Sabtu, 25 Julai 2009
Sedetik yang lepas dah lepas dan ianya tetap terus melepas .
“Belajar sungguh-sungguh, jangan asyik nak main aje, hang tu dah besar”, kata ibu kepada aku. Dengan dua tiga lambaian, akhirnya kereta yang membawa ibu dan ayahku akhirnya hilang dari pandangan, tenggelam dibawa kesibukan manusia yang menghurungi pusat pendidikan ini.
Aku Shahrul Hadi bin Ahmet Hamid. Pelajar baru jurusan perundangan Islam yang asal usulnya tak lebih dari ‘anak dangau’ yang membesar dengan suasana kekampungan yang begitu terpencil,terperosok jauh dari sebarang pembangunan dan kemodenan arus kemajuan dunia kota.
***************************************************
Shahrul Hadi yang bernafas kini tak lagi macam Shahrul Hadi yang dulu. Tak macam Shahrul Hadi pada dua tahun yang lampau. Kalau dulu ke kuliah dengan baju ala-ala kampung (baju kemeja lengan panjang, seluar atas buku lali yang dilipat-lipat pinggangnya dan kasut hitam yang harganya tak lebih daripada nilai RM 25) yang kalau dilihat oleh warga kampus sebagai manusia yang tak “up to date”. Tapi Shahrul Hadi dah lain sekarang. Pakai baju jenama “Body Glove”. Seluar jeans original jenama “Levi’s”. Kasut bergaya dari jenis “Converse”.
Dulu solatnya cukup, Qurannya sejuzuk sehari, doa-doa masnun sentiasa mengiringi setiap tingkah lakunya. Dari bangun tidur, tidur hingga bangun kembali, dari hujung rambut hingga hujung kaki, 24 jam kehidupannya tiada terpisah daripada agama seperti mana agama yang dizahirkan oleh Nabi Saw.
Tapi kini, wayang satu warna, lelagu yang membingitkan telinga, istilah “what the fuck”, “what the hell”, “sial” lah yang merupakan santapan hariannya malah semua tu bagai tak boleh lekang dari jasadnya. Hidupnya didorong syaitan dan nafsu.
Sekarang dah tersungkur, terduduk, tersebam, baru ko nak teringat kata-kata mak kau dulu. Mungkin tak terlambat kalau kau nak kembali. Tapi salah tetap salah. Gagal tetap gagal. Setiap detik kalau kau fahami dan hayatinya sedalam-dalamnya, pasti kau mengerti betapa besarnya nilai sedetik masa tu. Sedetik yang lepas dah lepas dan ianya tetap terus melepas .
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." (Surah Al-Asr)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan