Selasa, 18 Ogos 2009

Ke Mana Nasionalisme Melayu ?





Judul Buku : Ke Mana Nasionalisme Melayu?

Penulis : Rustam A. Sani

Bilangan Muka Surat : 146

Penerbit : R Publishing Services



Tentang Penulis:





Rustam A. Sani merupakan seorang 'cendekiwan awam' yang penting di Malaysia. Beliau seorang ahli akademik, penulis kolum, penyair – selain terlibat dalam pelbagai kegiatan politik, sosial dan sastera. Sebagai ahli akademik, beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISIS Malaysia. Antologi puisinya – Riak-riak Kecil (1977) – diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pada tahun 1988/89 beliau dianugerahkan "Hadiah Sastera Malaysia" bagi bidang esei dan kritikan sastera. Beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Malaya dan seterusnya memperluaskan pengajiannya di University of Reading, University of Kent at Canterbury (UK) dan Yale University (AS). Dalam kegiatan politik, Rustam pernah memegang jawatan Timbalan Presiden, Parti Rakyat Malaysia (PRM). Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik, baik dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris, dan bidang penulisannya amat luas meliputi politik, masyarakat, sejarah, budaya, statistik dan sastera. Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan karya terjemahan. Namun, permata bernilai ini akhirnya kembali menemui Ilahi pada tanggal 23 April 2008 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun.

Al-Fatihah buat Al-Marhum.




Buku setebal 146 muka surat ini menyelongkar tentang riwayat hidup berkaitan dengan soal semangat perjuangan kebangsaan (nasionalisme) Melayu. Penulis dalam bukunya ini melihat bahawa nasionalisme yang didukung oleh para pejuang kebangsaan tanah air ini dari satu segi telah menemui kegagalan dan matlamat perjuangan kebangsaannya mati ditengah jalan tanpa cita-cita perjuangannya itu dapat disempurnakan dengan jayanya walaupun banyak keringat dan idea telah dicetuskan dalam sejarah perjuangannya itu. Mengapa hal ini berlaku?. Perkara inilah yang telah dirungkai oleh penulis melalui buku ini. Munculnya istilah "bangsa Malaysia" yang waktu kemunculannya sewaktu dengan pelancaran "Wawasan 2020" melalui pembentangan kertas kerja yang berjudul "Malaysia Melangkah Ke Hadapan" secara tidak langsung sudah meranapkan impian konsep nasionalisme Melayu. Kertas kerja yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tanggal 28 Febuari 1991 ini dilihat dari satu segi merupakan suatu usaha untuk menggantikan nasionalisme Melayu kepada nasionalisme Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan Tun Dr. Mahathir yang berbunyi:


" Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa tersebut".



Ya, nasionalisme Melayu yang didukung oleh para pejuang kebangsaan dan kemerdekaan dahulu secara jujurnya memang sudah tiada rasionalnya dalam suasana realiti politik hari ini. Perjuangan yang mahu menjadikan negara ini dengan istilah "Melayu" sebagai asas pembentukannya dilihat hanya merupakan sebuah mimpi yang semakin hari semakin jauh untuk berjaya menembusi dinding kehidupan realiti masyarakat negara ini malah berani saya katakan bahawa ia agak mustahil untuk digapai. Negara ini secara benarnya sudah menjadi sebuah negara yang dihuni oleh penghuni yang mempunyai pelbagai darah keturunan, budaya, dan agama. Penghuni-penghuni ini secara nyata sudah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang majmuk rakyatnya. Punya kepelbagaian dari apa jua keadaan dan suasana. Namun, persoalannya kini, adakah perjuangan nasionalisme Malaysia itu mampu untuk direalisasikan?. Kendatipun, negara (state) sudah berjaya dibentuk, namun begitu, itu bukanlah bermakna kita sudah dapat melahirkan apa yang dikatakan sebagai sebuah negara-bangsa (nation). Pembentukan negara-bangsa itu menurut sejarahnya menuntut modal perjuangan dan pergorbanan yang cukup besar.


Selain itu, pembentukan negara-bangsa itu lazimnya hanya mampu direalisasikan apabila para pelakunya mempunyai beberapa persamaan yang khusus seperti persamaan keturunan, persamaan pengalaman sejarah, persamaan bahasa malah persamaan agama dari satu segi merupakan faktor bonus untuk melancarkan impian membentuk negara-bangsa seperti mana yang diidam-idamkan itu. Manakala untuk mendirikan negara bangsa itu, maka nasionalisme perlu digerakkan.


Penghuni-penghuni yang dari sejarahnya sudah dipisah-pisahkan mengikut warna kulitnya, darah keturunannya, agamanya, budayanya, latar tempatnya dan sektor ekonominya inilah yang diharapkan dapat menjadikan harapan negara-bangsa Malaysia itu menjadi sebuah realiti yang bukannya hanya sekadar dogengan yang bakal didengari oleh gegendang telinga generasi yang mendatang. Para politikusnya pula diharap janganlah memandang enteng akan persoalan "negara-bangsa Malaysia" ini. Hal ini kerana, jika tersilap percaturan dan formulanya, maka niat murni perjuangan ini mampu mengubah iklim Malaysia menjadi suatu keadaan yang tragis hanya dalam sekelip mata sahaja tempohnya. Justeru itu, 1 Malaysia dan konsep bangsa Malaysia perlu diberi tafsiran yang telus tanpa berselindung dibalik bait-bait indah ataupun nista ucapan para politikusnya agar para penghuni negara bangsa ini mampu memahaminya tanpa menggadai dan menodai sejarah yang pernah berlangsung sebelum ini.


3 ulasan:

ucop berkata...

Bagaimana dengan insuran kereta anda? Kereta ibu bapa anda?

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.

Dan “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini

ucop berkata...

Bagaimana dengan insuran kereta anda? Kereta ibu bapa anda?

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.

Dan “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini

ucop berkata...

Dan “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )