JALANNYA SI MUNAFIK
MENOLEH KE BELAKANG,
KETAKUTAN MENGHAMPIRIKU DENGAN PANTAS,
KENAPA AKU YANG DICARINYA,
SEDANGKAN ITU TELAH BERLALU.
PERJALANAN MASIH JAUH,
TAPI TIDAK SANGGUP UNTUK KUTERUSKAN,
SUARA-SUARA SUMBANG MENUMBANGKANKU.
OH, INI TAK ADIL YA TUHAN!,
KENAPA KERANA DOSA KELMARIN,
AKU DIHUKUM SESAKIT INI.
TIADAKAH PELUANG UNTUKKU,
MENCUCI DOSA LALU
YANG SEMAKIN MENCENGKAM BATINKU
SUARA-SUARA BERTEMPIK,
MEMAKIKU,
SEOLAH-OLAH AKU SEHINA NAMRUD,
SEBUSUK HAMAN,
SEDOSA FIRAUN.
TOLONGLAH,
INI BUKAN KEHENDAKKU,
JANGGUTKU DIJADIKAN BAHAN CEMUH,
KATANYA, "JANGGUT ITU TAK LAYAK DIDAGUMU!",
"KAU BUKAN MUKHSININ,"
"BAHKAN KAU MUNAFIK YANG BANGSAT!"
AKU SEMAKIN SAKIT,
MENERIMA CERCAAN DARI PELBAGAI SUDUT,
TIADA SATU SUDUT YANG TIDAK MENCERCA KU,
ADAKAH BENAR JALAN KIRI MEMANG TAKDIRKU?,
"OH, TUHAN AKU KEBINGGUNGAN!".
2 ulasan:
Relax michael.
hati kita tuhan saja yg tahu.
jgn berputus asa mencari jalan yg lurus tu kawan.
Berkembaralah mencari Tuhan, mikel.
Tak salah untuk kita mencarinya walau kita dah dengar mengenainya.
Catat Ulasan