Isnin, 1 Julai 2013

Suasana Final Piala FA 2013 Johor Darul Takzim VS Kelantan Darul Naim



Piala FA 2013 telah menutup tirainya.  Pertamanya, tahniah buat Kelantan kerana berjaya memenangi aksi akhir ini. Ini merupakan pertama kalinya aku memasuki ruang dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.  Sebelum ini hanya dok tengok dari luar jer sewaktu zaman2 lepak kat Masjid Sri Petaling.  Itu pun sebab stesen LRT berada berdekatan dengan stadium itu. Ok.  

Aku gerak dari Penang pada pagi Sabtu sekitar jam 2 pagi bersama 2 rakanku iaitu Faiz dan Syam.  Minta maaf kepada 2 rakanku ini sebab kelewatan aku. ok.

Faiz dan Syam

Terima kasih kepada adik faiz sebab sudi dan sanggup belikan tiket meski dengar katanya selipar dia tercabut sewaktu berebut-rebut dan berhimpit-himpit nak dapatkan tiket.  Beliau telah datang untuk membeli tiket seawal jam 5 pagi.  Tanpa kesudiaan dan kesanggupan beliau, nescaya aku dan rakan aku tak dapat masuk stadium menonton final itu. Ok.

Tiket Final FA CUP 2013

Sampai KL sekitar jam 9 pagi setelah tidur sebentar di Hentian Lebuh raya.  Tumpang lepak rumah Jai dan Limy.  Terima kasih kepada mereka berdua sebab sudi bagi ruang penginapan. Terima kasih gak kat Jai sebab bermurah hati belanja makan nasi ayam. Ok.

Lepas makan tengahari kat Cheras, terus gerak ke Bukit Jalil.  Sepanjang perjalanan ke stadium, jalan raya sesak bukan sahaja sesak dengan kenderaannya tetapi sesak dengan gelagat penyokong yang datang.  Nyata di sepanjang jalan raya, gelagat yang dominan adalah dari penyokong Kelantan.  Kenderaan mereka dihiasi dengan pelbagai hiasan yang menggambarkan meereka itu adalah penyokong Kelantan.  Ada pelekat kecil, pelekat besar, bendera dan segala macam benda yang memaparkan bahawa mereka adalah 'Kelantan".  Jujur aku katakan, sepanjang perjalanan ini, agak kurang penyokong Johor yang buat sepertimana apa yang aku nampak ke atas penyokong Kelantan.  Mungkin aku melalui laluan jalan utama penyokong Kelantan.  OK.


Fans Kelantan

Setelah jumpa parking tepi jalan, berjalan menuju ke stadium.  Dok tengok barangan jualan di gerai-gerai. Tunggu adik faiz untuk dapatkan tiket.  Kemudian, berasak-asak masuk ke stadium.  Waktu tue sekitar jam 4 lebih.  Aku tengok, ruang duduk fan Kelantan penuh.  Manakala bagi ruang duduk fans Johor masih ada lagi kelompongan.  Dalam hati aku berkata, "peh, takkan ruang duduk fans Johor tak penuh".  Ok.

Stadium bukit Jalil memang besar.  Pertama kali aku masuk.  Setiap sisi ruang duduk mempunyai binaan tingkat.  Berbumbung.  Ada 2 skrin elektironik besar iaitu disisi setiap belakang pintu gol.  Tapi sayangnya keadaan rumput padang agak mengecewakan.  Tapi dengar khabarnya KJ nak baikinya setelah game final.  Bagus. Ok.

Asalnya aku dapat ruang duduk di bahagian bawah iaitu disudut penjuru. Aku tak suka kawasan itu. Sebab dari awal niat aku nak tengok bola di bahagian ruang tengah.  Berikutnya, aku naik ke tingkat 2 dan duduk di bahagian ruang tengah.  Kawasan yang aku duduk ini adalah kawasan yang sedikit panas kerna bersebelahan dengan penyokong Kelatan yang mana hanya disempadani dengan sekitar 5 baris pemisah.  Pandangan yang cukup memuaskan dan ideal untuk menonton bola.  Ok.

Saat itu matahari memancar ke arah bahagian ruang duduk aku.  Jadi agak tidak selesa.  Panas dan silau.  Sabar dan tahan jer. Yang penting syukur sebab dapat masuk stadium.  Di sisi sebelah aku iaitu sisi penyokong Kelantan, keadaannya sangat padat sampai tak ada ruang untuk duduk.  Penyokong Kelantan mendesak agar pagar yang menyempadani antara mereka dengan penyokong Johor dibuka.  Meskipun pada awalnya agak sukar dipenuhi desakan mereka, namun pihak berwajib terpaksa akur kerana situasi mendesak. OK.



Alhamdullilah, jangkaan awal hati aku meleset. Ruang duduk fans Johor kemudiannya penuh pulak.  Sehingga di bahagian ruang aku itu, pagar yang menyempadani antara ruang Johor dengan Kelantan terpaksa dibuka bagi meredakan keadaan yang bersesak2 itu.  Ruang aku kemudiannya penuh gila.  Sampai ruang kat tangga pun penuh habis...OK.

Sekitar lebih kurang jam 6 lebih.  Bermulalah aksi yang sangat sangat sangat begitu menerujakan dan mengagumkan aku.  Sorakan dan nyayian dari fans Johor yang diketuai dan dibimbing oleh bebudak BOS (BOYS OF STRAITS).  Detik ini pasti akan aku kenang sepanjang hayat. Persembahan sorakan yang begitu menakjubkan.  Tahap seragam dan displin boleh sangat dibanggakan dan dipuji.  Gila, team ini dahlah baru nak up musim ini. Tapi dalam satu musim bola yang agak pendek ini, mereka boleh mengorganisasikan 
dan mengkordinasikan sorakan yang disertai seluruh penyokong Johor.  Pasukan yang dah berapa tahun tak popular, dah berapa zaman tak masuk final, dah berapa kurun tak menang apa2...Boleh mengorganisasikan dan mengkordinasikan aksi semacam ini.  Bahkan fans pasukan palsu ini boleh buat suatu fenomena yang cukup gila menakjubkan dan mengagumkan.  Ini betul2 takjub. OK.


Suatu ucapan terima kasih,tahniah dan syabas kepada BOS ini sebab dengan gaya sorakan dapat menyatukan seluruh orang Johor.  Aku puji kekreatifan mereka.  Mencipta bait2 chant yang mudah.  Ini memudahkan fans lain untuk turut sama.  Bahkan kekreatifan mereka terserlah dengan gaya sorakan yang dicipta mereka.  Dengan sepasang tangan sahaja, mereka kreatif mencipta dan mencorak gaya formasi tangan.  Dengan sehelai mafla, bermacam formasi dapat mereka persembahkan.  Dan kekreatifan merkea 
yang paling hebat apabila dimana mereka dapat mencipta chant yang dipadu dengan gerakan formasi tangan dan mafla dengan gaya yang cukup mudah dan ringkas..Meski mudah dan ringkas, ia sangat cukup mengesankan, menghiburkan, menerujakan, menakjubkan sehingga barangkali membuatkan penyokong lawan berasa agak mungkin cemburu dan iri hati dengan satu hati dan satu padu yang ditampilkan.  Aku melihat chant yang dipadu dengan formaasi ini merupakan suatu simbol perpaduan satu hati dan satu padu 
dalam kalangan orang Johor.  Hebat..Cool..Dengan menggunakan hanya sepasang tangan sahaja, terdapat beberapa formasi gerakan yang dapat dicipta.Ada formasi jari telunjuk yang dijulang ke langit..Ada formasi depaan bukaan tangan...Ada formasi saling berbalas isyarat tunjukkan antara sesama fans...Ada formasi genggaman tangan yang diancung atau dikepal ke langit..Ada formasi tangan yang digolek-golekkan dari bawah kiri, atas, ke bawah kanan...Ada juga formaasi tepukan yang bermacam-macam irama .Kemudian itu, dari gaya formasi menggunakan mafla pula, ada formasi mafla yang dijulang-julang ke langit, ada formasi 
mafla yang dipusing-pusingkan di araas atas kepala...dan ada formasi mafla yang dibentangkan setegang-tegangnya...OK



Ada juga formasi yang mana para fans membelakangkan stadium dengan tangan dirangkul pada leher rakan secara sebelah-menyebelah atau lebih mudah aku katakan sepertimana yang sering dilakukan oleh fans Man City.  Kemudiannya bersama chat mereka menghenjut-henjutkan badan mereka secara serentak... Ini memang betul2 awesome...Selain dari gerakan formasi dan chant, final kali ini menampilkan penggunaan kad plastik tifo yang berwarna merah biru...sehingga bila diangkat kad tifo itu, peh serius nampak gah dan bangga sebabnya warna negeri Johor itu meliputi sebahagian staidum...formasi julangan kad tifo ini yang paling seragam dan cantik susunan warnanya pada aku di bahagian ruang duduk BOS iaitu dibelakang stadium...sebab dapat dilihat dengan jelas pecahan warna merah biru itu...manakala bahagian ruang yang lain pula agak sedikit terabur...apapun ia suatu yang menakjubkan bagi suatu aksi yang julung-julung pertama kalinya ingin dicetuskan...aku sebenarnya mengharapkan yang fans kelantan dapat memaparkan hal yang sama dengan kad tifo merah putih mereka...tapi sayangnya ia tak menjadi dengan seragam...andailah kedua-dua fans dapat menampilkan hal seragaman yang sama dengan Johor bersama warna merah birunya manakala Kelantan dengan warna merah putihnya, jadi korang dapat bayangkanlah bagaimana meriahnya suasana warna stadium itu...sebahagian staidum berwarna merah biru manakala sebahagian stadium berwarna merah putih...peh...kalau itu terjadi...ia merupakan aksi yang menakjubkan....gimik yang lain pula, adalah dimana di belakang kad tifo berwarna merah biru itu pula, terdapat tulisan ejaan 'TMJ" yang ia mungkin merupakan simbolik kepada tanda sokongan kepada usaha TMJ. OK.

Merah Biru


Dari segi penggunaan layar banting pula, aku sejujurnya mengharapkan lebih lagi...dimana ada tarikan secara perlahan-lahan sebarang layar banting yang bersaiz gergasi kapasitinya...Meskpun begitu, aksi semacam itu masih ada namun dengan saiz banting yang tak berapalah cukup gergasi...Layar banting yang dibuka secara tarikan perlahan-lahan ini diaksikan di sisi ruang BOS yang menampilkan layar banting yang bergambar harimau. Sebut pasal harimau, ada aksi menarik dari fans Johor yang mana membawa 2 ekor patung harimau....hahahaha...layar-layar banting lain yang aku dapat lihat adalah layar banting yang bermotifkan warna merah biru....ok.





sekitar jam 8.45...Nyanyian Negaraku dikumandangkan...Dipimpin oleh Jaclyn Victor...Lepas tue, aku tak sabar nak nyanyi lagu Johor plk...tapi hanya rangkap2 akhir sahaja yang aku dapat nyanyikan.  Sebabnya fans Johor, kebanyakannya masih tak faham lagi yang mana sepertimana yang diminta oleh BOS, balingan resit putih hanya perlu dibalingkan setelah nyanyian Lagu Negeri Johor dinyanyikan meskipun ia tidaklah dinyanyikan secara official...Jadinya, lepas lagu Negaraku, resit dibaling...dan sebahagian ruang stadium dipenuhi dengan balingan hujan resit putih...mungkin lepas ini, hal ini dapat diatasi agar balingan hujan resit itu hanya dilakukan selepas lagu Negeri Johor dinyanyikan...apapun hujan resit itu suatu identiti unik fans 
Johor...OK.

Bila game nak start jer, bebudak BOS dah belakangkan stadium macam yang dibuat oleh fans Man City. Ada pak cik tua yang kat belakang aku dok ngomel suruh duduk sambil berkata "apa lah korang nie, bola dah nak sepak nie, yang korang bontotkan stadium tue kenapa"...hahaha...aku tergelak jer dalam hati...sabar lah pak cik...orang muda memang macam tue...tapi ironinya, pak cik tue terpaksa akur jugak...dia pun sama-sama belakangkan stadium...nampak tak disitu kuasa orang muda...hahahaha...pak cik nie juga sebelum ini ada mengeluh..katanya...'hey, tak abis2 lagi ker lagu ini, banyak betul lagu korang, aku dah penat bersorak 
nie"...sabar pak cik...hahahaha...OK.






Game bermula...Kelantan dari awal dah mengasak Johor...Banyak peluang Kelantan...Kalau penyudah mereka bagus, pasti lebih 1 gol diorg leh dapat...Kelantan gol menerusi kesilapan Syafik Rahim dibahagian tengah...Bola dirampas...Piyan kemudiannya buat through pass..Farhan sambut dan membuat jolokan mudah dan tenang...dan gol bagi Kelantan...Nwakeme banyak juga peluang tapi tak gol...OK.

Secara peribadi, game plan Johor agak terabur dan kucar-kacir...Syafik Rahim x ada peranan...Nazri pula pada aku malam tue dia macam main bukan dalam game final...asyik tinggalkan posisi...dan kemudiannya tak cover balik posisi dia...bila buat hantaran asyik ke laut...stop ball pun hampeh...aku letih dengan nazri nie..nazri kalau tak pandai buat hantaran, bagilah bola tue pada yang boleh buat hantaran..nazri cuma curi boleh jer dari pihak lawan....nazri oh nazri...tapi yang paling aku bengang, bila nazri aasyik tinggalkan posisi dia dan tak cover balik...come on nazri...muda lagi kan...kecergasan masih segar lagi...OK.

Syafik rahim pula macam sampah...malas nak kutuk banyak2...dia bukan pemain bola apatah lagi play maker...jadi faham2 jelah utk musim depan..OK

Pujian untuk Al-Hafiz Hamzah sebab dapat banyak juga selamatkan gawang gol...Ahmad Tharmimi yang berhempas pulas mengekang Nwakemi...ok

Berbeza dengan Kelantan...aku puji gandingan Piya, Shakir dan Indra...mereka punya posisi tengah yang kuat..Piya terutamanya...dia punya through pass memang killer...bahaya...ok.

Dalam pada masa yang sama aku tak berapa suka player yang suka berlakon jatuhkan badan..pura-pura sakit...ok..ini salah satu taktik dan startegik dalam bola...tapi aku tak suka...OK.

Separuh masa kedua aku rasa macam sekejap...punya seksa nak tunggu dn harap Johor menjaring...Nunez pula free kicknya agak kurang menjadi..OK.


Akhirnya wisel penamat ditiupkan...Kelantan juara piala FA 2013..Tahniah...Untuk Johor DT...jangan hampa, jangan kecewa, jangan putus asa...usaha lagi...cuba berhempas untuk Liga Super ini pada Selasa dan Sabtu...dan juga Piala Malaysia...aku mengharapkan Johor DT dapat bertemu Kelantan sekali lagi di final Piala Malaysia...InshaAllah...OK.

Habis game, BOS seperti selalunya bakar suar...warna merah kalernya...gila cantik meski ada yang tak berapa setuju dengan aksi pembakaran suar ini..dekat sisi fans Kelantan hanya ada satu jer suar yang dinyalakan...OK.





Hati gua sepertimana hati kebanyakan fans Johor berasa hampa...tapi dari awal lagi, aku memang dapat bayangan yang Kelantan menang...sebab dari game yang aku tengok sewaktu Kelantan lwn Pahang seminggu sebelum itu,ternyata game plan mereka hebat...terutamanya di bahagian tengah...tak pelah...mungkin bukan rezeki Johor...lain kali cuba lagi...ok.

Apapun tahniah untuk fans Johor yang telah memberikan sokongan tanpa berbelah-bahagi...Sokongan kalian memang serius cool, serius hebat...dan serius kreatif...ini suatu simbol satu hati satu padu...ok..

Lepas tengok Kelantan julang piala, aku pun keluar stadium dengan hampa..sepanjang perjalanan ke kereta, aku nampak ada sesi pertukaran jersi antara fans Johor ngn fans Kelantan...pertukaran bendera antara Fans Johor ngn Fans Kelantan...dan yang paling bagus sebab tak ada sebrang pertelingkahan dan pergaduhan besar yang melibatkan kedua2 fans...tahniah...tahniah juga untuk pasukan keselamatan dan bomba yang berjaya mengawal keadaan...OK.

Aku berharap sangat2 yang Johor dapat masuk final Piala Malaysia...dan lawannya adalah Kelantan...InshaAllah...Ok...

Semasa perjalanan balik, aku call Azhar...Azhar kata dia tak dapat masuk stadium sebab dah penuh...peh rugi ko Azhar...namun mujur, dekat luar stadium tue ada pasang skrin layar...tak pe Azhar...Selasa nie moga2 Felda dapat seri dengan Lions, lagi bagus menang...Johor plk menang lawan Negeri Sembian...jadi ada peluang tengok Johor angkat Cup Liga Sabtu nie masa jumpa Selangor dengan harapan Kelantan dapat kalahkan Lions...boleh lah ko Azhar tengok kat Larkin...mudah-mudahan...InshaAllah...OK..

Esoknya gi melawat Azrin...Nak teruskan survival di KL katanya...datang nak ziarah ko Azrin, bukannya nak mintak ko perkenalkan menatang WeChat tue kat aku...aku tak mainlah menatang2 macam tue...moga2 Azrin buat come back kat Penang...sebabnya Futsal dah tak berapa nak meriah dah nie...wandy pun tolong cepat2 balik penang semula...OK.

2 ulasan:

yana berkata...

ulasan mantap dek!
terasa2 kecohnya dlm stadium tu..tk

ruhi_hayat berkata...

Kecoh kak...bergegar stadium tengok bebudak Johor bersorak....