Nama pasukan bola sepak ini meletup dan mencetuskan pelbagai fenomena, setelah pengurusannya dipimpin oleh Tengku Mahkota Johor. Kemudiannya, dengan pembelian pemain yang agak terkenal dalam kancah bola sepak Malaysia sebelum ini ditambah pula dengan penyertaan pemain import yang sudah punya nama dalam kelas bola sepak antarabangsa.
Bila ini berlaku, suatu letupan besar terjadi dalam atmosfera geografi peta Johor. Antaranya :
Stadium Larkin penuh. Malah telah dicat baru dengan warna merah biru. Jualan tiket pun meletup.
Para fans mereka bukan sahaja memenuhi stadium dengan makan kuaci. Tapi muncul dengan pelbagai gaya dan ragam. Dengan sorakan, dengan formasi tangan, formasi mafla, balingan resit, bakar suar dan yang paling terkini adalah bakar bunga api masa perlawanan akhir penutup Liga Super 2013. Aksi pertemuan dengan Selangor ini mendapat liputan dari Ultras World. Semua ini dikepalai oleh bebudak B.O.S.
Bagi orang Johor yang dah abis sekolah atau yang tidak bekerja dalam sektor perguruan, maka mereka ada sebab untuk mengingati semula dan menyanyikan lagu negeri Johor masa kat stadium.
Raayat Johor sudah mula kenal dengan instituisi kekeluargaan diraja Johor. Meskipun di negeri Johor ada ssuatu program yang dinamakan "Kembara TMJ" yang mana salah satu matlamatnya adalah untuk mengeratkan hubungan keluarga diraja dengan rakyat, namum porgram ini adalah acara bermusim dan tak semua kampung di negeri Johor dapat dilawati dalam acara tahunan tue. Tetapi menerusi medium bola sepak, populariti istana Johor menerusi TMJ sering dibual-bicarakan oleh bukan sahja raayat Johor tapi juga media massa. Lebih-lebih lagi dengan penampilan dan kenyataan TMJ di media massa. Lagi panas...Ok. Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofia dikurniakan dengan 5 orang putera dan 1 orang puteri iaitu Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor) 1984, Tunku Aminah 1986, Tunku Idris Iskandar 1987 (Tunku Temenggong Johor), Tunku Abdul Jalil Iskandar 1990 (Tunku Laksamana Johor), Tunku Abdul Rahman 1993 (Tunku Panglima Johor), dan Tunku Abu Bakar Iman 2001(Tunku Putera Johor).
Johor sering digosipkan dengan pembelian bintang bola sepak antarabangsa. Misalnya Pablo Aimar. Dan khabar anging terbaru adalah Ronaldhino.
Pemain tempatan ada yang menawarkan diri untuk bermain dengan Johor
Orang Johor dah boleh baca majalah Bola Sepak Johor
Ada bisnes pelekat kereta
Bisnes t-shirt pelbagai design yang bertema Bola sepak Johor, TMJ, dan Johor pun kencang. Sampai Wandy pun terjebak.
Tukang cat motor ada kerja
Begitu juga yang berkait dengan kenderaan 4 tayar.
Artis kelahiran Johor pun sibuk pakai jersi Johor
Raayat Johor yang berada diperantauan luar negara bergambar dengan latar tempat perantauan sambil pakai jersi dan bentangkan mafla Johor.
Awek Johor mula kenal Bola Sepak. Mula ramai-ramai datang stadium. Siap bakar suar lagi tue beb..
Nampak tak fenomenanya disitu...Sampul duit raya jadi mangsa...
Peh, ini betul2 eksterim...Guan nak tengok raya nie, ada tak awek pakai...Ker raya nie ada resepi nama kuih Harimau Selatan....
Sampaikan majlis kahwin pun bertemakan warna Johor dan dikaitkan dengan ciri Bola Sepak Johor seta slogan bola sepak Johor.
OK. Ini fenomena dari sudut internal atau dalaman warga Johor tapi dari sudut external atau luaran pula adalah:
Limpahan penyokong di Darul Makmur sehingga stadium tak muat...Gara-gara Johor DT punya pasal...
Stadium negeri lain secara tiba-tiba agak penuh dan ada juga yang full house apabila pasukan mereka bertemu dengan Johor DT. Hal ini terjadi kat Kedah masa FA, Perak, Kelantan, Pahang dll. Padahal kalau tak jumpa Johor DT, stadium mereka tak lah sepenuh itu. Misalnya masa jumpa Perak. Waktu tue, venue kat Lumut...Punya jauh...tapi penuh gila...Yang peliknya masa venue dah bertempat di Stadium Ipoh kembali, keadaan stadium tak pulak penuh. Ini dapat aku lihat masa Perak lwn Terengganu. Sedangkan Terengganu bukan team calang2....Fenomena...Dan satu lagi, terdengar pula suara-suara gabungan bersatu negeri-negeri lain yang bernada membenci Johor...Dari satu segi dapat dilihat dimana Johor telah berjaya menyatu-padukan negeri-negeri lain semata-mata untuk.......Walaubagaimanapun tak semua ahli bangsa negeri-negeri tersebut yang macam itu...hanya segelintir sahaja...
p/s moga fenomena kebangkitan Johor DT ini tak hanya bertahan semusim jer...perlu tetap ada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan