syawal ketiga...keluaraga ibu aku ada yang sudah pulang ke kampung...yang pulang buat masa ini adalah keluarga cik na dan pak ngah..pagi tadi adalah giliran rumah kami untuk sesi marhaban atau dalam bahasa jawanya dikenali sebagai "baraan"...juadah yang kami hidangkan untuk tahun ini adalah sedikit ringkas dan mudah sahaja...yakni terdiri daripada 3 jenis kuih iaitu kuih seri muka, tepung pelita dan karipap atau orang Johor adakalanya memanggil kuih karipap sebagai "epok-epok"...hahaha...dah lama aku tak dengar panggil karipap dengan nama "epok-epok"...Disamping itu, kami juga sediakan hidangan puding buah-buahan ciptaan ibu aku...Maka pagi itu kami semuanya sibuklah dok sediakan menu hidangan ini...
Sekitar jam 11.00, pasukan atau ahli marhaban kampung tiba datang ke rumah...selepas bersalaman dengan tuan rumah, geng marhaban ini pun akan mengalunkan selawat..kemudian itu membaca doa bagi meminta rahmat dan barkah untuk tuan rumah...setelah itu, barulah geng marhaban ini menikmati juadah hidangan...
Suatu hal yang aku agak kesalkan bagi marhaban tahun ini adalah,jumlah penyertaannya sudah tidak semeriah sepertimana saat aku kecil dahlu..kini kebanyakannya golongan anak muda dah tak ikut serta...alasannya, sebab dah kahwin... x logik dan x ada kena- mengena langsung alasan itu...
Yang tinggal ikut serta, adalah yang tua-tua kerepot sahaja...dan ditambah dengan anak2 kecil dan beebrapa budak2 yang masih bersekolah...aku dapat rasakan yang budaya marhaban atau baraan ini suatu ketika akan pupus dan lenyap dalam adat budaya kampung gua...
Semakin kita mengejar kemajuan...akhirnya kita terpaksa melupakan sesuatu yang pernah menjadi asal akar kepada kewujudan kita...tolonglah..jangan jadi macam Melayu Penang...aku tak sanggup nak lihat dan rasai kondisi suasana seperti itu...dan yang paling aku tak nak tengok kat negeri Johor ini adalah jangan sampai pejuang melayu yang berkaca mata hitam kacak, berambut kaler2 kuning, dengan gelang tangan di tangan, pakai songkok dan berseluar jeans berarak agar kononnya kedaulatan Melayu-Islam itu perlu dipelihara...Tolong...Aku tak sanggup nak lihat, tak sanggup nak dengar...Tolong..sangat menjengkelkan pandangan mata....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan