Ahad, 19 Ogos 2012

Perihal Raya di Jajahan Takluk Negeri Johor



Masa adalah mahkluk ciptaan Allah yang salah satu sifatnya tidak pernah memungkiri atau mengkhianati tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh Tuhan-Nya. Tiada pernah dia terlambat barang seminit pun atau tercepat sedetik pun dalam kerja amanahnya itu.. Hanya makhluk berakal ciptaan Allah sahaja yakni manusia yang sesetenganya lalai tentang betapa pentingnya kewujudan mahkluk bernama waktu itu....Kendatipun manusia itu adalah ashraful mahlukat yakni sebaik-baik mahkluk, namun alpa, leka dan lalai itu adalah suatu sifat yang sinonim dengan dirinya...Manusia lalai dan lupa yang waktu itu tidak pernah berkompromi dengannya walau dalam apa keadaan sekalipun....

Masa terus berjalan, berjalan, dan tetap terus berjalan tanpa menunggu kita...Kini seiring dengan perjalanan waktu yang panjang, maka perubahan yang berlaku dihadapan mata kasar kita juga telah mengalami suatu perubahan yang banyak disebabkan tempoh masanya yang panjang itu...

Sempena Hari Raya ini, dapat dilihat betapa sudah berapa banyak perubahan yang terjadi...Yang kalau direnung dalam2 ternyata ia sangat berbeza dengan masa lalu kita meski kadang kita berasa yang jarak tempoh masa lalu dengan masa kini seolah-olah hanya sedikit sahaja umpama baru terjadi pada hari semalam...


Aku pulang ke kampung halaman ku yang letak duduknya di selatan tanah air Malaysia yang tercinta ini...Menumpang kereta kawan...Berhenti singgah di beberapa buah tempat (Seri Iskandar, Sungkai, Gombak) atas sebab mengambil dan menurunkan rakan lain yang menumpang kereta yang sama...

Sepanjang perjalanan, aku tidak sabar mahu memasuki ruang jajahan negeri Johor...Hati aku tersangat tidak sabar..Tahukah kalian, bila kalian berkelana di kawasan yang meskipun tidak berapa jauh dari kampung halaman kalian, dalam tempoh masa yang panjang dan lama, kalian pasti dapat merasakan perbezaan yang dapat dirasai terutamanya dari sudut budaya yakni antara budaya kampung kalian dengan budaya tempatorang lain....

Aku ini sudah berkelana lebih kurang 6 tahun di Pulau Pinang...Sebuah negeri yang menurut aku agak kejam kerana budayanya yang aku pandang tidak kena dengan hati dan jiwa aku...Bukanlah disebabkan disana itu banyak Cinanya tetapi kerana disana itu Melayunya itu sudah tidak seperti budaya dan falsafah Melayu yang sebenarnya...Masyarakat melayu disana hidup dengan gaya seolah-olah berpura-pura sahaja...Mahu menjadi golongan urban meski tanggapan urban itu tidaklah lebih daripada sekadar cara berpakaian yang kononnya nampak lebih maju, tamadun, up-to-date, urban. Walhal, hakikat yang dapat ku lihat pada masayarakat di sana, nilai harga dirinya telah dijarah oleh bangsa yang pada asalnya dahulu cumalah sekadar imigran sahaja...Sangat menyedihkan...Sayu hati aku...Apa yang dapat aku simpulkan, masyarakat melayu Penang itu, mahu dirinya dilihat tinggi, hebat bagi seterusnya melahirkan rasa sombong dan angkuh di sanubarinya...Namun perlu dipertegaskan bahawa tidak semua berfe'el seumpama itu hanya kebanyakannya sahaja...Kasihan...

Aku bersama rakanku memasuki negeri Johor menerusi Tangkak...Kami memilih melalui jalan lama atau jalan luar, salah satu sebabnya adalah untuk merasai juadah berbuka puasa dibazar ramadhan dengan menu masakan orang Johor...Kami berbuka puasa di kawasan Parit Sulong yakni sebuah pekan yang telah lama tidak kukunjungi...Itu pun sebabnya aku tersalah masuk simpang walhal sebenarnya, kami tidak perlu pun melalui kawasan Parit sUlong untuk ke kampung kami....







Sepanjang perjalanan pulang, aku perhatikan suatu yang janggal dari sudut mata kepala aku sendiri...aku lihat agak kurang orang kampung yang pasang pelita atau juga panjut...aku rasa macam bukan suasana nak balik raya pulak kalau sepanjang perjalanan di kawasan kampung tanpa pelita...

Kalau dulu kat kampung aku lagi meriah...kampung di kawasan aku itu, ada jambatan yang merentasi sungai...jadi setiapa kali raya, orang kampung akan pasang pelita dengan binaan pintu gerbang pada jambatan tersebut yang mana binaan ini lebih kami kenali dengan istilah "ceketeng"...Tapi raya tahun ini (bukan tahun ini jer.sejak 3 kali raya yang lampau), kampung aku dah tak buat pun ceketeng itu...alasan klise, sebab budak muda-muda (bocah lanang) kat kampung aku dah kurang, kalau ada pun dah berumah tangga..jadi x adalah yang sukarela nak buat menatang itu...

Setelah aku amati, baru aku tahu kenapa orang Johor ini kurang pasang pelita atau panjut raya tahun ini...sebabnya Johor sekarang ni cuacanya hujan jer...jadi mungkin diorang malas nak pasang pelita ini...

Raya tahun ini pun agak kurang meriah buat keluarga aku...sebabnya, cik na, pak ngah, cik joe dan pak long untuk hari raya pertama tidak beraya bersama kami...mereka beraya bersama keluarga mentua mereka masing2...

Jadi disebabkan kurangnya 'askar", maka tugas2 menyediakan persiapan raya, terpaksalah terletak speenuhnya dibahu kami anak-beranak...

Kesian kat ibu...sebab tak ada anak perempuan..jadi kebanyakan kerja hanya ibu yang buat seorang...anak-anak ibu pula hanya dapat membantu sekadar yang mampu jer...maklumlah...kami tak pandai memasak...tolong- cuci ayam, daging itu jelah yang mampu...Kebanyakan kerja, ibu yang buat...dari memasak,mengemas dan menyapu rumah...


Malam raya pun dah x meriah..sebab dah x ada kawaan yang nak ajak lepak2 n jalan2 kat ekspo ramadhan..sebab faham2 jelah...orang dah berumah tangga..dah ada komitmen..maka,malam raya aku hanya lepak dengan adik aku tengok arsenal lawan sunderland dan kemudiannya beli-belah sikit kat ekspo itu....

Tambah sedih lagi, raya tahun ini aku pokai sebab x dapat gaji 3 bulan dah..jadi muka toya je lah...hahaha..sebaliknya, tengok adik gua syok jer..shopping beratus2...sampai beli bunga api dan mercun jer pun boleh habis sampai rm200...maklumlah...adik gua tue dapat bonus 7 bulan gaji...mana taknya syok raya dia...


Pagi raya lepas salam n cium tangan ibu, aku, ayah,hadi dan ucop gi solat aidilfitri kat masjid...pastu pergi ziarah kubur arwah atuk dan nenek gua...(ah aku sangat merindui Al-Marhum Haji Hussain B Haji Yusoff)....

Balik dari kubur..apa lagi..dok melangok jelah...sebabnya, raya tahun ni, marhaban @ baraan hanya bermula pada hari kedua...rumah gua pula, turn-nya jatuh raya ketiga,,..nasib pak cik/mak cik aku dah balik masa itu...jadi kurang lah beban gua sikit nak tolong2 sediakan dan masak2 juadah marhaban karang ni kan...

Masa aku baru sudah menyelesaikan perenggan atas karangan raya aku nie...mak aku panggil sebab kawan aku datang beraya umah...

Ibarahim atau aim datang bersama anak dia yang bernama Ismail...Tetap sama seperti dulu...tetap istiqamah dengan usaha agama walau pelbagai dugaan dan rintangan yang melanda...Dialah kawan aku yang seringkali mengingatkan aku tentang soal kampung akhirat tentang penting buat usaha agama supaya mana agama dapat terus kekal mekar dalam kehidupan sanubari...Doakan aku ya Ibrahim untuk mendapatkan taufik dan kekuatan kembali buat usaha agama...dan tersimpang jauh sangat nie aim...Alhamdullilah, Pitok pun dah buat usaha agama...Manakala takziah pula buat keluarga Al-Marhum Cikgu Mahmud Suboh...Al-Fatihah buah roh beliau...banyak yang telah aku pelajari dari insan yang banyak korban ini tentang usaha agama...aKU PERNAH khuruj fisabillah selama 20 hari bersama beliau sewaktu aku berada di Tingkatan 6 dulu....

Sekian...akhir kalam dari saya untuk coretan kali ini; "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...Doakanlah keredhaan Allah untuk saya dan juga umat Islam seluruhnya....


Tiada ulasan: