Rabu, 7 Oktober 2009

SYEIKH AHMAD YASSIN : WIRA PALESTIN SEPANJANG ZAMAN




SYEIKH AHMAD YASSIN : WIRA PALESTIN SEPANJANG ZAMAN

  • Dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal dalam wilayah Asqalan pada tahun 1938.
  • Dibesarkan di al-Jora sehingga tahun 1948 dan sewaktu pencerobohan Zionis ke atas bumi Palestin, beliau dan keluarganya terpaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
  • Lumpuh pada kakinya adalah disebabkan kemalangan yang menimpanya sewaktu beliau beriadah pada saat usia mudanya.
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964.
  • Pengajiannya di Universiti berkenaan tergendala gara-gara penglibatan beliau dalam gerakan Ikhwan Muslimin dan dipenjarakan selama sebulan pada tahun 1966.
  • Tanpa sempat menghabiskan pengajiannya, beliau telah dihantar pulang dan kepulangannya itu membuka lembaran baru dalam perjuangannya.
  • Beliau telah menggunakan medium perguruan dan khatib di masjid Gaza dalam memperjuangkan Islam.
  • Khutbah beliau telah menarik kebanyakan pendudukan Gaza dan khutbah-khutbah beliau kebanyakannya berkisarkan tentang kezaliman Zionis yang berjaya menduduki Gaza pada tahun 1967.
  • Dengan kesungguhan dan ketabahan hati, beliau telah menubuhkan Gerakan Ikhwan Muslimin di Gaza iaitu pada sekitar tahun 1969 dan 1970.
  • Penubuhan gerakan ini diterima baik oleh penduduk Gaza dan hal ini adalah disebabkan Gerakan Ikwan Muslimin pernah mengangkat senjata melawan tentera Zionis dan British di Palestin pada dekad 1940-an dulu.
  • Kemudian, pada 1973, beliau telah menubuhkan pertubuhan kebajikan yang diberi nama Mujamma al-Islam. Penubuhannya adalah bertujuan membantu para pelarian Palestin yang dibedil oleh rejim Zionis.
  • Melihatkan keadaan yang begitu gawat, beliau berfikiran bahawa gerakan jihad perlu digerakkan. Maka pada tahun 1982, gerakan jihad telah dibentuk yang dikenali dengan nama al-Mujahidun al-Filastiniyun.
  • Pada 1983, beliau telah ditangkap oleh rejim Zionis atas tuduhan memiliki senjata api dan percubaan menggangu-gugat kedudukan kerajaan Israel dan seterusnya dikenakan hukuman penjara selama 13 tahun.
  • Namun hasil rundingan antara pihak PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) dengan Zionis, maka beliau telah dibebaskan setelah menjalami hukuman penjara selama 11 bulan.
  • Kejahatan dan kezaliman Zionis yang semakin leluasa, menyebabkan beliau bertindak lebih aggresif. Oleh yang demikian, pada 1987, beliau dan rakan-rakannya telah menubuhkan pergerakan yang diberi nama Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (HAMAS) ataupun dikenali juga dengan nama Pergerakan Kebangkitan Islam.
  • Pada 18 Ogos 1988, HAMAS telah mengisytiharkan perlembagaannya dan diantara isi kandungannya ialah:
  1. Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.
  2. HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan para penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.
  3. Palestin ialah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah Hari Qiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan pada piha lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden Negara-Negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.
  4. Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.
  5. HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja penyelesaian bagi isu Palestin.
  6. Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin. Mereka perlu melatih, mentarbiyyah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan bumi Palestin.
  7. HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai "sahabat" tetapi menolak fahaman sekular .


  • HAMAS sangat tegas dalam soal penubuhan negara Islam sebenar, maka atas dasar itu, mereka menolak perjanjian damai sementara antara Palestin- Israel pada tahun 1993-1994.
  • HAMAS telah memulakan startegi "serangan berani mati" terhadap Israel.
  • Dalam tahun 1966 sahaja, empat serangan bom dalam musim bunga telah dilancarkan dan hal ini menyebabkan 60 orang penduduk Israel terkorban.
  • Dengan kemunculan HAMAS dalam arena perjuangan di bumi Palestin telah memberi ruang untuk rakyat Palestin bergabung dan seterusnya menjalankan aksi kebangkitan menyeluruh yang dikenali sebagai INTIFADHAH.
  • Gerakan jihad ini secara langsung telah mengerunkan bukan sahaja pihak Zionis malah juga Amerika sehingga Amerika telah melabel HAMAS antara gerakan pengganas yang merbahaya di dunia.
  • Walaupun momokan-momokan Amerika itu didendangkan dengan lantangnya, namun HAMAS tetap merupakan gerakan Islam di hati rakyat Palestin. Buktinya, HAMAS pernah menang besar dalam pilihanraya di Palestin.
  • Perkembangan gerakan HAMAS ini sememangnya menyebabkan pihak musuh terasa terancam. Maka pelbagai kaedah digunakan untuk membunuh pemimpin-pemimpin HAMAS agar gerakan ini terkubur. Saat 6 September 2003, Israel telah menyerang bangunan HAMAS di kala para pimpinan HAMAS sedang bermesyuarat, namun serangan itu gagal membunuh Syeikh Ahmad Yassin.
  • Sejak dari itu, Israel berusaha mengintai peluang untuk membunuh pejuang ini.
  • Dan kemudian, pada hening subuh tanggal 22 Mac 2004, darahnya berhamburan kesan serangan peluru berpandu yang dilancarkan Israel menerusi helikopternya.
  • Pada 22 April 2004, akhirnya pihak Zionis mampu tersenyum dengan senyuman yang menjengkilkan kerana dapat memadamkan riwayat pejuang Islam yang dilihat sukar dijinakkan oleh mereka itu. Walaubagaimanapun, kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin belum dapat memadamkan api perjuangan rakyat Palestin melawan pencerobohan Zionis ke atas tanah air mereka.

Tiada ulasan: