Kalau dapat bubur lambuk macam ini..kena plk yang dia punya isi ada kacang soya ngn badam..bubuh plk dgn sambal kicap...aduh..
Khamis, 11 Julai 2013
Ramadhan Pertama
Berlalu sudah hari pertama puasa. Seperti tradisi tahun sebelumnya, kami berbuka puasa kat masjid USM. Makan kat tepi longkang tadika Pusat Islam. Cumanya saban tahun ahli jemaah longkang ini semakin berkurangan. Azrin, Wandy, Man, Lego, Chong dah tak ada. Hari pertama yang ada : Fadil, Reza, Syam, Udin, Faiz, Nik, Asang, Megat. Aku teringin plak nak makan bubur lambuk. Kalau kat kampung aku dulu, setiap petang lebih kurang lepas asar, orang dah beratur nak amik bubur lambuk sepanjang ramadhan. Kat penang ini, mana masjid yang ada bagi bubur lambuk ek???. Nak try jgk rasa bubur lambuk penang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan