Jumaat, 10 Ogos 2012
Main2 Masa Solat
Ada satu masa itu, aku agak lewat ke masjid untuk menunaikan solat isyak dan terawih...Imam dan para jemaah lain sudah pun selesai menunaikan solat isyak...Maka, aku terpaksa solat isyak berjemaah dengan jemaah kecil yang lain yang mana mereka semua ini menghadapi kes yang sama seperti aku yakni lewat datang ke masjid...Disebabkan kena solat isyak berjemaah dalam jemaah kecil, maka solat terawih telah pun bermula...jadi aku kena tunggu solat terawih 2 rakaat awal itu habis, bru aku join sekali...bukannya tak boleh nak join terus...tapi aku malas nak jadi makmum masbuk...masa aku nak tggu solat erawih 2 rakaat awal itu habis, aku dok perhati lah budak2 yang datang solat terawih kat masjid usm ini...ada Melayu dan ada juga anak Pak Arab...Aku tengok anak Pak Arab ini, buas dan ganas dia...mak aih...tak tahu nak cakap lah...ada satu budak kecik Melayu itu...dia datang solat dengan pakai baju sebijik macam baju superman...dan yang comel...dia pakai kopiah kat kepala meski pakai baju superman yang ad spender kat laur tue dngan kain terbang kat belakang...yang lagi lucu..budak ini jenis budak yang taat dan bagus...sembahnyang jer..tapi bila anak Pak Arab tue nampak dia pakai baju pelik, terus 2 orang anak Pak Arab ini dok kacau dia...dok main2 kain terbang kat belakang baju dia tue...sampai nangis budak kecik melayu itu dibuatnya....Tapi memang Arab ini aku tengok jenis bangsa yang agak kasar, tergesa-gesa, ganas dan tak tahu sabar...Kalau naik kereta aku tengok, laju dia...mak aih..potonng ikut sesuka hati dia jeer...arab oh arab...
Tengok gelagat budak2 kat masjid tadi tue, aku teringat masa zaman aku kecik2 dulu..yakni masa zaman solat kat surau dulu...dulu kami budak2 kecik solat di saf belakang...antara kami ini adalah jugak budak yang nakal...bila imam takbir jer, diorg dok main2 kat belakang...dok main2 balas2 pijak kaki lah...kadang2 tue, pijak kaki itu sampai berderet dok main...kalau ada jenis budak yang taat dan baik dalam solatnya...budak2 nakal ini cuba kacau sampai budak ini jadi main2 macam diorg...hampeh btol diorg ni...kadang2 itu..dok sembunyi main cuit2 tangan dr belakang kat seseorang itu...bagi org tue tak tahu n tertanya2 siapa yang cuit dia...
*Main2 Yer masa solat...
Sepanjang aku hidup ini...kat mana2 aku bermastautin pun..mesti kat surau atau musallah tue ada satu orang tua yang akan ditakuti oleh budak2 ini...sebabnya orang tua ini tugasnya memastikan agar budak2 ini x main2 kat surau..dan x buat bising kat surau...masa aku duduk kat Taman Sri Penggaram, orang tua yang berwatak semacam ini dikenali sebagai "Salleh Kucing", masa aku dok kat Taman Haji Manan, orangnya pulah adalah '"Pak Salleh" dan masa aku dok kat USM INI, orang yang ada sifat mcm ini addalah "Pak Adam".....Meskipun orang2 semacam ini garang dan pada masa kecil kami, tidak kami sukai...namun hakikatnya apabila telah kami dewasa seperti sekarang ini, barulah kami tahu...apa sebab mereka garang dan betapa mulianya mereka itu....
Hahahah....Oklah cukuplah setakat ini sahja...Tak sabar nak raya dah nie...tapi jangan lupa plk tentang betapa pentingnya 10 malam terakhir bulan ramadhan...banyak keberkatan, kelebihan dan kemuliaan pada malam2 ini terutamanya malam Lailatul qadar...Semalam lepas berbuka posa n selepas solat maghrib, pak imam masjid usm ada buat pemberitahuan...yakni bahwa mulai malam tadi, masjid usm akan buat qiamulail (bangun malam) untuk beribadah dekat masjid usm, bermula sekitar jam 3 pagi...setakat ini aku masih lagi x mampu nak sertai...meski syaitan dan iblis dah x ada bulan ini, namun iman aku masih tetap lemah...mcm mana lah aku mengadap Allah nanti dengan keadaan iman yang lemah macam ini...
Labels:
agama,
Allah Maha Kuasa,
Kisah Silam,
sudut pendapat,
tawarikh,
tokoh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan