Peh, sudah lama betul tak menulis blog ini. Seperti kebiasaannya, alasan sibuk merupakan faktor utama. Macam-macam hal yang terjadi selama mana blog ini tidak dikemaskini. Semenjak dari penghujung tahun lepas, aku sibuk dengan tesis aku. Sibuk memperlengkapi data yang lompong, sibuk untuk buat penyemakan draf dan lain-lain lagi. Yang pasti, kesibukan utama aku adalah disebabkan tesis aku. Buat masa ini, aku sedang untuk buat penyemakan akhir untuk draf tesis aku sebelum dicetak dalam jumlah 10 salinan.
Secara ringkasnya sepanjang blog ini tidak dikemaskini, terdapat beberapa hal yang terjadi antaranya:
1) Nyayi Fekah iaitu seorang tua yang tinggal di hadapan rumah aku telah pun meninggal dunia. Beliau dapat mengecapi hidupnya selama sekitar lebih 90 tahun. Meninggal dunia bukan disebabkan punya sebarang penyakit tetapi meninggal dunia disebabkan faktor usia. Memang beliau dikenali sebagai seorang yang pandai menjaga kesihatan.
2) Wak Lam dan Nek Yang Sari iaitu golongan tua masyarakat Orang Seletar dan Tok Jidin dan Tok Jamil dari masyarakat Orang Duano juga telah meninggal dunia. Kesemua mereka ini merupakan insan yang banyak berjasa dalam penghasilan tesis aku. Semoga tuhan merahmati mereka sekalian. Aku hanya tahu pemergian mereka setelah lawatan aku ke semua perkampungan Orang Seletar dan Orang Duano pada sekitar bulan Mac dan April yang lalu.
3) Disebabkan bahana dan tekanan tesis, aku jarang pulang ke kampung. Semenjak dari hari raya aidilfitri tahun lepas, aku hanya baru sekali sahaja pulang k kampung halaman. Itu pun disebabkan tugas tesis iaitu aku perlu pergi ke perkampungan Orang Seletar untuk memungut data bagi mengisi kelompongan data yang sedia ada. Aku pulang masa bulan Mac dan April yang lalu. Bayangkan berapa bulan aku tak balik kampung semenjak hari raya aidilfitri yang lalu. Hampir 7 bulan!!!...Peh...bahana tesis...
4) Awal bulan Mei baru ini iaitu pada 9 Mei, aku buat pembedahan lutut. Sebelum ini aku ingat aku tak mengalami kecederaan ACL. Tapi sebaliknya yang berlaku. Doktor hospital Pulau Pinang mengesahkan yang aku mengalami kecederaan ACL dan pembedahan perlu dilakukan. Jadi, sebelum pembedahan tersebut dilakukan, aku bertungkus-lumus menyiapkan tesis aku. Macam nak gila aku dibuatnya.
Itulah serba ringkas apa yang terjadi selama mana blog ini tidak dikemaskini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan