Isnin, 27 Julai 2009
"Cukup....Jangan diseksa ianya lagi!"
Seingat aku, sungai itulah tempat kami memanah keli dan mencekak haruan.kami berbogel dan bercomot ketika itu.airnya sentiasa bergenang jernih.mata pastinya sejuk jika direnung.sungai itu memang baik hati.sentiasa ada bila kami perlukan.sungai itu macam ibu saya.sentiasa mengalir setiap masa dan keadaan.ibu pun macam sungai.ibu pasti takkan akan kecewakan orang bila orang perlukannya.dulu, ibu sentiasa tolong orang.kerja kahwin,bersalinkan anak orang dan juga uruskan orang mati sehinggalah ibu sendiri mati ditanam orang.sungai pun macam itu juga dulu.bila org nak minum, sungai bagi.bila org nak mandi, sungai pun bagi.tapi itu dulu. kini tidak lagi.sungai disisihkan.sungai dicemuh dan dimaki manusia.kalau boleh manusia taknak tengok sungai itu lagi.aku rasa kesian kat sungai.aku bilamana merenung sungai itu, aku pasti akan terdengar bisikannya.sungai kata:apalah nasib aku.dulu aku berguna.kini tidak lagi berguna.tu pun bukan salah aku.manusia jugalah yang menghapuskan fungsi aku.bila aku dengar bisikan sungai tu, aku cuba berdialog dengannya.tapi dia enggan.tapi aku teruskan juga. aku tak pasti kalau dia layan atau tidak.kalau dia layan, maka aku hanyalah bermonolog dengannya.aku tak boleh buat apa.aku cuma boleh nangis melihat nasib sungai.sungai sangat sedih.kini, sungai seolah mahu menyisihkan dirinya dari kami.kami pun begitu juga walau jarak antara kami dengannya hanya 2 jengkal.sungai pasti terasa hati dengan fiil kami.sungai bukan sahaja disisih oleh manusia bahkan juga mahkluk lain.ikan cakap sungai jahat.sebab sungailah ikan lemas.rumpai air pula selalu marah kat sungai.rumppai tuduh sungai yang buat dia tak dapat bernafas.apalah nasib sungai.ini semua bukan sebab sungai.sungai pun tak mahu jadi camtu.kini sungai dah tak ada apa2 yg nak dibanggakan.semua kebanggaan tu hilang sekelip mata tanpa diduga.dulu lainlah.dulu sungai sentiasa berasa ponggah dengan kehebatannya.tapi kini tidak lagi.sungai sentiasa berasa kepikunan dengan apa yang menimpanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
saya tawla anda tu nak stat bejinak ngan sukan renang,xperlula sehingga terbawa2 ke isu yang berkaitan ngan air,esok lusa kamu pasti leh b'rnang si lokasi t'sbut.usah risaw ya(",)
saya tawla anda tu nak stat bejinak ngan sukan renang,xperlula sehingga terbawa2 ke isu yang berkaitan ngan air,esok lusa kamu pasti leh b'rnang di lokasi t'sbut.usah risaw ya(",)
Catat Ulasan