Sabtu, 29 Ogos 2009

Kenapa kamu perlu menjadi “manusia tertangguh”?....

Entri ini mungkin sudah lapuk malah boleh juga dikatakan sudah basi lagi berkulat. Namun begitu, patik masih mahu juga menaipnya kerna pada patik ia begitu indah sekali walau kadangkala istilah “indah” itu hanya diekplotasi untuk menyedapkan hati yang gundah-gulana ini.
Kenapa perlu “tertangguh” untuk beberapa ketika di Penang?. Maka inilah jawabnya.

• Ya, “tertangguh” boleh menyebabkan kamu memperkaya skill berbahasa kamu. Kamu bisa belajar loghat utara yang kadangkalanya mempunyai sama bunyi dengan bahasa selatan namun maknanya membawa konotasi yang jauh berbeza. Contohnya: Utara kata “PENYEGAN”…..Selatan ingat “PENYEGAN” tu bermaksud orang yang malu….tapi sebenarnya Utara kata ‘PENYEGAN” tu adalah “PEMALAS”.

• Hikmah “tertangguh” itu menurut patik ialah, kamu bisa mengetahui bahawa di Pulau Pinang ada tempat mandi-manda yang boleh dikatakan indah juga dengan bayaran kemasukan secara percuma. Lokasinya terletak di Hutan Rimba. Kamu juga bisa merasai pisang goreng yang bentuknya agak unik dengan harganya RM1 untuk sebiji pisang. Berbeza dengan bentuk pisang goring yang diperdagangkan di selatan.





• Kemudian, kamu akan lebih mengenal orang-orang Utara. Menurut saudara eswandy, perkataan dan gaya bercakap orang Utara sangat menyakinkan sekali….Contoh terdekat ~ saudara Usop…ya…Nampak usop, ingat Takaful….tapi takaful ikhlas lah wei….

• Selama 1095 hari yang lampau iaitu sewaktu anda bergelar warga USM, pernahkah anda terlintas untuk menjejakkan kaki ke kolam renang yang kedudukannya terletak berdekatan dengan stadium Minden. Mungkin ada yang mengetahuinya namun belum pasti merasai…Nah, jadilah manusia “tertangguh”, maka kalian bisa merasai nikmat berenang dengan harga tiketnya hanya RM0.50 bagi setiap kali kemasukan. (terima kasih utk saudara wandy & mirul kerana sesi pembelajaran renang ke atas badan saya)


• Biasanya orang akan main futsal di Bukit Jambul, tapi dengan “tertangguh” kamu bisa memahami bahawa Futsal di Bukit Jambul tiadalah sesyok mana kerna di Seberang punyai gelanggan futsal yang lebih mengesyokkan…ianya terletak di Safira…..(Harem punya Mat Anas….awat hang dok bawa kereta laju sangat no….)
Oh ya….abg hairi itu rupanya seorg “sportman” dizaman mudanya dengan lagu blues geng menjadi kegemarannya selain suka berlibur di pelosok kota KL sewaktu era ITM hanya beryurankan sebanyak RM90 untuk satu semester……


Justeru itu, menjadi manusia “tertangguh” merupakan suatu rahmat dari Tuhan yang tiada ternilai statusnya. Oleh yang demikian, bersyukurlah kerna kamu terpilih menjadi “manusia tertangguh”……

1 ulasan:

apan berkata...

oho~aku rindu saat ke'tangguh'an itu