Rabu, 8 Julai 2009

S.U.S.U.K. Bab Satu


S.U.S.U.K. Bab Satu

 



 

Ianya bermula dengan seseorang yang menyanyi dan seseorang yang menangis.

   

 Dari luar bilik, Pak Fuad merupakan orang pertama yang mendengar suara nyanyian. Kelihatan seperti anak kecil dengan basikal roda tiganya, dia mengayuh kerusi rodanya menuju berdekatan troli makanan Misi Zaman yang ditinggalkan di bahagian koridor dan meneruskan kayuhannya ke arah sumber suara nyanyian tersebut.

   

 Nyanyiannya perlahan dan lembut tetapi Pak Fuad mampu menangkap nyanyian itu walaupun bunyi bising tray dan pinggan plastik menghinggarkan suasana.

    

Kebanyakan orang tua di wad mempunyai masalah kesukaran pendengaran namun tidak bagi Pak Fuad. Selain kecacatan pada kakinya, dia juga mengalami kehilangan daya penglihatan – 'kataraks' yang tumbuh menjadi semakin tebal dan dan menjadikan mata tidak lutsinar umpama buah 'mata kucing" : buah sangat dia gemari itu. Maka, dia sentiasa memberikan perhatian pada setiap bunyi yang muncul.

    Beliau tidak merasakan bahawa nyanyian tersebut daripada radio ataupun televisyen. Tapi merupakan nyanyian daripada suara yang mempunyai kualiti yang agak aneh. Iramanya dipenuhi dengan harapan dan sedikit rasa kesedihan.

    

Ianya merupakan suara orang muda. Pak Fuad tidak merasakan bahawa suara itu kepunyaan perempuan tua yang terdapat di wad geriatrik. Dia mengayuh menuju ke arah bunyi tersebut. Semakin beliau mendekati, semakin kuat nyanyian tersebut sehinggalah dia tiba di muka pintu.

    

Daripada celahan pintu kayu tersebut, beliau dapat mendengar esakan yang bercampur baur dalam nyanyian tersebut. Pak Fuad membuka pintu tersebut dengan tangan untuk melihatnya. Perempuan tua bernama Sharifah sedang duduk diatas kerusi rodanya, senyuman yang kejauhan terpampang pada wajahnya yang berkedut dan air mata bergenang pada kedua-dua matanya. Teman sesakitnya dengannya: Khatijah pada masa juga turut teresak-esak di atas katilnya. Rambutnya yang lebat dengan uban disikat rapi pada satu sudut namun sudut yang lain pula agak kusut.

    

Disebelah katil Khatijah terdapat seorang misi muda bernama Soraya. Pak Fuad mengenalinya kerana dia merupakan misi yang selalu membersihkan tabung air kencingnya. Misi itu jugalah yang memberikannya span mandi kepadanya pada setiap Khamis.

    

Jika Pak Fuad masih muda, pasti dia akan melamari Soraya. Soraya merupakan jenis wanita yang disukainya. Bersih dan kurus. Tanggannya yang kurus agak teguh tetapi lembut setiap kali misi itu menyental span basah pada badan Pak Fuad.

    

Misi itu juga selalu menyangul ketat rambutnya yang membuatkan kulit mukanya seperti terbenam kedalam. Tetapi, wajahnya masih lagi kelihatan ayu tanpa sebarang riak kasar .

Soraya tidak pernah menggunakan make up namun dibawah "haruman hospital", Pak Fuad boleh mengesan bau wangi Soraya.

    

Pak Fuad mendengar nyanyian misi itu pada dua orang perempuan tua yang berada didalam wad tersebut. Perlahan dan sangat lembut. Pak Fuad tidak menyedari berapa lama beliau sudah berada disitu sehinggalah Soraya menghabiskan nyanyian dan membuka matanya.

    

Soraya melemparkan senyuman pada kedua-dua wanita tua itu. Dia malah mengenyitkan matanya pada Pak Fuad yang masih lagi terpaku di pintu. Laki tua tu tidak memberikan sebarang respon tetapi Cuma merenung pada para wanita disitu.

    

Esakan Khatijah semakin kuat apabila nyanyian berakhir. Malah esakannya menjadi semakin tidak terkawal. Kemudiannya, esakan itu akhirnya bertukar menjadi batuk yang berserak-serak.

Tiada ulasan: