Khamis, 16 Ogos 2012

Pejuang Melayu kini (bukan Melayu Lama tau) yang sejati, tulen, asli, berhati suci & kacak



Hikayat Hang Tuah seharusnya perlu dibaca oleh rumpun manusia yang kononnya mengaku dirinya sebagai "Orang Melayu". Bahkan yang lebih utama perlu dibaca oleh kelompok golongan yang kononnya melabel dirinya sendiri sebagai "Pejuang Melayu" atau
lebih canggih lagi "Pejuang Kuat Melayu yang berhati suci' (kononnya lah)...

Kononnya orang-orang yang membentuk strtuktur hieararkai sosial dengan penggunaan istilah kata nama "paduka lah", "ayahda lah", "kakanda lah", atau entah apalagi danda danda lah, kononnya (lagi-lagi konon), melihat diri mereka sebagai pejuang
Melayu + Islam yang mana diri mereka perlu dihormati (yang sebenarnya memaksa orang lain menghormati mereka)....


Mereka ini rasa2 baca tak atau tak kitab2 tradisional Melayu klasik...Kalau tak baca semua pun (tapi kalau dah kata pejuang Melayu yang memakai kata nama "paduka", "ayahda", "kakanda" patutnya wajib khatam dan faham semua kitab2 tradisional Melayu
klasik lama ini)....sekurang-kurangnya bacalah Hikayat Hang Tuah itu...




* Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin




Sebab bukan apa, apa yang tergambar daripada diri mereka tidak seperti yang tercatat dalam kata Melayu di dalam kitab2 Melayu klasik tersebut...


Dan yang menyedihkan lagi, apa yang terpapar pada diri mereka itu bukan sahaja berbeza dengan falsafah Melayu bahkan mencactkan cerba nilah falsafah Melayu yang sebenarnya...


Antara asas tamadun Melayu itu, salah satunya tidak angkuh dan sombong...Dalam Hikayat Hang Tuah..tak pernah ada satu perkataan atau ayat pun yang dilafazkan misalnya dengan lafaz

"Aku Hang Tuah, Aku Laksamana"...


Maksudnya disini, Hang Tuah tidak pernah pun nak menunjuk-nunjuk atau ingin memberitahu pada semua orang yang dirinya itu berjawatan "Laksamana"
(Laksamana merupakan antara jawatan utama penting dalam pentadbiran Melaka bahkan ia sangat berpengaruh dalam kawasan kelautan maritim)...Berbeza dengan pejuang Melayu masa kini (mungkin pejuang yang kosong semata, hanya pada nama, macam Pak
Kaduk yang suka mengeboh2 sesuatu perkara)...yang dok sibuk canang sana sini, dengan contoh misalan ayat kata

"Aku Paduka, kau tahu tak" atau


"Kau tahu sapa aku, aku ini adalah kakanda, kau akan mati ditangan aku"....


Hahahaha...kelakar betullah dengar kata2 pejuang Melayu tegar ini (ya..ya..ya.. kalian mesti yakin bahawa mereka ini adalah pejuang Melayu sejati)....

Ayat cantik itu..."kau akan mati ditangan aku"...kakanda pun dah boleh ambil tugas Tuhan..adoyai...pening kepala...asas agama pun dah macam ini, macam manalah perkara2 cabang lain...muamalah, muasaryah, dursaluh wal marsalah...

Hikayat Hang Tuah boleh dibahagikan kepada 2 bahagian...bahagian pertama adalah berkaitan dengan zaman beliau dalam urusan pentadbiran Melaka yakni sewaktu memegang jawatan Laksamana manakala bahagian kedua pula adalah bahagian yang agak menarik..yang unik dan penuh misteri...menceritakan bagaimana kemudiannya Hang Tuah membawa dirinya ke arah mencari hakikat ketuhanan sejati sehingga kehilangan dan kematiannya menjadi suatu yang misteri sehinggalah ke hari ini...



* Manuskrip Hikayat Hang Tuah


Paling kelakar...ok sebelum itu, kita tolak nilai-nilai atau norma-norma berbaur Islamik dalam perjuangan Melayu tulen ini yang mana sering dok canang ayat "Melayu..Islam...Melayu..Islam""...meski benda itu patut dibawa masuk pertikai sebab dah jadi modal utama para pejuang kacak ini...ok..cukup hanya kita ambil nilai dan ciri Melayu atau Kemelayuan...

Kalau kau kata kau pejuang Melayu-Islam...agak2 kalau kakanda atau ayahda kau tue, rambut kaler2 warna kuning, pakai gelang tangan, lagi cantik pakai jeans (pakai jeans tak dosalah, apalah kau ini)...tapi macam mana dengan warna rambut kaler2, pakai gelang tangan...tak yah cakap dari sudut perspektif Islam..cukup kita cakap dari sudut perspektif Melayu...Apakah ini ciri dan nilai Melayu yang diamal oleh nenek-moyang kita dulu?"..Apa ini budaya timur...ApA ini budaya Melayu...ah...caca merba aku tengok dan fikirkan...Apa pemakaian baju Melayu itu hanya pada majlis besar dan mewah di hotel-hotel??..Kelas persidangan/perhimpunan Melayu di hotel???...wah..memang cool dan high class betul pejuang Melayu-Islam sekrang ini..(Padahal salah satu ciri asas tamadaun Melayu adalah sifat "patut"...setiap perkara mereka berpatut-patutan...mereka tidak akan memaparkan atau mencanang-canangkan tentang keagungan dan kemahsyuran mereka...Melayu Lama adalah Melayu yang rendah diri)....


Dah...dah...dah...cukup..moralnya setiap yang mengaku Melayu itu (pejuang Melayu-Islam masa kini yang tegar, tulen, asli, berhati suci, kacak ini x payah disarankan baca pun sebab mereka ada falsafah Melayu buatan mereka sendiri)..yang Melayu biasa2 ini, bacalah dan fahamilah serta hayatilah kitab2 Melayu tradisional klasik...sebab ia bukan sahaja menceritakan tentang Melayu semata-mata, tetapi di dalamnya terkandung hal bersangkut Islam yang luas, tentang betapa rendah dirinya
Melayu itu meski sumbangan dan perananya dalam dunia kelautan saat itu sangat besar dan penting...bukan macam Melayu-Islam kini...canang sana sini, sembang sana-sini...tapi isu ekonomi ada dapat mereka atasi...


contoh mudah..lihat sahaja "Melayu Penang"...hebat bukan kehidupan mereka..(hahaha..penuh lagak dan sombong meski di depan mata mereka, tanah2 dan maruah mereka diragut dan dijarah oleh orang lain dengan izin dan kehendak mereka sendiri)....sat ada satu persoalan..."Adakah Mamak itu Melayu?"""Adoyai...caca merba lagi...ini kena hurai dari sudut DNA, linguistik, etnolinguistik, budaya, sejarah..."Jawi-Peranakan?"....Lagi tepat hantar sampel DNA kat Stephen Oppenheimeir suruh dia buat pengesahan...Pening..Pening..Pening...

Tiada ulasan: