Rabu, 24 Julai 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad




Semalam lepas balik dari kerja, gua pergi cuci kereta kat Sungai Nibong. Sementara menunggu tue, aku dok baca suratkhabar lah..aku baca surat khabar lama..Mingguan Malaysia edisi 21 Julai 2013...Ada satu ruang yang menarik hati ku...Iaitu ruang wawancara bersama Tun Dr. Mahathir...Aku dah lama tak baca ruangan temuramah nie...sebab dah lama tak baca paper...Ada beberapa isi dan intipati yang boleh kita renung dan fikirkan daripada jawapan Tun Mahathir menerusi sesi temuramah tersebut...Namun begitu ada juga yang aku tidak bersetuju dengan beliau...Kita bersetuju untuk tidak bersetuju..Manusia kan ada pelbagai pandangan dan pendapat...Kadang2 sama..kadang2 berbeza...Tapi walau berbeza, kita masih lagi mengerti rasa hormat dan tidak perlu mencaci...Tapi sayangnya di Malaysia, masyarakatnya masih berpegang dan berpijak kepada pandangan warna dan parrti bukannya bersandar pada kerasionalan pandangan...Maksudnya, meski kadang2 itu seseorang yang memakai label warna parti A itu dalam lubuk hatinya bersetuju dengan pandangan pihak parti B, namun disebabkan baju label warna parti yang dipakainya, maka akhirnya dia jadi tak bersetuju...Bukankah dangkal gaya pemikiran dan perhubungan yang semacam ini?...Begitu jugalah hal yang sebaliknya...Bila ada pandangan dari seseorang Parti A yang mana pandangannya itu tidak dipersetujui oleh ahli dalam parti yang sama, namun disebabkan satu parti, maka ia terpaksa bersetuju...Ini suatu iklim yang tak berapa baik...Ia mencerminkan sejauhmana taraf rasional dan intelek sesebuah masyarakat...

Ok...Aku tak berapa setuju dengan Tun Mahathir berkenaan isu ISA (Internal Security Act) ataupun Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mana membolehkan suatu penahanan dilakukan tanpa bicara...pada aku ini tidak adil...andai jika seseorang itu disabitkan terhadap sesuatu kesalahan, maka yang dituduh mempunyai hak untuk membela nasib dirinya...maka perbicaraan boleh dilakukan..ini adil...yang menuduh ada haknya...yang dituduh juga ada haknya...jika yang dituduh tak punya hak untuk membela diri, maka bayangkanlah bagaimana yang kelompok berkuasa boleh menganayai dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak disukainya....Fikir implikasinya...

Ok...Dalam aku tak bersetuju berkenaan isu ISA, ada benda yang aku setuju dengan Tun Mahathir..aku tak nak hurai panjang2 berkenaan apa yang aku setuju berkenaan pandangan Tun Mahathir...cukup aku rasa, aku selitkan beberapa isi dan intipati dari temuramah tersebut....





(SOALAN) : Dalam usaha meraih sokongan, kerajaan BN dikatakan sudah melakukan segala-galanya, termasuk memastikan semua kaum mendapat bantuan tetapi keputusan PRU-13 tidak mencerminkan apa yang diharapkan?

(JAWAPAN TUN Mahathir) ;Sebenarnya apa yang diberi itu tidak memberi kesan. Bagi mereka yang dapat bantuan itu pun mereka tidak berterima kasih apatah lagi jika mereka penyokong parti pembangkang kerana bagi mereka itu adalah duit mereka. Itu duit cukai dan bukan duit kerajaan atau parti BN. Dahulu kerajaan menyediakan persekitaran yang memudahkan masyarakat mencari kerja, menjalankan perniagaan serta pelaburan dan sebagainya maka orang ramai pun seronoklah. Itu bukan duit kerajaan tetapi kami menyediakan ruang dan persekitaran yang sesuai dengan kehendak semua orang untuk mencari rezeki. Sekarang ini kalau kita lihat ramai juga graduan yang belum mendapat kerja. Mungkin orang fikir apabila mereka mendapat duit bantuan mereka akan berpuas hati padahal duyit itu tidak mencukupi, berapa hari boleh bertahan pun.

(SOALAN) Kalau dilihat sejak 2008, pihak pembangkang telah menyerang BN dari pelbagai sudut atas matlamat mahu berkuasa. Jika politik seumpama ini berterusan apakah akibatnya kepada negara?.


(Jawapan Tun Mahathir) : Kalau dia (pembangkang) menang maka dia akan guna caranya yang berbeza dengan cara kerajaan sekarang. Umpamanya dalam soal mahu berkongsi kekayaan dalam ekonomi bersama semua kaum, mereka akan berbeza kerana mereka sudah sebut segalanya adalah berasaskan meritokrasi. Mertiokrasi bermakna orang yang di atas yang dapat tetapi orang yang dibawah tidak dapat. Kita berasaskan keadilan sosial dan bukannya meritokrasi kerana dasar ini adil kerana orang di atas pun dapat dan orang di bawah pun dapat juga. Kalau tidak sampai bila pun mereka tidak akan naik. Orang yang berjaya ini kebiasaannya adalah anak orang kaya yang dapat banyak kelebihan tetapi berbezaa dengan mereka di bawah yang serba kekurangan kerana latar belakang tidak mengizinkan untuk mendapat lebih baik.

Keadaan di Malaysia ini adalah dimana kita tidak begitu teliti kerana dalam universiti awam, majoriti adalah Melayu dan Bumiputera tetapi di universiti swasta, 90 peratus adalah bukan Melayu. Ini kerana orang Melayu tidak ada duti untuk masuk. Seorang naib canselor di sebuah universiti memberitahu saya perkara ini kerana sebelum dia masuk tidak ada Melayu di universiti itu. Jadi dia minta MARA bagi biasiswa barulah ada pelajar Melayu di kolej tersebut. Oleh itu kalau nak dikira berdasarkan merit sampai bila-bila pun orang Melayu tak mampu dan akan jadi kuli. Perkara ini (merit) tidak menyelesaikan masalah sosial kalau mereka ini miskin maka mereka akan menentang orang kaya apatah lagi jika orang kaya itu kaum lain, ia akan menimbulkan masalah yang tidak selesai. Apa yang kita lakukan adalah membetulkan kedudukan masyarakat supaya lebih adil tetapi bukan dengan merampas harta atau hak orang lain. Kita hanya hendak memberi peluang kepada mereka yang tidak bernasib baik ini supaya mendapat peluang. Jika tidak mereka yang tidak bernasib baik ini tidak akan mendapat tempat.


(SOALAN) Namun generasi sekarang tidak melihat perkara ini sebagai satu keperluan?

(Jawapan Tun Mahathir) Mungkin generasi muda ini terutama Orang Melayu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang memalukan namun sebenarnya mereka yang mendapat nikmat itu. Sepatutnya mereka berasa malu mendapat nikmat itu kerana jika tidak mereka pun mungkin hanya menjadi kuli sahaja. Kalau mereka dapat jadi profesor misalnya, ia disebabkan peluang biasiswa yang diberi bukan kerana merit. Ini umpama bila dah berjaya mereka membakar jambatan, bila dia dah berjaya orang lain pula dibiar jangan berjaya. Ini tidak baiklah. Ramai juga yang jumpa saya dan kata terima kasih kerana membesar pada zaman saya serta mendapat pelbagai nikmat kerana sistem ini. Tapi janganlah apabila sudah berjaya tak nak bagi kepada orang lain untuk berjaya pula. Itulah perangai sesetengah orang Melayu yang saya percaya berlaku kerana hasutan.





Tiada ulasan: