Khamis, 26 Julai 2012
Harimau Malaya VS Arsenal 2012
Ok...Pertamanya aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Harimau Malaya berikutan aksiyang dipersembahkan pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal tempoh hari ( 2 hari yang lampau). Dan sebab game ini juga, aku tak solat terawih berjemaah kat masjid USM...sebabnya solat terawih kat masjid USM, Pak Imamnya adalah Pak Arab yang mana meskipun hanya solat dalam 8 rakaat sahaja tetapi bacaan surahnya agak panjang dan lama. Lazimnya, solat terawih kat masjid USM ini hanya akan berakhir
sekitar jam 10.45 pm...Disebabkan game perlawanan Malaysia vs Arsenal bermula sekitar 9.45 pm, maka aku berkeputusan hanya solat di surau desasiswa. Cepat,pantas dan laju...Hahahaha...
Game malam itu memang menterujakan aku...meski kalah, tapi keseluruhan perlawanan, Malaysia telah menampilkan suatu aksi yang tak terjangkau dari jangkauan sangkaan aku...Lihat sahaja statistik perlawanan pada separuh masa pertama dimana Malaysia
memperoleh jumlah percubaan ke arah gol dengan jumlah yang lebih tinggi berbanding Arsenal.. Bahkan jumlah penguasaan bola juga adalah seimbang...Jadi di dalam hatiku berkata, "Malaysia main kena ini"...Setiap kali kamera mengalihkan lensanya, bola
pasti berada di kaki pemain Malaysia...wah...ajaib!!!...
Semua kawan2 aku sedia maklum, yang aku adalah penyokong Arsenal...Bahkan ada seorang dari rakan aku yang melabel aku sebagai "kelompok lalang2" kerna pada malam itu aku menyokong Malaysia...Telah berkali2 aku nyatakan pendirian aku sebelum ini pada rakan2 aku, aku tak pasti sama ada mereka ambil pusing ataupun tidak, bahawa apabila ada 2 situasi yang bertindih misalnya dalam soal ini yakni sama ada aku perlu menyokong 'Malaysia" atau menyokong "Arsenal", telah ku kataka bahawa aku tetap menyokong 'Malaysia". Bahkan aku hadir pada perlawanan itu dengan memakai jersi Malaysia... mAKA tidak ada isu untuk mengatakan aku ini "lalang"..sebab andai aku menyokong Arsenal pada perlawanan malam itu, jersi Arsenal lah yang aku pakai dan bukannya jersi Malaysia ngok!!!...
Jawapan aku pada orang2 macam ini mudah sahaja...
"Aku rasa syukur sebab dilahirkan dan duduk di Malaysia...Aku menikmati dan mengecapi banyak nikmat hidup di Malaysia..Dapat pelajaran/pendidikan dan yang penting dapat hak kewarganegaraan...Soalnya kini, jika kau menyokong Arsenal itu, adakah kau bisa diberikan layanan seumpama di Malaysia jika engkau berada di sana???...Jadi aku ni bukan pengkhianat negara yang lupa asal-usulnya...Asal tetap perlu dijunjung meski setinggi mana pun kita...Kalau lu rasa cara hidup dan negara luar itu lebih tinggi kelas tamadunnya, lebih baik lu jangan menumpang senang dan menumpang hirup udara ketenangan Malaysia...Lu pergi tempat negara atau kawasan yang kau sanjung...
Lagi satu, bila ada 2 situasi yang bertindih seumpama, tolong lah faham dan aplikasikan sikit definsi ilmu...Belajar tinggi2 tapi takkan tak leh nak faham definisi asas daripada istilah ilmu itu...Ilmu itu asasnya adalah untuk kita ketahui sesuatu perkara yang jauh lebih utama dan penting untuk kita lakukan pada saat dan ketika ini. Misalnya, aku nyatakan di sini, kerja itu adalah ibadah, dan solat juga adalah ibadah...Tapi bila azan berkemandang, pada saat itu, manakah ibadah yang jauh lebih utama untuk dilakukan??? Kerja atau solat??? Kalau kalian pilih "kerja", kalian bukanlah orang berilmu...bahkan jika kalian teruskan kerja sehingga tertinggal waktus solat, maka kerja kalian itu sudah tidak jatuh sebagai ibadah bahkan suatu yang mengundang kemurkaan Allah...Kerana itu setiap dari kita perlu fahamlah asas definisi dan tujuan ilmu itu...Aduyai..itu pun susah sangat nak faham ker...
Aku sokong Malaysia malam itu bukan sebab Malaysia main cantik,bahkan game2 sebelum ini sekalipun, meski Malaysia main macam gampang, aku tetap menyokong Malaysia walau dalam nada yang memaki-hamun...Tetapi dalam hati dan nyata, aku tetap sokong Malaysia...
.
*Meski kalah, kalian tetap menerujakan pada perlawanan malam itu....
Suatu pujian ingin aku hamburkan pada beberapa orang pemain terutamanya Gary Steven Robbat...Prospek besar Malaysia...Usia masih muda lagi...Diharap ada pihak luuar profesional yang sedari akan bakat beliau...Beri peluang untuk Gary timba ilmu dan
pengalaman di luar... Gary pada aku seorang midfielder yang tenang dan dapat mengawal dan menguasai bola di tengah padang. Dia tidak seperti tipikal midfielder Malaysia lain yang tak tahu apa yang dia nak buat bila bola di kaki..Sebab itu, pemain Malaysia kalau dapat bola, mesti terus "boomm" jer...tension aku...
Kedua adalah penjaga Malaysia, Farizal Marlias yang dapat menghalang beberapa percubaan pihak lawan...
Kepada Safee Sali, meski kau tidak menjaring, tapi kau juga menampilkan persembahan yang menyakinkan dengan gaya gelecakkan yang dapat memperdaya pemain Arsenal...Paling kurang tidak pun, pemain Malaysia boleh "ole" pemain EPL wey...
Yang agak mengecewakan aku adalah Azamuddin Akil atau juga dikenali sebagai 'Alex". Beliau tidak banyak membantu dalam perlawanan tersebut dan cuma ada sekali sahaja percubaan ke arah pintu gol...dan perkara yang aku tak suka apabila beliau
menjatuhkan badannya pabila ada sentuhan daripada pemain aRsenal ke atas beliau,yang mana bukan sebab dia jatuh itu yang aku marah tapi sebab dia tak bangkit dan bangun balik selepas kejatuhan itulah yang sebenarnya buat aku marah...
Oh ya...tak lupa juga kepada Kunalan...terima kasih atas larian dan kerajinan mu Kunalan...kau adalah pemain yang sangat aku minati awal-awal lagi berbanding dengan pemain lain yang kadangkala berlagak macam superstar...
Apapun...aku ucapkan tahniah dan syabas buat skuad kendalian K.Rajagobal...
"Dirgahayu Malaysiaku"...
p/s: 2 hari lepas, masa aku berjalan kaki balik dari kerja, tetiba ada pasangan suami isteri yang tanpa disangka-sangka menghadiahkan aku 2 bungkus air soya..tapi aku tak minum pun..maaf...tadi malam, Jailani Ahmad tumpangkan aku LAGI dengan
kereta dia..tapi bukan masa pergi terawih...kali ini masa balik solat terawih dari masjid USM....Thankz ya Jailani Ahmad...Rupa-rupanya dia ini daripada Sudan...selain belajar, dia turut bertugas sebagai staff akdemik kat school social
sains...Dan terima kasih juga atas jemputan berbuka posa (iftar) bersama yang dipelawa beliau bersama rakan-rakannya...Sebelum ini, Pak Arab yang biliknya berjejeran dengan bilik aku ada jemput aku iftar sekali bersama mereka...tapi
aku tak gi...InsyaAllah ada masa yang sesuai lain kali,aku akan hadir beriftar bersama kalian ya.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan