Isnin, 27 Julai 2009
"Cukup....Jangan diseksa ianya lagi!"
Seingat aku, sungai itulah tempat kami memanah keli dan mencekak haruan.kami berbogel dan bercomot ketika itu.airnya sentiasa bergenang jernih.mata pastinya sejuk jika direnung.sungai itu memang baik hati.sentiasa ada bila kami perlukan.sungai itu macam ibu saya.sentiasa mengalir setiap masa dan keadaan.ibu pun macam sungai.ibu pasti takkan akan kecewakan orang bila orang perlukannya.dulu, ibu sentiasa tolong orang.kerja kahwin,bersalinkan anak orang dan juga uruskan orang mati sehinggalah ibu sendiri mati ditanam orang.sungai pun macam itu juga dulu.bila org nak minum, sungai bagi.bila org nak mandi, sungai pun bagi.tapi itu dulu. kini tidak lagi.sungai disisihkan.sungai dicemuh dan dimaki manusia.kalau boleh manusia taknak tengok sungai itu lagi.aku rasa kesian kat sungai.aku bilamana merenung sungai itu, aku pasti akan terdengar bisikannya.sungai kata:apalah nasib aku.dulu aku berguna.kini tidak lagi berguna.tu pun bukan salah aku.manusia jugalah yang menghapuskan fungsi aku.bila aku dengar bisikan sungai tu, aku cuba berdialog dengannya.tapi dia enggan.tapi aku teruskan juga. aku tak pasti kalau dia layan atau tidak.kalau dia layan, maka aku hanyalah bermonolog dengannya.aku tak boleh buat apa.aku cuma boleh nangis melihat nasib sungai.sungai sangat sedih.kini, sungai seolah mahu menyisihkan dirinya dari kami.kami pun begitu juga walau jarak antara kami dengannya hanya 2 jengkal.sungai pasti terasa hati dengan fiil kami.sungai bukan sahaja disisih oleh manusia bahkan juga mahkluk lain.ikan cakap sungai jahat.sebab sungailah ikan lemas.rumpai air pula selalu marah kat sungai.rumppai tuduh sungai yang buat dia tak dapat bernafas.apalah nasib sungai.ini semua bukan sebab sungai.sungai pun tak mahu jadi camtu.kini sungai dah tak ada apa2 yg nak dibanggakan.semua kebanggaan tu hilang sekelip mata tanpa diduga.dulu lainlah.dulu sungai sentiasa berasa ponggah dengan kehebatannya.tapi kini tidak lagi.sungai sentiasa berasa kepikunan dengan apa yang menimpanya
Yasmin Ahmad: Perginya Si Sang Penyampai Cerita
Saat ini seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura sedang merasai pemergian seorang pengkarya yang begitu prolifik dan telah membuat suatu perubahan baru dalam industri perfileman dan pengiklan di negara ini. Insan yang saya maksudkan itu ialah Al-Marhum Yasmin Ahmad yang telah kembali ke pangkuan Ilahi pada kira-kira jam 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas Al-Marhum mengalami saat koma selama 3 hari akibat serangan strok. Mengapa Al-Marhum dan mengapa tidak Al-Marhumah?. Persoalan ini sememangnya sudah acapkali didengari gegendang telinga saya semenjak beberapa ketika tahun yang lampau. Suara-suara itu mempertikaikan siapakah diri Yasmin Ahmad yang sebenar. Lelaki atau wanita?. Ada yang membuat spekulasi bahawa Al-Marhum merupakan seorang wanita yang hatinya tertampal pada jasad lelaki. Dahulu saya pernah membuat pembentangan dalam sesi tutorial dan saya mencetuskan isu berkaitan dengan filem-filem Yasmin Ahmad yang menurut hemat saya merupakan suatu karya yang begitu hebat dan tidak terlampau saya katakan ianya bisa dianggap sebagai karya agung. Kenapa agung?. Yup, kerana Al-Marhum telah membuka mata masyarakat bahawa Malaysia merupakan suatu negara yang unik kerana negara ini dihuni oleh manusia yang pelbagai bangsa, agama,budaya dan keturunan. Walaupun tema yang diangkat dilihat begitu serius namun beliau berjaya menjadikan kebanyakan karya beliau sebagai suatu karya yang tak lupa dalam ingatan setiap insan yang pernah menonton karya Al-Marhum kerana Al-Marhum berjaya menggarap tema yang begitu serius dengan garapan audio visual yang dapat diterima secara konvensional dan umum. Sememangnya tanah air ini memerlukan insan seperti ini agar sebarang kejadian yang berteraskan pertelingkahan perkauman dan keagamaan dapat dibendung lebih-lebih lagi dengan atmosfera negara ini yang sedang panas dengan permainan para politikusnya yang menjadikan isu perkauman sebagai modal penarik undi untuk mereka sehingga pada sesetengah waktu meletuskan suasana yang sakit untuk dipandang dalam kancah politik negara ini. Al-Marhum dalam karyanya pasti akan menampilkan watak-watak yang mewakili kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ini dengan jalan ceritanya yang begitu harmoni dan sepastinya memberikan impak yang besar sehingga meresap ke sanubari para penontonnya.
Al-Marhum juga seorang realis. Realisnya kerana setiap karyanya menampilkan wajah sebenar Malaysia. Beliau tidak hipokrit. Tidak seperti pengkarya lain yang kadang-kadang karya mereka itu seperti membawa para penontonnya ke dunia fantasi. Kebanyakan pengkarya terutamanya dalam drama akan membawakan isu yang berlatar-belakangkan 'orang-orang kaya yang hidupnya penuh dengan dunia kebaratan'. Makan buah anggur, menghuni di bangunan mewah, restoran kelas tinggi sebagai medan selera harian menjamu selera, pakaian para pelakonnya berjenama mahal. Walaupun dalam dunia realitinya kita punya makhluk-makhluk yang sedemikian rupa namun pada pandangan saya wajah sebenar Malaysia yang kita kenal sejak dulu adalah "kampung". Makan pakai tangan, buah rambutan dan durian, tinggal di dangau dan rumah berdindingkan papan dengan ayam itik berkeliaran disekeliling rumah. Saya tidak nafikan bahawa sekarang zaman sudah berubah namun perubahannya tidaklah sehingga menyebabkan adat dan budaya itu terus tenggelam dibawa arus pemodenan negara. Sekaya manapun seseorang itu, pasti rambutan, durian,budu, cencaluk dsb masih lagi menjadi juadah hariannya. Tetapi Al-Marhum telah membuktikan bahawa adat dan budaya serta kesenian Malaysia yang diwarisi oleh pelbagai kaum di Malaysia masih punya relevanannya dan mampu menerobos ke pasaran filem antarabangsa. Buktinya, karya Al-Marhum telah memasuki malah memenangi beberapa festival filem di luar negara.
Kendatipun begitu, saya juga terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa
" Alah, Yasmin ni tak habis-habis buat filem pasal cinta antara manusia yang berlainan bangsa dan agama, bosanlah"...
Bagi mereka yang berfikir secara realis, membuka minda dan berusaha mematangkan fikirannya dan tidak hanya terserah pada takdir untuk meneruskan kehidupan, sepastinyalah orang-orang ini akan mendapat sesuatu yang baru dalam setiap karya yang dinukilkan oleh Al-Marhum. Al-Marhum telah berjaya memanipulasikan sesuatu tema yang biasa menjadi begitu luar biasa. Cinta itu biasa namun garapan dan penyampaian yang dipersembahkan oleh Al-Marhum sangat luar biasa dan bisa meruntun hati setiap yang menontonnya. Janganlah dibandingkan karya Al-Marhum dengan cerita-cerita khayalan yang sememangnya tidak masuk akal sepertimana yang dipersembanhkan oleh para pengkarya Hollywood di Luar sana. Itu seolah-olahnya kamu mempersoalkan kenapa anak lelaki diberikan songkok sewaktu Hari Raya dan mengapa anak perempuan tidak diberikan songkok tetapi diberikan kain tudung. Dunia khayalan adalah dunia khayalan. Realiti adalah realiti. Perbandingan yang perlu dibuat perlu adil dan adil itu secara mudahnya bermaksud "meletakkan sesuatu perkara kena pada tempatnya". Jika dibandingkan karya Al-Marhum dengan transformer, spiderman, x-men itu sememangnya suatu perbandingan yang zalim.
Al-Marhum juga dari satu segi telah mengcungkil perasaan yang terpendam disesetengah jiwa masyarakat yang tinggal di Malaysia. Percintaan antara manusia berbeza bangsa dan agama sememangnya merupakan suatu percintaan yang sangat rumit. Adakalanya bangsa tidaklah serumit mana berbanding agama kerana bukan mudah untuk terus melanjutkan percintaan yang berbeza agama ke jinjang pelamin. Islam tidak menerima penganutnya berkahwin dengan pendukung Hindu begitulah juga sebaliknya malah hukuman berat bakal dihadapi oleh para pendukungnya andai kata perkahwinan itu diteruskan melainkan salah seorang antara mereka menganut salah satu agama dari keduannya (tetapi kalau keluar agama dan masuk agama lain, timbul pula masalah lain yang akhirnya menjadi kekecohan yang lebih besar. Lihat sahaja isu percintaan Natrah dengan Mansor Adabi dan juga kes Lina Joy). Maka mungkin atas maksud itu, filem Mualaf tiada dapat ditayangkan di negara ini walaupun isu yang dicetuskan oleh Al-Marhum merupakan suatu isu yang realiti dan ia bukan suatu rekaan yang sengaja diada-adakan malah isu-isu seperti ini pernah terjadi dalam liputan sejarah nasional negara ini seperti isu Natrah dengan cintanya Mansor Adabi yang menggemparkan Malaya sewaktu era sebelum merdeka dahulu. Mungkin barangkali mix marriages merupakan suatu utopia yang tidak akan berlaku di negara ini secara sah kerana agama penghalangnya. Kekacauan jiwa dalam sesetengah jiwa dan raga masyarakat negara ini telah cuba dipersoalkan dan dibangkitkan melalui beberapa karya Al-Marhum. (Kepada para insan yang arif dalam agamanya, tolonglah jangan hanya tahu memberikan kata "haram" tetapi berikalah alternatif lain agar setiap persoalan tiada tinggal hanya persoalan tanpa sebarang jawapan. Jawapan "haram" belum dapat menyelesaikan 1001 macam persolan yang timbul di alam fana ini.)
Selain itu, terdapat juga karya2 Al-Marhum yang mengingatkan saya tentang kisah lampau lebih-lebih lagi tentang masa kanak-kanak saya dan ianya menurut saya sangat beautiful sekali....
Berbalik kepada persoalan awal tadi. Siapakah Yasmin Ahmad?. Lelaki atau wanita. Pensyarah saya pula sewaktu saya membangkitkan perbincangan tentang karya-karya Yasmin, beliau berperwatakan agak kurang menyenangkan terhadap Yasmin Ahmad. Mungkin disebabkan beliau sangat berpendirian teguh dalam soal bahasa Melayu (pensyarah bahasa Melayulah katakan) sedangkan Yasmin pula dari satu segi dilihat agak menyanjung bahasa Inggeris dalam karyanya. Maka selantas itu jugalah, pensyarah saya berkata:
"Untuk menilai sesebuah karya, kamu juga perlulah mengkaji keperibadian si pemilik karya tersebut"......
Saya jadi tercenggang seketika. Saya tak rasa serangan terhadap peribadi seseorang perlu dieksplotasi untuk menilai karya seseorang. Yang perlu dinilai dan dikritik adalah karya seseorang bukannya keperibadiannya kerana setiap manusia itu sudah pasti punya dosa dan kelemahannya masing-masing. Saya dan tuan-tuan bukanlah Tuhan untuk mengadili seseorang samada ia baik atau jahat, syurga atau neraka, dosa atau pahala. Tuhan Maha Pengampun dan Tuhan Maha Pengasih serta Tuhan Maha Penyayang. Rahmat Tuhan luas dan besar. Si Jahat di mata manusia, Allah boleh masukkan ke syurga dan Si Baik di mata manusia, Allah juga boleh masukkannya ke neraka.
Jadi persoalan samaada Yasmin itu lelaki atau wanita, kita serahkan pada Allah yang Maha Kuasa dan kita doakanlah agar Al-Marhum sentiasa aman dan damai di kehidupan disebalik mata. Al-Fatehah buat Al-Marhum Yasmin Ahmad.
p/s Al-Marhum juga telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja bisa berkarya hebat walau tiada punya budjet yang banyak. Berkarya dengan apa yang ada. Bertindak dengan apa yang tersedia. Takkanlah nak tunggu bulan jatuh ke riba baru nak solat kan....(Penulisan @ percakapan untuk diri sediri)...
Filem arahan Al-Marhum:
- Rabun (My Failing Eyesight) (2003)
- Sepet (Chinese Eye) (2004)
- Gubra (Anxiety) (2006)
- Mukhsin (2007)
- Muallaf (The Convert) (2008)
- Talentime (2009)
Iklan komersial Al-Marhum:
- Petronas TV Commercial (for Chinese New Year, Hari Raya, Deepavali & National Day)
- Yuzy (2000) Petronas Road Safety Campaign
- Vas Dentures (2000) Celcom
- Tan Hong Ming In Love (2007) Petronas Merdeka Day commercial
- Family (2008) for the Singaporean Ministry of Community Development, Youth and Sports
- Funeral (2009) for the Singaporean Ministry of Community Development, Youth and Sports
Anugerah dan penghargaan:
- Malaysia Video Awards for Best Director (1999) - Forgiving Petronas commercial
- Association of Accredited Advertising Agents Malaysia's Golden Kancil Award for Best Advertising Agency (1999/2000)\
- Malaysia Video Awards silver award for Best Scriptwriting (2000)Yuzy Petronas Road Safety Campaign
- Malaysia Video Awards bronze award for Best Scriptwriting (2000)Vas Dentures Celcom
- Malaysian Film Festival awards for Most Original Story and Best Film (2005) Sepe
- Malaysia Film Festival awards for Best Screenplay and Best Film (2006) Gubra
- Berlin International Film Festival Grand Prix award by the Kinderfilmfest International Jury and Generation K-Plus Crystal Bear Special Mention (2007) Mukhsin
p/s Al-Marhum juga telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja bisa berkarya hebat walau tiada punya budjet yang banyak. Berkarya dengan apa yang ada. Bertindak dengan apa yang tersedia. Takkanlah nak tunggu bulan jatuh ke riba baru nak solat kan....(Penulisan @ percakapan untuk diri sediri)...
Ahad, 26 Julai 2009
PAPADOM : HARAPAN yang menjadi kenyataan
Walaupun begitu, "PAPADOM" telah membuktikan bahawa insan seperti saya dan rakan saya juga mampu menjadikan "HARAPAN" sebagai suatu istilah yang dapat dimenifestasikan dengan jayanya sehingga menjadi kenyataan dan bukannya hanya tingal "HARAPAN" palsu seperti sebelum-sebelum ini.
Kedatipun PAPADOM bukanlah sebuah cerita yang mampu berdiri sebagai sebuah gambar bergerak berstatus lagenda namun ianya sudah cukup untuk membuatkan hati saya yakin bahawa orang seperti saya juga bisa menjadikan "HARAPAN' menjadi sebuah kenyataan yang realiti dalam diari hidup.
PAPADOM juga dilihat berjaya membuat rakan disebelah saya tertawa girang pada beberapa babak tertentu antaranya babak yang menayangkan sewaktu Maisara mahu keluar dari lubang sempit, kemunculan din beramboi (walaupun tak banyak pun lawak yang terpancul dari diri beliau tapi mungkin disebabkan namanya "Din Beramboi", maka semua orang tertawa), kewujudan Harun Salim Bachik dengan lawaknya yang berbunyi: "Shukor kata....."
"Janganlah beremosi sangat dengan tanah".....
dan yang paling utama rakan saya ini pasti tergelak apabila tertonton babak-babak yang punya kaitan dengan kehidupannya semenjak barang seminggu dua ini. Contohnya, babak yang memaparkan adegan persilatan ("HARAPAN" nak belajar silat Makrifat),
babak yang memaparkan Encik Saadom menjadi Stalker ke atas anaknya yang sangat gedik lakonan Liyana Jasmay (kepada para Stalker ~ AIDA AZIRA HUSSAIN, daku ucapkan semoga kalian sukses hendaknya)
Permulaan yang baik tentang wayang PAPADOM ini namun disaat-saat penghujungnya terdapat beberapa persoalan yang muncul di benak kepala saya.
Pertamanya, persoalan berkaitan Maisara yang dikenakan tindakan buang universiti gara-gara ditangkap sedang berdua-duaan bersama bapa kandungnya sendiri. Perlukah seorang yang menjadi mangsa keadaan dibuang dari universiti tanpa sebarang sebab yang kukuh malah saya melihat tiada sebarang sebab untuk membuang Maisara dari Universiti kerana beliau berdua-duaan dengan mahramnya bukannya dengan bukan mahramnya.
Keduanya berkaitan dengan soal "tugasan filem"? Agak kelakar kerana tugasan filem yang dipersembahkan oleh Maisara mendapat tepukan gemuruh dan pujian yang hangat dari para pelakon yang berlakon sebagai watak sampingan dalam wayang tersebut. Memanglah tajuk yang diberikan bertemakan "PERKARA YANG ANDA SUKA ATAU TIDAK SUKA". Dan Maisara sudah sepastinyalah membawa tema PAPADOM kerana disepanjang wayang tersebut PAPADOM diekplotasi sebagai suatu alat dan bahan jenaka, pencetus rasa cinta, pengerat kasih sayang, sumber kejayaan....Namun, cara persembahan yang disajikan oleh Maisara boleh saya katakan hanya biasa-biasa sahaja seperti budak u yang pemalas yang membuat tugasan di saat-saat akhir malah boleh juga saya katakan bahawa tugasan yang dijamu oleh Mat lebih baik dari itu kerana memaparkan kesungguhannya walau ceritanya agak mengarut dan sememangnya mengarut bersesuaianlah dengan tajuknya yang berjudul 'Eksekstisial sial"
Apapun PAPADOM dari satu segi telah memberikan makna yang agak bermakna dalam kehidupan saya sehingga saya pada penghujung malam ini telah disajikan dengan PAPADOM, pembelian dan pemberian saudara Eswandy.....
*semoga esok tiada pemberi/penerima/pengguna/pengkostumer/pemakai HARAPAN palsu lagi dan ber"HARAP" agar segala "HARAPAN" menjadi kenyataan.....
Harapan yang mejadi kenyataan
Walaupun begitu, "PAPADOM" telah membuktikan bahawa insan seperti saya dan rakan saya juga mampu menjadikan "HARAPAN" sebagai suatu istilah yang dapat dimenifestasikan dengan jayanya sehingga menjadi kenyataan dan bukannya hanya tingal "HARAPAN" palsu seperti sebelum-sebelum ini.
Kedatipun PAPADOM bukanlah sebuah cerita yang mampu berdiri sebagai sebuah gambar bergerak berstatus lagenda namun ianya sudah cukup untuk membuatkan hati saya yakin bahawa orang seperti saya juga bisa menjadikan "HARAPAN' menjadi sebuah kenyataan yang realiti dalam diari hidup.
PAPADOM juga dilihat berjaya membuat rakan disebelah saya tertawa girang pada beberapa babak tertentu antaranya babak yang menayangkan sewaktu Maisara mahu keluar dari lubang sempit, kemunculan din beramboi (walaupun tak banyak pun lawak yang terpancul dari diri beliau tapi mungkin disebabkan namanya "Din Beramboi", maka semua orang tertawa), kewujudan Harun Salim Bachik dengan lawaknya yang berbunyi: "Shukor kata....."
"Janganlah beremosi sangat dengan tanah".....
dan yang paling utama rakan saya ini pasti tergelak apabila tertonton babak-babak yang punya kaitan dengan kehidupannya semenjak barang seminggu dua ini. Contohnya, babak yang memaparkan adegan persilatan ("HARAPAN" nak belajar silat Makrifat),
babak yang memaparkan Encik Saadom menjadi Stalker ke atas anaknya yang sangat gedik lakonan Liyana Jasmay (
Sabtu, 25 Julai 2009
GADOH, a feature film directed by Brenda Danker and Namron, will be premiering in Penang this Sunday!
This film which tells the story of students in schools who fought each other along racial lines, received encouraging reviews and response from the viewers and also in the blogs.
Details as follows:
1) 8pm, 26 July: D’Space, 3rd Floor, 62 Weld Quay, Penang. (For map, click here).
2) 12pm, 27 July: Room 300D, Disted College, Penang.
3) 8pm, 29 July: Bilik Seminar. Pusat Teknologi Pendidikan & Multimedia, Universiti Sains Malaysia, Penang.
Director Brenda Danker and Producer Anna Har will be there for a Q&A session after the screening.
Gadoh is produced by Big Pictures Production for KOMAS, a Malaysian human rights organization.
Starring: Namron, Zahiril Adzim, Nicholas Liew Davis, Amerul Affendi, and Maya Tan Abdullah.
Sedetik yang lepas dah lepas dan ianya tetap terus melepas .
“Belajar sungguh-sungguh, jangan asyik nak main aje, hang tu dah besar”, kata ibu kepada aku. Dengan dua tiga lambaian, akhirnya kereta yang membawa ibu dan ayahku akhirnya hilang dari pandangan, tenggelam dibawa kesibukan manusia yang menghurungi pusat pendidikan ini.
Aku Shahrul Hadi bin Ahmet Hamid. Pelajar baru jurusan perundangan Islam yang asal usulnya tak lebih dari ‘anak dangau’ yang membesar dengan suasana kekampungan yang begitu terpencil,terperosok jauh dari sebarang pembangunan dan kemodenan arus kemajuan dunia kota.
***************************************************
Shahrul Hadi yang bernafas kini tak lagi macam Shahrul Hadi yang dulu. Tak macam Shahrul Hadi pada dua tahun yang lampau. Kalau dulu ke kuliah dengan baju ala-ala kampung (baju kemeja lengan panjang, seluar atas buku lali yang dilipat-lipat pinggangnya dan kasut hitam yang harganya tak lebih daripada nilai RM 25) yang kalau dilihat oleh warga kampus sebagai manusia yang tak “up to date”. Tapi Shahrul Hadi dah lain sekarang. Pakai baju jenama “Body Glove”. Seluar jeans original jenama “Levi’s”. Kasut bergaya dari jenis “Converse”.
Dulu solatnya cukup, Qurannya sejuzuk sehari, doa-doa masnun sentiasa mengiringi setiap tingkah lakunya. Dari bangun tidur, tidur hingga bangun kembali, dari hujung rambut hingga hujung kaki, 24 jam kehidupannya tiada terpisah daripada agama seperti mana agama yang dizahirkan oleh Nabi Saw.
Tapi kini, wayang satu warna, lelagu yang membingitkan telinga, istilah “what the fuck”, “what the hell”, “sial” lah yang merupakan santapan hariannya malah semua tu bagai tak boleh lekang dari jasadnya. Hidupnya didorong syaitan dan nafsu.
Sekarang dah tersungkur, terduduk, tersebam, baru ko nak teringat kata-kata mak kau dulu. Mungkin tak terlambat kalau kau nak kembali. Tapi salah tetap salah. Gagal tetap gagal. Setiap detik kalau kau fahami dan hayatinya sedalam-dalamnya, pasti kau mengerti betapa besarnya nilai sedetik masa tu. Sedetik yang lepas dah lepas dan ianya tetap terus melepas .
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." (Surah Al-Asr)
Jumaat, 24 Julai 2009
Manusia yang memualkan
“MANUSIA TIDAK GEMAR MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN TETAPI LEBIH GEMAR MELIHAT SIAPA YANG BERKATA”
Ternyata pemikiran dan persepsi yang semacam inilah yang layak diklafikasikan sebagai manusia yang mempunyai pemikiran kelas ketiga. Tidak pernah langsung untuk mendengar suara dan pandangan orang lain. Jika orang itu dilihatnya selekeh/serabai, maka pandangannya secara total ditolak. Adakah Negara yang demokratik ini, orang-orangnya masih melihat dan menilai seseorang daripada luarannya. Jikalau itulah jadinya, maka mengapa tidak dipersoalkan sahaja insane-insan seperti A.Samad Said, Prof Diraja Ungku Aziz dll. Aku aku pernah mengajukan persoalan ini, tetapi jawapan yang kuterima sungguh memualkan telingaku untuk mendengarnya.
Jawab mereka: “kau siapa dan mereka itu siapa”
Oh, jawapan apakah yang dilontarkan dari mulut bangsaku ini?
Masih waraskah mereka itu semua atau……….?
Kenapa persoalan yang seremeh ini mesti wujud dalam kehidupan masyarakat ini?
Apa masih bangkutkah mereka?
Atau environment yang menyebabkan pemikiran merekia berbentuk sedemikian rupa.
Mungkin juga kerana factor environment?
Enviromentlah pada fikiranku yang membentuk kehidupan manusia. Tetapi kadangkala aku tertanya, siapakah yang membentuk environment itu. Bukan manusiakah?.
Mungkin manusia hebat mempengaruhi sesuatu komuniti yang akhirnya membentuk suatu bentuk environment yang baru.
Kalau environment itu positif, tidak mengapalah. Istilah “hebat” itu sememangnya wajar ditujukan pada insane yang membentuk environment tersebut.
Tetapi bagaimana pula jika environment yang terbentuk itu bersifat negative pula?
Adakah layak insane tersebut dikatakan hebat?.
Jawapannya, hebat. Hebat menjahanamkan dan meracuni pemikiran anak-anak adam dan hawa. Aku adakalanya bosan. (adakalanya, bukan selalu ker). Kebosanan melihat betapa hipokritnya bangsaku. Hanya menyanjung tinggi orang yang berpangkat/berkedudukan. Dimana pula tempatnya bagi orang yang intelek pada erti kata yang sebenarnya? (istilah “intelek” itu perlu dilihat dan didefinisikan pada skop yang lebih meluas dan universal). – intelek itu bukan hanya terletak pada sijil/ijazah/master/phd. Itu semuanya hanya simbolik sahaja. Manusia yang tidak mempunyai sebarang sijil juga masih ;aya dilabel sebagai orang yang intelektual jika kena pada tempatnya.
Mimpi yang mengerikan dan realiti yang sukar dimengerti
Sehari sebelum saya pulang ke kampung dari Shah Alam, saya menginap semalaman di rumah rakan saya. Saya mengalami mimpi yang agak mengngerikan sewaktu menjalankan aksi peninduran di rumah beliau. Setelah berborak tentang kisah lampau kami berdua, diiringi sedutan-sedutan kisah rerakan yang lain, saya dan tuan rumah pun terlena walaupun dari segi kenyataan sebenarnya, saya masih mahukan meneruskan sesi perbualan tersebut. Setelah menghabiskan sebatang rokok, saya pun terus lena dan menjelanglah mimpi dalam peniduran saya.
Saya mendapat peluang untuk melancong secara percuma oleh seorang yang berhati pemurah. Tetapi saya lupa lah plk destinasi yang bakal saya kunjungi. Bila saya sampai ke destinasi itu, saya disambut oleh tiga orang bidadari yang sememangnya chantek (nama pun bidadari, takkanlah berwajah hodoh)..Kemudian tu saya dibawa ke suatu tempat untuk tujuan penginapan. Tetiba sahaja, tiga orang bidadari tu bertukar wajah menjadi tiga ekor syaitan yang hodoh dan riak wajah yang begitu menakutkan.
Lantas itu jugalah saya ingat akan soal kematian. Dulu sewaktu saya aktif dalam pergerakan usaha atas iman dan amal (tabligh), saya dilatih untuk sentiasa mengingati Allah setiap masa dan keadaan, lebih-lebih lagi apabila berada diambang kematian. Maka saya pun berusaha untuk mengucap dua kalimah syahadah sebab dulu para eldest dlm tabligh selalu berikan fadhilat bagi sesiapa yang dapat mengucap semasa saat kematiannya maka akan dijanjikan dengan syurga berdasarkan hadis nabi saw yang berbunyi:
"man akhiru kalami Lailahhailahallah, da khalal jannah"
"barangsiapa yang akhir kalamnya Lailahhailahallah, maka masuk syurga"
Maka dengan itu, saya pun berusahalah untuk mengucap kalimah syahadah tetapi agak sukar bagi saya untuk melafazkannya. Barangkali sebab dosa-dosa masa lampau dan juga masa kini saya yang banyaknya sehingga tak terkira. Namun setelah saya berusaha, akhirnya saya berjaya juga melafazkan kata-kata keramat tersebut sehingga menyebabkan 2 dari 3 ekor syaitan itu terbakar. Manakala seekor syaitan lagi melompat ke atas dan di atas tersebut saya terlihat dengan orang yang menawarkan dan menanggung perbelanjaan semasa saya melancong.
Disaat itu, saya fikir yang si pemurah hati tu akan membantu saya memusnahkan syaitan tersebut tetapi dia berubah menjadi mahkluk yang sangat menakutkan dan berjuta kali ganda hodohnya. Apabila selesai sahaja proses transfomasinya, si syaitan bertopengkan manusia itu cuba meng"fire" saya dengan kuasa apinya yang keluar dari tangannya.
Dengan perasaan yang begitu takut saya berusaha untuk mengucap kalimah syahadah dan saya menanti apakah yang akan terjadi apabila api tersebut terkena atas fizikal saya. Belum pun sempat saya menyaksikan aksi seterusnya dalam mimpi saya, tetiba saya dikejutkan sehingga memindahkan diri saya dari alam mimpi ke alam realiti.
Bila saya tersedar dengan mata yang masih belum terbuka luas, saya dapat rasakan yang bahagian tengah badan iaitu di kawasan kelengkang saya seolah-olah diraba orang. Bila saya buka sedikit mata saya, saya lihat rakan kepada rakan saya berada di depan saya dan selantas itu juga beliau beredar dari rumah tersebut tanpa sebarang salam "selamat tinggal".
Sebelum tidur, saya berbual dengan rakan kepada rakan saya itu sebab dia kelihatannya agak peramah dan beliaulah yang mulakan perbualan antara kami. Untuk membuat audien lebih jelas tentang rakan kepada rakan saya ini, cukuplah saya katakan yang rakan kepada rakan saya ni berperwatakan seperti "lelaki lembut"...
Tentang mimpi ngeri itu pula, saya percaya ianya berlaku sebab saya tidur dalam keadaan yang letih dan penat kerana malam itu saya bermain futsal bersama rerakan kepada rakan saya.
Kawan saya dari terengganu (cukuplah saya namakan kawan saya itu dengan "As") pernah kata bahawa kita akan bermimpi ngeri (mimpi hantu2), bila badan kita letih sewaktu melakukan aksi peniduran.
Dan yang saya paling harapkan adalah saya dapat mati dengan kalimah iman dan amal....
"sebanyak manapun harta, setinggi manapun pangkat, sehebat manapun pasangan kita, pasti dan pasti tidak dapat menandingi ketinggian dan kehebatan kalimah iman dan amal."
"andai diletakkan kalimah iman disebelah neraca manakala disebelah neraca yang lain diletakkan pula dunia dan segala isinya, pasti dan pasti kalimah imah lagi berat "
Selasa, 14 Julai 2009
Kecelaruan perasaan, hati, jiwa, minda, otak & pemikiran
Hakikatnya, saya masih lagi terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan sehingga kadangkala memenatkan bukan sahaja fizikal saya malah juga minda saya. Diluah mati emak, ditelan mati bapak, mungkin itulah yang sewajarnya saya katakan. Saya punya urusan di Batu Pahat, Shah Alam, Kuala Lumpur dan urusan paling mencelarukan minda adalah di Pulau Pinang.
Di Batu Pahat, msalah saya dengan bapa saya. Si bapa ni tak habis-habis mendesak saya pulang ke kampung atas urusan pembikinan rumah dan pengurusan kebun.
Di Shah Alam atas urusan penjagaan pak cik saya yang dilanda serangan penyakit buatan orang yang tiada punya moral dan perasaan malah perangai "si penghantar" santet ini tak lebih seperti kanak-kanak kecil yang belum matang fikirannya dan tak keterlaluan juga saya katakan bahawa orang seumpama ini lebih gemar menjadi syaitan dan jin sebagai "TUHAN" berbanding Allah. Selain itu, saya agak pening melihat kerenah anak-anak kecil milik mak cik saya yang agak degil (suka marah2, tak mau pergi sekolah, kuat mengamuk sehingga menguji tahap kesabaran ibu bapanya). Ah, susah juga rupanya berumah tangga.
Di Pulau Pinang pula, masalah pembelajaran saya yang saya tak tahu bagaimana jalan penghujungnya. Ah, terserah sahaja pada masa dan keadaan yang tentukan (macam pengikut Jabariah lah plk). Kemudian itu, masalah "seseorang" yang berada di Kedah. Sebenarnya saya rindu pada dia. Itu je pun masalahnya. Tapi ini barangkali masalah besar juga bagi anak muda macam saya kerana naluri berpasangan itu suatu yang lumrah dalam kehidupan malah ianya juga merupakan fitrah kejadian manusia. Tuhan pun berkata bahawa setiap kejadian itu dijadikan secara berpasang-pasangan.
Nah, semua masalah ini datang serentak dan sepastinya memeningkan benak fikiran saya. Ingin meninggalkan Shah Alam, kesian pula pada pak cik saya yang masih belum sihat sedangkan mak cik saya pula sedang sibuk bekerja. Kalau tak tinggalkan Shah Alam, bagaimana pula masalah saya di Johor, Kedah dan paling penting di Pulau Pinang. Ah....sudah celaru minda dan persaan saya...Mana yang perlu pilih ni....
Kalau saya berterus terang dan beraksi jujur barangkali mampu menyelesaikan masalah ini. Tapi saya takut ada yang terluka dan terasa hati. Hati yang paling saya takut lukai ialah hati ibu saya (semuannya tentang baju hitam). Yup, kadangkala kenyataan tu sangat sukar dihadapi namun sepahit manapun ia terpaksa ditelan lantas dirasai oleh tekak yang sememangnya sudah sakit. Tapi kalau difikir-fikirkan balik, kalau rasa manis pun yang ditelan, di penghujung jalan cerita nanti pasti rasa manis itu akan mengalami proses transformasi yang sememangnya dipandang jijik oleh manusia. Manis ke, pahit ke, masam ke, masin ke, kelat ke, semuannya akan jadi tahi akhirnya....
Isnin, 13 Julai 2009
Bila Manik Jernih Menitis....
Saya merupakan antara makhluk tuhan yang mempunyai jiwa dan hati yang agak sentimental. Saya pantang melihat suasana yang mampu memilukan hati kerna jika saya terlihat akannya pasti tanpa disedari air mata yang bergenang di kelopak mata dan seterusnya meleleh menuruni pipi sehingga terasa kehangatan cecair jernih tersebut. Memang saya jenis yang suka menangis. Saya dimaklumkan oleh ibu bahawa sewaktu saya kecil, saya merupakan anak yang kuat merengek. Jika bapa tiada mahu membelikan saya permainan, pasti saya akan menangis semahu hati saya sehinggalah kehendak saya dipenuhi. Tabiat ini berterusan sehingga saya bersekolah rendah. Seingat saya, masa darjah satu dulu, saya asyik menangis sahaja kerna dipaksa oleh ibu untuk ke sekolah. Ibu dan bapa mengaitkan perangai buruk saya tersebut dengan unsur mistik iaitu dikacau "hantu". Al-maklumlah sekolah itu dulu merupakan antara sekolah yang paling lama usiannya dan pernah melalui zaman pemerintahan imperialis Jepun. Jadi perangai buruk saya ini dikaitkan dengan hantu-hantu Jepun dan mangsa-mangsa Jepun yang dikatakan masih berkeliaran di sekolah tersebut (Sek.Ren.Keb.Limpoon Satu). Hampir enam bulan jugalah saya tidak hadir ke sekolah. Namun setelah berubat ala tradisional (hembusan air jampi ke muka) akhirnya penyakit itu berkubur juga.
Walaupun kini saya tiada menangis lagi untuk ke mana-mana pusat pembelajaran dan pendidikan, namun tabiat menangis itu msih lagi menjenguk kehidupan saya. Perkara ini dapat dilihat apabila saya tertonton cerita-cerita visual yang mampu meruntun hati ini. Visual-visual yang sinemafotografinya memaparkan adegan sedih dan pilu pasti membuatkan manik jernih menitis dikit demi dikit sehingga kadang-kalanya berhamburan kencang umpama ombak yang dilanda badai. Antara gambar-gambar bergerak yang bisa meruntun hati dan jiwa raga saya:
ENGINE
*cerita drama Jepun pertama yang saya tonton tanpa henti sehingga habis semua episodnya...terharu sangat apabila rumah kebajikan itu mahu ditutup dan para penghuninya terpaksa dipindahkan dan lantas itu mereka terpaksa berpisah...
ONE LITRE OF TEARS
*ya...ini drama jepun kedua yang saya tonton selama hampir 23 tahun roh saya bersemadi dalam jasad ini...dan ternyata, drama ini merupakan drama yang paling menyayatkan hati saya...dari awal sehingga penghujung ceritanya sentiasa sahaja diselubungi dengan mood sedih dan menyentuh perasaan...cerita ini adalah "based on true story"...rindulah plk sama sawariji erika...
KITE RUNNER
* kisah yang berlatar belakang Afganisthan dengan period masanya bermula sebelum era penjajahan Soviet sehinggalah apabila pihak Taliban berjaya mengusai tanah air tersebut. namun temanya bukanlah berkisarkan tentang perjuangan nasionalisme masyarakat negara itu. ianya lebih menyentuh soal hubungan persahabatan antara dua insan yang berbeza kasta dimana betapa teguhnya si kasta rendah mempertahankan maruah dan kedudukan si kasta tinggi sehingga dirinya menjadi mangsa yang kritikal dalam persahabatan mereka...dalam satu jangka waktu, hubungan mereka terpisah bukan sahaja disebabkan faktor enviroment kedatangan soviet malah perpisahan itu telah berlaku sejak mula lagi apabila si kasta tinggi mencari jalan untuk memutuskan tali persahabatan yang telah mula sejak zaman datuk nenek mereka dahulu...si kasta tinggi tidak mahu dilayan sebegitu tinggi oleh si kasta rendah...walau sejauh mana pun si kasta tinggi berlari meninggalkan kisah silamnya, namun pautan memori yang sukar dicampak dalam kotak memorinya telah membuatkannya kembali menjejak kisah lampaunya...walau yang dicari tiada ditemui namun warisnya ada sebagai penerus hubungan antara dua kasta yang telah terpisah....
LASKAR PELANGI
*sebuah cerita mantap dari tanah seberang...sangat mantap dan punya impak yang begitu besar bagi sesiapa yang mendalami cerita ini dengan hati yang ikhlas...memang cerita ini pun dari satu sudut sebenarnya mahu umat manusia itu sentiasa menjadi orang yang ikhlas...tidak mengharapkan sesuatu dari setiap perbuatan....
"hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya..dan bukan menerima sebanyak-banyaknya..."
DRAMA SINDERELLA
* minat banget sama hussain dengan zoela...walaupun cerita ini juga digarap dengan unsur-unsur lucu dari zoe bersama mak dan adik tirinya, namun unsur-unsur sedih turut mendapat tempat yang agak besar dalam drama ini...ternyata lakonan Brown dgn Amani berjaya menghidupkan jalan ceritnya...sharifah amani, u memang sempoi n bront u mmg cool beb...
*diselitkan clip lagu warkah dari kumpulan Bau yang merupakan lagu tema bagi drama ini sebagai kudapan untuk kalian...
p/s teringat pada seseorang bila tengok klip ini....lagu ni pun punya memori yang sangat kuat dalam perjalanan hidup saya...tak kan boleh lupa walau berlari sejauh mungkin untuk melupakannya...waaaaaaa...
Ahad, 12 Julai 2009
S.U.S.U.K Bab Dua
-memakai susuk merupakan salah satu kaedah untuk mengekalkan dan menambahkan kecantikan pada fizikal si pemakainya.
S.U.S.U.K. Bab Dua
Kepulan awan tanpa sebarang kilat menjadikan malam itu kelihatan cerah dan cantik. Ini menyebabkan pancaran cahaya bulan masuk menerusi tingkap rumah kayu kecil yang terdapat di pinggir kampung.
Ianya cukup cerah untuk menerangi beberapa buah bilik. Sejuk, nyaman, berseri-seri dengan kebiruannnya. Ianya dapat menggantikan lampu putih kalimatang dan mentol silinder yang tergantung di tengah-tengah ruang pada setiap bilik.
Beberapa kejutan hebat menunjukkan barangkali terdapat litar kuasa yang telah disambar oleh arus elektirk. Atau mungkin fius di stesen janakuasa telah terbakar. Maka dengan itu, bekalan elektrik pun terputus. Televisyen pun menjadi senyap untuk kali keduanya barangkali tahun ini.
Seorang budak lelaki dan budak perempuan sedang bermain dengan bayang-bayang di bilik sebelah. Cahaya lilin itu telah menyentuh hati mereka dengan perasaan gembira yang tergambar pada riak wajah mereka.
Budak lelaki itu kelihatan umurnya tidak melebihi 9 tahun manakala yang perempuan itu pula barangkali kakaknya mungkin berumur 11 tahun.
Mereka mengekek-gekek dan mencucuk-cucuk kegembiraan antara satu dengan membuat bentuk binatang dengan tangan mereka dihadapan
cahaya lilin. Rerama menari dalam asap. Anjing menyalak. Hantu bermata satu. Dan kemudiannya mereka ketawa mengekek-gekek.
Hanya terdapat bunyi yang datangnya daripada radio yang terletak di ruang tamu. Radio usang – sebuah model yang mana masih menggunakan kuasa bateri.
" Selepas industri muzik dilanda kilat lima tahun yang lampau, kita telah mempunyai Suzana – bersiar langsung dari studio kami. Betul itu. Suzana, dibawakan secara eksklusif di 98.2 FM. Ini merupakan persembahan dan kemunculannya yang pertama-tama sekali di radio. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, inilah dia Suzana!".
Seorang wanita memasuki ruang tamu. Dia tidak membawa sebarang lilin. Bagaimanapun, cahaya bulan telah menampakkan rambut hitamnya yang panjang dan dagunya yang bujur.
Kanak-kanak itu melihat kearahnya, dan secara tidak disangka-sangka telah menyebabkan kanak-kanak itu berhenti dari bermain permainan bayang-bayang tersebut – mungkin disebabkan mereka takut akan dimarahi oleh wanita tersebut.
"Budak-budak, tolong diam, saya mahu dengar ini". Jelas wanita itu dengan suara yang begitu bersungguh dan mengujakan. Dia meninggikan volume.
Suara wanita itu mula mengikuti lagu tersebut namun ianya jadi tak selari dengan lagu. Dia memperbetul dan menangkap rentaknya dengan secepat mungkin tetapi para pendengar di rumah tersebut tidak dapat mendengar sebarang pembetulan yang serius dan tepat.
Apabila suara Suzana tiba menjadi lantang dan khorus lagu terdendang di corong radio, secara tiba-tiba keadaan bertukar menjadi senyap dan gelap
Ianya seperti ada seseorang yang telah menghidupkan suis di suatu tempat. Secara tiba-tiba, cahaya bulan hilang. Lilin-lilin pula terpadam.
Radio telah padam dan ianya dilakukan oleh budak-budak itu.
"Mamma..."
Hujan mula turun.
Jika kamu cukup gila dengan berada diluar iaitu di hujung kampung pada malam itu, kamu akan lihat di dalam jelaga hitam dan dibawah hujan yang turun, suatu cahaya jingga muncul dari tengah-tengah rumah kayu kecil. Cahaya itu menyala menyelimuti rumah tersebut seluruhnya.
Dan kamu boleh mendengar sesuatu yang berdetap-detup dan pop dari unggun api yang berselang-seli dengan bunyi guruh yang mana ianya datang sedikit lewat.
Khamis, 9 Julai 2009
new media for social change
* ratna n sue.....thankz a lot...luv u all so much...rindu nak lepak sesama sambil melakukan aksi kutuk-mengutuk n gosip-mengosip....waaaaa!!!!!....kejap je dah 3 tahun....
Oh tuhan...jangan dikau menjauh dariku....(memori bulan mei 09)
Sejak akhir ini, hidup menjadi semakin tak tentu hala....terlalu banyak sekali dugaan yang perlu ditempuhi yang sebenarnya tak pernah pun kujemput...tapi kalau difikirkan kembali semua dugaan itu datang juga disebabkan jemputan ku secara tiada ku sedar atau mungkin separa sedar....tak semua dugaan itu datang secara kebetulan...sebab kadang2 dugaan tu jua datang dengan kita mengetahui akan kemunculannya berdasarkan perbuatan dan tingkah laku kita pada masa lampau...setiap perkara yang dilakukan pasti meninggalkan kesan...dan dugaan itu merupakan salah satu kesan dari perlakuan kita pada waktu yang lalu bahkan sesaat yang lalu juga...
Pernah sekali aku hidup keseorangan tanpa sebarang teman disisi aku selama lebih kurang sebulan.....duduk dalam bilik berseorangan dengan hanya bertemankan 4 dinding bilik dan sampah-sarap yang kusendiri hasilkan. Waktu tu semua orang sudah pulang ke kampung halaman masing2...aku tak pulang kerna masih punya tugasan yang perlu disudahkan...tapi entah penyakit batiniah apa yang hadir sehingga tugasan untuk tertangguh berbulan-bulan lamanya...aku berusaha jua untuk memulakannya...namun tetap juga tak berdaya...dari sehari ke sehari sehinggalah genap sebulan....yang hanya ku lakukan ialah:
Pagi : bangun dalam kol 11 pagi then makan nasi lemak kat bakti permai...(gian gila nasi lemak tu)
- Pastu sambung tdo....sampai ke petang...
Petang: bangun then beli makan malam kat sg dua (kat depan pelita)...beli nasi campur....
- Kalau ada bola...layan bola....walaupun game tu bukanlah siaran langsung...(game best barca kalahkan mamak united....cayalah messi.....celakalah ronaldo)
Malam:
Balik bilik dan main komputer riba...layan wayang yang dah berjuta2 kali ditonton....tapi ada satu wayang yang aku tak jemu tengok ; HITLER ; THE RISE OF EVIL...aku tengok berkali-kali...aku suka banget sama dialog yang dituturkan oleh saudara Hitler...mantap dan bergaya...
"IF THE THIEF TAKES U MONEY N U TAKE IT BACK...DOES THAT ALSO MAKE U ALSO A THIEF?"... "is anyone listening....that's the problem nowdays..no one cares..no wonder we face extinction...."..... "pride...pride is a weapon...a sword to be used against our enemies....but dont be deceived...they are strong...stonger than we are....and this is not english or french that im talking about...that is enemies who live among us....communist...socialist....and obviously ...the jews"....
- Pastu tulis blog sampai pagi... then tdo sampai pagi...(rutin ni berulang-ulang selama sebulan)
Time ni life memang gampang gila....hidup macam sampah...susah nak kata cam na...sampai ada satu hamba Allah pujuk aku balik kampung....katanya "baliklah kampung...sian kat parent kau....dia rindu kau.....kau nak jadi anak derhaka ke"....
Sebenarnya aku tahu solusi bagi permasalahan di atas....tapi sukar bebenor aku nak aplikasikan solusi tersebut...berat gila...barangkali syaitan dah dok bertenggek di bahu kanan...dan nafsu serakah dibahu kiri...selain qarin yang bersifat jahat datng menggoda...sehingga akhirnya tuhan seolah-olah pergi menjauh dariku....
Pergilah dan carilah sebanyak mana jalan yang kau mahu dalam hidup mu....kerna akhirnya dirimu pasti akan kembali semula ke jalan fitrah asal kejadianmu....
Rabu, 8 Julai 2009
S.U.S.U.K. Bab Satu
S.U.S.U.K. Bab Satu
Ianya bermula dengan seseorang yang menyanyi dan seseorang yang menangis.
Dari luar bilik, Pak Fuad merupakan orang pertama yang mendengar suara nyanyian. Kelihatan seperti anak kecil dengan basikal roda tiganya, dia mengayuh kerusi rodanya menuju berdekatan troli makanan Misi Zaman yang ditinggalkan di bahagian koridor dan meneruskan kayuhannya ke arah sumber suara nyanyian tersebut.
Nyanyiannya perlahan dan lembut tetapi Pak Fuad mampu menangkap nyanyian itu walaupun bunyi bising tray dan pinggan plastik menghinggarkan suasana.
Kebanyakan orang tua di wad mempunyai masalah kesukaran pendengaran namun tidak bagi Pak Fuad. Selain kecacatan pada kakinya, dia juga mengalami kehilangan daya penglihatan – 'kataraks' yang tumbuh menjadi semakin tebal dan dan menjadikan mata tidak lutsinar umpama buah 'mata kucing" : buah sangat dia gemari itu. Maka, dia sentiasa memberikan perhatian pada setiap bunyi yang muncul.
Beliau tidak merasakan bahawa nyanyian tersebut daripada radio ataupun televisyen. Tapi merupakan nyanyian daripada suara yang mempunyai kualiti yang agak aneh. Iramanya dipenuhi dengan harapan dan sedikit rasa kesedihan.
Ianya merupakan suara orang muda. Pak Fuad tidak merasakan bahawa suara itu kepunyaan perempuan tua yang terdapat di wad geriatrik. Dia mengayuh menuju ke arah bunyi tersebut. Semakin beliau mendekati, semakin kuat nyanyian tersebut sehinggalah dia tiba di muka pintu.
Daripada celahan pintu kayu tersebut, beliau dapat mendengar esakan yang bercampur baur dalam nyanyian tersebut. Pak Fuad membuka pintu tersebut dengan tangan untuk melihatnya. Perempuan tua bernama Sharifah sedang duduk diatas kerusi rodanya, senyuman yang kejauhan terpampang pada wajahnya yang berkedut dan air mata bergenang pada kedua-dua matanya. Teman sesakitnya dengannya: Khatijah pada masa juga turut teresak-esak di atas katilnya. Rambutnya yang lebat dengan uban disikat rapi pada satu sudut namun sudut yang lain pula agak kusut.
Disebelah katil Khatijah terdapat seorang misi muda bernama Soraya. Pak Fuad mengenalinya kerana dia merupakan misi yang selalu membersihkan tabung air kencingnya. Misi itu jugalah yang memberikannya span mandi kepadanya pada setiap Khamis.
Jika Pak Fuad masih muda, pasti dia akan melamari Soraya. Soraya merupakan jenis wanita yang disukainya. Bersih dan kurus. Tanggannya yang kurus agak teguh tetapi lembut setiap kali misi itu menyental span basah pada badan Pak Fuad.
Misi itu juga selalu menyangul ketat rambutnya yang membuatkan kulit mukanya seperti terbenam kedalam. Tetapi, wajahnya masih lagi kelihatan ayu tanpa sebarang riak kasar .
Soraya tidak pernah menggunakan make up namun dibawah "haruman hospital", Pak Fuad boleh mengesan bau wangi Soraya.
Pak Fuad mendengar nyanyian misi itu pada dua orang perempuan tua yang berada didalam wad tersebut. Perlahan dan sangat lembut. Pak Fuad tidak menyedari berapa lama beliau sudah berada disitu sehinggalah Soraya menghabiskan nyanyian dan membuka matanya.
Soraya melemparkan senyuman pada kedua-dua wanita tua itu. Dia malah mengenyitkan matanya pada Pak Fuad yang masih lagi terpaku di pintu. Laki tua tu tidak memberikan sebarang respon tetapi Cuma merenung pada para wanita disitu.
Esakan Khatijah semakin kuat apabila nyanyian berakhir. Malah esakannya menjadi semakin tidak terkawal. Kemudiannya, esakan itu akhirnya bertukar menjadi batuk yang berserak-serak.