Jumaat, 24 Julai 2009

Mimpi yang mengerikan dan realiti yang sukar dimengerti

Sehari sebelum saya pulang ke kampung dari Shah Alam, saya menginap semalaman di rumah rakan saya. Saya mengalami mimpi yang agak mengngerikan sewaktu menjalankan aksi peninduran di rumah beliau. Setelah berborak tentang kisah lampau kami berdua, diiringi sedutan-sedutan kisah rerakan yang lain, saya dan tuan rumah pun terlena walaupun dari segi kenyataan sebenarnya, saya masih mahukan meneruskan sesi perbualan tersebut. Setelah menghabiskan sebatang rokok, saya pun terus lena dan menjelanglah mimpi dalam peniduran saya.


 

    Saya mendapat peluang untuk melancong secara percuma oleh seorang yang berhati pemurah. Tetapi saya lupa lah plk destinasi yang bakal saya kunjungi. Bila saya sampai ke destinasi itu, saya disambut oleh tiga orang bidadari yang sememangnya chantek (nama pun bidadari, takkanlah berwajah hodoh)..Kemudian tu saya dibawa ke suatu tempat untuk tujuan penginapan. Tetiba sahaja, tiga orang bidadari tu bertukar wajah menjadi tiga ekor syaitan yang hodoh dan riak wajah yang begitu menakutkan.


 

Lantas itu jugalah saya ingat akan soal kematian. Dulu sewaktu saya aktif dalam pergerakan usaha atas iman dan amal (tabligh), saya dilatih untuk sentiasa mengingati Allah setiap masa dan keadaan, lebih-lebih lagi apabila berada diambang kematian. Maka saya pun berusaha untuk mengucap dua kalimah syahadah sebab dulu para eldest dlm tabligh selalu berikan fadhilat bagi sesiapa yang dapat mengucap semasa saat kematiannya maka akan dijanjikan dengan syurga berdasarkan hadis nabi saw yang berbunyi:

"man akhiru kalami Lailahhailahallah, da khalal jannah"

"barangsiapa yang akhir kalamnya Lailahhailahallah, maka masuk syurga"



Maka dengan itu, saya pun berusahalah untuk mengucap kalimah syahadah tetapi agak sukar bagi saya untuk melafazkannya. Barangkali sebab dosa-dosa masa lampau dan juga masa kini saya yang banyaknya sehingga tak terkira. Namun setelah saya berusaha, akhirnya saya berjaya juga melafazkan kata-kata keramat tersebut sehingga menyebabkan 2 dari 3 ekor syaitan itu terbakar. Manakala seekor syaitan lagi melompat ke atas dan di atas tersebut saya terlihat dengan orang yang menawarkan dan menanggung perbelanjaan semasa saya melancong.

  

  Disaat itu, saya fikir yang si pemurah hati tu akan membantu saya memusnahkan syaitan tersebut tetapi dia berubah menjadi mahkluk yang sangat menakutkan dan berjuta kali ganda hodohnya. Apabila selesai sahaja proses transfomasinya, si syaitan bertopengkan manusia itu cuba meng"fire" saya dengan kuasa apinya yang keluar dari tangannya.

   

 Dengan perasaan yang begitu takut saya berusaha untuk mengucap kalimah syahadah dan saya menanti apakah yang akan terjadi apabila api tersebut terkena atas fizikal saya. Belum pun sempat saya menyaksikan aksi seterusnya dalam mimpi saya, tetiba saya dikejutkan sehingga memindahkan diri saya dari alam mimpi ke alam realiti.



 

    Bila saya tersedar dengan mata yang masih belum terbuka luas, saya dapat rasakan yang bahagian tengah badan iaitu di kawasan kelengkang saya seolah-olah diraba orang. Bila saya buka sedikit mata saya, saya lihat rakan kepada rakan saya berada di depan saya dan selantas itu juga beliau beredar dari rumah tersebut tanpa sebarang salam "selamat tinggal".


 

       

 Sebelum tidur, saya berbual dengan rakan kepada rakan saya itu sebab dia kelihatannya agak peramah dan beliaulah yang mulakan perbualan antara kami. Untuk membuat audien lebih jelas tentang rakan kepada rakan saya ini, cukuplah saya katakan yang rakan kepada rakan saya ni berperwatakan seperti "lelaki lembut"...



Tentang mimpi ngeri itu pula, saya percaya ianya berlaku sebab saya tidur dalam keadaan yang letih dan penat kerana malam itu saya bermain futsal bersama rerakan kepada rakan saya.



Kawan saya dari terengganu (cukuplah saya namakan kawan saya itu dengan "As") pernah kata bahawa kita akan bermimpi ngeri (mimpi hantu2), bila badan kita letih sewaktu melakukan aksi peniduran.



Dan yang saya paling harapkan adalah saya dapat mati dengan kalimah iman dan amal....



"sebanyak manapun harta, setinggi manapun pangkat, sehebat manapun pasangan kita, pasti dan pasti tidak dapat menandingi ketinggian dan kehebatan kalimah iman dan amal."



"andai diletakkan kalimah iman disebelah neraca manakala disebelah neraca yang lain diletakkan pula dunia dan segala isinya, pasti dan pasti kalimah imah lagi berat "

Tiada ulasan: