Rabu, 18 Julai 2012

Cerita Tentang Tangkak, Sagil dan Ledang



Awal bulan Julai baru ini, aku bersama geng etno aku ada kerja luar di Johor. Tempatnya di Gunung Ledang. Ya. Siapa yang tidak mengetahu akan Gunung Ledang. Suatu tempat yang bukan sahaja menyimpan pelbagai macam cerita sejarah tapi juga tempat yang tidak putus-putus dengan pelbagai rupa cerita yang berbaur mistik. Tujuan kami ke sana adalah untuk membantu pihak Jabatan Taman Negara Johor dalam memperlengkapkan data-data untuk dihias dan dipamer pada sudut ruang galeri baru mereka.

Fokusnya adalah berhubung dengan soal sejarah dan pensejarahan Gunung Ledang selain hubung-kait masyarakat pribumi setempat dengan Gunung Ledang tersebut.Maka dengan itu,tugas awal kami buat masa ini adalah menjalankan sesi temuramah dengan para penduduk kampung masyarakat Orang Asli dari suku kaum Temuan yang terdapat di sekitar kaki bukit Gunung Ledang. Terdapat 3 buah penempatan masyarakat Orang
Temuan di sini.

Dan yang agak menarik perhatian dimana, tradisi oral berkenaan Gunung Ledang masih lagi dipegang dan diingati dengan kuat oleh kebanyakan para penduduk. Yang lagi menarik, golongan mudanya pabila ditanya berkenaan sejarah dan histografi kaum,mereka tanpa sebarang rasa ragu-ragu dapat menceritakan dengan gaya yang cukup menyakinkan. Suatu perkara yang sangat membanggakan dari sudut pandangan saya kerana masih lagi terdapat golongan anak muda yang sangat mengambil berat
dan mengambil peduli berkenaan perihal kaum mereka.


Tidak seperti kebanyakan anak muda bangsa Melayu kini, yang mana sangat begitu mengagung-agungkan cara hidup barat sehingga melihat gaya hidup barat itu suatu yang indah,yang terkehadapan,yang nampak bertamadun. Ah, yang paling mengarut sekali, adakalanya terdapat golongan anak muda yang kononnya memakai label baju seolah penegak survival bangsa Melayu sedangkan dari apa yang terpapar tidaklah seperti apa yang dicanang-canangkan. Bahkan yang lebih mengarut dan merepek lagi, apa yang dicanang-canangkan itu juga adalah suatu yang sangat mengarut dan merepek kerana ia tidaklah sepertimana yang terkandung dalam histografi sifat-sifat asas tamadun Melayu yang pernah berlangsung pada masa lalu. Malahan, apa yang terpapar adakalanya bertentangan dengan sifat asas Islam dan Melayu itu sendirinya sehingga
akhirnya memalukan nilai nama istilah Melayu itu. Aku cadangkan agar mereka membaca dan menghayati terlebih dahulu kitab-kitab tradisional Melayu lama seperti Sulaltus-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat-AlNafis, Hikayat Siak, Bustanus Salatin,Misa Melayu dll.


Ah...terlalut jauh pula....

Berbalik kepada cerita Gunung Ledang tadi...Gunung Ledang turut ada disebut dalam sumber Yahudi yang menggelarnya sebagai Mount Ophir...Manakala sumber Cina pula memanggil gunung ini sebagai "Gunung Emas".


Menurut masyarakat pribumi disini, Gunung Ledang nilainya sudah tidak seperti dahulu...Maksud nilai disini,bukan lah nilai dari sudut ekonomi,atau nilai dari sudut materialistik. Nilai ekonomi atau nilai materialistik sudah pastinya sentiasa
terbuka lapang dan luas di Gunung Ledang ini. Tapi nilai yang dimaksudkan mereka disini adalah nilai semulajadi dan keasliannya dimana arus pemodenan zaman dan kerakusan bangsa manusia telah menodai dan meragut nilai-nilai itu dari hati dan
jantung Gunung Ledang. Sehingga kawasan yang dahulunya sunyi,sepi,damai,aman,tenang kini dikotori dengan pelbagai noda dosa manusia yang tidak bertanggungjawab.....



*Kedai kain baju dan langsir yang terdapat di Tangkak


Gunung Ledang ini letaknya di Tangkak. Salah satu tarikan Tangkak adalah penjualan kain-kain sama ada kain sutera, satin,cotton dan pelbagai lagi dalam kadar harga yang bolehlah dikatakan juga agak murah. Aku sempat membelek2 kain yang dijual dan akhirnya aku pilih kain cotton berbunga-bunga kecil. Memang dah lama aku cari kain jenis ini sebab teringin sangat nak tengok si dia memakai baju berjenis itu.


p/s ; Sepanjang seminggu aku disana, aku pulun makan lontong je lah masa sarapan pagi ditambah dengan kuah kari kambing...Peh..sedap gila wey...Tak caya..Pi lah cari warung sarapan pagi ni kat Kampung Parit Sagil 3...Memang tak mengecewakanlah...

Tiada ulasan: