Isnin, 31 Ogos 2009
my new life
Rumah saya
Parit yang dahulunya kering kontang tetapi rahmat Tuhan akhirnya memenuhinya
Memerun dan mancah (bakar sampah dan tebas rumput) merupakan hobi baru setiap petang hidupku
Juadah wajib sewaktu berbuka puasa
Mahkluk Allah yang aku jadikannya sebagai tempat menelempiaskan marahku, tempat aku menyatakan kebimbanganku, tempat aku mengurut badanku dan juga merupakan teman aku menimbang bola di saat kebosanan...
Mat Rempit Melayu berketurunan Jawa
Semalam aku macam biasa lah dok lepak tengok bola sorang2 kat Parit Raja. Abis jer game Asto Villa lwn Fulham, aku terus beransur pulang. OTW nak balik, terserempak ngn mat2 rempit yang tengah dok merempit kat sepanjang jalan Parit Raja. Ramai gila yang berlumba dan tak kurang juga yang menontonnya. Oh, ya baru aku teringat yang semalam ialah malam merdeka!. Malam merdeka bagi anak-anak Melayu Parit Raja ni rupanya dirai dengan cara menunggang motor dengan aksi yang kelihatannya "cool" pada kaca mata mereka. "Wekang", "pick-up" dsb merupakan antara aksi2 mereka selain mereka mem"press" minyak motor mereka sekuat mungkin dengan irama yang mereka sukai. Untuk menunjukkan yang malam itu ialah malam merdeka, bendera "jalur gemilang" disertakan bersama dengan dipacak pada belakang motor mereka selain ada juga yang memegangnya. Kalau kita tengok bulletin 1.30 pm di TV3, pihak polis bersama pasukan RELA beroperasi untuk mengatasi masalah ini di Melaka, tapi hal yang sedemikian rupa tidak berlaku di Parit Raja. Agaknya, para polis di Parit Raja ini sedang ber "qiyamulail" kot bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia. Yang pasti, anak-anak Melayu berketurunan Jawa ini semacam bangga dengan aksi dan perilaku mereka sebagai "mat rempit". Biarlah mereka dengan hidup mereka yang kejahatannya itu suka menyusahkan orang. Aku tunggu juga dalam 5-10 minit, mana tahu kot2 ada yang jatuh tersembam lalu mati ( kalau mati tak pa gak…tapi kalau idup, susah dan lagi menyusahkan)….Aku bukanlah membenci para mat rempit ini..Cuma yang aku cukup menyampah adalah perlakuan mereka…menyusahkan pengguna jalan raya yang lain….Melayu oh Melayu…..apalah nak jadi ngn bangsa jenis ini….bukan apa…takut satu ketika, bangsa jenis ini menjadi penumpang di tanah air nya sendiri…..Tak kelihatan pula anak cina ngn anak india yang dok berlumba malam tadi…anak cina tukang pomen motor anak melayu jer….anak melayu bagi duit kat anak cina suruh depa setting motor mereka…bila dok terlentang atas jalan, anak cina dan anak india ini dok sama2 tepuk tanganlah….apa anak melayu dapat?….kepuasan…hahahaha…yyola tu melayu oi…..aku bukanlah nak bawa sentimen perkauman kat sini….Cuma menulis berdasarkan realiti….itu sahaja….aku ingat mat rempit Malaysia ini power lah sangat….lah rupa-rupanya mat rempit Indonesia dan Thailand lagi hebat….buktinya…korang pi lah tengok sendiri kat Asia Cup Prix Championship tu…Melayu tu Cuma leh dok tunjuk lagak kat sesama bangsa dia jer…ngn bangsa lain hampeh...jaguh kampong jer…sampai ke mati lah hang dok kat Parit Raja tu oi melayu jawa oi…..Ni saya nak bagi syor kat pihak kerajaan…apa lah salahnya buka litar sepang tu kat para mat rempit murahan ni…bagi diorang ni berlumba sakan…tak lah menyusahkan para pengguna jalan raya yang lain…lagi bagus, pi hantar wakil dok tengok bebudak ni berlumba, mana tahu kot2 ada bakat jadi pelumba professional….leh jugak harumkan nama negara kat persada antarabangsa…..
Ahad, 30 Ogos 2009
NASI AMBANG (BERKAT)
Bulan Syaaban yang lalu, kami buat kenduri arwah kat surau dan "nasi ambang"
(BERKAT) telah dieksplotasi sebagai juadah hidangan kepada para jemaah surau yang hadir sewaktu upacara kenduri tersebut. Ruangan kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perihal "nasi ambang".
Nasi ambang ialah sejenis nasi yang dihidangkan pada masa seseorang itu membuat kenduri terutamanya pada bulan Syaaban sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Nasi ini sangat popular di kampong, (semasa kenduri arwah), selepas masjlis Tahlil dan Doa Selamat. Nasi ini akan dihidangkan kepada tetamu yang diletakkan di dalam satu hidangan dan dicampur dengan lauk-pauk yang kering.
Pada kebiasaannya, sewaktu menghidangkan nasi ambang ini, tuan rumah akan menyertakan sekali dengan kertas surat khabar, daun pisang dan tali untuk membungkus juadah yang tidak habis dan dibawa pulang ke rumah untuk santapan anak-anak dan isteri.
Kebiasaannya, ketua-ketua keluarga yang hadir kenduri hanya memakan sedikit sahaja dan selebihnya sama rata dibahagikan dan dibawa pulang. Mungkin inilah yang dinamakan (Berkat) kepada anak dan isteri yang menunggu di rumah.
Bila ayah pulang ke rumah, ibu akan mengejutkan anak-anak yang sudah tidur untuk memakan makanan yang dibawa pulang tadi. Caranya ialah dengan membuka bungkusan tadi dan dimakan sekeluarga tanpa menggunakan pinggan.
Memang benarlah adat orang dahulu kalau bersedekah bukan sahaja bapa yang pergi kenduri dapat menikmati hidangan itu tetapi anak-anak yang di rumah juga dapat menikmati bersama.
Bagi orang kampong yang hidupnya miskin, inilah masanya untuk menikmati jamuan yang serba serbi lengkap dengan lauk ikan, ayam, sayuran dan sebagainya.
Berbalik kepada anak-anak yang sedang membesar, maka mereka pergi kenduri dan makan nasi ambang, apa yang dibuatnya ialah cuba sedaya upaya menghabiskan makanan tersebut (4 atau 5 orang sehidang) sehingga kadangkala habis dikerjakannya. Hendak dibungkus dibawa pulang, ayah telah mendapat satu bungkusan. Gelagat anak-anak muda ini (kami) hanya diperhatikan oleh orang tua dan mereka hanya berbisik sesama sendiri dengan perkataan:
"Hai, lapar benar budak-budak tu!"…
"Budak-budak muda, makan apa pun sedap"….
"Kita dulu macam itu juga"….
Inilah masa-masa yang indah untuk dikenang kembali.
Apa yang menghairankan kami, nasi ambang (berkat) tadi tidak pernah basi atau rosak walaupun telah dicampur adukkan. Biasanya nasi ini jika tidak habis dimakan bersama keluarga akan disimpan di atas dapur hingga pagi. Ibu akan menggorengkannya untuk dibuat bekalan anak-anak ke sekolah atau bapa bekerja..
KELEBIHAN NASI AMBANG (BERKAT)
- Tidak basi/busuk walaupun disimpan hingga keesokkan hari
- Dapat dirasa oleh isteri dan anak-anak di rumah walaupun tidak ke majlis kenduri
- Makan bersama keluarga. Ibu dapat membahagikan sama rata kepada anak sambil member tunjuk ajar dan nasihat pada anak-anak.
- Menceritakan hal-hal yang baik tentang si mati.
- Mengurangkan beban keluarga. (yang terlalu miskin).
- Niat tuan rumah sebagai sedekah dirasai oleh orang ramai. Bukan setakat mereka yang pergi kenduri sahaja.
BAHAN2 UTK MEMBUAT NASI AMBANG (BERKAT)
- nasi putih (8 pinggan penuh)
- ayam masak kicap / kari
- tempe goring
- sambal goring
- serunding
- mee jawa (mee goring berkicap)
- kentang goring ("tembong" panggilan orang jawa)
- ikan kering
Kesemua lauk dan nasi diletakkan dalam satu dulang, sedikit kuih-muih disertakan sebagai pencuci mulut. Semoga amalan ini tak luput dek zaman tak lekang dek hujan ya……
Tanam Tiang Bendera
Semalam aku buat benda pelik....Aku pi tanam tiang bendera dan aku pasang bendera kat tiang tu...sepanjang aku hidup atas muka bumi ini, tak pernah pun terdetik di hati aku nak main pasang2 bendera...tapi aku ada baca satu kajian...sesiapa yang lahir bulan 12, jiwanya tercalit sedikit perasaan patriotik...hahahaha...what the hell beb...
Sebenarnya, aku buat benda ini sebab nak tunjuk kat mak dan ayah aku yang aku ada benda yang boleh buat...sebab selama aku kat rumah, aku hanya melingkaq atas katil dari pagi sampai ke petang....diorang selalu membebel...sebab aku tak mahu keja...makan nasi saja....hahahaha...
bebudak ITTHO vs @nak jati prt raja
Aku lepak tengok bola sorang2...Dok sebelah budak ITTHO....Gambar diatas ialah gambar diorang...Sebelum ni, hanya orang jawa Parit Raja aje yang menonton bola di situ. Kini makin ramai dan padat sebab bebudak ITTHO dah balik...Bila budak2 ITTHO dok tgk bola..diorg ni dok asyik ckp pasal fantasy jer....
"kenapalah player aku tak main"
"bodohnya player aku buat own goal" dan macam2 lagilah...hahahaha...lagi riuh bila diorg dok harap dpt rm50 000 yg astro nya fantasy...
ya...fantasy hanya budak2 ITTHO di parit raja...
tapi bagi anak jati parit raja yang dia tahu hanya mengomel macam ni..
"mana ronaldonya ek kok tak metu2"...(terjemahan :"mana ronaldo ni, kenapa tak muncul2)
ternyata anak jati prt raja penyokong man u tegar mcm mamat sorang tu yang dok kat sri gading..hahaha...
Aku lepak tengok bola sorang2...Dok sebelah budak ITTHO....Gambar diatas ialah gambar diorang...Sebelum ni, hanya orang jawa Parit Raja aje yang menonton bola di situ. Kini makin ramai dan padat sebab bebudak ITTHO dah balik...Bila budak2 ITTHO dok tgk bola..diorg ni dok asyik ckp fantasy jer....
"kenapalah player aku tak main"
JERSI @KU…
Bebaru ini, saya menjumpai sehelai jersi lama….Ini dia jersinya….
Jersi ini dibeli sekitar tahun 1997 iaitu kalau tidak silap saya sewaktu itu saya masih bersekolah dalam darjah lima. Jersi ini merupakan pembelian ayah saya yang dibelinya di Pasaraya Matahari gara-gara permintaan saya yang tiada henti-henti (sebab member2 semua pakai jersi…jadi aku pun nak satu)…Ya, secara tidak langsung, jersi ini merupakan jersi first aku dalam hidup…
Mula-mula aku ingat aku nak beli jersi Man U. Sebab time tu aku minat gak kat Eric Cantona….Minat aku terhadapnya sehingga cik na belikan aku sehelai baju brand "cantona seven" sebagai hadiah gara-gara aku berkhatan. Tapi bila cari punya cari, jersi Man U tak ada untuk bebudak punya….So bapak aku suruh cari jersi lain…Cuma bapak aku cakap… "nak beli jersi apa-apa pun tak apa, asalkan jangan jersi Liverpool. Liverpool tu ada arak", bicara si ayah kepada anaknya. Jadi, aku pun pilih jersi Chelsea seperti mana yang tertera di atas tu….
Sebenarnya, saya hanya mengikuti perkembangan bola sepak pada era sekolah rendah sahaja iaitu sehingga world cup 98….kemudian saya tidak lagi mengikuti perkembangannya sebab saya sudah menempuh kehidupan tinggal di asrama. Maka dengan itu, kehidupan sekolah menengah saya jarang diwarnai dengan warna bola sepak. Jadi bola sepak tertangguh seketika….
Kemudian lepas zaman SPM, aku ada terbelikan sehelai jersi untuk hadiah adik aku yang paling bongsu sekali….aku main beli jer….aku tengok asal cantik jer…aku beli…aku beli kat mydin KL…..bila aku belek2 balik baru2 ni…rupa-rupanya jersi yang aku belikan untuk adik aku tu jersi Chelsea…Perlu diingat…aku membeli jersi ini tanpa sebarang sentimen kepada mana-mana kelab bola sebab saat ni aku langsung tiada mengikuti perkembangan sukan bola….
Ya, bila aku tahun dua di Penang, maka dari situlah aku mula mengikuti perkembangan bola sepak….Ya…aku mudah terpengaruh…seperti mana kutukan enal kepada ku yang berbunyi:
"eleh dulu kalau gi istimewa,bukannya dok tengok bola…yg hang dok layan internet ja…tapi lah ni…hang lah yg dok sungguh sangat"..
Berdasarkan kata-kata diatas, maka boleh lah disimpulkan bahawa diri ini merupakan seorang yang poser…..
Kemudian, sewaktu di Penang itu, si dia membelikan jersi Chelsea kaler hitam dari Padang Besar kepada saya….
Untuk berapa ketika saya jadi keliru…Apakah saya perlu menjadi fan Chelsea….sebab dari dulu hingga beberapa ketika ini, jodoh saya dengan Chelsea agak akrab….Ya..dulu sewaktu saya tidak mengikuti perkembangan bola, saya hanya akan menjawab bahawa saya "penyokong Chelsea" apabila terdapat rerakan yang bertanya tentang kelab pilihan saya…Jawapan saya itu tak lebih hanya sekadar menjawab soalan….Bukan suatu jawapan yang bersungguh pun…
Hakikatnya…saya lebih meminati Arsenal…saya suka corak dan gaya serangannnya…barisan mudanya…ya…hanya seorang pemain sahaja yang saya sedikit ambil kisah sewaktu era saya tidak ikut perkembangan bola sepak…Henry…ya saya suka Henry…gaya jaringan golnya cukup stylo sekali…
Hahahah…persoalannya..Arsenal atau Chelsea?….atau kedua-duanya sekali…Jawab aku…aku meminati Arsenal sebagai sebuah kelab yang menarik dari segi persembahan dan starteginya….manakala Chelsea pula aku meminatinya kerna nilai sentimentalnya dalam sejarah hidup aku sejak dahulu…..
p/s alah…ko memang poser lah…tak lama kang nanti mesti ko minat man city plk....tak pun spurs...kalau real Madrid?....real setakat ini tak…sebab ada C.Ronaldo…kalau dia dah x ada…barangkali boleh consider lain..hahaha..(kata aku pada aku)….
Sabtu, 29 Ogos 2009
Kenapa kamu perlu menjadi “manusia tertangguh”?....
Kenapa perlu “tertangguh” untuk beberapa ketika di Penang?. Maka inilah jawabnya.
• Ya, “tertangguh” boleh menyebabkan kamu memperkaya skill berbahasa kamu. Kamu bisa belajar loghat utara yang kadangkalanya mempunyai sama bunyi dengan bahasa selatan namun maknanya membawa konotasi yang jauh berbeza. Contohnya: Utara kata “PENYEGAN”…..Selatan ingat “PENYEGAN” tu bermaksud orang yang malu….tapi sebenarnya Utara kata ‘PENYEGAN” tu adalah “PEMALAS”.
• Hikmah “tertangguh” itu menurut patik ialah, kamu bisa mengetahui bahawa di Pulau Pinang ada tempat mandi-manda yang boleh dikatakan indah juga dengan bayaran kemasukan secara percuma. Lokasinya terletak di Hutan Rimba. Kamu juga bisa merasai pisang goreng yang bentuknya agak unik dengan harganya RM1 untuk sebiji pisang. Berbeza dengan bentuk pisang goring yang diperdagangkan di selatan.
• Kemudian, kamu akan lebih mengenal orang-orang Utara. Menurut saudara eswandy, perkataan dan gaya bercakap orang Utara sangat menyakinkan sekali….Contoh terdekat ~ saudara Usop…ya…Nampak usop, ingat Takaful….tapi takaful ikhlas lah wei….
• Selama 1095 hari yang lampau iaitu sewaktu anda bergelar warga USM, pernahkah anda terlintas untuk menjejakkan kaki ke kolam renang yang kedudukannya terletak berdekatan dengan stadium Minden. Mungkin ada yang mengetahuinya namun belum pasti merasai…Nah, jadilah manusia “tertangguh”, maka kalian bisa merasai nikmat berenang dengan harga tiketnya hanya RM0.50 bagi setiap kali kemasukan. (terima kasih utk saudara wandy & mirul kerana sesi pembelajaran renang ke atas badan saya)
• Biasanya orang akan main futsal di Bukit Jambul, tapi dengan “tertangguh” kamu bisa memahami bahawa Futsal di Bukit Jambul tiadalah sesyok mana kerna di Seberang punyai gelanggan futsal yang lebih mengesyokkan…ianya terletak di Safira…..(Harem punya Mat Anas….awat hang dok bawa kereta laju sangat no….)
Oh ya….abg hairi itu rupanya seorg “sportman” dizaman mudanya dengan lagu blues geng menjadi kegemarannya selain suka berlibur di pelosok kota KL sewaktu era ITM hanya beryurankan sebanyak RM90 untuk satu semester……
Justeru itu, menjadi manusia “tertangguh” merupakan suatu rahmat dari Tuhan yang tiada ternilai statusnya. Oleh yang demikian, bersyukurlah kerna kamu terpilih menjadi “manusia tertangguh”……
Khamis, 27 Ogos 2009
Dr. Burhanuddin Al-Helmy : nasionalis yang tidak didendang.
"even in an earlier period, in the 1950's PAS leader like Buhanuddin al-Helmy and Zulkifli Muhamad were strongly critical of foreign, western control dominance of the economy and culture" - Prof Dr. Chandra Muzaffar-.
~ Dilahirkan di Cangkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.
~ Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Behrang Ulu dan seterusnya di Bakap sehingga darjah tiga.
~ Pada 1924, beliau dan adiknya, Abdul Halim telah dihantar untuk menuntut ilmu di Sumatera Barat.
~ Kemudiannya, beliau menyambung pengajiannya di Sekolah Pondok Pisang, Jitra.
~ Namun disebabkan kecewa dengan sistem pengajian sekolah pondok, akhirnya beliau melanjutkan pengajiannya di Madrasah Al-Masyur Al-Islamiyyah di Pulau Pinang sehingga tamat tingkatang menengah atas (Thanawi) pada 1934.
~Selanjutnya, beliau melanjutkan pengajiannya ke India setelah mendapat tajaan dari seorang dermawan Pulau Pinang.
~Sewaktu di India, beliau terdedah dengan gelonjak semangat perjuangan rakyat India menentang British dibawah pimpinan Ghandi dan Nehru.
~ Akhirnya, beliau berjaya mengengam gelaran doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang metafizik dan falsafah dari Universiti Islam Aligahd.
~Beliau juga merupakan anak Melayu pertama yang mempelajari displin ilmu Homeopathy.
~ Tamat sahaja belajar, beliau menjawat jawatan guru bahasa Arab di sekolah bahasa Arab Al-Juned, Singapura.
~ Pada masa yang sama juga, beliau merupakan antara orang penting yang menubuhkan ahbar "Taman Bahagia" pada 1937 dengan tujuan menyedarkan masyarakat Tanah Melayu tentang kejahatan para penjajah sehingga akhirnya menyebabkan akhbar tersebut diharamkan oleh pihak British.
~Beliau juga merupakan antara insan yang mencetuskan idea terhadap penubuhan parti Islam pertama di Malaya iaitu Hizbul Muslimin pada Mac 1948 di Gunung Semanggol. (Namun disebabkan momentum perjuangannya yang agak radikal, maka pertubuhan ini akhirnya diharamkan oleh penjajah)
~ Beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Agung PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) pada 3 Disember 1945 bagi menggantikan Mokhtaruddin Lasso yang telah menghilangkan diri.
~ Beliau juga pernah menganjurkan persidangan Ekonomi-Ugama SeMalaya pada 22-24 Mac 1947.
~ Kemudiannya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Semalaya (PEPERMAS) dan Majlis Islam Tertinggi SeMalaya (MATA).
~ Dan pada 14 Disember 1956, beliau elah menyertai Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) dan dilantik sebagai Yang DiPertua PAS dalam muktamar PAS yang kelima.
~ Akhirnya saat 25 Oktober 1969, beliau akhirnya kembali menemui Tuhannya setelah menghabiskan sisa-sisa hidupnya di kem tahanan ISA selama beberapa tahun setelah menderita sakit (dikatakan sakit akibat menahan air kencing untuk lebih lama beribadat)
p/s saya hidangkan kepada kalian lagu yang berjudul "Burhanuddil Al-Helmy" dendangan pemuzik yang bernama "Black".
Yang Tersurat & Tersirat disebalik Merdeka
Bulan Ogos bagi insan-insan yang melabelkan dirinya sebagai manusia ber "bangsa" Malaysia pastinya akan mempercayai malah meyakini bahawa bulan tersebut ialah bulan kemerdekaan bagi negara bangsanya itu. Malah boleh juga dikatakan bahawa orang-orang yang kononnya bernafas dibawah udara bangsa Malaysia itu meskipun dirinya tiada langsung mengerti sejarah realiti kewujudan negara bangsa ini pasti tanpa rasa segan silu mendakwa bahawa 31 Ogos itu merupakan tarikh kemerdekaan bagi bumi yang mereka huni ketika kala ini. Perihal ini lebih jelas dan nyata tampaknya dapat dilihat dalam sudut pemahaman yang kadangkalanya bukanlah dilihat sebagai suatu pemahaman tetapi tidak lebih daripada budaya ikut-ikutan yang sudah lama terpasak di benak dan sanubari generasi yang kelahirannya di bumi ini berlaku sekitar era pasca kolonial ataupun era pasca merdeka. Yang menjadi tanda tanyanya adalah punca yang menyebabkan barah ini berlaku. Subjek sejarah itu sudah dijadikan bacaan wajib yang barangkali "tarikh-tarikhnya", "tokoh-tokohnya", "kronologi-kronologinya" merupakan suatu "kewajipan" yang pasti untuk dihafal oleh para pengambil PMR dan SPM di negara ini. Maka dengan itu, tiada sebab para penghuni negara bangsa ini mengeluh resah dan gelisah akan kepincangan generasi mudanya tentang pengetauhan sejarah negara bangsanya itu. Apabila Ogos menjelma, slogan "Merdeka" lantang disuarakan tanda bumi ini bebas dan merdeka bak sang burung terlepas dari sangkar emasnya. Media sama ada cetak mahupun elektronik pasti menayangkan dan memaparkan seluas-luasnya didada-dada mediumnya itu sejarah perjuangan para pejuang kemerdekaan yang kemunculannya pada tahun 1946 dengan "Hidup Melayu" sebagai slogannya sehingga mungkin agaknya terlupa untuk memberitahu barang sesaat dua dan sebaris dua ayat tentang perjuangan para pejuang yang pernah muncul pada 1938 dengan "Merdeka" sebagai slogan perjuangannya.
Para penghuni negara bangsa Malaysia era pasca merdeka mungkin terlepas pandang agaknya tentang kewujudan Perlembagaan Rakyat namun yang pasti para penghuni itu akan mengetahui tentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu walau yang hanya diketahui tidaklah lebih dari sekadar namanya itu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 1948 pula menurut mereka semacam suatu era yang akan membawa mereka ke jurang neraka. Bukan apa, takut terpakai "baju tak bertuhan" sedangkan mereka itu telah diasuh bahawa agama itu bukanlah candu sehingga mengkhayalkan para penganutnya. Tapi bagi sesiapa yang mengagung-agungkan 1948, nahaslah bagi dirinya sehingga akhir hayatnya. Yang peliknya, orang yang mengaji ilmu agama di "gunung" pun terpaksa menanggung sama azab 1948 itu. Bicara soal perpaduan antara kaum, Perikatanlah jaguhnya sehingga kewujudan Putera-Amcja terus lenyap perlahan-lahan dari ingatan generasinya yang mendatang.
Oh, ya!. Baru diri ini teringat. Negara ini bukan negara bangsa "Melayu" seperti mana yang diperjuangkan oleh para pejuang yang namanya sudah terhakis sekian lama dari sejarah yang kalau tiada dibuka lipatannya maka tiadalah diketahui akan kewujudan namanya itu. Jadi tiadalah perlu dipedulikan sejarah jenis ini. Biarkan ia terpadam secara perlahan malah lebih senang dibakar sehangus boleh. Lagipun pelaku sejarah jenis ini sudah kalah. Sejarah itukan hanya untuk golongan yang menang sahaja. Sementelahan itu, kita juga sudah punya rupa negara bangsa baru : Malaysia namanya. Ya, bangsa Malaysia. Rupa bangsa baru yang masih belum jelas lagi matlamatnya. Justeru itu, perjuangan kini adalah untuk mencari dan seterusnya memberi pengertian yang sebaik dan serelevan mungkin terhadap istilah ini. Ya, inilah fokusnya. Perjuangan negara bangsa Melayu itu sudah lapuk dan tiada sudah kena pada masa dan tempatnya. Maka buat apa perlu diperdendangkan lagi. Yang ada kini ialah perjuangan negara bangsa Malaysia yang dilihat kehadapan sifatnya. "Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang, tak gitu".
Khamis, 20 Ogos 2009
SUARA WANITA:AURATKAH?
DEFINISI AURAT:
Aurat dari segi bahasa bermaksud segala perkara yang dirasakan malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit. Manakala dalam Hadis:"Wanita itu adalah a'urat".( المَرْأةُ
عَÙˆْرَØ©ٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4) . Dari segi syarak pula, aurat membawa makna sesuatu yang wajib ditutup atau sesuatu yang haram dilihat (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1).
SUARA WANITA: APAKAH IA MERUPAKAN AURAT WANITA?.
Baru-baru ini rakan saya meminta pandangan saya berkenaan dengan soal ini. Maka dengan itu, saya memintanya sedikit masa untuk menjawab persoalan ini kerana saya perlulah mengkaji tema yang diminta untuk saya ulaskan. Soal suara wanita sama ada ia adalah aurat ataupun tidak merupakan suatu topik yang jika dilihat berdasarkan pada pandangan para ulamak sememangnya mempunyai khilaf atau perselisihan antara mereka. Namun, jumhur ulama mengatakan suara itu bukanlah aurat bagi wanita. Hal ini kerana, suara merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan harian manusia. Hari ini, peranan wanita dan kepentingannya tidak sama seperti kurun-kurun yang lampau. Wanita juga dilihat merupakan unsur penting dalam segenap aspek kehidupan di muka bumi ini. Wanita berkehendakan pada bidang komunikasi untuk menjalani kehidupan hariannya. Wanita juga sememangnya terlibat dalam 1001 macam urusan muamalah dan ini secara langsungnya menuntut wanita itu mempergunakan suaranya.
Terdapat banyak dalil naqli yang menuntut suara dipergunakan dalam hal kehidupan manusia seharian dan ianya tidak terbatas hanya kepada lelaki bahkan ianya melibatkan semua mahkluk tuhan tidak kira lelaki ataupun wanita, kecil ataupun dewasa. Misalnya, dalam aktiviti jual beli (QS 2: 275; QS 4:29), hutang-piutang (QS 2:282),
sewa menyewa (ijarah) (QS 2:233; QS 65:6), memberikan persaksian (QS 2:282), menggadaikan barang (rahn) (QS 2:283), menyampaikan ceramah (QS 16:125; QS 41:33), meminta fatwa (QS 16:43), dan sebagainya. Ternyata semua aktiviti ini memerlukan elemen suara dipergunakan. Justeru itu, jika suara adalah aurat bagi wanita maka sepastinyalah wanita itu tiada hak dan kedudukannya dalam menjalani semua urusan yang disebutkan diatas.
Persoalannya kini, bagaimana pula dengan dalil yang berbunyi:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (surah al-ahzab: 32)
Dalil naqli ini secara mudahnya menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang sederhana. Islam merupakan agama yang memudahkan para penganutnya dan juga menjadi pembela bagi para pendukungnya juga. Dalil ini secara jelasnya mahu memelihara iman para penganutnya dan selantas itulah suara-suara yang dipergunakan atas maksud dan jalan yang salah dan songsang dengan kehendak wahyu, maka secara langsungnya suara itu mendatangkan kepada isu dosa dan kemarahan tuhan. Suara-suara wanita yang diekplotasi untuk tujuan menggoda, merayu-rayu dan mendesak-desak para lelaki yang bukan mahramnya, maka suara yang semacam itu bukanlah suara yang seperti mana dikehendaki dalam Islam.
KESIMPULAN:
Jelasnya, suara itu bukanlah aurat bagi wanita berdasarkan situasi penggunaanya (penggunaan yang baik dan bermanfaat). Hal ini juga dapat dilihat berdasarkan pandangan Imam Al-Ghazali dalam karyanya yang berjudul Ihya yang mengatakan bahawa suara bukanlah aurat bagi wanita kecuali jika ia menyanyi. Manakala Al-Qurtubi pula berpendapat bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi. Suara itu akan memberi manfaat jika dipergunakan pada landasan yang benar seperti mana yang dikehendaki wahyu tetapi jika suara itu membawa mudarat maka secara tidak langsung ia menjadi suatu yang akhirnya membawa kepada kemunculan istilah "haram".
Selasa, 18 Ogos 2009
Ke Mana Nasionalisme Melayu ?
Judul Buku : Ke Mana Nasionalisme Melayu?
Penulis : Rustam A. Sani
Bilangan Muka Surat : 146
Penerbit : R Publishing Services
Tentang Penulis:
Rustam A. Sani merupakan seorang 'cendekiwan awam' yang penting di Malaysia. Beliau seorang ahli akademik, penulis kolum, penyair – selain terlibat dalam pelbagai kegiatan politik, sosial dan sastera. Sebagai ahli akademik, beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISIS Malaysia. Antologi puisinya – Riak-riak Kecil (1977) – diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pada tahun 1988/89 beliau dianugerahkan "Hadiah Sastera Malaysia" bagi bidang esei dan kritikan sastera. Beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Malaya dan seterusnya memperluaskan pengajiannya di University of Reading, University of Kent at Canterbury (UK) dan Yale University (AS). Dalam kegiatan politik, Rustam pernah memegang jawatan Timbalan Presiden, Parti Rakyat Malaysia (PRM). Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik, baik dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris, dan bidang penulisannya amat luas meliputi politik, masyarakat, sejarah, budaya, statistik dan sastera. Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan karya terjemahan. Namun, permata bernilai ini akhirnya kembali menemui Ilahi pada tanggal 23 April 2008 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun.
Al-Fatihah buat Al-Marhum.
Buku setebal 146 muka surat ini menyelongkar tentang riwayat hidup berkaitan dengan soal semangat perjuangan kebangsaan (nasionalisme) Melayu. Penulis dalam bukunya ini melihat bahawa nasionalisme yang didukung oleh para pejuang kebangsaan tanah air ini dari satu segi telah menemui kegagalan dan matlamat perjuangan kebangsaannya mati ditengah jalan tanpa cita-cita perjuangannya itu dapat disempurnakan dengan jayanya walaupun banyak keringat dan idea telah dicetuskan dalam sejarah perjuangannya itu. Mengapa hal ini berlaku?. Perkara inilah yang telah dirungkai oleh penulis melalui buku ini. Munculnya istilah "bangsa Malaysia" yang waktu kemunculannya sewaktu dengan pelancaran "Wawasan 2020" melalui pembentangan kertas kerja yang berjudul "Malaysia Melangkah Ke Hadapan" secara tidak langsung sudah meranapkan impian konsep nasionalisme Melayu. Kertas kerja yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tanggal 28 Febuari 1991 ini dilihat dari satu segi merupakan suatu usaha untuk menggantikan nasionalisme Melayu kepada nasionalisme Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan Tun Dr. Mahathir yang berbunyi:
" Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa tersebut".
Ya, nasionalisme Melayu yang didukung oleh para pejuang kebangsaan dan kemerdekaan dahulu secara jujurnya memang sudah tiada rasionalnya dalam suasana realiti politik hari ini. Perjuangan yang mahu menjadikan negara ini dengan istilah "Melayu" sebagai asas pembentukannya dilihat hanya merupakan sebuah mimpi yang semakin hari semakin jauh untuk berjaya menembusi dinding kehidupan realiti masyarakat negara ini malah berani saya katakan bahawa ia agak mustahil untuk digapai. Negara ini secara benarnya sudah menjadi sebuah negara yang dihuni oleh penghuni yang mempunyai pelbagai darah keturunan, budaya, dan agama. Penghuni-penghuni ini secara nyata sudah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang majmuk rakyatnya. Punya kepelbagaian dari apa jua keadaan dan suasana. Namun, persoalannya kini, adakah perjuangan nasionalisme Malaysia itu mampu untuk direalisasikan?. Kendatipun, negara (state) sudah berjaya dibentuk, namun begitu, itu bukanlah bermakna kita sudah dapat melahirkan apa yang dikatakan sebagai sebuah negara-bangsa (nation). Pembentukan negara-bangsa itu menurut sejarahnya menuntut modal perjuangan dan pergorbanan yang cukup besar.
Selain itu, pembentukan negara-bangsa itu lazimnya hanya mampu direalisasikan apabila para pelakunya mempunyai beberapa persamaan yang khusus seperti persamaan keturunan, persamaan pengalaman sejarah, persamaan bahasa malah persamaan agama dari satu segi merupakan faktor bonus untuk melancarkan impian membentuk negara-bangsa seperti mana yang diidam-idamkan itu. Manakala untuk mendirikan negara bangsa itu, maka nasionalisme perlu digerakkan.
Penghuni-penghuni yang dari sejarahnya sudah dipisah-pisahkan mengikut warna kulitnya, darah keturunannya, agamanya, budayanya, latar tempatnya dan sektor ekonominya inilah yang diharapkan dapat menjadikan harapan negara-bangsa Malaysia itu menjadi sebuah realiti yang bukannya hanya sekadar dogengan yang bakal didengari oleh gegendang telinga generasi yang mendatang. Para politikusnya pula diharap janganlah memandang enteng akan persoalan "negara-bangsa Malaysia" ini. Hal ini kerana, jika tersilap percaturan dan formulanya, maka niat murni perjuangan ini mampu mengubah iklim Malaysia menjadi suatu keadaan yang tragis hanya dalam sekelip mata sahaja tempohnya. Justeru itu, 1 Malaysia dan konsep bangsa Malaysia perlu diberi tafsiran yang telus tanpa berselindung dibalik bait-bait indah ataupun nista ucapan para politikusnya agar para penghuni negara bangsa ini mampu memahaminya tanpa menggadai dan menodai sejarah yang pernah berlangsung sebelum ini.
Apa???Anda belum bergelar "graduan"...Mahu menyelami perasaan mereka yang sudah bergelar "graduan"...Nah...entri ini untuk kalian...
Ruangan ini khusus untuk insan-insan yang sepatutnya bergelar graduan namun disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka gelaran “graduan” itu terpaksa ditangguhkan sehingga waktu yang tiada dapat dinyatakan disini.
Ya, minggu konvokesyen sudah pun berlalu beberapa hari yang lepas. Mungkin itulah saat-saat gembira bagi sesiapa yang berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka seperti tempoh yang ditetapkan (mengikut buku perancangan Pusat Pengajian masing-masing).
Manakala bagi mereka yang “tertangguh”, maka sudah pasti minggu konvo itu merupakan “minggu tekanan” bagi mereka. Ya, “minggu tekanan” menjenguk mereka selepas “minggu tak ada mood”, “minggu harapan” dan “minggu kesakitan” mengakhiri riwayatnya dalam kamus hidup insan-insan yang “tertangguh” ini.
Dikesempatan ini, saya dengan hati yang tulus ikhlas ingin berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan “perasaan”…opss…mungkin bukan perasaan tetapi perlakuan insan-insan sewaktu bakal mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda. Dari perlakuan ini maka kalian yang belum mengenggam Ijazah tersebut barangkali dapat menyelami perasaan insan-insan yang bakal mengenggam Ijazah tersebut dan seterusnya kalian dapatlah belajar dari pengalaman mereka apabila kalian bakal mengenggam ijazah tersebut di kemudian hari yang belum dapat dipastikan lagi bilakah harinya..
1. Orang yang bakal bergelar “graduan” biasanya akan bekerja sambilan sebelum mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan selepas mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda. Misalnya, bekerja sebagai penjual kacang yang dipek semula dan dijual di sekolah-sekolah yang berada berdekatan dengan kediamannya ataupun bekerja dalam bidang yang dipelajari atau disukainya dengan contoh bekerja sebagai pereka grafik dengan etika berpakaian yang bebas tanpa memikirkan anggaran gaji yang lumayan.
2. Mereka ini juga biasanya akan tidur lebih awal berbanding sewaktu mereka ini bergelar “pelajar USM dihatiku”. Al-maklumlah, dah berkerjaya lah katakan.
3. Seminggu sebelum majlis konvo berlangsung, anak mata mereka akan terlekat di skrin laptop manakala jari-jemari pula tangkas di huruf-huruf yang tertera di papan taipan kerana sibuk menyemak jadual pengambilan jubah, waktu raptai dan menyemak baki-baki hutang yang tertunggak.
4. Selain itu, mereka ini juga akan menjawab borang kaji selidik yang disediakan oleh pihak universiti dan apabila mereka berjaya menjawabnya, maka pihak universiti akan mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada mereka.
5. Perubahan dari segi fizikal pula, mereka akan mengalami pertambahan berat badan yang melampau-lampau ataupun tidak dijangka iaitu kulit perut pasti akan berlipat-lipat sehingga berbelas-belas lipatan gamaknya. Lazimnya, berat badan mereka akan naik lebih dari 10 kg.
6. Dan yang paling pasti, istilah “budak-budak” merupakan istilah yang pantang ditujukan kepada mereka. Menurut mereka, istilah “manusia dewasa” lebih cocok dengan suasana dan eviroment baru dalam kehidupan mereka.
Kesemua perkara diatas merupakan hasil pemerhatian aku selama seminggu berdampingan dengan orang-orang yang bergelar “graduan”. Justeru itu, bagi mereka-mereka yang tiada dapat mengecapi nikmat bergelar “graduan” pada musim ini diharapkan mereka tiada gundah gulana kerana di masa hadapan yang tiada tahu masanya, maka kamu pasti bisa rasainya ya….
Ahhhhhhhhhhhhh…Aliza anak Mansor pergi Australia….Terharu tengok pose beliau sewaktu beliau meraikan hari konvokesyen bersama keluarga dan rerakannya.
Kepada rerakan dari Pusat Pengajian IK, maaf beribu-ribu maaf aku tujukan kepada kalian. Bukan maksud ku untuk menghampakan harapan kalian bergambar kenangan bersama, namun saat pesanan itu sampai ke pengetauhan ku, diriku ini sudah jauh berada di selatan…Kalau ada jodoh, kita pasti bisa bersama mengenang nostalgia silam kembali…..
Selasa, 4 Ogos 2009
Sedutan dari FiLem Gadoh
About This Video
Sedutan dari filem Gadoh arahan Namron...
Komen aku : Filem ni jauh lg berfaedah dri korang tgok 'Bohsia jgn pilih jalan pukimak' yg kononnya memberi pengajaran kepada para remaja....
Filem nie mengisahkan mengenai hakikat sebenar hubungan kaum melayu dan cina di negara ini. X macam filem2 lain, filem nie begitu 'straight to the point'..xda tapis2..sbb tu kna ban dgn panggung...tp filem ni mmg best...kalau nk tau kesudahannya, korang knalah beli dvd kt kedai yg berhampiran...
Peace....
NOTA: DISKRIPSI TENTANG VIDEO INI BUKAN AKU YANG TULIS ATAUPUN TAIP TETAPI IA DICORET OLEH SI TUKANG PENG"UPLOAD" VIDEO INI SENDIRI. TAK ADA KENA-MENGENA DENGAN JASAD DAN ROHANI AKU....ADA FAHAM!!!!
SEPUCUK WARKAH UNTUK TATAPAN KALIAN
Assalammualaikum dan salam soladariti. Menulis saya disini bukanlah atas dasar saya seorang punk tetapi adalah atas nama seorang islam. Sebelum saya mengerahkan kudrat dan menitiskan banyak keringat saya, inginlah saya memohon beribu kemaafan dan keampunan kepada anda semua kerana mungkin ada kebanyakkan daripada anda semua tidak akan dapat menerima atau memberikan reaksi yang kurang menyenangkan terhadap warkah yang ingin saya tuliskan ini. Ini kerana, isu yang ingin saya paparkan melalui warkah yang hina ini adalah suatu isu yang agak sensitif untuk dibicarakan dan saya berpendapat bahawa isu ini akan menjadi suatu kontreversi selepas ini. Ia adalah tentang antara punk dan islam. Mengapa saya memilih tajuk ini untuk dibicarakan?. Jawapannya adalah kerana disebabkan kebanyakkan atau mijoritinya punkers- punkers di
malaysia
ini adalah beragama islam. Namun mungkin ada daripada anda semua yang menyatakan bahawa mereka masih lagi islam walaupun mereka punk. Tetapi, cubalah anda fikirkan sejenak, mengapa anda membuat semua ini seperti memperjuangkan hak, keamanan, kebebasan dan lain- lain lagi atas nama punk. Mengapa anda memilih cara punk untuk melakukan semua ini? Mengapa ada tidak melakukannya atas nama anda seorang islam?. Cubalah anda fikirkan sejenak terhadap apa saya persoalkan tadi. Sudah tidak cukup baguskah atau sempurnakah islam?. Atau anda sudah tidak yakin lagi dengan cara islam. Atas dasar atau sebab apakah anda hidup di dunia?. Bukankah kita hidup di dunia atau bumi yang indah permai ini kerana Allah?. ( bagi yang menganggap dirinya seorang islam).
Mengapa anda perlu melakukan semua ini atas nama punk, sedangkan islam adalah agama Allah. Kamu seolah- olah tidak yakin dan percaya terhadap kebenaran dan kerelevanan Islam?. Kalau difikirkan tentang punk, bukankah punk berkonsepkan anarchy dan sedangkan anarchy adalah suatu fahaman yang mempercayai konsep “no god, no master”. Percayalah bahawa punk sudah berjaya membuat suatu ancaman yang besar dan berbahaya terhadap islam?. Kalau dilihat pada masa kini, kebanyakkan punkers sibuk mengatakan mengenai matlamat untuk menjadikan ‘anarchy in system’ di dunia ini. Namun kalau dilihat daripada perspektif islam, adakah disebutkan mengenai kejayaan matlamat anrchy in system di dunia di dalam Al- Quran?. Kalau anda masih lagi seprang yang menganggap Al- Quran dan As-Sunnah sebagaipanduan hidup anda, saya berpendapat bahawa anda patutlah menafikan kerelevanan dan kebenaran punk dalam mengejar cita- cita untuk menjadikan dunia ini berdasarkan konsep ‘ anrchy ini system’. Di sini kita sudah dapat melihat bahawa matlamat tau perjuangan yang dikatakan oleh punk itu adalah sia- sia yang berbentuk fantasi semata- mata. Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa tidak mustahil bahawa anarchy dan punk adalah salah satu daripda propaganda yahudi untuk menjatuhkan islam. Memang tidak salah dengan apa yang diperjuangkan oleh anarchy iaitu seperti human right, animal right etc, namun bukankah apa yang diperjuangkan itu sudah ada di dalam agama islam. Dan apa yang salah mengenai punk da anarchy adalah mengenai konsep asalnya iaitu ‘ no god, no master’. Kalu anda seorang yang berfikirkan berdasarkan wahyu Allah, maka saya rasa patut anda menolak punk dan anarchy. Ini kerana, kalau anda seorang islam, saya rasa anda tidak perlu lagi meragui atau mempersoalkan akan kebenaran islam
dan apa yang patut anda persoalkan adalah mengenai sejauhmanakah kebenaran dan kerelevanan punk. Oleh itu, saya berharap anda semua dapat memikirkan kembali permasalahan ini dengan kewarasan akal anda sebelum anda terlambat dan tersesat jauh. Baiklah sampai di sini sahaja. Salam….
Isnin, 3 Ogos 2009
Anak lembu pula berkepala dua
SEEKOR anak lembu berkepala dua di Rivera, Colombia baru-baru ini.
RIVERA - Seekor anak lembu betina di Colombia mencetuskan kegemparan apabila haiwan itu memiliki dua kepala tetapi berkongsi otak, sebuah akhbar semalam.
Anak lembu diberi nama Jenifer itu dilahirkan pada Jumaat lepas di sebuah ladang di sini kira-kira 240 kilometer dari ibu kota negara itu, Bogota.
Pemilik ladang itu, Marino Cabrera berkata, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang 30 tahun menjadi pembiak baka lembu.
"Lembu itu sungguh comel, saya melihatnya sebagai anugerah dari Tuhan," kata isterinya, Rosario Leyva.
Keadaan seperti itu yang dikenali sebagai Polycephaly dalam terma saintifik jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada manusia atau haiwan. - Agensi
Ahad, 2 Ogos 2009
FILEM GADOH & 1MALAYSIA: SATU SLOGAN TAPI LAIN MAKNA
Semalam saya bersama dua rerakan saya lain pergi menyaksikan suatu wayang terbitan KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat) di studio PTPM. Wayang tersebut berjudul Gadoh yang jangka masanya berdurasi 70 minit. Sudah saya katakan, janganlah kalian mengharapkan sesuatu yang canggih dalam wayang sebegini rupa kerana wayang semacam ini dibikin dengan modal yang amat terbatas peruntukkannya atau dalam bahasa mudahnya "filem tak cukup budget". Slogan "Aku Bangsa Malaysia" yang terpampang dalam poster filem ini sedikit sebanyak bertepatan dengan suasana iklim tanahair ini pada ketika ini. Hal ini kerana, pembikinan filem ini semacam mahu menyambut dan menyokong aspirasi konsep 1 Malaysia yang cuba dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Ke-6 Malaysia iaitu YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kalau kita menelurusi wayang ini dengan sedalam-dalamnya dan semahu-mahunya, kita akan disajikan dengan babak-babak yang menyelongkar perasaan dan jiwa segenlintir manusia yang hidupnya dengan label bangsa Melayu, Cina dan India di bumi bernama Malaysia ini. Namun, yang banyak disentuh dalam wayang ini adalah pertelingkahan Melayu dan Cina yang mana pertelingkahannya dan perasaan ketidakpuashatiannya disampaikan melalui dialog-dialog yang pada saya merupakan himpunan dialog yang jujur dan dilemparkan oleh Melayu kepada Cina dan begitu jugalah sebaliknya tanpa sebarang tapisan. Manakala label India yang diwakili oleh pelajar bernama "Raj"pula digambarkan sebagai suatu bangsa yang amat minoriti di tanah air ini dan disebabkan oleh keminoritianya itu jugalah watak ini sering kali sahaja menjadi mangsa "melepas geram" oleh bangsa Melayu dan Cina apabila kedua-dua bangsa ini bertikam lidah dan akhirnya membawa kepada pergaduhan. Maka bagi mengatasi permasalahan yang sudah lama ditahan-tahan jauh di lubuk sanubari ketiga-tiga bangsa ini, maka sang pengarah berusaha mencari suatu solusi dan solusi itu adalah dengan menggunakan seni sebagai medium penyatuan antara tiga, opss bukan tiga tapi dua bangsa yang bergelut ini. Yang ketiga itu pada saya hanyalah satu watak yang disampingkan bersesuaian dengan realiti yang harus kamu akui hari ini. Dan seperti yang kita sedia maklum, sudah sepastinyalah usaha penyatuan melalui medium seni teater itu berjaya dilaksanakan. (Biasalah, cerita-cerita yang bersifat perjuangan, berusaha bersungguh-sungguh akhirnya kejayaan yang dikecapi). Tetapi harus diingat bahawa slogan "Aku Bangsa Malaysia" dilihat cuba digunapakai oleh sang pengarah dengan hasrat kaum-kaum di Malaysia ini tidaklah lagi dilabel sebagai "Melayu", "Cina" dan "India" sebaliknya mereka ini perlu dilabel sebagai bangsa "Malaysia". Tetapi yang anehnya, filem ini dilarang untuk sesi tayangan di panggung-panggung wayang sedangkan kemunculannya bersesuaian dengan slogan 1 Malaysia yang dibawa oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kenapa perkara ini berlaku? Adakah konsep bangsa Malaysia yang dibawa YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berbeza dengan kefahaman konsep bangsa Malaysia yang cuba dimengertikan oleh Brenda Danker dan Namron. Jadi persoalannya kini, apakah bangsa Malaysia yang cuba disampaikan oleh Brenda Danker dan Namron?. Adakah Brenda Danker dan Namron mahukan Cina, India dan Melayu itu yang berdiri dan duduk sebagai bangsa "Malaysia" diberikan hak dan kedudukan yang sama rata dan sama rasa tanpa mempedulikan warna kulit, rupa bangsa, darah keturunan dan latar belakang sejarah seperti mana sistem yang telah lama diamalkan sebelum ini?. Mungkin persoalan ini boleh dijawab melalui dialog-dialog yang dituturkan dalam wayang ini seperti misalannya:
" Orang Melayu bodoh pun boleh masuk U".
"Orang Melayu semuannya dapat free".
Mungkin sang pengarah melihat, bangsa Cina itu dengkikan Melayu kerana Melayu itu punya keistimewaan yang dikenali sebagai "Hak Istimewa Orang Melayu". Kalau inilah persoalan yang cuba "diungkit" oleh sang pengarah ternyata sang pengarah secara sedar sudah membawa dirinya ke jurang kebinasaan dan ternyata sang pengarah bukanlah mahkluk yang wajar bercakap soal perpaduan dan penyatuan antara kaum di bumi Malaysia ini. Hal ini kerana, setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
5 hak orang Melayu itu adalah:
1. Raja berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak istimewa orang Melayu
5. Kerakyatan
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Tanah untuk Orang Melayu
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai.
Jawatan dalam Kerajaan
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu.
Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu
Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Nah, ini merupakan suatu isu yang tidak perlu digembar-gemburkan lagi kerana isu ini sudah pun diselesaikan sejak dulu lagi dan kaum bukan Melayu sepatutnya tidak lagi mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Hak Istimewa Orang Melayu. Malah kaum bukan Melayu sepatutnya lebih jelas dengan sejarah mereka di Tanah Melayu ini iaitu dalam soal bagaimana kemurahan hati kaum Melayu sanggup memberikan kewarganegaraan kepada mereka.
Kemudian, soal konsep 1Malaysia pula. Apakah pula maksud tersirat dibalik istilah ini?. Adakah ianya merupakan suatu formula yang bertujuan untuk menyatukan ketiga-tiga bangsa ini kepada suatu nama bangsa baru iaitu bangsa "Malaysia". Kalau itu lah yang cuba direalisasikan, adakah bangsa "Melayu" akan hilang haknya dan terpaksa berkongsi segala-galanya dengan cara sama rata bersama bangsa-bangsa yang lain terutamanya "Cina" dan "India". Adakah pelaksanaan 1Malaysia ini menguntungkan bangsa Melayu yang sememangnya dari sudut sejarah merupakan penghuni asal tanah air ini atau kerugian pula yang bakal menjenguk mereka?. Kalau dikaji balik, istilah bangsa Malaysia bukanlah suatu yang baru malah isilah "bangsa Malaysia" ini telah pun diisukan sejak nama 'Malaysia" itu diwujudkan ditanah air ini. Namun, kalau diteliti sedalam mungkin, bangsa Malaysia itu tidaklah bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kendatipun begitu, ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa 1Malaysia (bangsa Malaysia) ini tidak ubah seperti mana konsep Malaysian Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Lee Kuan Yew iaitu ketua Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan manifestasi slogan itu seterusnya disambung oleh DAP yang mana matlamatnya antara lain adalah bertujuan menuntut hak sama rata bagi semua kaum yang menghuni bumi Malaysia ini dengan slogan popularnya yang berbunyi "sama rata,sama rasa". Namun 1Malaysia kalau difahami tidak seperti mana yang diperjuangkan dalam konsep "Malaysian Malaysia".
Hal ini kerana, "Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza". Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.
Walaubagaimanapun,konsep bangsa Malaysia itu dari satu segi telah menggagalkan perjuangan para pejuang kebangsaan Melayu sebelum era merdeka. Hal ini kerana, para pejuang kebangsaan Melayu dahulu berusaha keras untuk menjadikan istilah "Melayu" sebagai suatu rupabangsa bagi setiap yang menghuni di tanah air ini tanpa mengira darah keturunan seseorang itu samaada Cina ataupun India. Istilah "Melayu" cuba diguna pakai suatu elemen penting yang bertujuan untuk menyatukan kaum-kaum yang terdapat di Tanah Melayu dan barangkali jika hal ini berlangsung maka kekacauan-kekacauan yang berlaku lewat hari ini mungkin tidak akan terjadi. Perkara ini dapat difahami dengan mengkaji isi kandungan Perlembagaan Rakyat yang cuba diusulkan pada tahun 1947 sebagai wadah kepada pembinaan negara bangsa Melayu setelah mengecapi kemerdekaan namun sayangnya usul Perlembagaan Rakyat ini ditolak mentah-mentah.
ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947
1.Malaya disatukan termasuk juga Singapura
2.satu badan perundangan pusat ditubuhkan untuk seluruh Tanah Melayu
3.kesama-rataan dalam soal politik diberikan kepada penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah tumpahnya dan akan setia terhadap Tanah Melayu
4.Sultan-Sultan Melayu berperanan sebagai raja yang berdaulat dan berfungsi sebagai raja berperlembagaan serta menerima nasihat dari rakyat dan bukannya menjadikan British sebagai penasihat
5.hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan hal-ehwal adat-istaiadat orang Melayu diletakkan sepenuhnya dibawah kawalan dan tanggungjawab orang Melayu
6.perhatian yang khusus dan istimewa perlu diberikan kepada soal kemajuan orang Melayu.
7.Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi masyarakat Tanah Melayu,
8.pertahanan Tanah Melayu dan urusan luar negeri diuruskan oleh Kerajaan Malaya dan Kerajaan Inggeris
9.istilah "MELAYU" digunakan sebagai rupa bangsa yakni kewarganegaraan bagi penduduk Tanah Melayu
10.bendera kebangsaan hendaklah berwarna merah di atas dan putih di bawah.
Kalau dikaji isi kandungan ini, ternyata ianya tidak merugikan bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu kerana Melayu sememangnya mempunyai hak-haknya yang terjamin sebagai penghuni asal tanah ini manakala bagi bukan Melayu yang enggan menerima isi kandungan ini, maka mereka tiada perlu diberikan hak politik dan kewarganegaraan di tanah air ini. Namun sayangnya usul ini tidak diterima, maka ianya terus berkubur dan dari satu segi telah menggagalkan perjuangan kebangsaan para pejuang kemerdekaan dahulu kerana nasionalisme Melayu bukanlah suatu ideologi nasionalisme yang bersifat perkauman yang sempit malah ianya bersifat unik iaitu selain bersifat progresif dan anti-imperialis serta ianya juga bersifat tidak perkauman. Kegagalan konsep nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh para pejuang kebangsaan ini juga dilihat menjadi semakin gagal apabila konsep bangsa Malaysia direalisasikan.