Selasa, 9 Julai 2013

Liga Malaysia 2013

Liga FAM, Liga Perdana, Liga Super, Piala FA semuanya sudah selesai.  Skripnya, Penang yang hanya kalah sekali satu musim dapat naik ke Liga Perdana, manakala Sarawak yang tak terkalah naik ke Liga Super bersama Sime Darby.  Liga Super pula dijuarai oleh Lions XII yang rata-ratanya dibarisi pemain muda bawah 23 tahun.  Piala FA milik Kelantan.  Johor DT pula hanya mampu berputih mata setelah semua piala terlepas melainkan Piala Malaysia selain terlepas slot ke Kejohanan AFC musim depan. OK.

Bila Lions XII menang Liga Super, ramai orang bising. Ada yang salahkan FAM.  Mereka kata ini semua salah FAM sebab jemputmasuk Lions XII sertai liga.  Musim lepas bila Lions XII hanya ditempat kedua liga tak pula orang bising.  Patutnya dari musim lepas dah kena lah bising sebab Lions XII tue dok tangga 2.  Mana pasukan tempatan lain. Ok.

Dalam hal ini, tak "jantan" lah kalau asyik nak salahkan FAM.  Sepatutnya pasukan tempatan perlu malu pada diri sendiri.  Lions XII tue rata-ratanya dibarisi pemain muda bawah 23 tahun. Jadi disini renung-renungkanlah.  Sejauhmana kemampuan pemain profesional kita???.  Kalau asyik nak salahkan pihak lain, sampai bila mutu bola sepak kita nak maju. Ok.

Bukan dengan kehadiran Lions XII merupakan salah satu punca Liga Malaysia menjadi meriah ker???...



Juara Liga Super 2013



Juara Liga Perdana 2013



Juara Liga FAM 2013




Juara Piala FA 2013


Layak ke Kejohanan AFC 2014


P/S : USM pulak berjaya layak ke Divisyen 2 dalam Liga IPT.  Futsal Sukma Johor kalah kepada Pahang pada penentuan tempat ketiga.  Musim depan boleh lah tengok Penang main kat stadium Bandaraya dalam kancah Liga Perdana.

Tiada ulasan: