Selasa, 18 Ogos 2009
Apa???Anda belum bergelar "graduan"...Mahu menyelami perasaan mereka yang sudah bergelar "graduan"...Nah...entri ini untuk kalian...
Ruangan ini khusus untuk insan-insan yang sepatutnya bergelar graduan namun disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka gelaran “graduan” itu terpaksa ditangguhkan sehingga waktu yang tiada dapat dinyatakan disini.
Ya, minggu konvokesyen sudah pun berlalu beberapa hari yang lepas. Mungkin itulah saat-saat gembira bagi sesiapa yang berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka seperti tempoh yang ditetapkan (mengikut buku perancangan Pusat Pengajian masing-masing).
Manakala bagi mereka yang “tertangguh”, maka sudah pasti minggu konvo itu merupakan “minggu tekanan” bagi mereka. Ya, “minggu tekanan” menjenguk mereka selepas “minggu tak ada mood”, “minggu harapan” dan “minggu kesakitan” mengakhiri riwayatnya dalam kamus hidup insan-insan yang “tertangguh” ini.
Dikesempatan ini, saya dengan hati yang tulus ikhlas ingin berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan “perasaan”…opss…mungkin bukan perasaan tetapi perlakuan insan-insan sewaktu bakal mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda. Dari perlakuan ini maka kalian yang belum mengenggam Ijazah tersebut barangkali dapat menyelami perasaan insan-insan yang bakal mengenggam Ijazah tersebut dan seterusnya kalian dapatlah belajar dari pengalaman mereka apabila kalian bakal mengenggam ijazah tersebut di kemudian hari yang belum dapat dipastikan lagi bilakah harinya..
1. Orang yang bakal bergelar “graduan” biasanya akan bekerja sambilan sebelum mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan selepas mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda. Misalnya, bekerja sebagai penjual kacang yang dipek semula dan dijual di sekolah-sekolah yang berada berdekatan dengan kediamannya ataupun bekerja dalam bidang yang dipelajari atau disukainya dengan contoh bekerja sebagai pereka grafik dengan etika berpakaian yang bebas tanpa memikirkan anggaran gaji yang lumayan.
2. Mereka ini juga biasanya akan tidur lebih awal berbanding sewaktu mereka ini bergelar “pelajar USM dihatiku”. Al-maklumlah, dah berkerjaya lah katakan.
3. Seminggu sebelum majlis konvo berlangsung, anak mata mereka akan terlekat di skrin laptop manakala jari-jemari pula tangkas di huruf-huruf yang tertera di papan taipan kerana sibuk menyemak jadual pengambilan jubah, waktu raptai dan menyemak baki-baki hutang yang tertunggak.
4. Selain itu, mereka ini juga akan menjawab borang kaji selidik yang disediakan oleh pihak universiti dan apabila mereka berjaya menjawabnya, maka pihak universiti akan mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada mereka.
5. Perubahan dari segi fizikal pula, mereka akan mengalami pertambahan berat badan yang melampau-lampau ataupun tidak dijangka iaitu kulit perut pasti akan berlipat-lipat sehingga berbelas-belas lipatan gamaknya. Lazimnya, berat badan mereka akan naik lebih dari 10 kg.
6. Dan yang paling pasti, istilah “budak-budak” merupakan istilah yang pantang ditujukan kepada mereka. Menurut mereka, istilah “manusia dewasa” lebih cocok dengan suasana dan eviroment baru dalam kehidupan mereka.
Kesemua perkara diatas merupakan hasil pemerhatian aku selama seminggu berdampingan dengan orang-orang yang bergelar “graduan”. Justeru itu, bagi mereka-mereka yang tiada dapat mengecapi nikmat bergelar “graduan” pada musim ini diharapkan mereka tiada gundah gulana kerana di masa hadapan yang tiada tahu masanya, maka kamu pasti bisa rasainya ya….
Ahhhhhhhhhhhhh…Aliza anak Mansor pergi Australia….Terharu tengok pose beliau sewaktu beliau meraikan hari konvokesyen bersama keluarga dan rerakannya.
Kepada rerakan dari Pusat Pengajian IK, maaf beribu-ribu maaf aku tujukan kepada kalian. Bukan maksud ku untuk menghampakan harapan kalian bergambar kenangan bersama, namun saat pesanan itu sampai ke pengetauhan ku, diriku ini sudah jauh berada di selatan…Kalau ada jodoh, kita pasti bisa bersama mengenang nostalgia silam kembali…..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan