogjakarta yakni antara latar tempat yang mengambil sebahagian besar dalam pengambaraan filem ini.

Keenam, pengakhiran cerita yang juga tidak cukup "kick" dan kurang mengesankan.  Ianya terlalu mudah disudahkan walhal suatu konflik baru seolah mahu cuba dicetuskan saat Chenta melihat Rangga sedang berpelukan dengan pekerja kedai kopinya di New York setelah Chenta seperti bersusah payah ke New York untuk menemui semula Rangga.  Tapi permulaan konflik itu dibunuh dengan penyelesaian yang cukup mudah dan bersahaja.  Bukankah ini filem epik yang menemukan kembali lagenda Rangga dan Chenta setelah ia dinanti-nantikan penonton untuk tempoh 14 tahun.  Kenapa epik cinta antara 2 lagenda ini bagi remaja yang membesar sekitar tahun 90-an diakhiri dengan penamatan yang mudah sekali!?.

Ketujuh, tiada ost dalam bilangan yang banyak dan mengesankan jiwa sepertimana ost dalam AADC dahulu yang dihasilkan oleh Melly Goeslow.

Kelapan, ini bukan menurut aku tapi menurut mungkin kebanyakan penonton iaitu kenapa adegan Rangga dan Chenta bercumbuan menahan beban rindu perlu dipotong dalam tayangan panggung wayang di Malaysia?. Kalau menurut aku itu, ia bukan isu besar sangat pun dan tak lah mengecewakan aku sangat.  Lainlah pemotongan babak mencium itu melibatkan aksi cium mulut antara Aku dan Dian Sastrowodoyo. Itu sudah pastinya perlu sangat dikecewakan. Kah, Kah, Kah. 


Apapun, walau filem AADC2 ini tidak memenuhi harapan aku sepenuhnya (mungkin tinggi sangat kot harapan aku kat filem AADC2 ini), tapi filem ini masih lagi SANGAT berbaloi untuk ditonton.  Sesuai bagi yang mahu bermelankolia masa remaja lebih-lebih lagi bagi yang pernah menonton AADC pada 14 tahun yang lalu. 

Dan dalam pada masa yang sama, filem ini tidak sesuai untuk mamat-mamat yang jenis pakai baju batik, pakai songkok hitam, pakai tali leher, pakai kasut kulit muncung panjang, pakai baju kemeja masuk dalam seluar slack yang kain licin tu ditambah jenis lelaki yang suka selfie (kau boleh faham benda ini menerusi kata dialog Rangga sewaktu memberikan definisi tentang perbezaan antara mengembara dengan bercuti atau melancong).  Serius lebih baik kau jangan tengok.  Kalau dapat tahu ke si Rangga yang laki-laki jenis ini tengok AADC2, mahu menangis si Rangga dibuatnya.  Seolah-olahnya AADC ini telah tercemar dengan najis kehinaan. Mamat jenis macam ini seperti watak Trian dalam AADC2.


Maka dengan itu, datanglah ke pawagam dan tontonlah filem ini. 





Buku AKU tentang Chairil Anwar. Kaset OST AADC lama yang masih lagi ada dalam simpanan aku. Aku beli kaset ini masa tingkatan 4 di Kedai Kaset Radin dekat bus stesen Batu Pahat.






p/s: Benar kata Rangga tentang Chenta iaitu: "Baru sekali itu aku melihat karya syurga dari mata seorang hawa".

Dan aku dahulunya cukup senang melihat mata si dia yang bulat belolok itu.  Cukup indah mata itu. Dan aku rindu bukan sahaja untuk melihat bebola mata indah itu lagi bahkan jika punya kesempatan yang menurutku agak mustahil, akan aku tenung sedalam-dalamnya sehingga menembusi retina matanya. Ah, itu pun jika punya kesempatan kedua!.






Sabtu, 19 Mac 2016

AYAH : ANDREA HIRATA







Seperti lazimnya, banyak naskhah buku yang aku dah habis baca tapi masih tak diulas lagi.  Tapi kali ini tak boleh. Aku wajib buat satu ulasan walau ringkas sekalipun ke atas novel yang baru sahaja aku khatamkan pembacaannya.  Novel itu berjudul Ayah karya Andrea Hirata.  Aku mulakan pembacaan novel ini pada hari semalam iaitu Jumaat bertarikh 18.3.2016 di PPAG USM.  Lebih kurang sekitar 24 jam sahaja aku dapat khatamkan pembacaan ku ke atas novel yang setebal 396 muka surat ini.  Semalaman aku tak tidur kerana keasyikkan membacanya.  Kau boleh tersenyum sendirian, gelak terbahak-bahak malah menitik air jernih dari kelopak mata tanpa kau sedari saat membacanya.  Mata kau takkan mengantuk meski kau paksakannya tidur.  Jari di tangan kau seolah tak mengizinkan kau berhenti dari tetap terus menyelak helai demi helaian novel tersebut.  Jiwa kau jadi penasaran jika terdetik untuk menangguhkan pembacaannya meski sekejap sahaja. Akhirnya, pada jam 4.56 pm iaitu pada tarikh 19.3.2016 aku mengkhatamkan pembacaan ku.

Aku tak nak ulas panjang-panjang.  Cuma novel ini aku sarankan dibaca oleh para lelaki yang kecundang dalam percintaan.  Hahahaha...Macam lagu sentuhan kecundang pulak yang mana menurut Wandy ia merupakan lagu kegemaran Nik.  Bila aku menung-menungkan balik kata-kata Wandy ini ada jugak kebenarannya sebab aku teringat yang Nik pernah mendendangkan lagu ini masa berkaraoke dulu.

Kalau kau rasa kau manusia gagal, sial dan malang dalam percintaan, percaya dan yakinlah bahawa masih ada lagi yang jauh lebih sial dan malang dalam kisah kehidupan cinta mereka. Macam Sabari misalnya.

Tahukah kalian, hidup ini kadang memang tidak adil. Kejam dalam kata lebih tragisnya.  Tapi dalam masa yang sama ada juga hal yang pelik dan menghairankan dalam hidup ini. Macam Sabari yang ku katakan tadi.  Sabari itu dalam hidupnya hanya punya satu cinta, hanya satu!, tidak dua tiga apatah lagi empat. Hanya satu!. Marlena namanya. Tapi ironinya, bagi Marlena pula, Sabari itulah manusia yang paling dibencinya sekali di dunia ini. Ah, ironi sekali bukan bahkan tragis yang maha kejam. Hidup ini memang dipenuhi orang yang kita inginkan, tetapi tak menginginkan kita. Tapi ajaibnya, Sabari itu tetap sahaja tersenyum.


Hingga hujung akhir hayatnya Sabari, hanya Marlena sahaja cinta hatinya yang dipanggilnya wanita itu sebagai "Purnama Kedua Belas" semenjak di zaman sekolah lagi.  Tulusnya cinta Sabari pada Marlena itu dibawanya sampai mati sehingga di pusaranya turut diukir bait puisi yang pernah dilafazkannya khusus buat Marlena sewaktu Hari Perpisahan Akhir Sekolah SMA. Bait puisi yang terukir di pusara Sabari itu berbunyi: "Biarkan aku mati dalam keharuman cintamu".  Begitulah kisah cinta agong milik sosok yang bernama Sabari.  Setia yang tak tertanggung-tanggung dan berbelah bahagi.  Setia yang jelas, lurus dan nyata.


Usai habis aku khatam novel ini, aku langsung termenung dan terfikir dalam-dalam, macam mana ada manusia di dunia ini yang meninggalkan cinta hatinya pertama dan menikah pula dengan cinta hatinya yang baru sedangkan dalam pada masa yang sama dia tidak bisa dan mampu melupakan cinta hatinya yang pertama.  Bagaimana nurani dan perasaannya menempuh perjalanan hidupnya selepas menikah sehingga akhir hayatnya?. Argh, suatu hal yang sangat abstrak untuk dijawab!.









Isnin, 6 Julai 2015

Radiohead - Creep










You're so fucking special,
I wish I was special...
But 
I'm a creep, 
I'm a weirdo.






Sabtu, 16 Mei 2015

Rabu, 11 Mac 2015

Passenger - Let Her Go










Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go
And you let her go
Well you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go








Detik Indah






"Pasti dan pasti, aku akan merindui detik dan saat indah ini. Pasti!"







Selasa, 3 Mac 2015

Come as You Are










Come as you are, as you were
As I want you to be
As a friend, as a friend
As an old enemy

Take your time, hurry up
The choice is yours, don't be late
Take a rest as a friend
As an old

Memoria, memoria
Memoria, memoria







Isnin, 2 Mac 2015

Coldplay - The Scientist








Come up to meet you, tell you I'm sorry
You don't know how lovely you are
I had to find you, tell you I need you
Tell you I set you apart

Tell me your secrets and ask me your questions
Oh, let's go back to the start
Running in circles, coming up tails
Heads on a science apart

Nobody said it was easy
It's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard
Oh, take me back to the start

I was just guessing at numbers and figures
Pulling the puzzles apart
Questions of science, science and progress
Do not speak as loud as my heart

And tell me you love me, 
Come back and haunt me
Oh when I rush to the start
Running in circles, chasing up tails
Coming back as we are

Nobody said it was easy
Oh, it's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be so hard
I'm going back to the start






Jumaat, 4 Julai 2014

Seribu Tahun - Imran Ajmain









SERIBU TAHUN

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup 
Ku akan selama ini
Biar berputar utara-selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia


Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku
Kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau yakin
Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya

Relakau menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Ku kan selama ini
Biar berputar utara-selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia.








Isnin, 16 Jun 2014

Hati Lelaki





"Hati lelakilah yang kerap remuk lama, 
perempuan dapat segera melupakan hidupnya pada zaman muda"
 (HAMKA- Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)




TEROESIR (OST FILEM TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK) - NIDJI -


Ini pula OST untuk filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.  Didendangkan oleh kumpulan Nidji dengan judul Teroesir.




TEROESIR - NIDJI -

Aku yang terusir
Jauh dari kamu, jauh dari kamu
Cinta dan harapan dibunuh dan mati
Bangkit dan terbunuh lagi (semua karena dirimu)

Aku yang mengemis
Mengais cintamu, seperti pengemis
Aku yang dibuang
Dari relung tangan orang yang ku cinta

Oh Tuhan ampunilah dosa
Dendam aku padanya

Menunggu karma, aku menunggu karma
Menunggu karma, aku menunggu karma

Dengar dan ingatlah
Saat aku bangkit dari kesedihan
Engkau kan berlutut memohon diriku
Memohon ampunan dari diriku

Oh Tuhan ampunilah aku, niat buruk di doa
Aku hanya inginkan dia merasakan getir cintaku

Menunggu karma (membalasmu)
Aku menunggu karma (membalasmu)
Menunggu karma (membalasmu)
Aku menunggu karma (membalasmu)






Isnin, 19 Ogos 2013

Hawa










"Baru sekali itu aku melihat karya syurga dalam mata seorang Hawa"






Ahad, 18 Ogos 2013

Filem Ada Apa Dengan Cinta



Saat ini di tv3 ada tayangkan filem Ada Apa Dengan Cinta. Lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Filem ini keluar tahun 2002. Masa tue aku form 4. Kalau tak silap aku, ini merupakan filem indonesia pertama yang merintis keinginan aku untuk mencari dan menonton karya pembikin filem Indonesia yang sewaktu dan sealiran denganya. Sebabnya saat itu industri filem Malaysia tiada lagi yang membawa gaya aliran perfileman semacam itu. Namun tak lama selepas itu muncul insan seperti Amir Muhammad
dan Yasmin Ahmad yang cuba membawa suatu yang baru dalam landskap filem Malaysia. Namun begitu, hakikat sebenarnya lama sebelum itu sebenarnya Malaysia sudah ada filem2 bermutu misalnya filem Jogho, Kaki Bakar dan Dari Jemapoh Ke Manchestee. Cumanya hanya aku sahaja yang tak tahu melainkan cerita Dari Jemapoh Ke Manchestee itu .


Dari filem Ada Apa Dengan Cinta, aku mula kenal karya filem Indonesia lain seperti
Pasir Berbisik, 3 Doa 3 Cinta, Mereka Bilang Aku Monyet,Tentang Dia, Catatan Akhir Sekolah dll. Antara filem yang aku sebut ini, 2 daripadanya didukung oleh Dian Sastrowardoyo iaitu filem Pasir Berbisik dan filem 3 Doa 3 Cinta. Dalam filem 3 Doa 3 Cinta itu, Dian Sastrowardoyo digadingkan juga dengan Nicholas Saputra.

Ada Apa Dengan Cinta, kalau dilihat dari judulnya sahaja sudah kedengaran agak jiwang karat. Itu dari gambaran luarannya. Tapi pada aku ia adalah kisah cinta sedikit rebel. Cukup sahaja ia memaparkan scene babak buku puisi berjudul 'Aku" karya Chairil Anwar. Saat itu, aku masih tak kenal siapa lagi Chairil Anwar tue. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang unik tentang insan nie. Lebih-lebih lagi bila aku tengok judul
puisi itu bertajuk 'Aku". Ada suatu nilai unik dari puisi itu yang pada waktu itu masih tak dapat diperjelas. Masih tercari-cari. Kemudiannya, setelah diselidiki, Chairil Anwar itu bukan sahaja pendukung sastera yang hebat di Indonesia bahkan diangkat dan dikagumi juga di Malaysia.


* kaset OST Ada Apa Dengan Cinta yang masih lagi ada dalam simpanan aku.  Aku beli masa zaman sekolah dulu.  Beli kat kedai kaset Radin kat atas Bus Station Batu Pahat.  Dulu sapa yang nak beli kaset ACAB, The Official, Carburetor Dung dll, lazimnya akan beli kat kedai kaset Radin nie...


Sehingga kini ada beberapa bait kata dalam filem itu yang masih aku ingati. Antaranya adalah bait kata "bila emosi mengatasi logika" dan "Ada apa dengan Cinta, meninggalkan hati untuk dicaci"


Selain itu, aku suka tengok babak Chenta lakonan Dian Sastrowardoyo membaca puisi lantaran menolak untuk menyanyi. Puisi yang dibacakan itu bukan puisi biasa. Bait-bait katanya disampai dengan gaya metafora yang cukup indah menawan untuk diperdalami.



Isnin, 12 Ogos 2013

Hari Raya Kedua



Raya Kedua...

Raya kedua,kampung gua dah mula baraan (marhaban)..Route baraan tahun nie dr darat ke tengah untuk raya kedua...untuk raya ketiga plk dari baruh ke tengah...

Gua tak pergi baraan...

Lepas solat Jumaat, baraan umah gua...sebelum geng baraan sampai umah gua, gua pergi baraan lah jgk kat depan umah jiran gua...menu juadah jiran gua memang serius cool...ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis...

lepas tue umah gua plk baraan...seperti ramalan gua...baraan tak meriah...sepertimana yang pernah
gua coretkan pada tahun lalu...bahkan tahun nie graf kemeriahan makin menurun...gua dah penat nak
cakap pasal soal nie...sebabnya gua pun tak gi...


sampai bapak gua bising...katanya : "aku ada 2 anak bujang, tapi tak de sorang pun nak marhaban...aku yang tua2 nie plk yang kena pergi!!"..

dalam hati aku berbicara kecil ; "ok, tahun depan  aku akan cuba pergi baraan"...


jemaah nenek dan atuk saudara gua sampai...benda yang malas aku nak dengar...aku terpaksa dengar..
soalan pertanyaan klise daripada sedara2 gua yang dtg beraya :

 "mir bila nak makan nasi minyak ko"...

"mir, mana orang umah ko"..

.'mir, bila lagi"...

'mir, mak ngn bapak ko tue dah tua, ingat2lah skit"..

aku senyum jer...sambil dalam hati aku berzikir..fuck..fuck...fuck...


petang Addin datang raya umah aku...biasa sebelum nie datang ngn kwan2...tapi kali  nie lain skit...datang ngn orang umah...orang umah dia orang Kedah...pagi Sabtu dia balik Kedah...jadi tak dapatlah nak tengok game Barca vs Malaysia sama2...aku faham...aku faham..aku faham...orang ada komitmen...

bapak gua pulak dengan gaya metafora dan sinisnya bersembang dengan Addin...bersembang dengan gaya
membanding2kan antara aku dengan Addin...aku faham...aku faham...aku faham...Addin dah ada orang umah...aku tak ada...aku faham...tahun depan Insyallah Wak Selamat (bapak Addin) akan dapat cucu...aku faham...faham benar dengan metafora dan sindiran bapak gua tue...dalam hati aku sekali lagi, aku menzikirkan lafaz...fuck...fuck...fuck...!!


Addin plk terus sarankan aku kawen...lantas dalam

hati aku terus laju menzikirkan kata

"fuck...fuck..fuck"..

1.30 pagi perut lapar...farul kata ada game man ulawan...aku ajak diorg lepak luar...call wandy...wandy tak angkat...call azhar...azhar adakat machang, kelantan...pusing satu batu pahatpagi2 buta...satu kedai mamak pun takde bukakbola...patah balik Parit Raja...pun sama...tak deyang bukak bola...sudahnya makan sahaja....pastue balik...



Jumaat, 2 Ogos 2013

Nostalgia Itu Membangkitkan Rinduku






Sebab apa aku rasa nak nangis tengok gambar bergerak nie:

1. Sebab aku tengok watak ibu lakonan Wan Maimunah tue..Pakai baju kurungdengan hiasan bunga-bunga kecil...Lepas tue sebab watak ibu pakai kain batik dengan serkup kepala tue (kalau arwah yoyot/moyang aku dia pakai kain batik yang dilipat2 untuk menutup kepalanya macam nenek yang kerja kat bendang sawah tue)...Bila aku tengok watak ibu nie, aku teringat pengasuh aku masa kecil yang juga merangkap nenek saudara aku iaitu Nyaye Ru...Nyayi Ru memang pakai pakaian yang macam Wan Maimunah tue pakai...

2. Tengok watak ibu tue dok kat pangkin sambil anyam ketupat...

3. Tengok watak anak yang balik kampung dari perantauan naik moto kapcai..Lepas tue siap letak beg dia kat bahagian belakang motor dengan diikat dengan tali getah motor yang ada cangkuk tue...Dulu kecik2 aku suka main tali getah motor bercangkuk tue...aku suka tarik2 benda tue...Masa kecik2 dulu time nak raya, aku suka tunggu Cik Na balik kampung naik moto (moto SRE) dari UTM ngn Al-Marhum Cik Mat balik naik moto...pernah tue Al-Marhum Cik Mat balik raya naik moto besar (TZM)...masa tue aku panggil moto tue dengan panggilan motor racing...sepanjang moto tue ada kat kampung, gua naik moto tue sambil berangan2 yang gua tengah beracing...gua pulas minyak dia sepenuh hati...sambil mulut gua kuar kan bunyi vroom..vroomm..vroomm..padahal moto tue tak jalan pun...kaki aku pun tak sampai..kan aku kecik lagi...

4. Tengok latar kampung dan rumah...tengok time watak anak tue masuk kampung lalu jalan kampung yang kecil yang mana disepanjang tepi jalannya adalah kebun.  pastu kena merentas sungai dengan naik jambatan...Dulu jambatan bahagian darat kampung aku tue jambatan kayu...seram wey nak lalu jambatan kayu tue...berbunyi2 macam nak roboh kalau lalu jambatan kayu tue...dulu gua selalu terbayang macam mana lah kalo jambatan tue roboh time aku tengah seberang sungai pakai jambatan tue...mati lemas lah aku gayanya...

5. Tengok babak ayam kampung...peh gua rindu sama ayam kampung...rumah gua...bukan kata rumah gua jer...kebanyakan rumah jiran gua skang nie pun dah tak ada bela ayam kampung...gua rasa macam bukan kampung jer kalau tak ada bela ayam kampung...Bila teringatkan ayam kampung...gua teringat arwah nyayi/atuk gua (Al-Marhum Haji Hussain)...time nak raya jer...malam dah gi tangkap ayam kampung yang tidor kat pokok rambutan pakai jaring sauk...esok paginya arwah nyayi aku sembelih ayam tue...lepas tue aku tolong cuci ayam tue...arwah nyayi aku ada pesan...darah ayam kena sembelih tue kalau boleh jangan sampai terpercik kena kat kulit...nanti tumbuh kutil kaang ...


6. Bila tengok babak main senapang tue...gua teringat masa gua main senapang kayu yang menggunakan peluru terung belanda....bahan2 nak buatnya kena ada sebatang kayu (nak lagi kreatif buatlah kayu tue mcam bentuk senapang), beberapa getah yang disambungkan, dan penyepit baju...peluru terung belanda tue kena letak kat penyepit baju tue...pastu tarik getah yang diikat pada hujung depan senapang tue...letak kat penyepit baju tue...nak tembak,..lepaskan lah penyepit baju tue....dulu arwah nyayi gua ada buat senapang daripada kayu untuk aku ngn adik aku...yang senapang hitam plastik yang boleh keluar lampu warna merah dengan bunyi truut..trutt,trutt..aku tak beli pun...sebab mak cik belah bapak aku ada hadiahkan senapang tue...


7. Tengok babak watak ibu yang cium dahi anak kecik dia masa anak kecik dia tidur...

8.  Tengok babak jumpa duit....dulu memang bertuah betul kalo dapat jumpa duit...meskipun hanya 20 sen..ker 50 sen...

9...Tengok babak yang kawan budak tue ejek dia sebab beg sekolah dia koyak ..pastue dia mengadu kat ibu...then ibu dia cakap nak jahit beg yang koyak...aku dulu jarang beg sekolah aku koyak...yang selalu koyak adalah seluar sekolah aku...pastue kalau koyak biasanya kat bahagian lutut...ibu aku yang baik dan mulia tue akan jahitkan seluar aku yang koyak tue...pastue cakap kat aku dengan kata :"kau punya lutut, lutut besi ek"...kalau dalam video nie, budak nie macam malu ngn kawan2 dia sebab kena ejek beg dia koyak...tapi aku dulu...tak delah kawan2 aku ejek sebab seluar aku koyak...malah kalau boleh aku tak nak pun ibu aku jahit seluar yang koyak kat bahagian lutut tue...biar terkoyak jer...baru nampak rock wey gi sekolah,...tapi tak pernahnya dapat...ibu aku mesti jahit punya...

10.  Tengok babak main konda-kondi...ada yang panggil konda-kondi...tapi masa aku dulu panggil permainan nie cakar ayam...kena buat lubang kat tanah dulu...kena ada 2 batang kayu...satu batang letak melintang kat lubang tanah tue...satu kayu lagi buat cungkil kayu yang kat lubang tue...dalam permainan nie ada 2 team...satu team yang cungkil...satu team yang tangkap kayu yang kena cungkil tue...yang tukang cungkil kena pastikan yang kayu cungkilan tue tak dapat ditangkap oleh tukang tangkap...kalau dapat tangkap kira kena tukar posisi...kalau tukang tangkap tak dapat tangkap...dia kena baling kayu dari tempat kayu tue jatuh ke arah tukang cungkil tue...tukang cungkil tue akan bersedia utk pukul kayu yang dibaling...bila kayu tue dipukul dan jatuh...maka kiraan markah tukang cungkil akan dikira...dengan menggunakan kayu yang jatuh tue...kiraan akan dilakukan dari tempat jatuh kayu tue ke arah tempat lubang cungkil tue...

11.. Tengok babak watak ibu sedang sapu sampah daun2 pokok...dulu aku suka betul main sapu sampah daun2 pokok yang berguguran...sapu pakai garuk sampah (penyapu sampah yang matanya bentuk cakar tue)...bukan apa...sebab lepas tue boleh main bakar2 sampah...biasanya dulu, kalau nak hidup kan api...kami akan pakai daun kelapa kering yang dilipat jadi macam bentuk umpama penyapu (bukan daun2 kelapa yang dan terurai sehelai2 tue tapi daun kelapa yang masih ada lagi kat batang dia tue) ...lepas tue cucuh api kat daun kelapa kering tue...kami panggil daun kelapa kering nie dengan istilah "belarak" (istilah jawa nie)...dah cucuh api kat belarak tue, kami letaklah belarak tue kat timbunan sampah dedaun yang telah dikumpul kat satu tempat...tanah kat kawasan bakar daun tue plk...kami panggil tanah bakar...dan boleh buat baja...pernah dulu aku ngn adik aku bakar tupai (bajingan dalam bahasa jawa) masa main bakar2 sampah...tupai tue, arwah nyayi aku tangkap pakai perangkap sangkar besi...masa tue kecik lagi...bila dah besar...rupa2nya baru aku tahu...berdosa buat macam tue sebab aniaya binatang...dahlah bakar hidup2...mujurlah tak ada orang besar yang tahu aku ngn adik aku bakar tupai tue...kalau tak nahas kami kena bantai...maafkan aku yer cik tupai...

12.. Tengok babak si anak minta maaf kat ibu dia masa pagi raya...dulu masa arwah nyayi gua hidup lagi...aku nampak benda nie suatu ritual yang wajib yang dilakukan pada setiap pagi raya...bukan sekarang nie kami tak buat..buat...tapi aturan ritual dia dah tak macam masa arwah nyayi gua dulu...dulu semua orang kena beratur untuk salam dan mintak maaf kat orang yang paling tua...kalau keluarga gua arwah nyayi gua...dimulai dengan anak nyayi gua yang paling "tuek" atau yang "neng barep" (yakni anak sulung nie)...kalau anak sulung nie paling banyak nasihat dan peringatan yang akan disampaikan oleh arwah nyayi gua...biasanya arwah nyayi gua akan sampaikan pesanannya dalam bahasa jawa...lepas tue akan diikuti oleh anak2 yang lain mengikut taraf umur masing2....arwah nyayi gua akan duduk kat kerusi...anak2 yang lain akan duduk macam duduk antara 2 sujud...sambil salam dan cium tangan arwah nyayi gua...dan tundukkan kepala...lepas tue arwah nyayi gua akan bagilah nasihat dan pesan2 dia..bila dah abis bagi nasihat dan pesan...arwah nyayi gua akan peluk dan cium dahi anak dia.....kami2 yang peirngkat2 cucu nie...jenuh juga nak tggu turn...hahahah...serius gua rindu suasana tue...


serius wey...gambar bergerak nie memang hampir2 buat gua nangis...sebab video nie banyak mengimbau balik kenangan silam terutamanya masa gua kecik2 dulu...kenangan dengan orang2 yang aku sayang, kenangan permainan, kenangan hari raya, kenangan wajah kampung gua dulu2..aduh..klasikal dan nostalgikal lah wey...aduh....kalau lah dapat ku tembus tembok masa kan best...aduh...terima kasih lah kepada pembikin filem pendek nie sebab buat video nie...apapun pembikin filem pendek nie memang legend lah wey....Al Fatihah buat Al-Marhum Haji Hussain b Haji Yusof dan Al-Marhum Ahmad Solehin B. Haji Hussain...Aku sangat2 merindui kalian berdua...Semoga aman dan tenang di kehidupan sana...



......