Selasa, 6 Ogos 2013

Majlis Khatam Quran @ "Khataman"

Malam 27 Ramadhan, surau kampung gua buat majlis khataman (bahasa kampung gua) atau majlis khatam
Quran...Majlis ini dilangsungkan setelah tadarus Quran berlangsung pada sepanjang malam bulan Ramadhan...Tadarus Quran ini dilangsungkan setelah Solat Tarawih dan Witir...Bila habis 30 juzuk Quran dibaca maka barulah majlis khataman ini dilangsungkan...


Alhamdulilah masih bertahan lagi tradisi nie di kampung gua meski gua nampak pada air muka orang-orang tua kampung gua yang gua dapat rasakan dalam hati kecil  mereka berbicara, "sampai bilakah tradisi nie dapat bertahan?"...Maklumlah, generasi tua kampung gua banyak yang dah tak ada...Manakala generasi
mudanya pulak kurang ada yang menetap di kampung...Kebanyakannya merantau ke bandar dan ada juga yang merantau ke negeri orang...Ramai generasi tua yang dah tinggalkan kampung gua..Wak Semo dah tak ada...Malam tue, gua tak nampak pun wak Ji Hassan dengan Lek Amat (Wak Benjol)...Gua pun tak tanya lagi kat ibu gua tentang perihal hayat mereka nie...


Yang tua-tua aku nampak malam tue pun dah tak berapa nak larat...Cuba gagahkan diri...Cuba kuatkan hati...Air muka mereka jelas terpapar kerisauan dan keresahan...Wak Joli selaku imam kampung gua pun aku tengok dah tak berapa nak larat jadi imam (Bukan malam tue jer, aku tengok dah beberapa tahun nie bila aku balik kampung dan solat kat surau, aku tengok dia tak berapa nak larat)...Wak Ji Kemat pun sama...Aku dapat rasakan yang mereka semua nie dihurung resah, bimbang, gelisah tentang masa depan
kampung gua...resah dari sudut survival tradisinya, bimbang dari sudut kelangsungan adat dan budayanya...


Ok...lepas solat tarawih dan witir, maka dilangsungkan lah majlis khataman tue...Majlis khataman ini dilangsungkan dengan membaca surah waduha hinggalah ke surah fatihah...setiap sorang ahlinya akan baca satu surah...pada setiap ayat terakhir di setiap surah, jemaah beramai-ramai akan baca ayat terakhir surah tue...akhirnya doa khatam quran akan dibacakan...yang unik dan cantiknya budaya nie, ada bunga telur...bunga telur nie diletakan dibahagian tengah yakni diantara ahli utama yang terlibat yang duduk secara
berhadapan...dalam majlis tue ada ustaz kampung sebelah iaitu ustaz solihan yang dijemput untuk menjadi ahli utama dalam majlis tue...dulu kecik2 aku suka dengar ustaz nie ceramah...dia ceramah style lepak dan suka buat lawak...lagi best bila dia buat lawak dalam bahasa jawa...

Usai doa khatam Quran dibacakan, maka barulah sesi menjamu selera...juadah malam tue adalah nasi beriyani berlaukkan daging kambing ngn dalca...air tauhu...nasi beriyani nie tak dimasak guna periuk dapur...tapi guna style kukus..ada alat pengukusnya yang dibuat khas...kaedah ni sering digunakan sewaktu majlis kenduri kawen kat kampung gua...pelopor kaedah nie adalah arwah Wak Semo...tapi legasi nie alhamdullilah diteruskan oleh anak laki; Din...sesiapa yang berminat untuk beli alat pengukus nie boleh lah hubungi dia...sebab dia memang buat bisnes nie...dia suruh gua cari pasaran kat Penang...gua pun hanya
cakap ok dan insyallah...


Din kata,kalau guna kaedah nie, bila masak dalam kapasiti yang banyak, kita tak perlu risau,nasi hangit ker, dan tak perlu selalu dan rigid dalam jaga api macam mana selalu yang berlaku kalau masak guna periuk
dapur besar tue...dan kalau guna cara nie juga, nasi pun tak berkerak jugak....sekali masak, 12 dulang beras boleh masak...


Selesai sesi makan, adalah sesi rewang...Rewang nie gotong-royong lah...gotong-royong basuh pinggan,cawan, periuk besar dan segala macam benda lah yang perlu dikemas...jujur gua katakan,
rewangnya dah tak macam dulu...dulu masa kecik2 gua nampak budak2 bujang kampung gua ramai...meriah bila adda rewang2 nie...sekarang yang gua tengok dah tak meriah...suram...hambar..meski pun ada kalangan orang kam;pung gua yang cuba2 dan pura2 meriahkan suasana dan gamitkan keadaan...namun setiap yang
pernah melalui masa lalu tue pasti akan tahu kebenarannya...ia tak lebih dari satu kepuraan2 untuk menutup dan mengembirakan kesedihan kalbu..apakah kegemilangan lama tue akan muncul kembali??...entah...tapi Bola Johor boleh kembali meriah...hanya tunggu masa je lah yang menentukan...




Tiada ulasan: