Selasa, 14 Julai 2009

Kecelaruan perasaan, hati, jiwa, minda, otak & pemikiran

Baru sahaja sebentar tadi rakan saya di Pulau Pinang menelefon saya untuk bertanyakan saya bila saya akan ke Pulau Pinang. soalan ini sebenarnya telah dicetuskan oleh rerakan saya sejak beberapa minggu yang lalu. Ada antara mereka yang merasakan bahawa saya sudah merajuk dengan Pulau Pinang. Jelasnya, ada barang sedikit dua rasa merajuk di hati saya ini dengan wilayah Pulau Pinang namun ia bukanlah sebab utama saya berperi lakuan sedemikian rupa...


Hakikatnya, saya masih lagi terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan sehingga kadangkala memenatkan bukan sahaja fizikal saya malah juga minda saya. Diluah mati emak, ditelan mati bapak, mungkin itulah yang sewajarnya saya katakan. Saya punya urusan di Batu Pahat, Shah Alam, Kuala Lumpur dan urusan paling mencelarukan minda adalah di Pulau Pinang.

Di Batu Pahat, msalah saya dengan bapa saya. Si bapa ni tak habis-habis mendesak saya pulang ke kampung atas urusan pembikinan rumah dan pengurusan kebun.

Di Shah Alam atas urusan penjagaan pak cik saya yang dilanda serangan penyakit buatan orang yang tiada punya moral dan perasaan malah perangai "si penghantar" santet ini tak lebih seperti kanak-kanak kecil yang belum matang fikirannya dan tak keterlaluan juga saya katakan bahawa orang seumpama ini lebih gemar menjadi syaitan dan jin sebagai "TUHAN" berbanding Allah. Selain itu, saya agak pening melihat kerenah anak-anak kecil milik mak cik saya yang agak degil (suka marah2, tak mau pergi sekolah, kuat mengamuk sehingga menguji tahap kesabaran ibu bapanya). Ah, susah juga rupanya berumah tangga.

Di Pulau Pinang pula, masalah pembelajaran saya yang saya tak tahu bagaimana jalan penghujungnya. Ah, terserah sahaja pada masa dan keadaan yang tentukan (macam pengikut Jabariah lah plk). Kemudian itu, masalah "seseorang" yang berada di Kedah. Sebenarnya saya rindu pada dia. Itu je pun masalahnya. Tapi ini barangkali masalah besar juga bagi anak muda macam saya kerana naluri berpasangan itu suatu yang lumrah dalam kehidupan malah ianya juga merupakan fitrah kejadian manusia. Tuhan pun berkata bahawa setiap kejadian itu dijadikan secara berpasang-pasangan.

Nah, semua masalah ini datang serentak dan sepastinya memeningkan benak fikiran saya. Ingin meninggalkan Shah Alam, kesian pula pada pak cik saya yang masih belum sihat sedangkan mak cik saya pula sedang sibuk bekerja. Kalau tak tinggalkan Shah Alam, bagaimana pula masalah saya di Johor, Kedah dan paling penting di Pulau Pinang. Ah....sudah celaru minda dan persaan saya...Mana yang perlu pilih ni....

Kalau saya berterus terang dan beraksi jujur barangkali mampu menyelesaikan masalah ini. Tapi saya takut ada yang terluka dan terasa hati. Hati yang paling saya takut lukai ialah hati ibu saya (semuannya tentang baju hitam). Yup, kadangkala kenyataan tu sangat sukar dihadapi namun sepahit manapun ia terpaksa ditelan lantas dirasai oleh tekak yang sememangnya sudah sakit. Tapi kalau difikir-fikirkan balik, kalau rasa manis pun yang ditelan, di penghujung jalan cerita nanti pasti rasa manis itu akan mengalami proses transformasi yang sememangnya dipandang jijik oleh manusia. Manis ke, pahit ke, masam ke, masin ke, kelat ke, semuannya akan jadi tahi akhirnya....

1 ulasan:

adin berkata...

bodoh ar lu...dh la gembeng..kuat nangis..!!!x malu...kwn ngan pokok rambutan je la luu...!!