Islam agama yang syumul...agama yang sifatnya universal...menjangkui batasan sempadan negara, tidak mengira warna kulit, darah dan nasab keturunan...Ia adalah agama rahmat milik sesiapa sahaja yang mahu mengenali, mendalami dan menghayatinya...Dalam erti kata yang lain, Islam adalah agama yang sempurna...Ini sudah dikalamkan Tuhan dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang mana mahfum ayatnya bermaksud :
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku redha Islam itu jadi agama bagi kalian"...(Al-Maidah:3)
Ayat nie juga merupakan wahyu terakhir Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan sesudah asar Hari Jumaat di padang Arafah pada haji Wida..Bilamana ayat ini diturunkan, kebanyakan Para Sahabat berasa gembira dan suka kerana Islam telah sempurna. Namun hal yang sebaliknya berlaku kepada Sahabat yang sangat banyak berkorban pada agama Islam ini iaitu Saidina Abu Bakar R.a. Abu Bakar bahkan menangis lantaran tidak dapat menahan kesedihan, lalu pulang ke rumah dan mengunci pintu rumahnya. Para Sahabat yang lain mengetahui hal ini langsung ke rumah Abu Bakar dan kemudiannya mengatakan bahawa "Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna"..
Mendengarkan hal ini, Abu Bakar pun berkata ; "Wahai Para Sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidaklah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda"
p/s Abu Bakar merupakan antara Sahabat yang banyak berkorban untuk agama Allah...Antara pengorbanan beliau yang boleh dijadikan iktibar dan tauladan adalah semasa Perang Tabuk...Sewaktu itu, Umar telah ditanyai Nabi SAW tentang apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?..Maka Saidina Umar R.A menjawab bahawa 1/2 daripada hartaku aku infakkan (korbankan) untuk jihad nie manakala 1/2nya lagi aku tinggalkan untuk ahli keluarga..Kemudian Nabi SAW bertanyakan pada Abu Bakar R.A tentang hal yang sama...lalu Abu Bakar R.A menjawab, : Aku hanya tinggalkan Allah dan Rasul sahaja untuk ahli keluargaku...Abu Bakar telah mengorbankan seluruh hartanya dalam perang tersebut...Bahkan pada saat itu, Abu Bakar hanya memakai baju guni yang berbutangkan jarum....Kefahaman terhadap agama ini adalah bergantung sejauhmana banyak pengorbanan seseorang itu terhadap agamanya...
...........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan