Ahad, 26 Julai 2009

PAPADOM : HARAPAN yang menjadi kenyataan

2-3 hari ini, istilah "HARAPAN" begitu popular dan sentiasa sahaja terpancul dari mulut rakan-rakan saya. Dan yang agak unik, kediaman yang saya dan rerakan huni sekarang ini namanya berbunyi "Fajar Harapan". Hari-hari yang berlalu sebelum ini, semuanya hanya meninggalkan harapan palsu. Nak main bola tapi sayangnya si pemilik bola (We) pulang ke kampung halamannya. Nak berniaga bubur cha-cha versi Pulau Pinang di Batu Pahat, tapi malangnya pembelajaran saya tertangguh sehingga meranapkan hati beberapa orang tersayang. Minggu lepas lak, sewaktu hati penuh "HARAPAN untuk menyaksikan perlawanan ulangan antara Man United dengan Harimau Malaya tetapi celakanya Astro tiada pula menyiarkan siaran langsung (punyalah ber"HARAP" sehingga sanggup tunggu seawal jam enam petang di kedai mamak Istimewa tapi yang menjelma di skrin TV hanyalah perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan Rapid Vienna yang berakhir dengan keputusan 0-1). Kemudian itu, hati ini pula sentiasa ber"HARAP' untuk beraksi di pentas futsal tetapi alangkah tiada tuahnya beberapa rerakan saya tiada punya "mood' untuk mengelecek dan menjaringkan gol diikuti pula kepulangan rakan ke Klang selain rakan-rakan lain yang sememangnya tidak dapat memberikan komitmen yang komited disebabkan sudah bergelar "manusia dewasa" ("tahniah kepada yang berjaya dan selamat datang kepada pelajar baru"-banting kat desasiswa restu). DiselitkaN juga disini, "HARAPAN" dua orang rakan saya yang ingin mendalami ilmu persilatan dari jenis silat Makrifat yang akhirnya juga hanya tinggal "HARAPAN".






Walaupun begitu, "PAPADOM" telah membuktikan bahawa insan seperti saya dan rakan saya juga mampu menjadikan "HARAPAN" sebagai suatu istilah yang dapat dimenifestasikan dengan jayanya sehingga menjadi kenyataan dan bukannya hanya tingal "HARAPAN" palsu seperti sebelum-sebelum ini.

Kedatipun PAPADOM bukanlah sebuah cerita yang mampu berdiri sebagai sebuah gambar bergerak berstatus lagenda namun ianya sudah cukup untuk membuatkan hati saya yakin bahawa orang seperti saya juga bisa menjadikan "HARAPAN' menjadi sebuah kenyataan yang realiti dalam diari hidup.

PAPADOM juga dilihat berjaya membuat rakan disebelah saya tertawa girang pada beberapa babak tertentu antaranya babak yang menayangkan sewaktu Maisara mahu keluar dari lubang sempit, kemunculan din beramboi (walaupun tak banyak pun lawak yang terpancul dari diri beliau tapi mungkin disebabkan namanya "Din Beramboi", maka semua orang tertawa), kewujudan Harun Salim Bachik dengan lawaknya yang berbunyi: "Shukor kata....."
"Janganlah beremosi sangat dengan tanah".....

dan yang paling utama rakan saya ini pasti tergelak apabila tertonton babak-babak yang punya kaitan dengan kehidupannya semenjak barang seminggu dua ini. Contohnya, babak yang memaparkan adegan persilatan ("HARAPAN" nak belajar silat Makrifat),
babak yang memaparkan Encik Saadom menjadi Stalker ke atas anaknya yang sangat gedik lakonan Liyana Jasmay (kepada para Stalker ~ AIDA AZIRA HUSSAIN, daku ucapkan semoga kalian sukses hendaknya)

Permulaan yang baik tentang wayang PAPADOM ini namun disaat-saat penghujungnya terdapat beberapa persoalan yang muncul di benak kepala saya.

Pertamanya, persoalan berkaitan Maisara yang dikenakan tindakan buang universiti gara-gara ditangkap sedang berdua-duaan bersama bapa kandungnya sendiri. Perlukah seorang yang menjadi mangsa keadaan dibuang dari universiti tanpa sebarang sebab yang kukuh malah saya melihat tiada sebarang sebab untuk membuang Maisara dari Universiti kerana beliau berdua-duaan dengan mahramnya bukannya dengan bukan mahramnya.

Keduanya berkaitan dengan soal "tugasan filem"? Agak kelakar kerana tugasan filem yang dipersembahkan oleh Maisara mendapat tepukan gemuruh dan pujian yang hangat dari para pelakon yang berlakon sebagai watak sampingan dalam wayang tersebut. Memanglah tajuk yang diberikan bertemakan "PERKARA YANG ANDA SUKA ATAU TIDAK SUKA". Dan Maisara sudah sepastinyalah membawa tema PAPADOM kerana disepanjang wayang tersebut PAPADOM diekplotasi sebagai suatu alat dan bahan jenaka, pencetus rasa cinta, pengerat kasih sayang, sumber kejayaan....Namun, cara persembahan yang disajikan oleh Maisara boleh saya katakan hanya biasa-biasa sahaja seperti budak u yang pemalas yang membuat tugasan di saat-saat akhir malah boleh juga saya katakan bahawa tugasan yang dijamu oleh Mat lebih baik dari itu kerana memaparkan kesungguhannya walau ceritanya agak mengarut dan sememangnya mengarut bersesuaianlah dengan tajuknya yang berjudul 'Eksekstisial sial"

Apapun PAPADOM dari satu segi telah memberikan makna yang agak bermakna dalam kehidupan saya sehingga saya pada penghujung malam ini telah disajikan dengan PAPADOM, pembelian dan pemberian saudara Eswandy.....

*semoga esok tiada pemberi/penerima/pengguna/pengkostumer/pemakai HARAPAN palsu lagi dan ber"HARAP" agar segala "HARAPAN" menjadi kenyataan.....

1 ulasan:

eswandyasre berkata...

haha..saudara tertinggal satu lagi accidentaly mistakes dlm PAPADOM di mana pada scene awal,Allen telah menggunakan mobile phone yang agak tidak bersesuaian di gunakan tika tahun yang dipaparkan iaitu : 1991

"Shukri kata.... duduk"

maaf kalo terpost 2,kemudahan internet agak fuckedup