Khamis, 23 Mei 2013

Tempe cicah Budu




Johor Darul Takzim FC menang malam nie lawan Kelantan.  Tak nak komen banyak2.  Aku tengok fans2 Kelantan dah mula bising nak agar Bojan Hoddak direhatkan.  Ada yang kata Bojan Hoddak bangang sebab tak turunkan Dickson dan lambat turunkan Piya ngn Indra. Padahal aku tengok sebelum perlawanan nie berlangsung, fan page kelantan kebanyakannya mensyorkan agar tak perlu diturunkan kesebelasan utama bagi memberi perhatian kepada Piala FA sabtu nie. Pastue benda yang aku dah agak dah yang fans2 kelantan akan cakap iaitu kedua-dua gol JDT adalah dijaringkan oleh ex-player Kelantan...Ok...Benda2 nie tak payah nak layan sangat...

Berbeza pula dengan fans Johor Darul Takzim, meski ramai yang mempertikai prestasi Fandi Ahmad dalam mengelola JDT, namun terdapat sejumlah fans2 JDT yang tetap menaruh kepercayaan dan kesetiaan pada Fandi Ahmad.  Ini dibuktikan menerusi nyanyian lagu yang bertemakan sokongan terhadap Fandi Ahmad oleh para fans pada beberapa perlawanan sebelum perlawanan bertemu Kelantan malam tadi....Bahkan ada komen daripada fans Singapura yang meminta agar nyanyian lagu tersebut dinyayikan di Stadium Jalan Besar pada perlawanan JDT menentang Lions X11 akan datang..



kredit kepada fan page Johor Darul Takzim FC

"IN FANDI AHMAD WE TRUST!"

Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...
Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...
Kami percaya Fandi Ahmad..

Teruskanlah usahamu..
Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...

Satu benda lagi yang aku dok perhati, setakat nie, kat fan page Kelantan agak kurang fans2 Johor yang membuat provokasi berbanding provokasi yang barangkali mewakili fans Kelantan di fan page JDT.  Jadi buat raayat Johor tak payah nak berprovokasi sangat...Rileks2 aja dah...Hidup biasa2 jer...Mungkin malam nie rezeki Johor...Syukur dan tak payah nak sombong serta angkuh sangat...


p/s Tahniah jugak buat Johor FA sebab berjaya kalahkan Kedah semalam meski slot untuk ke Liga Super agak sedikit sukar.....

Tiada ulasan: