Selasa, 24 Julai 2012
Bertelefon dengan rakan asli
Hari ini Pusat Islam @ MAsjid USM menjamu juadah berbuka posa dengan menu yang agak enak...Menunya adalah nasi tomato + air asam boi...Hari ini aku datang dengan kadar yang agak awal...Puncanya, sebab semalam aku datang agak lewat, maka sebagai kesan
akibatnya, aku hanya dapat berbuka posa dengan nasi putih bersama kuah kari sahaja tanpa seketul daging ayam disertakan bersama 3 biji kurma yang aku jadikan sebagai lauk...Namun, syukur Alhamdullilah...Paling kurang tidak pun, dapat juga berbuka puasa kerna masih lagi terdapat saudara2 seIslam kita yang kesempitan yang hanya berbuka denga juadah yang begitu sangat ala kadar...
Sebelum pergi terawih, aku telefon sahabat aku yang merupakan orang daripada suku asli Seletar...Sahaja tanya khabar...dah lama tak berhubung...Gayanya masih mesra seperti dahulu...Tapi ada hal yang sangat merugikan aku yang mana ia berkait dengan
kajian aku...Rupa-rupanya pada bulan Jun yang lampau, terdapat salah seorang masyarakat Orang Seletar yang meninggal dunia...dan hal ini tidak aku ketahui...aku pun silap juga sebab dah lama tak berhubung dengan diorang, jadi tak delahnya
diorang nak inform kan aku mengenai hal ini...aduh rugi...aku tak dapat buat liputan berkenaan soal pengurusan kematian dan pengkebumian masyarakat pribumi ini...tension betul aku...bukan selalu dapat peluang besar untuk buat liputan berkait soal kematian ini...
soal pengkebumian merupakan salah satu isi yang sangat besar bagi seorang ahli etnografi....kerna hal ini adalah sangat jarang berlaku dan bukan sebarangan orang yang dibenarkan membuat kajian dan liputan berkenaannya...kerana ia
menyentuh soal kepercayaan dan pantang-larang sesuatu masyarakat pribumi itu sendiri...jadi natijahnya, sehingga kini pun aku masih lagi memaki-hamun diri sendiri, kerna terlepas peluang yang sangat begitu besar sekali....takpelah...moga di kali yang lain aku tak kelepasan hal2 yang semacam ini...Moga-moga...
sabar...sabar...sabar...
berkawan dengan orang asli ini seronok...sebaab dapat belajar macam2 cara...macam2 budaya...unik sekali...lebih-lebih lagi soal kepercayaan dan pantang-larang dalam kehidupan mereka..pantang-larang atau juga dikenali sebagai "taboo" merupakan suatu
hal yang begitu sinonim dalam masyarakat yang terdapat dalam lingkungan austronesia...bahkan istilah "taboo" itu sendiri dari segi etmiloginya juga adalah dipercayai berasal daripada kepulauan austronesia yang mana istilah ini buat pertama kalinya ditemui oleh Kapten James Cook yang merupakan pelayar awal Inggeris yang mengunjungi kawasan di sekitar kepulauan Polinesia...
* Kawan asli gua...sebelah gua itu naamanya Nomi...terer main bola dan menyelam di laut...budak comel itu plk namanya Tiara...geram btol tengok pipi dia...Thankz kawan2 terutamanya hairul dan isterinya sebab selama sebulan aku kat sana, korang bagi aku tumpang rumah korang...
Takpelah...nak buat macam mana dah x ada rezeki kan...sabar jelah....aduh..hati ku resah betul lah sebab terlepas benda penting macam ini...
arrrrrrrr....tension.........
Sebenarnya, generasi Melayu sekarang sangat memandang rendah pada masyarakat Orang Asli..sedangkan dari banyak segi, Melayu dan masyarakat asli (istilah Orang Asli hanyalah merupakan istilah baru yang dicipta pihak pentadbir untuk memudahkan
pengurusan pntadbiran ke atas masyarakat mundur) mempunyai hubungan yang sangat akrab bahkan hubungan ini tercetus dari sudut DNA juga...
Awal tahun hari itu, aku menghadiri suatu seminar di PWTC berkait soal asal-usul Melayu...dan salah satu isinya adalah mengatakan bahawa masyarakat orang Asli mempunyai hubungan DNA dengan masyarakatM Melayu...dan kita seharunsya perlu
menerima hakikat ini...
* Bersaama rakan seminar (Ratna) di Persidangan Antarabangsa AsAl-Usul Melayu di PWTC
Sekiranya kita mahu mengetahui apakah cara hiodup datuk nenek moyang kita sebelum kedatangan Islam, maka lihatlah kehidupan mereka kerana pada mereka adalah suatu warisan budaya yang pernah diamalkan oleh nenek-moyang suatu ketika dahulu...
Definisi Melayu yang diberikan oleh UNESCO atau yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk pendefinisian yang sempit yang mana hanya melihat bahawa Melayu itu perlulah beragama Islam...
Pendefinisian yang semacam ini tidak melihat kajian yang meluas sama ada dari sudut linguistik, budaya malahan saintifik DNA...
Sebenarnya Melayu dan orang asli terutamanya dari kelas Proto-Melayu, adalah seumpama hubungan adik-abang...Ini dapat dikesan dariapda cerita tradisi oral masyarakat Orang Asli yang mana dalam cerita tersebut menggambarkan bagaiaman dahulunya ada hubungan yang akrab antara kedua masyarakat ini....
Jadi, masyarakat melayu yang kononnya terkehadapan dengan hujah bahawa merka pergi ke sekolah dan tinggal di ruang lingkup arus pemodenan kemajuan, tak perlu sangat nak sombong dan berlagak sangat sehingga memadnang masyarakat lain sebagai
masyarakat jumud dan tak bertamadun!!!!....
p/s terima kasih kepada pak arab berkulit gelap yang bernama Jailani Ahmad kerna sudi menumpangkan daku untuk pergi solat tarawih...Jazakallah sahabti...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan