Selasa, 20 Oktober 2009

Kisah Saya Pejuang Islam.




JUDUL BUKU : KISAH SAYA PEJUANG ISLAM

PENULIS: ED HUSAIN

PENERBIT: ZI Publications Sdn. Bhd.

NO. ISBN: 978-967-5266-02-7

TAHUN TERBITAN: 2009



"Kisah Saya Pejuang Islam adalah tepat pada masanya… Gambaran oleh Husain begitu mendebarkan… Ia adalah amaran kepada kehidupan satu budaya di Britain, ia membawa anda kepada pemikiran golongan fundamentalis muda."

-Observer-

"Sebuah memoir yang berani… Eksplosif"

-Evening Standard-

"Kisah Saya Pejuang Islam sepatutnya digunakan sebagai ubat. Apapun prasangka anda, ia akan memakannya seperti asid"

-Daily Telegraph-

"Pengisahan yang amat jelas dan mendebarkan"

-Guardian-

"Menyakitkan … lebih daripada sekadar mengendalikan testimoni satu pemikiran yang ingin bebas daripada kepunahan ekstremisme. Ia ditulis dengan luar biasa mengenai kehidupan seorang yang membesar dalam tahun-tahun 80-an dan 90-an dengan ikatan keluarga dan pengucapan yang menyentuh perasaan … amat menakjubkan'.

-Mail on Sunday-

"Pandangan mendalam oleh bekas aktivis… Satu panduan yang jelas mengenai dunia negatif fahaman Islam di Britain… satu naratif peribadi yang amat kuat'

-John Gray, Literary Review-

"Unik… perbincangan terbuka dan terus terang mengenai kehidupan dalam organisasi Islam radikal dan member amaran penting mengenai masa depan Islam… Ia juga satu seruan kepada orang Islam awam supaya memulihkan kepercayaan mereka".

-Asian Leader-

"Satu pendedahan yang mengejutkan mengenai kehidupan dalam kumpulan pejuang Islam London yang sedang merebak.'

-London Paper-

"Satu rayuan yang keras untuk toleransi… Sesiapa yang berminat mengenai bgaimana ekstermis Islam mengukuhkan cengkaman mereka di negara ini sepatutnya membaca kisah dalaman daripada bekas pejuang Islam radikal".

-Memo-.

"Memberikan wawasan penuh bermakna'

-Daily Express-.


Penceritaan yang dimulakan dengan kisah-kisah penulis sewaktu meniti usia kanak-kanak sehinggalah dewasa, menjadikan karya ini mudah difahami oleh pembaca tentang sejarah-sejarah lampau yang mewarnai diri penulis. Memang begitulah ragamnya bagi setiap gaya penulisan karya bergenre memoir. Namun dalam karya berjudul "Kisah Saya Pejuang Islam" ini, imbauan-imbauan penulis disaat usia kecil tidaklah dipaparkan seperinci mungkin seperti mana memoir-memoir yang pernah saya baca sebelum ini. Memoir ini secara generalnya menyentuh tentang pergolakan dalaman jiwa seorang remaja Muslim yang dibesarkan dalam suasana masyarakat yang majoritinya bukan beragama Islam selain persekitaran-persekitaran yang berlegar di sekeliling penulis mendorong penulis ini mencari jalan keluar dari setiap persoalan-persoalan dan permasalahan-permasalahan yang menghantui benak penulis ini. Bermula dengan cacian, makian, hinaan, sidiran terhadap aliran-aliran gerakan Islam yang lain sehinggalah di garisan penamatnya, penulis ini melihat bahawa aliran gerakan Islam yang dicaci, dimaki, dihina dengan perkataan dan sangkaan yang agak nista sebelum inilah, yang merupakan jalan keluar yang terbaik dari konflik yang sedang beliau alami ketika itu.


Bermula dengan pembacaan karya Gulam Sarwar yang berjudul "Islam: Beliefs and Teachings", penulis mula mempertikaikan Islam yang sedang dianuti oleh beliau dan keluarganya dari dulu lagi iaitu lebih-lebih lagi Islam versi datuknya yang berasal dari India. Hal ini kerana, melalui pembacaan penulis dalam buku tersebut, Gulam Sarwar menegaskan bahawa Islam dan politik merupakan dua elemen penting yang saling berkaitan dan ia bersatu dalam segenap hal tanpa boleh dipisahkan. Perkara ini boleh difahami dari baris-baris pertama dalam buku Gulam Sarwar yang bertulis:


"Agama dan politik adalah satu dan begitu juga dalam Islam. Kedua-duanya saling berjalinan. Kita sudah maklum bahawa Isam adalah sistem kehidupan yang lengkap… Seperti mana Islam mengajar kami cara mendirikan solat, berpuasa, memberi zakat dan mengerjakan haji, ia juga mengajar kami cara mengendalikan negara, membentuk sebuah kerajaan,memilih ahli majlis dan ahli parlimen, membuat perjanjian dan mengendalikan perniagaan dan perdagangan."


Dari penulisan Gulam Sarwar inilah,maka penulis mula mempersoal "Islam" yang sedang dianutinya itu sekarang dan selantas itu mula mencari gerakan Islam yang bersesuaian dengan kenyataan Gulam Sarwar itu iaitu "Islam politik" dan "Negara Islam". Pencarian penulis itu akhirnya membawa kepada penglibatan penulis dalam gerakan Islam yang dikenali sebagai "Young Muslim Organisation" (YMO) yang juga merupakan cabang bagi gerakan Jamaatul Islami yang dicipta oleh Abul A'la Mawdudi.


Penglibatan aktif penulis dalam gerakan ini secara tidak langsung telah mengubah kehidupan diri penulis. Penulis lebih gemar membaca karya-karya yang dihasilkan Mauwdudi seperti "Let Us Be Muslims", "The Islamic Movement", dan lain-lain lagi, mengorbankan masa dan tenaga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh YMO dan akhirnya membawa kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan.





*STUKTUR ORGANISASI HIZBUT TAHRIR


Kemunculan Hizbut Tahrir ciptaan Taqiuddin al-Nabhani kemudiaannya telah menyebabkan penulis meninggalkan YMO dan Jamaatul Islami dan seterusnya berjuang pula atas tiket Hizbut Tahrir. Perjuangan Hizbut Tahrir yang lebih jelas disamping telah mempunyai kerangka pemerintahan Islam yang hanya menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan telah membawa penyertaan penulis dalam Hizbut Tahrir. Dalam gerakan ini, penulis dilihat mula bergiat dengan lebih aktif lagi dan yang paling penting lebih radikal dan ektrem lagi. Mencaci, mencemuh, menghina, memaki serta mengherdik orang bukan Islam ataupun kafir merupakan suatu yang lazim dan bukan itu sahaja, gerakan ini seolah-olahnya menghalalkan kutukan-kutukan terhadap aliran Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Mengutuk gerakan tabligh, aliran sufi, gerakan wahabi, dan juga gerakan Jamaatul Islami yang menurut mereka gerakan ini tidaklah dapat membentuk dan membina negara Islam kerana lebih mementingkan soal-soal solat, puasa, zikir daripada usaha membina negara Islam. Maka dari pemahaman Islam yang didukung oleh Hizbut Tahrir ini, jihad dalam bentuk penyebaran-penyebaran risalah, pengajuran forum dan debat serta demostrasi jalanan adalah lebih penting daripada solat lima waktu dan juga puasa. Justeru, tidak hairanlah, jika terdapat ahli-ahli Hizbut Tahrir yang tidak solat tetapi dalam pada masa yang sama lantang bersuara mengatakan bahawa merekalah muslim sejati.


Selepas merasakan impian negara Islam hanyalah suatu fantasi, penulis akhirnya berusaha membawa dirinya jauh dari dunia gerakan Islam radikal. Sudah lama dalam gerakan Islam, namun ketenangan jiwa masih jua belum dirasai malah semakin hari, jiwanya dihambat rasa kekosongan yang begitu mendalam. Sejak itu, penulis mula mencari erti Islam sebenar. Pergi ke Turki, Syria dan ke Arab Saudi dengan harapan dapatlah dia menemui Islam yang dicarinya selama ini. Harapan bahawa Arab Saudilah merupakan tenpatnya hanyalah tinggal harapan. Malah Islam versi Wahabi yang tertonjol di Arab Saudi hanya mencetuskan lagi kemarahan dan kerungsingan dalam sanubari penulis. Penulis melihat bahawa Islam versi Wahabi ini hanyalah suatu bentuk fahaman yang bersifat literal dan tidak menjangkau aspek-aspek kerohanian yang dicari-carinya selama ini.


Peristiwa 11 September 2001 dan pengeboman Stesen Aldgate, London pada 7 Julai 2005, menyakinkan penulis bahawa gerakan Islam radikal merupakan suatu gerakan yang songsang dan sudah melampui batas kemanusiaan serta sudah tersasar jauh dari ajaran Islam yang dibawa dan dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW. Membunuh orang yang tidak berdosa tanpa usul periksa membuatkan penulis berasa bahawa gerakan Islam sudah sampai ke tahap yang sangat merbahaya bukan sahaja kepada orang bukan Islam malah juga kepada komuniti Islam seluruhnya. Di penghujung buku ini, akhirnya penulis melihat bahawa, Islam dan pemerintahan merupakan dua perkara yang sukar menjadi realiti dalam dunia hari ini lebih-lebih lagi setelah melihat Islam versi Wahabi yang dipraktikkan di Arab Saudi. Atas maksud itu, penulis merasakan aliran Sufi dapat mengubat barah yang sudah membiak dalam rohaninya. Kalau dulu Sufiisme dicemuh dan dikejinya, namun kini, aliran itu jugalah yang sebenarnya merupakan penawar kepada kekosongan dan kegelisahan jiwa dan rohaninya. Walabagaimanapun, saya merasakan ada sedikit kekurangan dalam karya ini iaitu hal yang berkaitan dengan Jemaah Tabligh. Penulis tidak langsung membuat ulasan tentang gerakan ini pada saat beliau sudah menjauhkan diri dari gerakan Islam radikal. Adakah gerakan Jemaah Tabligh ini bersifat positif ataupun negatif?. Perkara ini langsung tidak diulas. Hal ini kerana, menurut saya adalah suatu yang tidak adil, jika gerakan Jemaah Tabligh ini yang pada awalnya dicemuh, dikeji dan dihina kerana pengasingannya dalam dunia politik tetapi tidak langsung diberi ulasan tentang gerakan ini lebih-lebih lagi selepas penulis merasakan bahawa Islam dan politik tidak boleh berjalan seiring. Kalau gerakan Wahabi, Sufisme, Taliban, Jammatul Islami, Ikhwan Muslimin, Hizbut Tahrir mampu dianalisa secara jujur oleh penulis, kenapa tidak gerakan Jemaah Tabligh ini juga dianalisa pada penghujung karya ini. Jadi, dari satu segi, karya ini masihlah belum lengkap dan belumlah lagi dapat memenuhi kepuasan saya kerana debaran-debaran yang menghujani dada saya secara jujurnya masih tidak dapat dijawab malah boleh juga dikatakan langsung tidak diberi perhatian oleh penulis atau juga boleh dikatakan seolah-olahnya penulis sengaja melupakan kewujudan gerakan ini walaupun selepas beliau mencaci dan memaki gerakan ini pada peringkat awal dulu.


p/s…terima kasih kepada cik ikan kerana sudi meminjamkan buku ini kepada saya…moga di hari lain bolehlah kasi pinjamkan buku yang lain pula ye…..

3 ulasan:

MKriza berkata...

menarik buku ini.

Diterbitkan oleh Zaid Ibrahim Publication ya.

hafiz zainuddin berkata...

sis. u bagi info baik. satu lagi, sis cari buku islam dan pluralisma yang kena haram dengan kdn tu sebab kata mereka buku tu membawa fahaman liberal. bagi aku tak. ia akan bagi kita sedar dan dicerahkan!

dapat je buku tu trus baca. dalam tu banyak sangat info mengenai islam. sejarah2 yang sis sendiri tak tau selama ni. tapi semua fakta sejarah ni tak pernah disanggah sejarawan dan ulama islam.

buku ini bagi satu kepuasan besar dalam hidup aku walaupun takla tebal sangat. cari ya! memang superb.

Nama Diberi Hizzul Hamli berkata...

msti mahal...
da beli, nnti pinjmkn ye...
hehe