Rabu, 31 Julai 2013

KAMELIA




"Inginku berlari 
Mengejar seribu bayanganmu
Kamelia"
(Kamelia 1980 Sweet Charity)



"Indahnya hari itu
Mengejar bayangan wajahmu
Apakah aku lupa
Kamelia telah tiada
Kamelia telah tiada"
( Sejuta Wajah 1981 Sweet Charity)





Kamelia....
Roh tak berjasad tue,
Gemar ia mempermain,
Memperolok,
Seketul hati yang tak berdaya...


Kamelia...
Tiadakah kau kasihan...
Tiadakah kau punya rasa simpati...


Dia itu sudah mahu hampir mati...
Mujurlah mati bukan ditangannya...
Mujurlah mati itu ditangan Tuhan...
Kalau tak sudah lama dia mati...

Kamelia...
Kini dia sudah separuh sedar...
Separuh khayal...
Separuh gila yang sebenarnya...

Wahai Kamelia,
Si roh tak berjasad...
Datanglah padanya...
Kunjungilah hari-harinya...
Indahkanlah setiap sedutan nafasnya...

Dia mendambakanmu Kamelia...
Datanglah pada setiap tidurnya...
Manjailah ia dalam mimpinya...
Sekurang-kurangnya dia punya rasa kehidupan...
Meski hanya di alam mimpi....



Kamelia....antara lagu keramat Ramli Sarip bersama band Sweet Charity...Peh...selamatlah ejaan perkataannya adalah 'KAMELIA", bukan "CAMELIA"...Kalau "Camelia" itu macam nampak ia agak gengge, terhegeh-hegeh, jenis tak sedar diri...suka perasan...jenis lupa asal...jenis malu dengan usul..promosi diri sendiri nak berlagak urban meski asalnya dari pedalaman tak tahu tempat...jenis Melayu nak jadi omputih...jenis yang kaler rambut kuning2tue...Tapi bila ia dieja dengan perkataan 'KAMELIA"...nampak ada lenggok seksi Melayunya...ada rasa berahi bila terdengar sebutannya...ada rasa nak tahu apa dan siapa itu "KAMELIA" bila ternampak tulisan perkataan ini...KAMELIA...suatu kata yang menggambarkan baju kurung Kedah yang berlengan sedikit singkat dengan hiasan corak bunga-bunga kecil padanya bersama kain batik coklat di bahagian bawahnya... juga kain batik coklat yang dijadikan kerubung kepala.....Oh KAMELIA...kau bisa buat sang arjuna jadi hampir mati separuh gila tau tak...Kamelia kau tau tak yang Ramli Sarip tue sampai berkata "tak pedulikan ku terjang, biarpun harus ku tembus, padang lalang"....semata2 nak cari...nak kejar kau Kamelia....KAMELIA...perkataan ini memang klasikal...nostalgikal....dan akhirnya jadi legend....Ini memang tebal, asli dan kuat Melayunya...


p/s : Selain istilah Kamelia, gua suka dan jatuh cinta dengan istilah Orkid....Mawar dengan Ros pada zamannya (masa zaman Kesultanan Melayu Lama dulu lah) dah sangat mainstream skit...tak rare sangat...tapi Orkid pada aku tak mainstream lagi...ia rare...bunyi Orkid nie nak macam ke moden...nak macam ker canggih...tapi tak sampai ke moden dan canggih tue...tak tahu kenapa...

alahai kalau lah tetiba aku terdengar ayat nie "Bapak, bila nak bawa Orkid pergi tengok bola kat stadium"....aduh...macam nak mengembang besar plk hati aku...sebab gembira sangat...nie dah banyak sangat berkhayal nie...hahahahaha....




........................................


Saidina Abu Bakar R.A.




Islam agama yang syumul...agama yang sifatnya universal...menjangkui batasan sempadan negara, tidak mengira warna kulit, darah dan nasab keturunan...Ia adalah agama rahmat milik sesiapa sahaja yang mahu mengenali, mendalami dan menghayatinya...Dalam erti kata yang lain, Islam adalah agama yang sempurna...Ini sudah dikalamkan Tuhan dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang mana mahfum ayatnya bermaksud : 


"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku redha Islam itu jadi agama bagi kalian"...(Al-Maidah:3)


Ayat nie juga merupakan wahyu terakhir Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan sesudah asar Hari Jumaat di padang Arafah pada haji Wida..Bilamana ayat ini diturunkan, kebanyakan Para Sahabat berasa gembira dan suka kerana Islam telah sempurna.  Namun hal yang sebaliknya berlaku kepada Sahabat yang sangat banyak berkorban pada agama Islam ini iaitu Saidina Abu Bakar R.a.  Abu Bakar bahkan menangis  lantaran tidak dapat menahan kesedihan, lalu pulang ke rumah dan mengunci pintu rumahnya.  Para Sahabat yang lain mengetahui hal ini langsung ke rumah Abu Bakar dan kemudiannya mengatakan bahawa "Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna"..

Mendengarkan hal ini, Abu Bakar pun berkata ; "Wahai Para Sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidaklah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.  Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW.  Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda"





p/s Abu Bakar merupakan antara Sahabat yang banyak berkorban untuk agama Allah...Antara pengorbanan beliau yang boleh dijadikan iktibar dan tauladan adalah semasa Perang Tabuk...Sewaktu itu, Umar telah ditanyai Nabi SAW tentang apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?..Maka Saidina Umar R.A menjawab bahawa 1/2 daripada hartaku aku infakkan (korbankan) untuk jihad nie manakala 1/2nya lagi aku tinggalkan untuk ahli keluarga..Kemudian Nabi SAW bertanyakan pada Abu Bakar R.A tentang hal yang sama...lalu Abu Bakar R.A menjawab, : Aku hanya tinggalkan Allah dan Rasul sahaja untuk ahli keluargaku...Abu Bakar telah mengorbankan seluruh hartanya dalam perang tersebut...Bahkan pada saat itu, Abu Bakar hanya memakai baju guni yang berbutangkan jarum....Kefahaman terhadap agama ini adalah bergantung sejauhmana banyak pengorbanan seseorang itu terhadap agamanya...


...........................

Isnin, 29 Julai 2013

Psst...psstt..psstt...Dalam Perjuangan Memang Kena Pilih Bulu Ker...???


Minah nie pun agak2 patut jugak kena ISA (kalo ISA ada lagilah)...hina Islam..Hina Ramadhan..Hina Mufti...Hina JAKIM...hina negara Islam...Hina negara Melayu...Hina Perlembagaan...Hina segala2 nya...Ker ada pengecualian???..


Psst..psstt..psstt...Nak cakap kena bisik2 skit...Takut ada yang terasa...takut ada yang tersalah faham..Ok...Tak ada sapa2 yang berhati mulia ker nak gi tibai minah Melayu-Islam nie...Minah nie jauh lebih patut kena tibai dan diperambat daripada Cina-Kafir yang makan dikhalayak umum masa bulan Ramadhan...minah ni kan dah terang2 Melayu-Islam...jauh lebih faham tentang Islam daripada Cina-Kafir tue...dah lah Melayu-Islam, cuba nak lawan fatwa mutfi plk tue, dah lah nie bulan Ramadhan...tapi kalo tak bulan Ramadhan pun, boleh ker atau halal ker Pertandingan Ratu Cantik ini diadakan?...Atau ia hanya haram di Bulan Ramadhan sahaja???...Jadi tak ada sapa2 ker yang nak berdemo, berarak, terpekik, terlolong,berkonvoi depan rumah minah nie??...Minah nie terang2 hina Islam...Hina Ramadhan...ker ada pengecualian atas minah nie...Tak ada juga ker sapa2 yang nak berdemo, berarak, terpekik, terlolong, berkonvoi dekat majlis Ratu Cantik yang tunjuk2 badan seksi tue yang meski tak ada peserta Melayu-Islam tapi masih tetap dianjurkan di bulan Ramadhan....Marah skit penganjur...Nie kan bulan Ramadhan...Kalau bukan bulan Ramadhan pun tak boleh anjur dan buat Pertandingan Ratu Cantik ini...Nie kan negara Melayu...Negara Islam...Ker dalam perjuangan ada musim2 dia...ada musim kena berarak...ada musim tak...ker dalam perjuangan kena pilih isu...ada isu kena pekik...ada juga isu yang tak perlu pekik2...ker dalam perjuangan kena pilih bulu...ada bulu yang patut ditibai...ada bulu yang tak patut ditibai....ker dalam amar makruf nahi mungkar nie...ada waktu2 dan bulu yang perlu dipilih...ada bulu yang patut kena amar makruf nahi mungkar...ada bulu yang tak patut kena amar makruf nahi mungkar...falsafah Melayu nie amik setengah2 je lah...ajaran Islam amik sebahagian2 je lah...atau nak tunggu budak2 cuti sekolah baru nak berdemo dan berkonvoi???


p/s Agak2 lepas nie timbul lagi tak isu Siber Warrior (aduh,kenapalah kena tulis perkataan nie, tension wey)...Harap2 tak...sebab aku tak sanggup dan tak berdaya nak tulis perkataan tue...nak terserempak skit pun aku kalau boleh tak nak....aku tak tahu itu menatang perkataan apa..tapi aku dapat rasakan yang ianya tak urban dan sangat hodoh sekali....



.......................................

Ahad, 28 Julai 2013

Keputusan Undian Kedudukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2013








Ada 4 kumpulan yang melibatkan 16 pasukan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.. Menurut aku, semua pasukan kuat2 belaka (bila dinilai dan diukur dalam konteks dalaman sahaja tanpa melibatkan perbandingan dengan pasukan di luar sempadan geografi Malaysia)....Agak menarik adalah kumpulan C yang melibatkan pertembungan negeri Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang ...This is Pantai Timur...Cuma Negeri Sembilan jelah yang terpaksa berjalan jauh sikit nak ke negeri2 pantai timur...Kumpulan B pula melibatkan persaingan antara pasukan yang berstatus kelab semuanya iaitu yang melibatkan Johor DT FC, Selangor PKNS, T-TEAM dan Felda United...Kumpulan A pula terdiri daripada ATM, Selangor, Johor dan Sime Darby...Dari segi jarak perjalanan, keempat-empat pasukan ini tidaklah memenatkan sangat sebab kedudukan geografi antara keempat2 pasukan agak dekat dari segi jarak jika dibandingkan dengan pasukan di Kumpulan D....Manakala kumpulan D pula yang terdiri daripada Lions XII yang terletak di selatan Semenanjung, Perak di bahagian tengah, Kedah di utara semenanjung dan Sarawak pula di bahagian Timur Malaysia dengan dimana pasukan lain terpaksa merentaas Laut China Selatan untuk ke sana...Dalam pada masa yang sama, kumpulan D ada Sarawak yang bakal memeriahkan kancah liga super musim depan selaku juara Liga Perdana...Paling tidak Sarawak dan Sime Darby boleh terlebih dahulu menguji keupayaan mereka dengan pasukan-pasukan yang rata-rata kebanyakannya adalah dari Liga Super dalam kejohanan Piala Malaysia ini sebelum mereka bersaing di Liga Super musim depan...Apapun nantikan debaran sepak mulanya pada Ogos 20 ini...


p/s pic kredit kepada fan page johor


.........................................................................................................

Sabtu, 27 Julai 2013

Siber Warrior (aduh,kenapa aku kena tulis perkataan nie!)




Ini baru betul2 warrior beb...



Daripada dok tunjuk perut yang terkehadapan sambil pakai baju Melayu hitam,berseluar jeans, berspek mata hitam sambil dok berarak, terjerit2, terlolong2, berkonvoi kibar2 bendera, bersorak2 macam peserta Himpunan Bersih kat KL tue, lebih baik dok tengok kartun Keluang Man...nie baru betul2 pejuang cool beb..tapi buat masa nie aku tengah dok layan cerita Usop Sontorian...

Siber Warrior...aduh kenapa aku tulis lagi perkataan nie...aduh...aduh...maaf...aku tak tahu apa itu siber warrior...aduh kena tulis lagi perkataan nie...serius aku tak tahu wey menatang apa tue...tapi aku dapat rasakan yang ianya suatu benda yang sangat2 menjengkelkan...memualkan...rasa macam nak muntah..nak ketawa terguling2 macam tenggiling...

Lebih baik layan kartun nie lagi best....


Usop Sontorian

Hidup biasa2 sudah...sempoi2 sudah...Tak yah nak angkuh dan sombong sangat...Tak yah nak tunjuk perut sangat...Lepak2 sudah...Tak payah nak guna kuasa sangat...Tak payah nak papar gelaran sangat...Tak payah nak malukan dan jatuhkan Melayu sangat...Tak payah nak berbohong sangat.......


p/s Gua nak bukak posa kat kedai mamak...dan nak tanya sama pekerja kedai mamak tue .."lu org nie Melayu ker????"...





Aduh...Aduh...Aduh...


Ada yang menghantar komen yang kononnya penulis ini hanya tak lebih sebagai siber warrior...aduh...aduh..aduh..nie dah macam musim2 pilihanraya plak...macam Papagomo, Milosuam dan beberapa blogger yang lain...Aku nie tak ada cenderung langsung menulis dengan baur-baur politik yang mendalam...dengan gaya penulisan artikel berbaur kepartian, berbaur sentimen politik sama ada memihak kepada parti A mahupun Parti B. Aku cuma mahu menulis...Menulis tentang catatan hidup harianku, menulis tentang peristiwa lalu ku, menulis tentang impian masa hadapan ku, menulis tentang respon atau refleksi pandangan dan perasaan ku terhadap isu semasa dan keadaan di sekeliling ku, menulis tentang apa yang aku nampak, menulis tentang apa yang aku rasa...aku langsung tidak dibayar oleh mana-mana pihak2 untuk menulis...aku langsung tidak dibayar oleh mana2 pihak untuk menyerang sesuatu pihak bagi pihak yang konon katanya membayar aku...Fuck...kepala bana apa yang cakap aku nie siber warrior...aduh...aduh..aduh..aku pun bukanlah geng2 penyokong banggang bola sepak Johor DT dengan Kelantan yang asyik dok gaduh2 dan mencetuskan provokasi di Internet....kepala bana apa...kepala bana apa...kepala bana apa...aduh...geli plk aku dengar istilah siber warrior.. dah macam puak2 IJF bergaduh dengan puak2 KB Casual...aduh...Tolong lah...blog aku nie bukan blog politik kepartian...aku hanya melontarkan pandangan...aku nie dalam banyak hal adalah kelompok yang lebih bersifat neutral...sederhana aja...biasa2 aja...yang tengah2 aja...bukan fanatik,bukan ultras, bukan ekstrim,bukan melampau...kalau dari segi bola sepak pun...aku hanyalah neutral fan yang datang stadium hanya tengok bola sambil makan kuaci, 
dan bukannya kelompok ultras tetapi meski macam gitu sekalipun aku menghormati ultras bola sepak kerana fenomena positif yang dicetus oleh mereka...yang aku tak hormat dan tak setuju cuma segelintir puak yang 
suka dok cetus provokasi kosong dan tak bermanfaat...

Aku cuba melontarkan pandangan secara objektif dan tanpa rasa bias serta juga tanpa rasa memihak kepada mana2 pihak...Aku rasa pandangan2 aku, aku hentam kedua2 pihak bila aku rasa tak bersetuju dan adakalanya aku sokong kedua2 pihak bila aku rasa bersetuju...semuannya aku lontarkan dengan hujah...macam golongan liberal yang dok jana2 pluralisme dalam agama...aku hujahkan tentangan aku...tapi lakukan dengan hujah...

Ok...mungkin ada golongan yang melabel diri mereka sebagai "pejuang agama, bangsa, negara" yang rasa tak senang, marah, benggang dengan penulisan aku...tapi lihatlah hujah yang diberikan...fikirkan lah...mungkin diorg nie panas hati bila aku cadangkan beberapa perkara yang lebih serius yang melibatkan perbincangan dan perbahasan yang bersifat global menjangkui sempadan antarabangsa negara...bahkan isu2 yang aku kemukakan ada diantaranya dibangkit oleh Tun Mahathir...aku langsung tak berniat nak perguna nama Tun Mahathir untuk menyokong hujah penulisan aku...cuma aku nak bagitau dan gambarkan betapa penting dan besarnya isu ini...Tun Mahathir turut mempertikai isu air Johor-Singapura, isu Asean dan isu TPP.  Bahkan Tun Mahathir juga tak bersetuju dengan beberapa aksi kelompok yang kononnya melabelkan diri mereka sebagai pejuang agama,negara dan bangsa ini...Misalnya seperti apa yang mahu dilakukan oleh pemimpim Perkasa, Ibrahim Ali yang mahu membakar bible versi Bahasa Melayu...Hal ini bukan suatu yang baik...bukan suatu yang positif...bukan dapat jernihkan keadaan...bahkan keadaan makin tambah buruk...umpama mudah..kita rasa marah bukan bila Al-Quran kita dibakar oleh orang lain seperti mana yang terjadi di kebanyakan negara Eropah...kita rasa marah bukan...jadi jika aksi pembakaran ini berlangsung, natijah buruknya banyak sekali...negara kita ada undang2, ada perlembagaan...jadi bertindaklah atas landasan itu...negara kita kan ada sistem keadilan dan penghakiman tue...jadi selesaikan dengan cara itu...Bayangkanlah bila puak kristian bakar Quran manakala puak Islam bakar bible...bagus ker tue...kita dah tengok kan apa yang terjadi bila krisis agama terjadi...lihat sahaja di Mnyanmar...Islam vs Buddha...di India...Islam vs Hindhu...Darfur...Islam vs kRISTIAN...Tengok apa natijah dan kesannya...baik atau tak!!!!..


Siber warrior...peh masih2 terngiang2 kat kepala aku...hahahaha..hahahaha..geli hati aku...tolong lah jangan sebut atau tulis perkataan tue lagi...aku baca pun jadi geli hati...jadi nak ketawa terbahak-bahak...
untuk makluman,blog saya nie cuma cerita catatan harian atau peristiwa lalu atau juga impian masa depan...saya nie bukan warrior atau dalam bahasa Melayunya pejuang, wira, abang long, abang ngah,abang cik, abang lang...bukan2 tue semua...blog saya nie kalau nak diumpamakan lebih kurang macam blog hanis zalikha atau macam blog babyibu.  Blog yang mudah2 jer...blog yang ringkas2 jer...tak berat mana pun...cerita pasal makanan yang disukai..kalau blog hanis zalikha bercerita tentang baju, 
kain aksesori pakaian yang dibelinya...samalah juga dengan blog saya nie...cumanya baju, kain dan aksesori pakaian itu adalah yang lelaki punya...blog nie juga cerita tentang cuaca hari2 yang dilalui...hujan 
ker..panas ker...mendung ker..jerebu ker..takkan dengan gaya penulisan macam nie...aku nie dikatakan "siber warrior" aduh..aduh..aduh..geli betul...aku terpaksa tulis perkataan nie...jadi blogger hanis zalikha 
dan blogger babyibu danblogger2 yang lain...kalian juga merupakan "siber warrior" (aduh, terpaksa lagi tulis perkataan ini)..


Aku mengharapkan...sangat2 mengharapkan yang Pejuang Agama,Bangsa dan Negara ini dapat melakukan sesuatu dari sudut perkembangan dan kemajuan ekonomi Orang Melayu...mungkin satu koperasi boleh diwujudkan...orang Melayu kena berusaha untuk menguasai pasaran barang2 mentah dan menjadi 
pembekal kepada kebanyakan barang mentah...bukan sekaddar jadi pengguna...orang Melayu perlu jadi tokeh pasir...tokeh bata...tokeh kain terbesar Malaysia...barang mentah Orang Melayu perlu pegang..dan 
jangan rasuah...jadi Pejuang Melayu,Agama dan Bangsa mungkin boleh fikirkan dan usaha tentang itu...bukan hanya sekadar pakai songkok hitam,berseluar jeans dan pakai kaca hitam sambil memaparkan perut yang terkehadapan tue...aku nie bukan pejuang atau (warrior) apatah lagi siber warrior...aduh...sedihnya...kenapa kena tulis perkataan nie lagi...tension jer...tapi aku fahamlah sikit2 falsafah Melayu...bila bercakap dengan hujah...dan tak perlulah nak memaksa orang lain untuk menghormati anda...sebab memaksa menghormati lain nie bukan sahaja tak ada dalam falsafah Melayu tapi yang jauh lebih utama x ada dalam falsafah Islam...jadi tolonglah jangan perguna atau eksplotasi budak2 sekolah supaya pakai baju melayu atau tshirt hitam, berseluar jeans dan berkaca hitam untuk berdiri berderet2 tepi jalan untuk bersorak atau memberikan tabik hormat kepada orang2 atasan kamu itu...kelakar tengok...lebih baik buat satu kelas tuisyen untuk bebudak nie...seru mereka untuk belajar sungguh2...kuasai ilmu...ilmu perdagangan, ilmu perniagaan,ilmu astronomi,ilmu geologi, ilmu doktor, ilmu peguam, ilmu syariah dan macam2 lagi ilmu...buat kelas menjahit dan automotif pun ada faedahnya...ada baiknya...


Siber Warrior tue menatang apa ek...apa benda nie...aku nie manusia biasa jer...takdenya nak jadi pejuang2nie lah...tak minat lah...baik aku baca buku Robin Sharman ada baik lagi...atau tengok bola Piala Malaysia ker...tengok burung berterbangan di udara ker..tengok awan berarak di langit ker...tengok sang bulan memancarkan sinarnya ker..tengok bintang2 berkerdip di langit ker...tengok cerita kartun Keluang Man ker...tengok Usop Sontorian ker....kan lagi best dan cool...daripada tunjuk perut sambil pakai spek mata hitam,bersongkok hitam, berbaju melayu hitam dan berseluar jeans, kemudian dok berarak, dok konvoi naik moto, dok bersorak macam bebudak pro-pembakang yang buat himpunan BERSIH kat KL tue apa kejadahnya....Moga2 lepas nie aku tak terdengar atau ternampak berkenaan segala macam yang berkait dengan "SIBER WARRIOR"...aduh2...kenapa aku kena tulis lagi perkataan nie.Aduh...



"Tulis...Mesti tulis!!!...Mesti tulis perkara yang benar...Meskipun anda akan diketepikan orang sekarang...
Tapi anda akan diberi perhatian kemudian...
Tulis!!!...Mesti tulis..."
 - Usman Awang -...




Khamis, 25 Julai 2013

TARAF INTELEK (maksudnya kepandaian) DAN RASIONAL PEJUANG RASMI MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA




Sekarang nie isu panas isu TPP (Trans Pacific Partnership)...Nie kalau yang ada darah pejuang sudah lama patutnya melenting...sudah lama patut bising2..sudah lama patut marah dan geram...Dan aku rasakan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan yang dengan terang-terang dan bangganya mengisytiharkan kepada khalayak umum bahawa mereka itu "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" maka perlu lah lebih-lebih lagi peka dan ambil perhatian sama ada dari sudut kenyataan atau aksi perilaku bagi memaparkan dan mengesahkan bahawa mereka ini sememang benarlah "PEJUANG AGAMA, PEJUANG BANGSA & PEJUANG NEGARA" seperti yang sering dicanang-canang dan dipromosikan oleh diri mereka sendiri itu..Namun setakat ini, ..bukan nya nak cakap satu aksi perilaku, satu kenyataan ringkas berkenaan pendirian pertubuhan pejuang Melayu, Agama dan Bangsa ini pun langsung habuk pun tak ada berkenaan isu penting dan besar ini!!!.  Ini ker namanya "PEJUANG AGAMA, BANGSA, MELAYU-ISLAM DAN NEGARA"!!!!...

Antara isu bangsa dan tanah air yang aku cadangkan (peh takkan lah orang lain kena cadangkan kot...kata Pejuang Agama, Pejuang Bangsa & Pejuang Negara...patutnya tak perlu orang cadangkan, geng2 nie lah yang dah patutnya ke hadapan dan lebih awal dedahkan isu ini...tak faham aku taraf pejuang Melayu, bangsa, agama dan negara kat negara aku nie)..

Ok antara isu bangsa dan negara yang perlu diberi perhatian adalah :

1. Berkenaan isu penjualan air mentah Johor kepada Singapura dengan harga hanya sekitar 3 sen untuk 1000 gelen air. Sedangkan Johor jual air mentah kepada Melaka  sekitar 30 sen untuk 1000 gelen air...Murah gila kot jika dibandingkan dengan nilai kos hidup masa kini...Dah lah kos hidup ini takkan pernah berkurang...Saban tahun makin meningkat...Bayangkan kalau 1000 gelen dijual hanya 3 sen ..kalau 1 00000 gelen, kita baru jual air kita tue pada Singapura dengan harga hanya RM 30...lepas tue kita beli balik air tue dengan harga sekitar 50 sen untuk 1000 gelen..peh...dah ltak masuk akal...dengan keadaan nilai duit dolar Singapura tue dah lah 2 1/2 kali besar dari nilai duit Ringgit Malaysia..lepas tueperjanjian semula hanya akan berlaku pada 2060...bapak lama kot nak tunggu tempoh masa itu...


2.Soal pembelian pesawat perang F/A-18 sedangkan negara memerlukan pesawat MIG-29.  Dan yang menyedihkan lagi, perjanjian pembelian ini tidak melibatkan source kod. Maksudnya tanpa source kod, maka F/A-18 hanya boleh melakukan misi penerbangan setelah mendapat kebenaran dari pihak Amerika.  Dan akhirnya nanti, pesawat ini hanya boleh diterbangkan untuk kegunaan persembahan semasa persembahan LIMA.  Dah macam barang mainan jer fungsinya sedangkan harga mahal.  Peg..very expensive toys..

3.  Kemudian isu AFTA atau Asean Free Trade Area.  Dalam isu ini, Mlaaysia bersetuju bahawa 40% kandungan item lokal sesebuah produk layak ditakrif sebagai bebas cukai dalam pasaran ASEAN. Hal ini bukan susah sangat untuk kereta2 luar negara terutamanya dari Jepun, Korea, China dan Eropah untukpenuhi syarat tue...Diorg dengan mudahnya boleh guna bateri, tayar dan beberapa kompoenan buatan Malaysia bagi melayakkan hasil produk mereka dijual tanpa sebarang cukai di negara kita...so fikirkan lah...bagaimana produk buatan Malaysia misalnya Proton nak bertahan...macam mana Produk Kampung Mak Limah atau Pak Sudin nak bersaing dengan produk luar yang jauh lebih hebat...

4.  Pulau Batu Puteh dah tergadai...Kita pun dah bagi tanah keretapi yang bernilai bilion ringgit kepada Singapura...Dan lepas nie kita terpaksa lah plk minta izin Singapura untuk buat keretapi laju kita...


Lihatlah...semua perjanjian kita dengan pihak asing yang mana kebanyakannya secara pratikalnya tak memberi manfaat pun pada kita...

Sekarang nie pula tengah panas isu TPP (Trans Pacific Partnership).  Dahlah perbincangan dan isi perjanjian tidak didedahkan...Ini dari satu segi merupakan usaha lain Amerika untuk membolehkan syarikat besar mereka memasuki dan menguasai pasaran di negara kecil...

Makanya...mana Para Pejuang Melayu, Pejuang Bangsa, Pejuang Negara yang dok canang-canang istilah 'Melayu-Islam"...Isu-isu remeh macam Orang Cina makan kat depan khalayak ramai masa bulan Ramadhan sibuk dibisingkan (lagi bising dan marah kalau Cina tue makan babi)...aduh..nie isu penting...isu besar...isu masa depan negara...isu survival anak cucu...silap2 negara boleh tergadai...mana diorg nie...mana geng2 nie...mana pendirian mereka...atau sebenarnya memang tak tahu langsung tentang wujudnya isu-isu ini...mana geng2 yang pakai baju melayu, seluar jeans, bersongkok hitam, berkaca mata hitam dan setengahnya ada yang bergelang tangan, berambut kaler2 kuning tue...ker tahap pejuang Melayu,pejuang bangsa, pejuang agama kat negara aku nie, paling tinggi tahap yang diorg boleh buat selain berarak kat tepi jalan dengan gaya pakaian macam tue, hanya mampu untuk buat filem gangster sampah yang menjadikan rakyat Malaysia tambah lagi bangkut dan bukannya bangkit, dan  jadi juri maharaja lawak (kira tingga lah tue wey sebab jadi juri MAHARAJA lawak..MAHARAJA LAWAK MEGA plk tue)...atau hanya mampu buat konvoi naik motor sambil kibar2 bendera..aduh22..atau lagi menyedihkan, hanya tahu lepak kedai makan, buat tour keliling Malaysia cari kedai makan atau hotel mana yang sedap,lepas tue dok pung pang, pung pang tentang Melayu, tentang Islam, tentang Cina, tentang India sambil membesarkaN perut..peh...sangat menyedihkan dan mendukacitakan...nak nangis pun ada...




Filem PE3 : Bapak Segala Gangster (Kah kah kah...tagline memang serius tak boleh blah)
Filem melayu wajib tonton nie...tapi dah lama abis tayangan lah...mesti kutipan pecah panggung nie..korang download je lah...kalau rasa tak berapa nak yakin dan takut rugi masa jer nak download, korang leh baca review pasal filem ini dulu kat internet...boleh klik link ini untuk review pasal film ini...Tukang Ulas 1,TukangUlas 2 dan Tukang Ulas 3



...............................................................................

Rabu, 24 Julai 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad




Semalam lepas balik dari kerja, gua pergi cuci kereta kat Sungai Nibong. Sementara menunggu tue, aku dok baca suratkhabar lah..aku baca surat khabar lama..Mingguan Malaysia edisi 21 Julai 2013...Ada satu ruang yang menarik hati ku...Iaitu ruang wawancara bersama Tun Dr. Mahathir...Aku dah lama tak baca ruangan temuramah nie...sebab dah lama tak baca paper...Ada beberapa isi dan intipati yang boleh kita renung dan fikirkan daripada jawapan Tun Mahathir menerusi sesi temuramah tersebut...Namun begitu ada juga yang aku tidak bersetuju dengan beliau...Kita bersetuju untuk tidak bersetuju..Manusia kan ada pelbagai pandangan dan pendapat...Kadang2 sama..kadang2 berbeza...Tapi walau berbeza, kita masih lagi mengerti rasa hormat dan tidak perlu mencaci...Tapi sayangnya di Malaysia, masyarakatnya masih berpegang dan berpijak kepada pandangan warna dan parrti bukannya bersandar pada kerasionalan pandangan...Maksudnya, meski kadang2 itu seseorang yang memakai label warna parti A itu dalam lubuk hatinya bersetuju dengan pandangan pihak parti B, namun disebabkan baju label warna parti yang dipakainya, maka akhirnya dia jadi tak bersetuju...Bukankah dangkal gaya pemikiran dan perhubungan yang semacam ini?...Begitu jugalah hal yang sebaliknya...Bila ada pandangan dari seseorang Parti A yang mana pandangannya itu tidak dipersetujui oleh ahli dalam parti yang sama, namun disebabkan satu parti, maka ia terpaksa bersetuju...Ini suatu iklim yang tak berapa baik...Ia mencerminkan sejauhmana taraf rasional dan intelek sesebuah masyarakat...

Ok...Aku tak berapa setuju dengan Tun Mahathir berkenaan isu ISA (Internal Security Act) ataupun Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mana membolehkan suatu penahanan dilakukan tanpa bicara...pada aku ini tidak adil...andai jika seseorang itu disabitkan terhadap sesuatu kesalahan, maka yang dituduh mempunyai hak untuk membela nasib dirinya...maka perbicaraan boleh dilakukan..ini adil...yang menuduh ada haknya...yang dituduh juga ada haknya...jika yang dituduh tak punya hak untuk membela diri, maka bayangkanlah bagaimana yang kelompok berkuasa boleh menganayai dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak disukainya....Fikir implikasinya...

Ok...Dalam aku tak bersetuju berkenaan isu ISA, ada benda yang aku setuju dengan Tun Mahathir..aku tak nak hurai panjang2 berkenaan apa yang aku setuju berkenaan pandangan Tun Mahathir...cukup aku rasa, aku selitkan beberapa isi dan intipati dari temuramah tersebut....





(SOALAN) : Dalam usaha meraih sokongan, kerajaan BN dikatakan sudah melakukan segala-galanya, termasuk memastikan semua kaum mendapat bantuan tetapi keputusan PRU-13 tidak mencerminkan apa yang diharapkan?

(JAWAPAN TUN Mahathir) ;Sebenarnya apa yang diberi itu tidak memberi kesan. Bagi mereka yang dapat bantuan itu pun mereka tidak berterima kasih apatah lagi jika mereka penyokong parti pembangkang kerana bagi mereka itu adalah duit mereka. Itu duit cukai dan bukan duit kerajaan atau parti BN. Dahulu kerajaan menyediakan persekitaran yang memudahkan masyarakat mencari kerja, menjalankan perniagaan serta pelaburan dan sebagainya maka orang ramai pun seronoklah. Itu bukan duit kerajaan tetapi kami menyediakan ruang dan persekitaran yang sesuai dengan kehendak semua orang untuk mencari rezeki. Sekarang ini kalau kita lihat ramai juga graduan yang belum mendapat kerja. Mungkin orang fikir apabila mereka mendapat duit bantuan mereka akan berpuas hati padahal duyit itu tidak mencukupi, berapa hari boleh bertahan pun.

(SOALAN) Kalau dilihat sejak 2008, pihak pembangkang telah menyerang BN dari pelbagai sudut atas matlamat mahu berkuasa. Jika politik seumpama ini berterusan apakah akibatnya kepada negara?.


(Jawapan Tun Mahathir) : Kalau dia (pembangkang) menang maka dia akan guna caranya yang berbeza dengan cara kerajaan sekarang. Umpamanya dalam soal mahu berkongsi kekayaan dalam ekonomi bersama semua kaum, mereka akan berbeza kerana mereka sudah sebut segalanya adalah berasaskan meritokrasi. Mertiokrasi bermakna orang yang di atas yang dapat tetapi orang yang dibawah tidak dapat. Kita berasaskan keadilan sosial dan bukannya meritokrasi kerana dasar ini adil kerana orang di atas pun dapat dan orang di bawah pun dapat juga. Kalau tidak sampai bila pun mereka tidak akan naik. Orang yang berjaya ini kebiasaannya adalah anak orang kaya yang dapat banyak kelebihan tetapi berbezaa dengan mereka di bawah yang serba kekurangan kerana latar belakang tidak mengizinkan untuk mendapat lebih baik.

Keadaan di Malaysia ini adalah dimana kita tidak begitu teliti kerana dalam universiti awam, majoriti adalah Melayu dan Bumiputera tetapi di universiti swasta, 90 peratus adalah bukan Melayu. Ini kerana orang Melayu tidak ada duti untuk masuk. Seorang naib canselor di sebuah universiti memberitahu saya perkara ini kerana sebelum dia masuk tidak ada Melayu di universiti itu. Jadi dia minta MARA bagi biasiswa barulah ada pelajar Melayu di kolej tersebut. Oleh itu kalau nak dikira berdasarkan merit sampai bila-bila pun orang Melayu tak mampu dan akan jadi kuli. Perkara ini (merit) tidak menyelesaikan masalah sosial kalau mereka ini miskin maka mereka akan menentang orang kaya apatah lagi jika orang kaya itu kaum lain, ia akan menimbulkan masalah yang tidak selesai. Apa yang kita lakukan adalah membetulkan kedudukan masyarakat supaya lebih adil tetapi bukan dengan merampas harta atau hak orang lain. Kita hanya hendak memberi peluang kepada mereka yang tidak bernasib baik ini supaya mendapat peluang. Jika tidak mereka yang tidak bernasib baik ini tidak akan mendapat tempat.


(SOALAN) Namun generasi sekarang tidak melihat perkara ini sebagai satu keperluan?

(Jawapan Tun Mahathir) Mungkin generasi muda ini terutama Orang Melayu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang memalukan namun sebenarnya mereka yang mendapat nikmat itu. Sepatutnya mereka berasa malu mendapat nikmat itu kerana jika tidak mereka pun mungkin hanya menjadi kuli sahaja. Kalau mereka dapat jadi profesor misalnya, ia disebabkan peluang biasiswa yang diberi bukan kerana merit. Ini umpama bila dah berjaya mereka membakar jambatan, bila dia dah berjaya orang lain pula dibiar jangan berjaya. Ini tidak baiklah. Ramai juga yang jumpa saya dan kata terima kasih kerana membesar pada zaman saya serta mendapat pelbagai nikmat kerana sistem ini. Tapi janganlah apabila sudah berjaya tak nak bagi kepada orang lain untuk berjaya pula. Itulah perangai sesetengah orang Melayu yang saya percaya berlaku kerana hasutan.





Kejohanan Piala Malaysia 2013






Gua tak sabar nak tengok kejohanan ini...Gua tak ada bernafsu pun nak sambut raya tahun nie...malah gua rasa raya nie makin menyesakkan kepala...Pak cik, mak cik dan satu kampung akan tanya soalan yang sama...tentang masjid gua...gua tak nak layan...gua nak nyorok dan tak nak pergi baraan (marhaban)...kadar nafsu amarah aku nak tengok menatang nie memang melebih-lebih..bahkan EPL pun aku taklah bernafsu sangat nak tengok...gua tak kisahlah Johor DT pasukan palsu tue kalah ker...Kelantan yang menang ker...atau Sime Darby tetiba jer bleh sekeh dan bengkes Johor DT ngn Kelantan...gua memang tak sabar menantikan menatang kejohanan nie yang dengar-dengar khabarnya bakal disepak pada 20 Ogos 2013 nie...

p/s: nanti boleh lah dengar pasal cerita imam kampung malas nak baca doa tahlil, doa selamat dan bermacam jenis kenduri berdoa sebab nak tengok live kat stadium bagi yang super ekstrim atau tengok kat tv bagi yang nak ke stadium tapi keadaan tak mengizinkan sebab hari esoknya ada pejabat jabatan kerajaan yang minta pak imam nie tolong bacakan doa pembukaan majlis untuk majlis diorg...

Selasa, 23 Julai 2013

Puas Hati Kau Cik Tesis !!!




Kau buat aku tua terlalu cepat!!!


Pecah perut...


Ketawa lah terbahak-bahak

Ha ha ha ha ha

Kah kah kah kah







BERAMBUS




AKU NAK BERAMBUS DARI PENANG...


AKU NAK BALIK KAMPUNG KEJAP....



KEMUDIAN TUE NAK BERAMBUS 
DAN BERPETUALANG
KELUAR DARI KAMPUNG
 MALAYSIA....



Haiwan sosial, Ramadhan & Tesis


Haiwan Sosial

Manusia itu tak lebih sekadar haiwan.
Atau juga dikenali sebagai haiwan sosial.
Merangkak dan mengensot mencari makan minum.
Bersegama bila air dah naik sampai ke kepala.
Mentaik bila tong najis dah penuh.
Melahirkan benih bila dah terpancut dalam.

Ramadhan...

Sehingga ke hari ini...
Dalam bulan yang mulia ini..
Aku perhatikan...
Cuma mampu memperhati...
Tapi bisa belum menyakini dengan sepenuh hati...
Masih lagi acuh tak acuh...
Masih lagi terhoyang-hayang...
Masih lagi tak bulat...
Akan rahmat Tuhan...

Bukankah agak redup dan kurang bahang iklimnya...


Tesis...


Ia tak abis-abis mengerlingku...
Kerlingannya sungguh tajam...
Sangat sinis...
Begitu menjengkilkan...
Lebih jengkil dari orang yang bermulut busuk....

Selantas itu aku teringatkan Rahmat Haron...
Terlintas bayangan wajah pelik selekehnya...
Berambut panjang dreadlock dengan cacahan tatoo..
Betapa asingnya dia dengan nama bangsa yang diwarisinya..
Sejajar itu dalam hatiku menzikirkan kata-kata Rahmat Haron...
"Kau buat aku tua terlalu cepat.Pecah perut.Ketawalah terbahak-bahak".
Ini mungkin suatu refleksi atas kerlingan tesis itu.


....
.......

..........
.........................

Jumaat, 19 Julai 2013

Menggigil menanggung derita lapar



Sapa2 yang puasa sampai mengigil2 tue, redakan lah kegigilan tue dengan tengok clip nie...ini antara babak yang aku suka dalam cerita filem rock ooo : rimba bara kembali...



p/s gua teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu yang sentiasa dilanda bahana derita kebuluran..

Zakat Fitrah









Kalau pergi ke Sri Medan,
Singgah di Batu Pahat membeli kain pelekat,
Sudah tiba bulan Ramadhan,
Janganlah lupa membayar zakat...



Kepimpinan Melalui Teladan



Selasa baru nie balik ke Lenggong...Destinasi spesifiknya Bukit Bunuh..Tujuannya untuk memecahkan dan mengetuk batu dan konkrit.  Padahal konkrit dan simen itu dengar khabarnya baru sahaja dipasang untuk kerja2 penggerudian sampel.  Entah. Aku malas nak bongkar banyak2...Nie permasalahan pihak atasan...Malas nak campur...Meski kadang2 aku tengok aksi dan perangai pihak atasan ini mengalahkan kanak-kanak yang masih berhingus...Konon katanya ada yang pernah diugut penjara 5 tahun, denda RM50000...Nie dah macam kes ayahda dan kakanda yang boleh ambil nyawa orang kalau orang itu tak nak panggil mereka dengan gelar "ayahda" dan "kakanda"...lagi nak pecah perut bila ada kakanda yang promosi diri sendiri agar orang lain panggil mereka dengan gelar "kakanda"...Falsafah Melayu manalah diorg kutip nie...tak inklusif langsung...Mengarut...!!....bila isu TPPA tengah panas, tak de plak geng2 ini tampil muka dan kuarkan kenyataan dan pendirian tegas...kata pejuang bangsa, kata pejuang agama, kata pejuang negara...tapi bila bab ada non-melayu yang konon katanya hina Melayu, siap dok pi perembat...cina non-melayu itu sememangnya bebal tapi yang ultras-Melayu tue pun tolong jangan jadi bebal jugak..sila bungkus falsafah sampah itu dan buang dalam tong sampah...sangat menjengkilkan!!!

ok. Berbalik pada cerita di Lenggong...Yang aneh dan peliknya ekspedisi kali ini dikepalai oleh Prof Mohktar...Padahal kerja2 kontrak dan macam buruh kasar macam ini pengarah macam dia tak perlu lah turun padang...Hanya bagi arahan dan suruh anak2 buah dia buat...Dah lah bulan posa...Tapi yang terjadi adalah sebaliknya...bahkan sebaliknya itu...sangat...sangatlah sebaliknya....Apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri, pengarah tue yang dah macam buruh kasar...pengarah yang berprofil Professor itu yang melebih2 memecahkan simen konkrit, berpeluh-peluh menghayun tukul batu...ini pertama kali aku lihat seorang berjawatan sangat tinggi (Pengarah dan Profesor) yang buat kerja2 kuli,buruh kasar...Bukan aku tak pernah nampak manusia berprofil tinggi yang punya ciri-ciri manusia rendah diri, tapi taklah seekstrim sangat macam ini...aku yang kuli ini pun, buat ala2 kadar sahaja...dah lah bulan puasa wey...nak kena ketuk dan pecahkan batu...tapi syukur kat Allah...Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami...aritu tak panas pun bahkan hujan renyai2 sahaja...Alhamdullilah...

Bila aku tengok Prof Mokhtar macam ini, jadi tak heranlah aku tengok anak2 buah yang dibawah seliaan beliau, buat kerja pun penuh dedikasi ; Syed, Nisa, Ekin....Malah masa buat kerja2 buruh tue pun, aku tengok Kak Nisa tue punya bersungguh2...sapu dan sodok batu2 tue dah macam mengalahkan pekerja binaan bangunan Indonesia...

Sekitar lebih kurang jam 5.30 petang, simen konkrit itu akhirnya berjaya dipecahkan...sepanjang buat kerja itu, kering tekak aku...sampai air liur pun dah kering...nasib suasana sekililing hujan...dalam otak aku, tak dapat makan pun tak apa...asal dapat air...

Petang tue, Prof belanja boka posa...macam2 menu ada... dan setakat ini, inilah time waktu berbuka posa aku yang paling lazat menunya..makan kat Pusat Lapangan sahaja...aku tak ambil heran pelbagai menu yang ada, aku cuma nak air jer...bila azan berkumandang jer, aku terus sental air...dapat air nyok @ air kelapa plak tue...gua tunggak bergelas2 banyaknya...lepas tue kami solat maghrib berjemaah dengan diimamkan oleh Prof...gua paling suka dan syahdu bila dia baca doa lepas solat tue...dia baca doa dalam bahasa Melayu jer tapi intipati doa dia menusuk kalbu beb...abis solat baru makan juadah menu yang berat...makan nasi kaler kuning...lauk daging bakar, daging panggang, sambal petai udang, ayam rendang, dalca...aku bab makan nie tak berapa nak kisah sangat...dapat air nyok tue pun pada aku dah cukup bersyukur dan nikmat gila rasanya...

Habis makan tue, kami semua tersadai...Prof bersembang tentang kisah hidup arkeologi masa lalunya...kaki gu sembang dia dengan Cik Li ngn Cik Man...sebab 2 orang nie selalu dengan Prof lebih2 lagi Cik Li yang dah terlibat dalam dunia arkeologi sejak penghujung tahun 80-an lagi...kami yang lapis2 baru nie, dok dengar je lah kisah lalu mereka...ada kisah lucu, seram, mencabar...ada cerita pasal penunggu..cerita ular besar...ulat sawa nak belit Cik Jeff, ular tedung panjang dan besar dan macam2 lagi lah...dan tak ketinggalan juga sesi mengutuk geng warisan...aku dengarkan je lah...

Perkara besar yang aku belajar dalam sesi ekspedisi ini bukanlah berkenaan cara macam mana nak ketuk dan pecahkan batu tapi apa yang dimaksudkan "kepimpinan melalui teladan"...pernah dengarkan rangkap kata ini...rangkap kata ini juga pernah menjadi salah satu dasar negara ini...dasar yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir...aku tak tahu pun apa isi dasar itu dalam kertas kerjanya...tapi aku lihat pelaksanaannya pada ekspedisi kali ini...tak perlu menceceh sibuk melaung-laung tentang kebaikan tapi buktikan lah dengan aksi perlakuan....tapi yang herannya, sepanjang aku kerja kat arkeologi ini, aku jadi heran, pengarah sikit punya rendah diri tapi ada segelintir stafnya pula yang perangai agak angkuh, sombong sedangkan profil jawatannya agak rendah...ada juga ahlinya yang tak abis2 nak berbangga dengan sijil pencapaiannya sedangkan itu bukanlah ukuran mutlak nilai kemanusiaannya...

Isnin, 15 Julai 2013

BUKAN TAHUN 2013!!!



Apa kalian gila...apa kalian sudah tidak waras...kalian gila!!!

Saat ini, tika ini, sekarang ini, detik ini, tahun 2006...aku tegaskan 2006!!!...bukan 2013...

Semalam baru sahaja ayah ibu hantar, salam dan labai aku kat desa Fajar Harapan...

Semalam baru aku dapat kawan bilik baru....Si Wandy berambut kerinting itu...

Jadi masakan pula kalian bisa katakan saat ini tahun 2013....

Kalian bebal agaknya...

Wandy baru sahaja kenalkan aku dengan seorang manusia Terengganu yang tak makan nasi ; Nik namanya...

Aku baru sahaja berjumpa Enal setelah 2 tahun kehilangan...Masih lagi segar kata-katanya..."Amir Ahmad konon...sejak bila orang panggil kau Amir"....

Kalian sudah hilang ingatan....

Kalian ini terlalu terkehadapan sangat...

Sekarang baru 2006, bukan 2013....

Tadi aku baru jer jumpa Azhar...Si Azhar tue kata yang dia tengah bertaruh dengan Azrin...Bertaruh sapa dapat awek dulu kat USM nie...

Tadi malam baru jer aku lepak kat Padang Kota ngn Nik pakai moto Kassim...lepas tue masa nak balik USM, sesat terlajak sampai masuk jambatan...atas jambatan pulak motor pancit...

Sial apa kalian cakap sekarang nie tahun 2013...aku baru jer sampai dari lepak rumah abang Botak kat Kulim...

Yang cakap sekarang nie tahun 2013, orang tue dah sesat...dah tak ada agama...dah nak lawan takdir Tuhan..mana ada manusia yang boleh merentas masa...kau tue bukan Nabi...Nabi yelah...bukan sahaja boleh merentas masa tapi boleh merentas alam...Boleh Iskraj dari MasjilHaram ke BaitulMuqadis semalaman sahaja...Boleh plk Mikraj sampai ke Sindaratul Mutaha...Alam lain dah tue...Boleh plk lihat dan jumpa orang terdahulu dan tengok juga keadaan umat masa hadapan...Itu Nabi...tapi kau sapa.. cakap kau nie macam seolah-olah boleh lihat masa hadapan plk...sekarang nie kan tahun 2006...tetiba kau cerita perihal tahun 2013 apa kejadahnya hah...Kau nie memang dasar orang tak bertuhan...dasar tak beragama... dasar perasan nak jadi Nabi tapi banyak dosa....dasar tak bertauhid....Murtad...

Kepala bana apa yang tulis tarikh sekarang nie tahun 2013....sampai bebudak sekolah pun jadi sesat...terpaksa tulis tarikh kat buku latihan tahun 2013...sapa yang memadai-madai ini....dosa berantai lah ssapa yang sebar dogma kata sekarang nie tahun 2013....

Aku baru jer sampai KL ini...sebab temankan 3 sekawan seni : Wandy, Dep ngn Nik nak buat temuramah ngn kartunis Ibrahim Anon atau Ujang esok...nie jap lagi nak cari tempat tidur dan lepas tue nak cri tempat berbuka posa...sudah terang lagi bersuluh, yang sekarang nie bukan tahun 2013...


aduh...esok nak kena kuar 1 1/2 hari kat seberang...aku rasa kena tumpang abang Zainor je lah...boleh gak rasa naik moto Jipang dia....

seluruh umat manusia...jangan percaya pada dogma tahun 2013...masa tue takkan tiba...bukan 2012 akan kiamat ker...jadi masakan kalian bisa ber 2013 sepajang masa...bodoh dan bebal lah...tahun itu takkan akan wujud....tahun tue dah kiamat...apa kalian takut kiamat...kalian takut mati...sebab tue kalian tanam dan pasak dogma yang tahun 2006/2007 itu adalah tahun 2013...kalian penakut...kalian takut dengan realiti...kalian takut dengan kenyataan...kalian ini Babi...

minggu lepas baru jer aku berdebat dengan kumpulan aina dan zul kat kelas tutorial pasal isu sulataus salatin dan pensejarahan moden...abis kelas tue, aku ada jumpa Ratna n mintak Ratna belikan  gelang mutiara Sabah sebab ibu aku nak...

aku baru jer balik dari belajar bahasa Inggeris dengan Aliza Mansoor dekat cafe Indah Kembara...esok malam plk aku nak gi makan KFC ngn jln2 kat Batu Feringgi dengan Aliza ngn Ika...jadi celaka dan bebal apa sekarang nie tahun 2013 hah....


Amirul a.K.a. abang Nabil baru jer bagi tiket Hujan kat Dino...petang tadi chek2 baru jer ajar aku main YM..lepas tue aku dapat kenal sorang awek....Ilyana Iskandar namanya..

Dah...cukup...aku cakap banyak2 pun tak guna...aku bagi bukti banyak2 pun tak guna...kalian bukan nak terima pun...bukan nak akui...malah memerli, menyindir, mengenjek adalah lagi...aku cakap benar...yang bohong tue kalian...yang gila tue kalian...nak maju sangat...nak terkehadapan sangat...sampai tahun 2006/2007 pun ditukarnya jadi 2013...bodoh...bebal...celaka...babi...kepala bana...sial...khinzir...setan....kalian semua nie tak ada akal...tak ada agama...tak takut azab tuhan...pandai2 je cetus dogma sesat mcam nie...selagi aku roh aku bersemadi dalam jasad nie...aku akan tentang dogma sesat bodoh bahlul ini....sedarlah kalian...tampar pipi kalian...sedarlah...jangan ditipu...sedarlah...berdirilah atas bumi yang nyata...dunia yang jelas...jangan berkhayal banyak sangat...jangan nak terawang lebih2 sangat....ingat...aku tegaskan sekarang bukan tahun 2013......BUKAN TAHUN 2013!!!



Hari Keenam Puasa


Hari keenam puasa....

Kena pindah bilik....kacau hari cuti sabtu n ahad aku...

2 malam dah tak solat terawih....

Wandy datang Penang untuk sementara...bawa berita perkembangan dari Johor lebih-lebih lagi tentang Fenomena Johor DT.

Ahli jemaah berbuka tepi longkang bertambah dengan kehadiran Wandy dan Man...

sabtu malam tak dapat main futsal sebab hujan lebat nak mampus...futsal bj dah tiba masa berbumbung...

ahad malam main futsal kat gelugor...tapi dah namanya Melayu, datang tetap lewat....

esok balik Lenggong...Mokhtar nak belanja berbuka posa...dalam otak aku, benda yang terngiang-ngiang bila balik Lenggong adalah sambal nyok...jadi harap sambal nyok ada..lagi sedap kalo ada lepat labu...

Paling utama, aku nak berambus dari Penang!!!....

Jumaat, 12 Julai 2013

Zaman Neon Dibalik Gelap



Selepas terawih pertama aritue, aku lepak2 ngn Megat, Asang, Fadil dan Faiz.  Celakanya malam tue tetiba  jer terhambur keluar kenangan2 silam scene u/g umumnya dan harcore, punk dan metal khususnya lebih-lebih lagi dari mulut Megat.  Sapa hidup tahun-tahun sekitar 1999-2005, pasti akan kenal sub culture ini. memori ini membuat aku langsung rindu sama plague of happiness, nostalgia, zaman wadihana, zaman dewan larkin, zaman independence as hell dan bermacam2 jenis zine...bila aku tengok megat pakai baju "amebix" yang dah lusuh benor bahkan dah boleh buat kain gombal (kain buruk), maka aku tak nak tanya dan cakap
banyak..mamat nie memang true dan legend..bukan poser...Beza legend ngn poser banyak..boleh nampak...hanya yang true sahaja mengerti tapi buat2 tak mengerti...

p/s: Kalo ada sapa2 nak bikin filem pasal bebudak hardcore punk kampung yang dok lepak warung tengok Piala Dunia dengan pakai kain pelekat dan berbaju hitam (baju kaler hitam wajib) dan untuk lebih legend pakai kain pelekat yang ada tampal2 patch...maka aku cadangkan Megat lah pelakonnya...Aku tengok Megat nie pun ada gaya2 dan mirip muka Jimbo gak....Megat jangan plk nanti tetiba plk jadi "ayahda' ker "kakanda" ker...menjengkelkan plk...tak yah nak jadi hero melayu sangat...takkan lu nak pakai songkok hitam dengan seluar jeans plk kan.....hahahaha...prolife plk nampaknya kang...

Terkurung


"kerana budaya umumnya menuntut penyerahan, sedangkan engkau mendamba kebebasan"


"bukan kebebasan tapi keadilan"

...
......
..........

Khamis, 11 Julai 2013

Muzakirin, Musabirin, & Mujahidin


" (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah hati mereka bergetar, orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka, dan orang yang menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami Karnuiakan kepada mereka" - Surah Al Hajj, ayat 35 -

Bapak Ko


"Cerita lamo sapo...cerita lamo bapak ko...bapak ko pergi..tak balik2!!!"

Ramadhan Pertama

Berlalu sudah hari pertama puasa. Seperti tradisi tahun sebelumnya, kami berbuka puasa kat masjid USM.  Makan kat tepi longkang tadika Pusat Islam.  Cumanya saban tahun ahli jemaah longkang ini semakin berkurangan.  Azrin, Wandy, Man, Lego, Chong dah tak ada.  Hari pertama yang ada : Fadil, Reza, Syam, Udin, Faiz, Nik, Asang, Megat. Aku teringin plak nak makan bubur lambuk.  Kalau kat kampung aku dulu, setiap petang lebih kurang lepas asar, orang dah beratur nak amik bubur lambuk sepanjang ramadhan.  Kat penang ini, mana masjid yang ada bagi bubur lambuk ek???.  Nak try jgk rasa bubur lambuk penang.


Kalau dapat bubur lambuk macam ini..kena plk yang dia punya isi ada kacang soya ngn badam..bubuh plk dgn sambal kicap...aduh..

Live a Life


Live a Life

-There are no real failures in life, only results. There are no true tragedies, only lesson.-

Rabu, 10 Julai 2013

Bulan Ramadhan...






Bulan Ibu...
Bulan rahmat...
Bulan berkat...
Bulat kemuliaan...
Bulan makrifah...
Bulan sakinah...
Bulan tawajjuh...
Bulan kebanggaan...
Bulan penghulu...
Bulan indah...
Bulan cantik...
Bulan keredhaan...
Bulan segala bulan...

Itulah bulan Ramadhan....

Selasa, 9 Julai 2013

Fenomena Bola Sepak Johor Darul Takzim FC musim 2013

Bila muncul nama Johor Darul Takzim FC dalam kancah bola sepak Malaysia, maka berbagai-bagai reaksi terjadi.  Macam-macam pandangan muncul. Ada yang bernada positif dan tak kurang juga yang bernada negatif.  Kesemua ini dilihat mencetuskan suatu fenomena sama ada yang bersifat internal mahupun external.  Namun yang dominan sudah sepastinyalah yang bersifat dalaman.

Nama pasukan bola sepak ini meletup dan mencetuskan pelbagai fenomena, setelah pengurusannya dipimpin oleh Tengku Mahkota Johor. Kemudiannya, dengan pembelian pemain yang agak terkenal dalam kancah bola sepak Malaysia sebelum ini ditambah pula dengan penyertaan pemain import yang sudah punya nama dalam kelas bola sepak antarabangsa.

Bila ini berlaku, suatu letupan besar terjadi dalam atmosfera geografi peta Johor.  Antaranya :


Stadium Larkin penuh. Malah telah dicat baru dengan warna merah biru. Jualan tiket pun meletup.


Para fans mereka bukan sahaja memenuhi stadium dengan makan kuaci.  Tapi muncul dengan pelbagai gaya dan ragam.  Dengan sorakan, dengan formasi tangan, formasi mafla, balingan resit, bakar suar dan yang paling terkini adalah bakar bunga api masa perlawanan akhir penutup Liga Super 2013.  Aksi pertemuan dengan Selangor ini mendapat liputan dari Ultras World.  Semua ini dikepalai oleh bebudak B.O.S.


 Bagi orang Johor yang dah abis sekolah atau yang tidak bekerja dalam sektor perguruan, maka mereka ada sebab untuk mengingati semula dan menyanyikan lagu negeri Johor masa kat stadium.


Raayat Johor sudah mula kenal dengan instituisi kekeluargaan diraja Johor.  Meskipun di negeri Johor ada ssuatu program yang dinamakan "Kembara TMJ" yang mana salah satu matlamatnya adalah untuk mengeratkan hubungan keluarga diraja dengan rakyat, namum porgram ini adalah acara bermusim dan tak semua kampung di negeri Johor dapat dilawati dalam acara tahunan tue.  Tetapi menerusi medium bola sepak, populariti istana Johor menerusi TMJ sering dibual-bicarakan oleh bukan sahja raayat Johor tapi juga media massa.  Lebih-lebih lagi dengan penampilan dan kenyataan TMJ di media massa. Lagi panas...Ok.  Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofia dikurniakan dengan 5 orang putera dan 1 orang puteri iaitu Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor) 1984, Tunku Aminah 1986, Tunku Idris Iskandar 1987 (Tunku Temenggong Johor), Tunku Abdul Jalil Iskandar 1990 (Tunku Laksamana Johor), Tunku Abdul Rahman 1993 (Tunku Panglima Johor), dan Tunku Abu Bakar Iman 2001(Tunku Putera Johor).




Johor sering digosipkan dengan pembelian bintang bola sepak antarabangsa. Misalnya Pablo Aimar.  Dan khabar anging terbaru adalah Ronaldhino.


Pemain tempatan ada yang menawarkan diri untuk bermain dengan Johor

Orang Johor dah boleh baca majalah Bola Sepak Johor 


Ada bisnes pelekat kereta

Bisnes t-shirt pelbagai design yang bertema Bola sepak Johor, TMJ, dan Johor pun kencang.  Sampai Wandy pun terjebak.

Tukang cat motor ada kerja

Begitu juga yang berkait dengan kenderaan 4 tayar.

Artis kelahiran Johor pun sibuk pakai jersi Johor


Raayat Johor yang berada diperantauan luar negara bergambar dengan latar tempat perantauan sambil pakai jersi dan bentangkan mafla Johor.

Awek Johor mula kenal Bola Sepak.  Mula ramai-ramai datang stadium. Siap bakar suar lagi tue beb..

Nampak tak fenomenanya disitu...Sampul duit raya jadi mangsa...


Peh, ini betul2 eksterim...Guan nak tengok raya nie, ada tak awek pakai...Ker raya nie ada resepi nama kuih Harimau Selatan....


Sampaikan majlis kahwin pun bertemakan warna Johor dan dikaitkan dengan ciri Bola Sepak Johor seta slogan bola sepak Johor.



OK. Ini fenomena dari sudut internal atau dalaman warga Johor tapi dari sudut external atau luaran pula adalah:

Limpahan penyokong di Darul Makmur sehingga stadium tak muat...Gara-gara Johor DT punya pasal...


Stadium negeri lain secara tiba-tiba agak penuh dan ada juga yang full house apabila pasukan mereka bertemu dengan Johor DT.   Hal ini terjadi kat Kedah masa FA, Perak, Kelantan, Pahang dll.  Padahal kalau tak jumpa Johor DT, stadium mereka tak lah sepenuh itu. Misalnya masa jumpa Perak.  Waktu tue, venue kat Lumut...Punya jauh...tapi penuh gila...Yang peliknya masa venue dah bertempat di Stadium Ipoh kembali, keadaan stadium tak pulak penuh.  Ini dapat aku lihat masa Perak lwn Terengganu.  Sedangkan Terengganu bukan team calang2....Fenomena...Dan satu lagi, terdengar pula suara-suara gabungan bersatu negeri-negeri lain yang bernada membenci Johor...Dari satu segi dapat dilihat dimana Johor telah berjaya menyatu-padukan negeri-negeri lain semata-mata untuk.......Walaubagaimanapun tak semua ahli bangsa negeri-negeri tersebut yang macam itu...hanya segelintir sahaja...


p/s moga fenomena kebangkitan Johor DT ini tak hanya bertahan semusim jer...perlu tetap ada...


Liga Malaysia 2013

Liga FAM, Liga Perdana, Liga Super, Piala FA semuanya sudah selesai.  Skripnya, Penang yang hanya kalah sekali satu musim dapat naik ke Liga Perdana, manakala Sarawak yang tak terkalah naik ke Liga Super bersama Sime Darby.  Liga Super pula dijuarai oleh Lions XII yang rata-ratanya dibarisi pemain muda bawah 23 tahun.  Piala FA milik Kelantan.  Johor DT pula hanya mampu berputih mata setelah semua piala terlepas melainkan Piala Malaysia selain terlepas slot ke Kejohanan AFC musim depan. OK.

Bila Lions XII menang Liga Super, ramai orang bising. Ada yang salahkan FAM.  Mereka kata ini semua salah FAM sebab jemputmasuk Lions XII sertai liga.  Musim lepas bila Lions XII hanya ditempat kedua liga tak pula orang bising.  Patutnya dari musim lepas dah kena lah bising sebab Lions XII tue dok tangga 2.  Mana pasukan tempatan lain. Ok.

Dalam hal ini, tak "jantan" lah kalau asyik nak salahkan FAM.  Sepatutnya pasukan tempatan perlu malu pada diri sendiri.  Lions XII tue rata-ratanya dibarisi pemain muda bawah 23 tahun. Jadi disini renung-renungkanlah.  Sejauhmana kemampuan pemain profesional kita???.  Kalau asyik nak salahkan pihak lain, sampai bila mutu bola sepak kita nak maju. Ok.

Bukan dengan kehadiran Lions XII merupakan salah satu punca Liga Malaysia menjadi meriah ker???...



Juara Liga Super 2013



Juara Liga Perdana 2013



Juara Liga FAM 2013




Juara Piala FA 2013


Layak ke Kejohanan AFC 2014


P/S : USM pulak berjaya layak ke Divisyen 2 dalam Liga IPT.  Futsal Sukma Johor kalah kepada Pahang pada penentuan tempat ketiga.  Musim depan boleh lah tengok Penang main kat stadium Bandaraya dalam kancah Liga Perdana.

Khamis, 4 Julai 2013

Selamat Hari Lahir Amerika





SELAMAT HARI LAHIR

Kelahiran suatu anugerah
Yang tak pernah kita minta
Ia adalah suatu doa harapan
Dari ayah bonda
Yang akhirnya dimakbulkan
Tanda kasihNya ia kepada kita