Ahad, 11 Oktober 2009

Komik “KARTINI” :Aku temuinya kembali….



Penulis&Pelukis: Tembakau
Penerbit : PTS MILLENNIA SDN. BHD.
Kod Produk : KN- 001
Harga : RM 6.90 (Semenanjung) RM 7.90 (Sabah/Sarawak)
www.komik-m.com
www.ptsmillennia.com.my


"Tapi apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat...."


9 tahun yang lampau, kami sering berebut-rebut untuk membaca komik yang dibeli oleh salah seorang daripada kawan kami. Masa itu kami tinggal di asrama. Antara komik yang menjadi kegilaan pada saat itu ialah "KARTINI" yang diterbitkan dalam komik yang bersaiz A4. Bebaru ini, aku beli komik tersebut yang diulang cetak dengan wajah yang baru iaitu tidaklah lagi bersaiz A4 tetapi dengan saiznya yang lebih kecil. Aku membacanya sekali lagi kerna 9 tahun yang lampau, aku tak puas membacanya kerna terpaksa membaca tanpa menghayatinya. Maklumlah, buku satu jer tapi terpaksa berkongsi ramai-ramai. Karya yang dihasilkan oleh Tembakau ini bolehlah dikatakan sebuah karya yang sangat "jujur" sekali. Dan bukan aku seorang sahaja yang berkata begitu, malah orang-orang yang berada disekeliling Tembakau juga turut berpendapat sedemikian (rujuk komiknya versi baru). Kisah harapan cinta si pengharap cinta (Aryon) terhadap harapan cintanya (Kartini). Mengambil latar suasana, kehidupan pelajar yang sekolah berasrama dalam aliran agama, ceritanya sudah pastilah diwarnai dengan dialog-dialog yang berbau Islamik kerna terdapat selitan-selitan istilah Arab yang diguna-pakai. Kisah cinta ini biasa sahaja seperti mana kisah cinta yang pernah dialami oleh para remaja biasa di dunia realiti. Namun, melalui pembacaan saya, jalan ceritanya semacam punya nilai-nilai sentimentalnya yang tersendiri. Dan lebih tepat lagi, komik ini hanya sesuai dibaca oleh orang-orang yang tak hensem, tak kacak, sentiasa terhegeh-hegeh dalam soal percintaannya. Bagi yang berperwatakan hensem, kool,bergaya, stylo dan punya ciri2 kasanova, mungkin komik ini menurut mereka tak lebih seperti sebuah karya yang begitu menggelikan dan juga menjengkilkan. Kadang-kadang dalam beberapa babak tertentu, kisah yang dipaparkan itu mampu mengingatkan nostalgia silam saya. Dan lagi satu, komik ini mungkin lagi bermakna jika dibaca oleh orang-orang yang pernah mengalami zaman hidup di asrama dan lebih-lebih bermakna lagi bagi mereka yang pernah tinggal di asrama beraliran agama. Betul, kalau tak percaya bacalah…Komik ini akan membuatkan anda tersenyum kelakar dalam babak-babak tertentu, terasa malu sendirian dan selantas itu juga hati akan berkata "cepat2 lah habis babak ni, nak skip kang rugi plk". Jadi nasihat saya bagi mereka yang punya perasaan seperti itu: "teruskanlah baca kerna ia bisa membuatkan kau terfikir seketika siapa kau dulu"…hahahah padan muka….Antara babak yang saya gemar sekali sehingga saya ulang tengok beberapa kali ialah babak yang memaparkan adegan "makan Maggie dalam gayung", "ranging budak junior", " kacau awek masa diorang jalan ke asrama" dan semua babak ini begitu mengimbau masa silam saya…Ah, rindunya masa lalu…Masa dimana kita tak tau betapa pentingnya hidup, betapa pentingnya ada kereta, betapa pentingnya ada kerja baik2…Sangat rindu sekali…Walaubagaimanapun, terdapat beberapa babak yang memaparkan adegan yang sama tetapi dalam suasana yang berbeza iaitu perselisihan cinta antara Aryon dan Kartini….Perkara semacam ini tidaklah merupakan sesuatu yang aneh, kerana kisah ini digarap daripada kisah benar…..Kisah dalam komik ini ditamatkan dalam keadaan yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang bagaimana penamatnya kisah cinta antara dua watak ini yang tercetus sejak zaman sekolah sehinggalah zaman mereka sudah menamatkan sesi persekolahan…Adakah Aryon dapat memiliki Kartini atau sebaliknya?….Mungkin jawapannya ada terkandung dalam sekuelnya yang berjudul "KARTINI KEMBALI"…Dapatkannya lah ye di pasaran….Oh ya…kata2 Kartini ini sangat mendalam sangat maksudnya " Tapi apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat…."

8 ulasan:

hafiz zainuddin berkata...

peeeergh. kartini! tringat kat watak aca, ujang, tiga dara pingitan, kompilasi klassik From Taiping With Love....... cayok!

MKriza berkata...

Ya.
Sayangnya Tembakau sudah senyap. Yon juga sudah senyap. Kartini juga.

Terima kasih kerana sudi berjalan-jalan ke blog saya.

ruhi_hayat berkata...

ya,ya,ya....Betul tu...barangkali iklim industri penulisan komik negara ini yang membuatkan kebanyakan kartunis kurang menonjol...Sepatutnya anak watan negara ini lebih menghargai karya penulisan negara ini berbanding karya luar...Mungkin lambakan komik yang bergenre "mangga" lebih menambat hati pembaca negara ini (seperti yang diluahkan Ibrahim Anon a.k.a. Ujang dalam Bertita Harian versi Ahad). Oh, ya "Aku Budak Minang" sudah diterbitkan dalam versi drama...Kalau tak silap, ditayangkan pada setiap hari Selasa, jam 8.30 malam di saluran TV2.

NA berkata...

mintak maaf...mgkin mereka yg berasrama sahaja menbaca komik ini....aku tak...mgkin kerana jiwa aku yang skema mmbuatkan aku lebih dekat kepada buku teks sekolah

Masturah Idrus berkata...

tak semestinya budak skema = buku teks skolah.. Ia terpulang pada kamu..Takkan nk hidup atas dasar org lain??
nway ruhi,thanx for visiting my blog. TERSENTUH yg aku maksud kan adalah SECARA TAK SENGAJA,TANPA DI RANCANG.kerana itu aku bertanya mengapa tuhan wujud kan peristiwe itu dan mengapa tuhan selitkan rasa 'aneh' pada A dan Z..

eswandyasre berkata...

makan maggi dalam gayung..yang itu best..nikashri,kau juga begitu kan.makan nasi puteh masjid.kartini..balik kampung aku pinjam eah.

ruhi_hayat berkata...

eswaandy : okaey...no hal lah..parit kemang ngn pesta...bukan jauh pun....

Tentang Buku berkata...

ruhi,
sering ku lihat nama pena mu...
tapi di mana ya?

oh, kartini.
lagend!
boypren lama pernah hadiahkan komik ni kat saya, tp entah dah hilang ke mana...

salam!