Jumaat, 1 Mac 2013
Nama
Aku membaca sekilas lalu novel Andrea Hirata yang diberi judul "Edensor". Bukannya aku baru baca.. Aku sudah lama mengkhatamkan bacaan novel sekitar 12 Mac 2012 yang lalu iaitu sewaktu perjalanan dalam bas dari Batu Pahat ke Pulau Pinang. Ada satu bahagian dalam novel ini yang menarik perhatian aku.Ianya
berkisar tentang si Ikal tue...Watak utama itu. Cerita tentang bagaimana namanya asyik ditukar-tukar dek kerana perangainya itu...Perangai apa lagi kalau bukan perangai nakalnya itu...
Seperti yang ditulis Andrea Hirata, nama bagi kebanyakan masyarakat Melayu yang berpegang kuat pada adat dan agamanya sudah sepastinya sangat dititik beratkan..Nama bagi suatu cahaya yang baru lahir ke alam ini ditanggap suatu yang punya korelasi dengan agama...Ada hubung-kaitnya yang sangat akrab...Kerana nama yang diberi itu jugalah yang akan menentukan perjalanan masa depan hidupnya....
Sepertimana kes si Ikal ini, yang mana asalnya diberi nama Aqil Barraq Badruddin, kemudiannya terpaksa ditukar namanya ke nama lain gara-gara perangai nakalnya yang suka menggugat ketenangan seisi
kampungnya...Dinukilkan dalam novel bahawa si Ikal ini masa kecilnya dahulu suka sorokkan kasut Imam dan penggawa masjid, suka ketuk beduk tanpa arah ttuju, pernah juga memasuki bahagian ruang solat wanita dengan menggunakan telekung sebagai penyamaran, pernah juga membakar meriam buluh di jendela masjid saat jemaah sedang khusyuk bertarawih dan pernah juga tanpa sebab muasal yang sahih, si ikal nakal ini pernah juga menurunkan bendera si merah putih hingga separuh tiang...kerna itu, ayahnya menukar nama anak itu....
Berbicara soal tukar nama itu...aku teringat tentang perihal di kampung aku...budaya itu ada dalam amalan kampung aku...meski si ikal itu berbangsa Melayu asli manakala budaya kampung itu adalah Jawa, tapi 2 suku ini berkongsi budaya yang sama...Aku buat konklusi mudah...meski dari segi bahasa punya sedikit
perbezaan antara 2 suku bangsa ini...namun kedua-dua suku ini adalah serumpun..satu rumpun..rumpun austronesia...kerna itu pertembungan budaya yang sama antara 2 suku ini tidaklah suatu hal yang besar...hal yang sama mungkin terjadi bagi suku bangsa yang lain...banjar..bugis..minang...rawa...bahkan juga
Melayu Kelantan...kita berada si wilayah lokaliti geografi yang sama...benua Alam Melayu!!!...
Sama seperti yang dicoretkan Andrea Hirata dalam Edensor, nama bagi masyarakat Melayu adalah suatu elemen yang penting...yang dipercayai menentukan perilaku, tabiat dan akhlaknya...kerna itu, jika terdapat sesuatu yang berbaur tidak baik, misalnya seperti kes si Ikal yang sering nakal tidak tertahan-tahan, maka ibu bapanya akan berusaha untuk menukar namanya ke nama lain..ditanggap mereka bahawa nama yang diberi pada awalnya itu tidak cocok dan serasi dengan jasad anak itu...
Di kampung aku, lain pula ceritanya...cerita tentang tukar-tukar nama ini bukanlah disebabkan nakal...tapi sebab lain..aku punya jiran...tidak jauh dari rumah ku...keluaraga ini keluarga yang punya banyak pengalaman hidup yang unik dan menerujakan aku..hal2 kekampungan serahkan sahaja pada si ayah dalam
keluaraga ini...semuanya akan diurusin dengan mudah dan lancar...bila ada orang mati...si ayah ini jugalah yang adakalanya secara berseorangan akan memikul tugas menggali liang lahad kubur...besar sungguh peranan insan ini bukan...namanya Golias...tapi di kampung kami, warga kampung cukup hanya memanggil insan ini dengan gelar "Wak Lias"..."Wak" suatu gelaran yang sinonim untuk masyarakat Orang Jawa....
Wak Lias punya seorang anak jantan atau "bocah lanang" dalam terma Jawa yang dalam hidupnya tak sudah-sudah asyik alami kemalangan sahaja...aku perkirakan jika tidak silap aku, sudah lebih 3 kali juga anak jantan itu kemalangan...kemalangan yang dialaminya itu pula bukan sikit2 punya kemalangan...kemalangan yang besar2 jugak...sampai kaki masuk besi...sampai kena simen...ada suatu masa itu, anaknya itu eksiden lagi...belum pun pulih eksiden lama, dah eksiden lagi...kali ini dia eksiden sebab pokok kelapa tiba2 tumbang masa dia naik moto..teruk juga kata pak cik aku...sebab masa kejadian itu, pak cik aku ada dengan dia...tapi mujur pak cik aku tak kena hempap sekali....
Sebab asyik kerap eksiden jer, wak Lias nie buat keputusan tukar nama dia...maka suatu kenduri pun diadakan, bagi melangsungkan upacara pertukaran nama itu...mungkin dengan tukar nama itu, maka dapat buang sial barangkali...mungkin itulah faham percayanya dari manifestasi aksi tersebut...kalau dulu orang
pannggil anaknya itu "ann" tapi nama barunya itu adlaah "Shukor"...tapi nama ini hanya nama panggilan sahaja..tapi dalam kad pengenalan tiada ditukar...maka sejak dari itu...orang kampung aku panggil mamat ini dengan gelar nama "Shukor"...
p/s dulu gua ada lah berkomentar tentang nama2 yang bakal nak diberikan pada anak gua kalau dah kawin n ada rezeki dapat anaklah...tapi tak tahulah bila benda itu jadi kenyataan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
teringin nak baby dah ek? me too... tapi ntah la bila...
Catat Ulasan