Selasa baru nie balik ke Lenggong...Destinasi spesifiknya Bukit Bunuh..Tujuannya untuk memecahkan dan mengetuk batu dan konkrit. Padahal konkrit dan simen itu dengar khabarnya baru sahaja dipasang untuk kerja2 penggerudian sampel. Entah. Aku malas nak bongkar banyak2...Nie permasalahan pihak atasan...Malas nak campur...Meski kadang2 aku tengok aksi dan perangai pihak atasan ini mengalahkan kanak-kanak yang masih berhingus...Konon katanya ada yang pernah diugut penjara 5 tahun, denda RM50000...Nie dah macam kes ayahda dan kakanda yang boleh ambil nyawa orang kalau orang itu tak nak panggil mereka dengan gelar "ayahda" dan "kakanda"...lagi nak pecah perut bila ada kakanda yang promosi diri sendiri agar orang lain panggil mereka dengan gelar "kakanda"...Falsafah Melayu manalah diorg kutip nie...tak inklusif langsung...Mengarut...!!....bila isu TPPA tengah panas, tak de plak geng2 ini tampil muka dan kuarkan kenyataan dan pendirian tegas...kata pejuang bangsa, kata pejuang agama, kata pejuang negara...tapi bila bab ada non-melayu yang konon katanya hina Melayu, siap dok pi perembat...cina non-melayu itu sememangnya bebal tapi yang ultras-Melayu tue pun tolong jangan jadi bebal jugak..sila bungkus falsafah sampah itu dan buang dalam tong sampah...sangat menjengkilkan!!!
ok. Berbalik pada cerita di Lenggong...Yang aneh dan peliknya ekspedisi kali ini dikepalai oleh Prof Mohktar...Padahal kerja2 kontrak dan macam buruh kasar macam ini pengarah macam dia tak perlu lah turun padang...Hanya bagi arahan dan suruh anak2 buah dia buat...Dah lah bulan posa...Tapi yang terjadi adalah sebaliknya...bahkan sebaliknya itu...sangat...sangatlah sebaliknya....Apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri, pengarah tue yang dah macam buruh kasar...pengarah yang berprofil Professor itu yang melebih2 memecahkan simen konkrit, berpeluh-peluh menghayun tukul batu...ini pertama kali aku lihat seorang berjawatan sangat tinggi (Pengarah dan Profesor) yang buat kerja2 kuli,buruh kasar...Bukan aku tak pernah nampak manusia berprofil tinggi yang punya ciri-ciri manusia rendah diri, tapi taklah seekstrim sangat macam ini...aku yang kuli ini pun, buat ala2 kadar sahaja...dah lah bulan puasa wey...nak kena ketuk dan pecahkan batu...tapi syukur kat Allah...Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami...aritu tak panas pun bahkan hujan renyai2 sahaja...Alhamdullilah...
Bila aku tengok Prof Mokhtar macam ini, jadi tak heranlah aku tengok anak2 buah yang dibawah seliaan beliau, buat kerja pun penuh dedikasi ; Syed, Nisa, Ekin....Malah masa buat kerja2 buruh tue pun, aku tengok Kak Nisa tue punya bersungguh2...sapu dan sodok batu2 tue dah macam mengalahkan pekerja binaan bangunan Indonesia...
Sekitar lebih kurang jam 5.30 petang, simen konkrit itu akhirnya berjaya dipecahkan...sepanjang buat kerja itu, kering tekak aku...sampai air liur pun dah kering...nasib suasana sekililing hujan...dalam otak aku, tak dapat makan pun tak apa...asal dapat air...
Petang tue, Prof belanja boka posa...macam2 menu ada... dan setakat ini, inilah time waktu berbuka posa aku yang paling lazat menunya..makan kat Pusat Lapangan sahaja...aku tak ambil heran pelbagai menu yang ada, aku cuma nak air jer...bila azan berkumandang jer, aku terus sental air...dapat air nyok @ air kelapa plak tue...gua tunggak bergelas2 banyaknya...lepas tue kami solat maghrib berjemaah dengan diimamkan oleh Prof...gua paling suka dan syahdu bila dia baca doa lepas solat tue...dia baca doa dalam bahasa Melayu jer tapi intipati doa dia menusuk kalbu beb...abis solat baru makan juadah menu yang berat...makan nasi kaler kuning...lauk daging bakar, daging panggang, sambal petai udang, ayam rendang, dalca...aku bab makan nie tak berapa nak kisah sangat...dapat air nyok tue pun pada aku dah cukup bersyukur dan nikmat gila rasanya...
Habis makan tue, kami semua tersadai...Prof bersembang tentang kisah hidup arkeologi masa lalunya...kaki gu sembang dia dengan Cik Li ngn Cik Man...sebab 2 orang nie selalu dengan Prof lebih2 lagi Cik Li yang dah terlibat dalam dunia arkeologi sejak penghujung tahun 80-an lagi...kami yang lapis2 baru nie, dok dengar je lah kisah lalu mereka...ada kisah lucu, seram, mencabar...ada cerita pasal penunggu..cerita ular besar...ulat sawa nak belit Cik Jeff, ular tedung panjang dan besar dan macam2 lagi lah...dan tak ketinggalan juga sesi mengutuk geng warisan...aku dengarkan je lah...
Perkara besar yang aku belajar dalam sesi ekspedisi ini bukanlah berkenaan cara macam mana nak ketuk dan pecahkan batu tapi apa yang dimaksudkan "kepimpinan melalui teladan"...pernah dengarkan rangkap kata ini...rangkap kata ini juga pernah menjadi salah satu dasar negara ini...dasar yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir...aku tak tahu pun apa isi dasar itu dalam kertas kerjanya...tapi aku lihat pelaksanaannya pada ekspedisi kali ini...tak perlu menceceh sibuk melaung-laung tentang kebaikan tapi buktikan lah dengan aksi perlakuan....tapi yang herannya, sepanjang aku kerja kat arkeologi ini, aku jadi heran, pengarah sikit punya rendah diri tapi ada segelintir stafnya pula yang perangai agak angkuh, sombong sedangkan profil jawatannya agak rendah...ada juga ahlinya yang tak abis2 nak berbangga dengan sijil pencapaiannya sedangkan itu bukanlah ukuran mutlak nilai kemanusiaannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan