Masa aku balik dari tengok bola kat Stadium Larkin sewaktu Johor DT bertemu Terengganu hari itu, bapak aku ada tanya :
"Fandi Ahmad ada sana?". Aku jawab ada.
Guru aku plak pernah bercerita tentang Fandi Ahmad (masa kat Kg Air Bah Lenggong), begini bunyinya :
"Di Saat2 pertengahan akhir karier Mohktar Dahari, muncul pemain muda dari Singapura; Fandi Ahmad namanya yang mula melonjak popularitinya"...
Daripada kenyataan 2 insan ini, aku dapat rasakan sesuatu yang menakjubkan dan menerujakan tentang Fandi Ahmad sewaktu era kegemilangannya. Aku cuma dapat rasakan sahaja meski darjah keperasaan tersebut tak lah sama bahkan tak mungkin sama sepertimana yang dapat dilihat dan dirasakan sendiri oleh kedua-dua insan ini yang merasai dan melihat sendiri suasana era pada ketika itu. Meski Fandi Ahmad tak bermain untuk Johor yang mewakili negeri bapak aku atau juga Perak yang mewakili negeri guru aku, tapi dari kenyataan linear dan tak linear kedua-dua insan ini, memaparkan sejauh mana kegemilangan Fandi Ahmad dalam kerier bola sepaknya yang diakui oleh individu yang bukan sahaja berlainan negeri atau kelab tetapi berlainan warganegara dan negara. Umpama mudahnya begini, kalau 30 tahun akan datang, anak aku bertanya tentang Amri Yahya dekat aku...Maka aku akan akui kelagendaan Amri Yahya meski Amri Yahya bukanlah pemain Johor.
"Fandi is a devout Muslim, avoids scandals, does not smoke or drink, and is often described as humble, filial and compassionate." - Nick Edwards-
Selasa, 28 Mei 2013
Khamis, 23 Mei 2013
Selandang vs Penyu
Minggu lepas hampir seminggu aku kat Lenggong. Dah lama tak balik Lenggong. Kebetulan Jumaat lepas kat Stadium Ipoh ada game Liga Super antara Perak dengan Terengganu. Akhirnya, raayat Perak dapat senyum lebar kerna venue stadium dah kembali semula ke Ipoh. Ingatkan raayat Perak dapat senyum lebar mengenangkan dah dapat Ipoh sebagai venue mereka. Namun hal itu tak berpanjangan kerna Jumaat malam tue, Perak terpaksa mengakui kehebatan Terengganu. Meski Perak kalah, aku sejujurnya puji corak permainan Perak. Banyak gerakan dimulakan dari bawah, kemudian bola dihantar ke bahagian tengah, dari tengah mereka merencanakan serangan di bahagian atas. Cuma kekurangan Perak adalah dari sudut penyundahan di hadapan jaring pintu gol. Sepertimana kata Azraai Khor yang mana "penyerang Perak terutamanya Hadi Yahya tak patut mensia-siakan peluang dihadapan gol pada malam ttue". Dalam pada masa yang sama juga, kebanyakan pemain utama Perak sedang mengalami pergantungan permainan akibat menerima kad merah dan juga disebabkan menerima kad kuning ketiga. Bahkan dalam perlawanan tersebut, anak buah Azraai Khor terpaksa menggunakan 100% pemain tempatan yang rata-rata kebanyakannya dibarisi pemain muda dari slot bebudak piala presiden. Malam tue Perak kalah 3-1 kepada Terengganu. Gol Perak dijaringkan oleh Azlan Ismail manakala gol bagi Terengganu pula dijaringkan oleh Abdul Manaf Mamat,Fakrurazi Musa dan gol ketiga adalah gol menerusi jringan sepakan penalti.
Stadium Ipoh, Perak...nie kawasan ultrasPerak dok bersorak bagai..
Tentang Stadium Ipoh pula, setakat ini menurut pemerhatian dan pengalaman aku, Stadium Ipoh adalah yang terbaik pernah aku tengok jika dibandingkan staidum yang pernah aku masuki (Stadium Darul Aman, Stadium Larkin dan Stadium Lumut). Stadiumnya luas dan besar. Dibina dengan mempunyai 3 tingkat. Kebetulan pula, malam tue tak lah berapa ramai sangat fans yang datang. Jadi aku dapatlah duduk dibahagian tengah di tingkat 3. Jadi malam tue aku dapat menonton dengan puas hati. Bahkan kalau hujan melanda sekalipun, tak menjadi masalah, kerna pada binaan di sisi kanan dan kiri, binaan tempat duduk penonton dibina dengan ciri mempunyai bumbung...Disebabkan Perak kalah malam tue, maka terdapat segelintir penyokong Perak yang munafik telah melakukan aksi orang munafik dan fasik. Antaranya mereka dok maki-hamun pengadil, bakar mercun, balik botol dan paling eksterim adalah dok cabut bangku stadium, pastue dok lempar masuk stadium... Apa, kalau buat benda tue, keputusan boleh berubah dan memihak kepada Perak ker...Lagi merugikan Persatuan Bola Sepak Negeri adalah...Malam tue ada jualan jersi Perak musim lepas di perkarangan luar stadium, tapi aku tak sempat nak beli meski harganya terlampau lah sangat murah...aduh..melepas...
Lepas nie, keinginan nafsu gua adalah nak tengok bola kat stadium Shah Alam plk...
Dikesempatan nie, gua nak kongsi video fans JDT a.k.a B.O.S sewaktu Johor DT kalah bertemu Perak di Stadium Lumut pada 27 April 2013...
*kredit video kepada fan page Johor Darul Takzim fc
Dari video nie, kita boleh lihat ada banner berlambang tengkorak yang sinonim dengan lanun...Dan dalam banyak2 negeri di Malaysia, Johor sering dikaitkan dengan lanun...yakni berkait dengan kesultanan Johor yang ditanggap merupakan asalnya adalah lanun...Bahkan lebih hangat lagi pada masa kini yang menaungi bola sepak Johor adalah Tengku Mahkota Johor...jadi makin hangatlah isu lanun ini dikait dengan Johor yang kaitannya khusus dituju pada penaung bola sepak Johor. Kesultanan Johor kini memang lanun...suatu hal yang benar...bahkan ada buku khusus yang membincangkan isu ini yang berjudul "The Prince of Pirates" karya Carl A. Trocki. Seperti yang pernah aku kata dahulu, ini pelabelan dan konspirasi barat...merompak dan melanun dari perspektif Melayu membawa konotasi maksud yang berbeza...merompak dan melanun berbeza...merompak suatu hal yang salah jika dipandang pada kaca mata Melayu masa itu...berbeza dengan melanun yang mana ia adalah suatu aksi yang medapat legitimasi daripada pihak pemerintah Melayu...bahkan yang dilanun oleh lanun Melayu ini bukanlah ke atas masyarakat sesama Melayu tetapi keatas kapal2 milik penguasa Eropah yang telah menganggu keharmonian wilayah rantau alam Melayu lebih-lebih lagi semenjak kemunculan Portugis di rantau ini...Bahkan dari sudut eptimologi lanun ini, kata "lanun" adalah berasal dari nama suku bangsa 'Ilanun" yang pada suatu ketika dahulu memamng terkenal dengan kegiatan melanun dan membajak kapal2 dagang milik penguasa Eropah...
Selain itu, melihatkan video ini, gua dapat rasakan bahawa bebudak yang form B.O.S ini mungkin kebanyakannya adalah bekas2 bebudak Skin Head, Ska, Hardcore yang dahulunya sibuk berpogo kat gig tapi kini dah bersara disebabkan dah kerja ngn kerajaan ataupun dah berkawen sehinga beranak-pinak...Mungkin masa era mereka dahulu nak jadi football hooligan tak kesampaian sebabnya Johor time diorg tue tak berapa nak power sangat ataupun time tue diorg tak kenal dan minat lagi pasal bola...
p/s sat gi nak balik Lenggong lagi...jadi makanya minggu nie tak boleh nak main futsal lagi...dahlah Jumaat cuti...hampeh...sengaja nak pekena lah nie...cuti2 kena kerja...sabar je lah...
Tempe cicah Budu
Johor Darul Takzim FC menang malam nie lawan Kelantan. Tak nak komen banyak2. Aku tengok fans2 Kelantan dah mula bising nak agar Bojan Hoddak direhatkan. Ada yang kata Bojan Hoddak bangang sebab tak turunkan Dickson dan lambat turunkan Piya ngn Indra. Padahal aku tengok sebelum perlawanan nie berlangsung, fan page kelantan kebanyakannya mensyorkan agar tak perlu diturunkan kesebelasan utama bagi memberi perhatian kepada Piala FA sabtu nie. Pastue benda yang aku dah agak dah yang fans2 kelantan akan cakap iaitu kedua-dua gol JDT adalah dijaringkan oleh ex-player Kelantan...Ok...Benda2 nie tak payah nak layan sangat...
Berbeza pula dengan fans Johor Darul Takzim, meski ramai yang mempertikai prestasi Fandi Ahmad dalam mengelola JDT, namun terdapat sejumlah fans2 JDT yang tetap menaruh kepercayaan dan kesetiaan pada Fandi Ahmad. Ini dibuktikan menerusi nyanyian lagu yang bertemakan sokongan terhadap Fandi Ahmad oleh para fans pada beberapa perlawanan sebelum perlawanan bertemu Kelantan malam tadi....Bahkan ada komen daripada fans Singapura yang meminta agar nyanyian lagu tersebut dinyayikan di Stadium Jalan Besar pada perlawanan JDT menentang Lions X11 akan datang..
kredit kepada fan page Johor Darul Takzim FC
"IN FANDI AHMAD WE TRUST!"
Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...
Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...
Kami percaya Fandi Ahmad..
Teruskanlah usahamu..
Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...
Kami bersamamu...
Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...
Kami percaya Fandi Ahmad..
Teruskanlah usahamu..
Fandi Ahmad...
Kami bersamamu...
Satu benda lagi yang aku dok perhati, setakat nie, kat fan page Kelantan agak kurang fans2 Johor yang membuat provokasi berbanding provokasi yang barangkali mewakili fans Kelantan di fan page JDT. Jadi buat raayat Johor tak payah nak berprovokasi sangat...Rileks2 aja dah...Hidup biasa2 jer...Mungkin malam nie rezeki Johor...Syukur dan tak payah nak sombong serta angkuh sangat...
p/s Tahniah jugak buat Johor FA sebab berjaya kalahkan Kedah semalam meski slot untuk ke Liga Super agak sedikit sukar.....
Selasa, 21 Mei 2013
Bila Tuhan Berbicara
'Bila Tuhan Berbicara" merupakan karya lain Faisal Tehrani. Mempunyai reka hias kulit dengan konsep yang hampir sama dengan novel 'Tuhan Manusia". Sebabnya mudah, mungkin disebabkan ia diterbitkan oleh penerbit yang sama iaitu "Ameen Kreatif".
Menurut Faisal, novel ini lebih ke arah genre novel drama. Dan mungkin boleh diadaptasikan kepada pentas teater, namun mungkin mengambil tempoh pementasan yang lebih daripada sehari bahkan mungkin boleh meleret sehingga selama seminggu lamanya kerna ia mempunyai plot dan penceritaan yang agak panjang. Novel drama ini dihasilkan oleh Faisal Tehrani sewaktu beliau mahu merehatkan mentalnya. Disini boleh dilihat bahawa penulis sejati hanya dapat merehatkan mental dan jiwanya dengan mekanisme yang sama juga iaitu menulis!!!...
Dalam novel ini terdapat 3 watak utama iaitu Sahlan seorang ahli vulkanologis yang ingin menjadi wanita, Razlan seorang yang punya pegangan agama kuat namun jika dipandang pada kaca mata masyarakat general, Razlan ditanggap sebagai golongan ektremis atau pelampau agama dan juga Mazlan seorang doktor perubatan.
Kisah pada awalnya menceritakan tentang 3 watak ini yang terperangkap dalam runtuhan disebabkan gempa bumi berlaku. Penceritaan dipenuhi dengan dialog-dialog antara 3 watak ini yang mengandungi mesej-mesej tertentu dan turut sarat dengan informasi. Bersesuaian dengan profesion Sahlan sebagai ahli vulkanologis, maka informasi yang terpacul dari mulutnya adalah lebih berkisar kepada maklumat tentang gunung berapi iaitu meliputi tentang pembentukan, cara meletus dan kesan dari letusannya. Bagi Razlan yang boleh ditanggap sebagai ustaz, maka nas Al-Quran dan Hadis merupakan informasi yang dominan yang disumbangkan oleh beliau manakala Mazlan pula seorang doktor perubatan memberikan informasi tentang dunia perubatan kepada para pembaca.
Novel ini meengutarakan tentang bagaimana kemunculan dunia baru setelah hancurnya dunia. Yakni berkisar tentang rupa bentuk tamadun baru yang perlu diusahakan setelah runtuhnya tamadun lama disebabkan bencana alam.
Disini, ketiga-tiga watak ini seolah-olah ditidurkan dalam tempoh jangka waktu masa yang lama bagi memperlihatkan dan memberi sumbangan dalam pembentukan tamadun baru. Kisah ini umpama kisah Ashabul Khafi yang telah ditidurkan oleh Tuhan dalam jangka waktu yang panjang.
Setelah dibangunkan dari tidur inilah, mereka punya tugas yang berat dan ia suatu misi yang penting bagi membentuk dan membina tamadun Melayu yang baru yang lebih asli yang lebih punya nilai.
Dari malapetaka alam inilah, novel ini melihat bangsa Melayu boleh bangkit dengan nilai ketamadunan yang berimpak tinggi dan bukannya menciplak tamadun barat tetapi tamadun dari hasil tangan sendiri dan bersesuain dengan kehendak syarak dan keredhaan Tuhan...
Khamis, 9 Mei 2013
Anak Kucing
Masa kecil adalah masa yang dipenuhi dengan bermacam-macam keinginan. Namun keinginan tersebut jarang dapat dicapai kerna bermacam-macam faktor. Banyak kekangan. Banyak halangan. Antaranya mungkin disebabkan kekangan kewangan. Contohnya, dulu masa kecik, aku teringin nak kumpul barangan permainan seperti koleksi kereta, karekter watak kartun dragon ball tetapi mengenangkan keluarga aku itu bukanlah dari golongan berada, maka hajat itu tak kesampaian. Berbeza pula dengan rakan2 aku yang agak berada dimana mereka ini bukan sahaja punya koleksi permainan pelbagai jenis kereta bahkan mereka punya koleksi bermacam jenis kapal terbang. Jangankan nak beli dan kumpul karekter watak dragon ball, nak beli beli dan kumpul komik dia pun aku tak mampu. Sebab itu, bila dah dewasa macam ini, barulah aku terhegeh-hegeh nak kumpul komik dragon ball itu. Itu pun masih tak cukup lagi dan buat ketika ini, aku tak bernafsu plk nak cari untuk lengkapkan koleksi komik dragon ball itu.
Kendatipun, aku tak berupaya untuk mengumpul koleksi komik dragon ball, ironinya ibu aku melanggankan aku setiap bulan komik 'KAWAN'. Dengar katanya, ibu nak aku dan adik aku suka membaca. Mungkin mengikut pemikiran ibu aku, pada masa itu "KAWAN" merupakan komik bersifat sedikit ilmiah dan punya elemen pembelajaran, maka kerna itu ibu aku tak lokek untuk langgan komik ini setiap bulan. Dan dalam pada masa yang sama juga, aku tak pulak berperasaan memberontak sehingga tidak membaca komik KAWAN itu bahkan sentiasa pula menunggu dan ternanti-nanti edisi keluarannya yang mendatang. Dalam komik KAWAN itu, aku suka cerita pasal "Dr Nina", "Zul Tek", dan cerita pasal kehidupan anak seni tempatan yang diceritakan dalam bentuk lukisan kartun. Antara cerita pasal anak seni yang dinukilkan menerusi komik KAWAN yang masih aku ingati adalah cerita pasal Zaid
yakni anak saudara Al-Marhum Sudirman, KRU, 4U2C, Imuda....
Selain kegagalan mengumpul pelbagai koleksi barangan permainan dan komik terutamanya dragon ball, ada suatu keinginan aku yang dihalang. Iaitu keinginan untuk memelihara haiwan peliharaan. Bukan tak ada haiwan peliharaan dalam rumah aku..Ada..misalnya pelihara ikan dalam balang kaca. Tapi aku tak puas sebab aku tak leh nak sentuh, pegang, tidur ngn ikan. Paling kuat pun, aku hanya boleh tengok lenggok ikan berenang dan sedikit teruja bila bagi ikan makan...itu je lah...Keinginan utama aku adalah nak pelihara kucing...Sebabnya boleh main2, pegang, peluk dan tidur ngn kucing. Aku nakbela kucing kat umah, aku nak ada kucing yang aku sendiri bagi nama, yang mana bila aku panggil, kucing itu akan menyahut dan datang pada aku...Tapi hal itu merupakan keinginan aku yang tak tercapai. Sebabnya ayah aku tak bagi...Alasan klise,nanti kucing itu berak sepah2...Walaubagaimanapun, aku masih bersyukur meski tak dapat bela kucing kat umah, sekurang-kurangnya Al-Marhum atuk aku ada bela kucing kat kampung.Jadi hal itu tak lah menjadi suatu kesedihan yang besar sangat pun...Sebabnya aku boleh main kucing jika pulang ke kampung...
Memang pun masa usia kecil aku, aku sering duduk ngn Al-Marhum atuk aku...Bila ada cuti sekolah jer, aku akan minta ibu ngn ayah aku hantar aku dok kat kampung sebab dok kat kampung aku rasa sedikit bebas sebab tak ada ayah ngn ibu nak pantau pergerakan aku...Lagi pula, kalau dok kat kampung, Al-Marhum atuk aku akan ajak aku ngn adik aku buat macam2 benda...Kadang2 pergi ke kebun untuk "mancah" rumput (mancah bermaksud menebas)..Kadang2 pergi tanam dan cabut ubi kayu...Kadang2 bila musim buah, gi panjat pokok amik buah...Dan yang paling seronok, Al-Marhum atuk aku nie akan buat barangan permainan untuk aku ngn adik aku...Beliau akan buat dengan hasil tangan dia sendiri manakala aku ngn aadik aku jadi pembantu...Antara barangan permianan yang pernah dibuat oleh beliau untuk kami adalah seperti senapang kayu, pendayung sampan kayu supaya leh main kocak2 air kat kolam belakang umah dan kalau musim raya,Al-Marhum atuk aku akan gi cari buluh kat kebun kemudiannya akan buatkan meriam buluh untuk kami...Ah betapa indah dan manisnya kenangan hidup dengan Al-Marhum Haji Hussain...Tak puas rasanya aku hidup dengan dia...apapun Al-Fatihah buat Al-Marhum Haji Hussain Haji Yusof....
Berbalik kepada soal haiwan kucing tadi, suatu kejadian ironi pulak dapat aku tonton semasa aku pulang ke kampung bebaru ini. Jumaat lepas aku pulang ke kampung dengan menumpang kenderaan kawanku iaitu Udin. Aku pulang berempat iaitu selain Udin adalah Wandi dan Syam. Kepulangan aku motif utamanya bukanlah sebab nak mengundi sangat pun. Aku pulang sebab pak cik dan mak cik aku pulang sama. Aku dah lama tak tengok dan jumpa diorang. Akhir aku jumpa diorg masa raya haji aritue. Itu pun tak semua yang dapat aku jumpa. Aku sampai lewat malam Jumaat. Pagi Sabtu aku terdengar bunyi mengiaw kucing. Aku ingatkan kucing sebelah rumah aku dok mai...Tapi rupa-rupanya adik aku tengah mandikan kucing... Aku jadi pelik dan hairan...Apakah rumah aku nie sudah boleh menerima kedatangan dan kemunculan kucing. Sedangkan sebelum ini ayah aku terutamanya agak keras daripada menerima mana-mana kemasukan kucing ke dalam rumah..Aku pun tanya adik aku. Masa tue adik aku tengah bagi makan anak kucing tue. Kata adik aku, anak kucing tue dia jumpa dengan kawan dia yang bernama Ain yang juga merupakan jiran sebelah rumah aku kat sekolah agama petang.. Katanya anak kucing terbiar...Adik aku kata ustazah yang suruh dia bawa balik kucing tue...Mula-mula ingat nak suruh Ain bela, tapi Ain kata bapak dia tak bagi sebab dah banyak kucing. Jadi nak tak nakadik aku lah yang kena bela...Tapi yang masih lagi musykil dalam benak aku,macam mana bapak aku leh bagi keizinan adik aku nie bela kucing...Sebab aku tahulah perangai bapak aku bila menyentuh soal kucing nie...Tiada mahunya dia nak kasi can bela kucing masa aku kecik dulu...Bahkan aku tengok siap belikan lagi makanan kucing itu....Jadi aku buat 2 hipotesis sendiri yang sehingga kini masih pun belum dapat dipastikan...2 hipotesis itu :
1. Adik aku mungkin dah berjaya cairkan hati ibu bapa aku terutamanya bapak aku...Aku tengok adik aku nie memang pandai ambil hati ibu bapa aku...Yang selalu kalah dan cair dengan mainan kata2 adik aku nie adalah ibu aku...
2. Mungkin sebab perasaan simpati bapak aku...Yelah, adik aku kan dok kat umah sorang2...Tak ada adik lagi...Sunyi...Mungkin dengan adanya anak kucing tue, dia adalah teman bermain...Bahkan aku ada terdengar perbualan ibu aku dengan nenek saudara akuyang mengatakan ibu aku nak amik anak angkat...Kalau betul lah tue, aku rasa mungkin ibu nak amik anak angkat perempuan sebab ibu aku dari dulu memang nak anak perempuan...
Entahlah semakin aku besar semakin aku tak faham dengan perangai dan sikap bapak aku terutamanya..Dulu aku dan adik aku yang no2 membesar dengan gaya sikap bapak aku yang agak tegas, garang. Jangankan nak tunggu bapak aku marah, bila bapak aku beliakkan mata dia jer pun aku dah jadi takut...Bila dia beliakkan matanya tue, itu tanda dia marah...Dan aku seolah-olah dapat melihat marakkan api di bebola matanya apabila bapak aku nie membeliakkan matanya tue..Sebab tue, jarang kami meminta sesuatu yang tidak penting kepada bapak...Kalau nak minta sesuatu tue, kena fikir banyak kali...Takut2 apa yang dipinta tue akan menimbulkan kemarahan bapak aku...Berbeza pula aku tengok layanan bapak aku dekat adik bongsu aku nie...Apa adik aku mintak, dengan senang dan mudahnya dia bagi...Adik aku mintak basikal...dapat...Sedangkan dulu aku nak pakai basikal pun kena kumpul duit sendiri..AKU guna duit raya yang aku kumpul...Itu pun aku tak dapat basikal idaman aku..Aku masa tue, nak basikal yang ada gear tapi bapak aku belikan aku hanya basikal yang mirip dengan basikal yang ada gear, cumanya tak ada gear...Walhal aku rasa duit raya aku cukup untuk beli basikal yang ada gear tue sebab aku dah tanya pada kawan2 aku tentang harga basikal yang ada gear tue...Namun aku bersyukur sebab lebih kurang 2 tahun kemudiannya, Al-Marhum atuk aku belikan aku juga basikal mountain bike yang ada gear tue...Bila aku fikir2 kembali...Sebenarnya Tuhan Tahu...Maha Tahu...Tapi Menunggu...
* Anak kucing nie warna putih sedikit kekuningan seluruh badan dia...Mata dia pula warna biru..Jadi bila kucing bermata biru, biasa orang gelar ia sebagai kucing siam...Aku tengok keadaan anak kucing nie agak sedikit kesian...Kurus...Menurut ibu aku, anak kucing nie sebenarnya masih lagi dalam tempoh menyusu lagi...Aku lupa plk nak tanya adik aku, apa nama anak kucing nie...tapi dari apa yang aku dengar, adik aku panggil anak kucing ni dengan gelar nama "baby"..Peh tak best langsung nama panggilan tue...Dulu, aku adalah berangan2 nak bela kucing bila dah besar nanti...Aku nak bela kucing Parsi yang berbulu putih lebat dengan nama panggilan Shiro...Nanti aku ingat nak call adik aku, bagitau dia ssupaya bubuh nama anak kucing tue dengan nama Shiro.....
Khamis, 2 Mei 2013
Mutiara Kata
"Andai kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama"
Novel Tuhan Manusia
Reka Hias Kulit "Tuhan Manusia"
PENERANGAN RAGAM HIAS KULIT "TUHAN MANUSIA"
PELUKIS : Khairul Azuwan
Judul : Monster's Garage
Apabila makhluk aneh yang melucukan membuat ribut dalam sistem kepercayaan religus manusiawi, maka manusia boleh jadi tidak rasional lagi terhadap kebenaran. Maka binasalah akhlak serta akidah anak-anak Adam secara sedikit demi sedikit - Nauzubillah.
"Monster's Garage" berpaksikan catan ilustrasi fantasi yang termaktub di dalam terma seni halus sebagai aliran gaya "surrealisme". Catan aliran ini bertitik tolak daripada kaedaan minda yang berada di dalam alam bawah sedar (subconscious mind). Secara relatif logiknya, minda membayangkan,menggambarkan atau menafsir dunia khayalan atau mimpi yang bersifat fantasi secara visual.
Metodologi "surrealisme' ini sama sekali menolak hukum hakam logika realiti-tampak mahupun logik minda sedar -"conscious mind'. Menurut aliran gaya "surrealisme" : sesuatu entiti yang dilihat,dirasa, disentuh, didengari atau dihidu dengan kelima-lima deria yang ada pada manusia tidak semestinya tertakluk kepada kefahaman semasa manusia.
Sejakdari dahulu,telah lahir beribu-ribu tokoh filsuf dari Barat dengan pelbagai macam ideologi dan teori hasil daripada ego-akal rasional masing-masing. Hujah dan kajian tokoh filsuf Barat ini ternyata merubah pola kehidupan masyarakat dunia daripada seni politik,ekonomi, sosio budaya mahupun mentaliti individu dalam masyarakat itu. Karl Marx, Hitler, Darwin dan John Locke, sekadar menyebut beberapa nama, muncul gagah menegakkan hujah ideologi kitab kebenaran masing-masing - Komunisme, Fasisme, Imperialisme dan Sekularisme. Yang pasti kesan buruk daripada teori ideologi merekaini sudah tercatat dalam sejarah tamadun manusia - peperangan,kemiskinan, kebuluran, penghapusan etnik dan keruntuhan nilai moral-akhlak.
Karya ini merupakan refleksi saya terhadap apa yang disampaikan oelh Faisal Tehrani di dalam bukunya yang bertajuk "Tuhan Manusia". Gambaran sekalian makhluk aneh,lucu, bermata jegil besar dan bergigi tajam merupakan metafora kepadaa ahli falsafah kebanggaan Barat yang sedang bergelak tawa memerhatikan sekumpulan makhluk boneka lain (masyarakat) dalam aksi yang tidak ketentuan, hilang punca, tiada arah dan jelik tubuh fizikalnya.
Keadaan ini akan berterusan selagi masyarakat tidak bebas daripada dibelenggu oleh dogma-dogma falsafah Barat. Apa yang dianuti mereka selama ini bertentangan dengan ajaran suci pembawaan Nabi Muhammad saw, dan sebenarnya lebih banyak membawa bencana daripada sejahtera untuk kehidupan mereka sendiri. Apa yang ditakuti kita ialah dosa besar makin melanda dan semakin menjadi-jadi dan akhirnya menolak diri warga Muslim ke lembah jahanam iaitu MURTAD. - Khairul Azuwan -
TUHAN MANUSIA
"Tuhan Manusia" merupakan novel yang harus dibaca. Ditulis oleh Faisal Musa atau nama penanya Faisal Tehrani. Karya ini harus dibaca kerana ia mungkin suatu refleksi atau respon terhadap suasana iklim kemasyarakatan yang melanda dalam landskap kehidupan umat Islam di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Ada suatu bahana besar yang merayap dalam keharmonian dan kesucian umat Islam di negara ini. Ia merayap dan menjalar secara senyap dan tersembunyi dibalik suatu medium yang kononnya berkonsemurni,indah,dan damai. Bahana itu adalah gejala pluralisme agama. Gejala ini kononnya dicanang-canangkan atas nama
kebebasan. Melihat semua agama adalah sama. Melihat semua agama membawa kepada kebaikan.
Isu ini melibatkan soal akidah. Suatu serangan terhadap akidah yang sebenarnya. Seperti yang terkandung dalam novel ini, dimana abang kepada watak utama Ali Taqi iaitu Talha telah ternoda minda dan jiwanya dengan pengaruh ideologi pluralisme sehingga menyebabkan dirinya mengambil jalan murtad. Kemurtadan abangnya itu telah memberikan suatu kesan yang cukup mendalam kepada kehidupan mereka sekeluarga lebih-lebih ayah dan juga mungkin kepada ibunya yang telah pergi menemui Penciptanya. Si bapa tiada menyangka yang anaknya tergamak menjadi murtad sedangkan didikan agama telah ditanam dan disemai
pada anaknya itu.
Melihatkan keadaan itu, Ali Taqi sebagai suatu respon kepada apa yang berlaku dalam keluarga telah berusaha dan berjuang untuk membongkar kesesatan ideologi ini dalam masyarakat. Dalam novel ini dipaparkan bahawa perkembangan ideologi ini didukung oleh golongan yang kononya berdiri atas nama intelektual. Kononnya merupakan golongan akademik dan terpelajar tetapi sayangnya keademikkannya itu tidak berlandas pada ikatan wahyu. Hal ini tergambar menerusi watak Aris Iskandar yang juga merupakan watak yang menyebabkan dan menyokong abang Ali Taqi menjadi murtad bahkan anak perempuanya yang bernama Zehra turut menjadi mangsa kepada ideologi fahaman yang didukungnya itu.
Sisi songsang fahaman pluralisme ini diceritakan dengan gaya perdebatan, perbincangan, komentar antara watak-watak dalam novel ini. Komentar dan perbincangan bagi sesama watak yang tidak bersetuju dan menentang fahaman ini manakala perdebatan pula terjadi antara watak yang menyokong dengan menentang ideologi ini.
Antara hujah yang sering diungkapkan oleh golongan yang menyokong ideologi pluralisme bagi menyokong perjuangan mereka adalah menerusi ungkapan kata-kata Maulana Rumi yang sering diputar-belitkan oleh John Hick iaitu "The lamps are different but the lights is the same." Golongan pluralisme ini meletakkan kata-kata Maulana Rumi pada tempat dan asas yang tidak sepatutnya. Rumi tidak langsung bermaksud untuk mengatakan bahawa Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Yahudi dalam satu kerangka agama yang punya dasar yang sama. Kerna sememangnya asas kepercayaan setiap agama ini adalah berbeza-beza. Islam misalnya dengan jelas bahawa konsep ketuhanannya adalah Satu iaitu Allah. Bagi Kristian pula mereka menjustifikasikan tuhan itu dalam 3 bentuk tapi bersatu dalam satu atau yang dipanggil triniti. Hindu pula, hakikat ketuhanannya dimanifestasikan menerusi 3 sembahan iaitu Vishu, Shiva dan Sakhti. Justeru apa mungkin setiap agama dipandang sama sedangkan asas kepada setiap kepercayaan mereka itu berbeza.
Atas sebab itu, pluralisme merupakan suatu bentuk fahaman songsang yang kononnya atas nama global, atas nama perpaduan, atas nama kesamarataan.Kesemua agama diadun menjadi satu. Gila. Caca merba.
Apa yang boleh dilihat dalam fahaman pluralisme ini ada 4 elemen. Pertama ia ada punya elemen toleransi. Kedua, pluralisme itu menegaskan wujudnya hakikat yang satu. Ketiganya, pluralisme itu melihat hakikat yang satu itu boleh ditanggapi dengan cara yang berbeza. Dan keempat, pluralisme membawa erti itu terdiri daripada pelbagai unsur dan masing-masing terdapat dalam pelbagai agama.
Jadinya, golongan pluralisme ini melihat bahawa hakikat ketuhanan dapat diperoleh dalam mana-mana agama dan semua agama adalah sama.Kerna itu, golongan ini kerapkali memutar-belitkan kata-kata Maulana Rumi bahawa "lampu adalah berbeza tapi cahayanya sama". Mereka melihat agama-agama sebagai lampu, meski ia adalah lampu yang pelbagai tapi tetap menghasilkan cahaya yang sama. Mereka turut memperguna bait-bait ayat yang terdapat dalam kitab agama lain misalnya dalam kitab suci Hindu iaitu Bhagavad Gita yang mengatakan bahawa "jalan apapun yang dipilih, manusia adalah milikku". Mereka cuba mencari suatu titik temu atau titik sama antara agama yang kononnya atas motif perpaduan. Suatu yang jelas bahawa ia merupakan suatu ancaman terang kepada Islam dan akidah umat Islam khususnya.
Novel ini di babak hujungnya, menceritakan bahawa Talha yang murtad itu mati tanpa sempat bertaubat, Ali Taqi bersama rakan-rakannya terus berjuang menyebarkan syiar Islam dan membongkar kesesatan pluralisme bahkan Zehra juga akhirnya mengakui bahawa Islam tidak dapat diduduk-letakkan sama tinggi dan sama rendah dengan mana-mana agama di dunia ini.
p/s Dulu gua hampir terjebak dan terpengaruh dengan bentuk fahaman ini. Gua ikut budak2 SPF berkomentar tentang benda ini yang pada masa itu tidaklah dinyatakan secara jelas motif utama pluralisme ini. Disebarkan secara halus dan tersembunyi. Sebab gua ikut kerna ia memaparkan suatu ciri yang kononnya bersatu-padu, melihat persamaan dan membuang perbezaan. Di Malaysia benda ini dah semakin menular. Menular dan berkembang atas nama kebebasan kononnya. Digiatkan oleh golongan pembikin filem dan penulis serta akademia dan juga ahli politik. Lihat sahaja kes Lina Joy, lihat sahaja individu yang mengungkapkan kata-kata 'agama adalah hak kebebasan setiap manusia", kes LGBT,, filem Mualaf, filem Sepet, filem Gubra...ini adalah antara ancaman karut-marut yang membahayakan generasi kita....
Langgan:
Catatan (Atom)