Selasa, 21 Mei 2013
Bila Tuhan Berbicara
'Bila Tuhan Berbicara" merupakan karya lain Faisal Tehrani. Mempunyai reka hias kulit dengan konsep yang hampir sama dengan novel 'Tuhan Manusia". Sebabnya mudah, mungkin disebabkan ia diterbitkan oleh penerbit yang sama iaitu "Ameen Kreatif".
Menurut Faisal, novel ini lebih ke arah genre novel drama. Dan mungkin boleh diadaptasikan kepada pentas teater, namun mungkin mengambil tempoh pementasan yang lebih daripada sehari bahkan mungkin boleh meleret sehingga selama seminggu lamanya kerna ia mempunyai plot dan penceritaan yang agak panjang. Novel drama ini dihasilkan oleh Faisal Tehrani sewaktu beliau mahu merehatkan mentalnya. Disini boleh dilihat bahawa penulis sejati hanya dapat merehatkan mental dan jiwanya dengan mekanisme yang sama juga iaitu menulis!!!...
Dalam novel ini terdapat 3 watak utama iaitu Sahlan seorang ahli vulkanologis yang ingin menjadi wanita, Razlan seorang yang punya pegangan agama kuat namun jika dipandang pada kaca mata masyarakat general, Razlan ditanggap sebagai golongan ektremis atau pelampau agama dan juga Mazlan seorang doktor perubatan.
Kisah pada awalnya menceritakan tentang 3 watak ini yang terperangkap dalam runtuhan disebabkan gempa bumi berlaku. Penceritaan dipenuhi dengan dialog-dialog antara 3 watak ini yang mengandungi mesej-mesej tertentu dan turut sarat dengan informasi. Bersesuaian dengan profesion Sahlan sebagai ahli vulkanologis, maka informasi yang terpacul dari mulutnya adalah lebih berkisar kepada maklumat tentang gunung berapi iaitu meliputi tentang pembentukan, cara meletus dan kesan dari letusannya. Bagi Razlan yang boleh ditanggap sebagai ustaz, maka nas Al-Quran dan Hadis merupakan informasi yang dominan yang disumbangkan oleh beliau manakala Mazlan pula seorang doktor perubatan memberikan informasi tentang dunia perubatan kepada para pembaca.
Novel ini meengutarakan tentang bagaimana kemunculan dunia baru setelah hancurnya dunia. Yakni berkisar tentang rupa bentuk tamadun baru yang perlu diusahakan setelah runtuhnya tamadun lama disebabkan bencana alam.
Disini, ketiga-tiga watak ini seolah-olah ditidurkan dalam tempoh jangka waktu masa yang lama bagi memperlihatkan dan memberi sumbangan dalam pembentukan tamadun baru. Kisah ini umpama kisah Ashabul Khafi yang telah ditidurkan oleh Tuhan dalam jangka waktu yang panjang.
Setelah dibangunkan dari tidur inilah, mereka punya tugas yang berat dan ia suatu misi yang penting bagi membentuk dan membina tamadun Melayu yang baru yang lebih asli yang lebih punya nilai.
Dari malapetaka alam inilah, novel ini melihat bangsa Melayu boleh bangkit dengan nilai ketamadunan yang berimpak tinggi dan bukannya menciplak tamadun barat tetapi tamadun dari hasil tangan sendiri dan bersesuain dengan kehendak syarak dan keredhaan Tuhan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan