Jumaat, 24 Julai 2009

Manusia yang memualkan

Manusia memang kejam. Seringkali melihat seseorang yang zahirnya bodoh dengan pandangan sebelah mata. Adakah orang-orang yang zahirnya bodoh memang tiada tempat dan ruang untuk suaranya didengari. Walaupun adakalanya suara itu memang benar dan rasional dari sudut kebenaran hokum alam. Adakah seorang gila yang mengatakan 4×4=16, akan dinafikan kebenaran itu hanya kerana dia seorang gila?. Kalau itulah realitinya, ternyata memang benarlah kata-kata ARISARIWATAN:

“MANUSIA TIDAK GEMAR MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN TETAPI LEBIH GEMAR MELIHAT SIAPA YANG BERKATA”

Ternyata pemikiran dan persepsi yang semacam inilah yang layak diklafikasikan sebagai manusia yang mempunyai pemikiran kelas ketiga. Tidak pernah langsung untuk mendengar suara dan pandangan orang lain. Jika orang itu dilihatnya selekeh/serabai, maka pandangannya secara total ditolak. Adakah Negara yang demokratik ini, orang-orangnya masih melihat dan menilai seseorang daripada luarannya. Jikalau itulah jadinya, maka mengapa tidak dipersoalkan sahaja insane-insan seperti A.Samad Said, Prof Diraja Ungku Aziz dll. Aku aku pernah mengajukan persoalan ini, tetapi jawapan yang kuterima sungguh memualkan telingaku untuk mendengarnya.

Jawab mereka: “kau siapa dan mereka itu siapa”

Oh, jawapan apakah yang dilontarkan dari mulut bangsaku ini?

Masih waraskah mereka itu semua atau……….?

Kenapa persoalan yang seremeh ini mesti wujud dalam kehidupan masyarakat ini?

Apa masih bangkutkah mereka?

Atau environment yang menyebabkan pemikiran merekia berbentuk sedemikian rupa.

Mungkin juga kerana factor environment?

Enviromentlah pada fikiranku yang membentuk kehidupan manusia. Tetapi kadangkala aku tertanya, siapakah yang membentuk environment itu. Bukan manusiakah?.

Mungkin manusia hebat mempengaruhi sesuatu komuniti yang akhirnya membentuk suatu bentuk environment yang baru.

Kalau environment itu positif, tidak mengapalah. Istilah “hebat” itu sememangnya wajar ditujukan pada insane yang membentuk environment tersebut.

Tetapi bagaimana pula jika environment yang terbentuk itu bersifat negative pula?

Adakah layak insane tersebut dikatakan hebat?.

Jawapannya, hebat. Hebat menjahanamkan dan meracuni pemikiran anak-anak adam dan hawa. Aku adakalanya bosan. (adakalanya, bukan selalu ker). Kebosanan melihat betapa hipokritnya bangsaku. Hanya menyanjung tinggi orang yang berpangkat/berkedudukan. Dimana pula tempatnya bagi orang yang intelek pada erti kata yang sebenarnya? (istilah “intelek” itu perlu dilihat dan didefinisikan pada skop yang lebih meluas dan universal). – intelek itu bukan hanya terletak pada sijil/ijazah/master/phd. Itu semuanya hanya simbolik sahaja. Manusia yang tidak mempunyai sebarang sijil juga masih ;aya dilabel sebagai orang yang intelektual jika kena pada tempatnya.

3 ulasan:

eswandyasre berkata...

ko memang x komersial mikel ..orang bukan semua pandang org tu selekeh baru melemparkan kata2 negatif pada mereka ..cumanya,yang malas b`rusaha melekat atas katil 24/7 tetap gagal walau kacak cnepun macam aku!!

eswandyasre berkata...

selekeh+malas=gagal,
rajin+bakat+usaha=b'jaya,
malas+xkacak=aku

Apan berkata...

kau nak persoalkan fakta?budak darjah 6 pn bley jawab. persoalan itu bknnya jawapan itu patut diterima atau tidak dan kepada siapa kau ajukan soalan itu tapi adakah persoalan itu relevan dengan bidangnya dan adakah jawapannya subjektif atau objektif?kalau setakat fakta bukanlah satu masalah tapi jawapan subjektif yang memerlukan pemahaman yang berlainan peringkat pada setiap orang. ambil contoh sahaja persoalan dasar politik yang dibawa oleh setiap parti. kamu menerangkan dengan cara yang berbeza kepada orang lebih intelektual. mereka faham apa yang cuba disampaikan. cuba kau guna pendekatan yang sama kepada orang-orang kampung?samakah penerimaan mereka?aku bukanlah berfikir secara emosi. memang tak dapat dinafikan itulah situasi kebanyakannya. kau nak ubah pandangan orang lain, kau kenalah menrima pandangan orang lain. fitrah alam adalah refleksi terhadap sesuatu tindakan. pemerintah mahu lahirkan rakyat yang bodoh, refleksinya rakyat susah membuka akal mereka untuk berfikir. dan aku tau kau mikel!jumpa penang ya.