Sabtu malam, Liga Perdana Inggeris membuka tirainya untuk musim baru. Musim 2013/2014. Nasib tak baik buat Arsenal, kalah malam itu. Kalah dengan Aston Villa. 3-1. Meski Arsenal yang sering ditanggap sebagai team bebudak tadika nie dah mendahului menerusi jaringan Giroud. Tapi hal itu tak bertahan lama. Jadi mungkin lepas nie ada sebab kukuh untuk Wenger cari pemain star untuk menjaga hati para fans Arsenal sebelum jendela perpindahan pemain tutup. Pada aku, kalau Arsenal boleh bangkit dan seterusnya memenangi sebarang piala musim nie dengan skaud tadika yang sedia ada ini, itu lagi agung. Tapi dalam dunia yang penuh glamour dan materilistik, seni bermain bola dan kepuasan menjunjung falsafah itu sudah tidak laku lagi. Kini, mentaliti umat akhir zaman berpegang dengan falsafah ahli neraka iaitu biar main macam sampah, biar main macam haram, asalkan menang, asalkan menang cup. Padam sejarah dan amal rasuah sekalipun tak kisah, yang penting menang cup. Jadi, kesimpulannya, padan muka Arsenal yang kononnya nak papar jiwa ahli syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan