Rabu, 15 Ogos 2012

Malam Yang Lebih Baik Drp 1000 Bulan



Awal pagi tadi...suatu momen yang perlu diingati...yakni sekitar jam 1.45 pagi...berlaku hanya sekitar 10 minit sahaja...kerana untuk merasai momen 10 minit itu, aku dan guru (bos) aku dari Penang bergegas ke salah sebuah tempat terpencil yang terdapat di negeri Perak.... Sebelum merasai momen 10 minit tersebut, kami perlu mandi taubat, solat taubat, solat hajat, solat 2 rakaat dan zikir....



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah Al Qadr)


Semalam, aku perhatikan cuaca sangat redup...dari pagi sampai ke petang...redup dan tenang...hari ini pula, cuacanya seakan begitu...cuma ditambah sedikit dingin rintik2 hujan yang turun dengan penuh sopan dan bunyi rintikan yang menyenangkan...bukan hujan yang sombong atau angkuh...


Moga tahun hadapan dapat lagi aku merasai momen yang indah dan besar ini...Insyallah...Amin...

.....
.......
.........

Tiada ulasan: