Ahad, 28 Julai 2013

Keputusan Undian Kedudukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2013








Ada 4 kumpulan yang melibatkan 16 pasukan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.. Menurut aku, semua pasukan kuat2 belaka (bila dinilai dan diukur dalam konteks dalaman sahaja tanpa melibatkan perbandingan dengan pasukan di luar sempadan geografi Malaysia)....Agak menarik adalah kumpulan C yang melibatkan pertembungan negeri Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang ...This is Pantai Timur...Cuma Negeri Sembilan jelah yang terpaksa berjalan jauh sikit nak ke negeri2 pantai timur...Kumpulan B pula melibatkan persaingan antara pasukan yang berstatus kelab semuanya iaitu yang melibatkan Johor DT FC, Selangor PKNS, T-TEAM dan Felda United...Kumpulan A pula terdiri daripada ATM, Selangor, Johor dan Sime Darby...Dari segi jarak perjalanan, keempat-empat pasukan ini tidaklah memenatkan sangat sebab kedudukan geografi antara keempat2 pasukan agak dekat dari segi jarak jika dibandingkan dengan pasukan di Kumpulan D....Manakala kumpulan D pula yang terdiri daripada Lions XII yang terletak di selatan Semenanjung, Perak di bahagian tengah, Kedah di utara semenanjung dan Sarawak pula di bahagian Timur Malaysia dengan dimana pasukan lain terpaksa merentaas Laut China Selatan untuk ke sana...Dalam pada masa yang sama, kumpulan D ada Sarawak yang bakal memeriahkan kancah liga super musim depan selaku juara Liga Perdana...Paling tidak Sarawak dan Sime Darby boleh terlebih dahulu menguji keupayaan mereka dengan pasukan-pasukan yang rata-rata kebanyakannya adalah dari Liga Super dalam kejohanan Piala Malaysia ini sebelum mereka bersaing di Liga Super musim depan...Apapun nantikan debaran sepak mulanya pada Ogos 20 ini...


p/s pic kredit kepada fan page johor


.........................................................................................................

Tiada ulasan: