Khamis, 9 Ogos 2012
Pulau Ketam, Korea Selatan
Pulau Ketam...Pernah dengar tak...Duduk letaknya adalah berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Namun untuk ke sana, perlulah menaiki feri sekitar 30 minit perjalanan...Aku ke sana pada bulan Febuari yang lalu. Bukan atas maksud melancong atau bercuti...Tapi atas maksud kerja dan kajian...Kerna berdekatan dengan Pulau Ketam itu terdapat penempatan masyarakat Orang Asli dari suku Mahmeri...Aku ke sana bersama seorang rakanku...Minah dari kelantan...
Sampai ke Pulau Ketam, kami selesaikan tugasan utama kami...yakni buat temuramah dengan masyarakat Orang Asli...Untuk ke penempatan masyarakat Orang Asli, perlu menaiki bot...Nama penempatan mereka adalah Kampung Sungai Dua...Setelah selesai pekerjaan di sana, kami pun kembali semula ke Pulau Ketam...
Apa yang aku dapat perhatikan di Pulau Ketam ini, kebanyakan penduduknya adalah terdiri masyarakat Cina yang kebanyakannya adalah nelayan...Dan yang paling unik, disini juga terdapat masyarakat Cina-Muslim dalam kuantiti bilangan yang agak ramai...
Di Pulau Ketam ini, pengangkutan berenjin adalah tidak dibolehkan...Maka pengangkutan utama disini adalah basikal...Aku mengambil kesempatan yang ada untuk berbasikal di sekitar pulau ini dengan kadar bayaran sewaan basikal RM 5.
Orang kata, gaya hidup masyarakat ini macam kat korea...Entah...aku pun tak tahu...sebab aku x pernah ke korea pun...mungkin sebab satunya, disini masyarakatnya hanya berbasikal dengan basikal2 yang comel seperti tontotan drama korea...dan mungkin juga sebab lorong jalan disini kecil2 sahaja...atau mungkin juga sebab ciri rumah disini yang dibina rapat2...dan atau mungkin juga sebab masyarakat disini berkulit putih persis orang korea...
Rumah masyarakat disini didirikan di atas air yang mana bolehlah dipanggil sebagai penempatan cerucuk...kat sini serba-serbi lengkap...balai polis ada...sekolah ada...masjid ada...tokong pun ada...suasana kat sini pun agak tenang...memanglah tenang sebab x berapa ramai sangat orang kat sini...semuanya plk nAik basikal...
Pekan dia pulak...simple jer...kedai rapat2...Tapi aku rasa masyarakat kat sini jugak agak terasing...sebab aku ngn kawan sesat satu ketika itu...masa pulak dah suntuk sebab nak kejar feri terakhir...kemudian tue, tanyalah budak2 cina kat situ...bila aku tanya mcm mana jalan pulang ke jeti...mereka macam takut2 nak jawab...dan ada juga antara mereka yang gtak faham bahasa aku...padahal aku berbahasa Melayu...entahlah...aku pun tak faham...
Ingat lain kali nak bercuti kat sini lah...kos percutian kat sini pun x lah mahal sangat...sebab utamanak beercuti kat sini karang adalah sebab nak makan makanan laut terutamanya ketam.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan