Hari Isnin baru-baru ini, aku bersama seorang rakan setugas ku iaitu Muz dan guruku pergi ke Pahang. Seperti selalunya dan bersesuaian dengan skop bidang kerjaku, kami ke sana untuk menjalankan kajian selidik ke atas masyarakat Orang Asli di sana.
Kajian kali ini lebih fokus kerana kajian ini adalah intipati utama dalam penulisan tesis sarjana rakan ku ini. Aku cuma bertindak sebagai pembantu sahaja bagi rakan ku ini dalam mengumpul data etnografi untuk kajian sarjananya itu.
Lokasi kajian kali ini adalah di Temerloh, Pahang. Kami bergerak dari Pusat sekitar jam 11 pagi. Membelah laluan lebuhraya utara-selatan dengan memasuki tol Juru. Kami membuat keputusan untuk tidak memasuki Kuala Lumpur, sebaliknya kami keluar di susur keluar Kuala Kubu Baru. Dari Kuala Kubu Baru, kami menggunakan laluan jalan kampung.
Terdapat satu tempat di sekitar Kuala Kubu Baru yang diberi nama Kerling. Menurut guru aku, nama tempat itu asalnya dari istilah "Keling" yang merujuk kepada masyarakat India.
Terdapat satu peristiwa lampau berkenaan tempat kawasan ini. Peristiwa ini berlangsung sekitar tahun 80-an. Dimana pada masa itu, terdapat mahasiswa Melayu-Islam yang belajar di Universiti Malaya, KL yang mencetuskan kontroversi di tempat yang dinamakan Kerling itu.
Ceritanya begini, mahasiswa itu pada era itu telah menghancurkan patung-patung Hindu yang terdapat di Kuil Hindu dengan menggunakan kapak. Kononnya, perilaku itu adalah mengikut tindakan Nabi Ibrahim yang dahulunya pernah menghancurkan berhala-berhala di zamannya dengan menggunakan kapak. Dari sebab inilah, mahasiswa ini melakukan aksi seumpama ini. Isu ini menurut guru ku lagi telah mengempar negara bahkan ia turut melibatkan campur tangan kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan isu ini. Hal ini kerana, isu ini sememangnya panas kerana ia melibatkan soal bangsa dan agama iaitu Melayu-Islam versi India-Hindu. Begitulah ceritanya...
Laluan Kuala Kubu Baru ini menurut guru ku, pada era sekitar 70-an dan 80-an merupakan laluan utama bagi masyarakat di utara ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ini, guruku sempat juga bercerita tentang masa lalunya. Guruku ini memang gemar sekali bercerita tentang masa lalunya...Mengibau nostalgia silamnya...
Antara nostalgia silam yang diceritakanya, adalah bahawa dulunya sewaktu beliau tinggal di Kuala Lumpur, pada malam harinya beliau mengambil kelas belajar untuk peringkat STPM di salah sebuah sekolah swasta. Guru besarnya pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim. Manakala guru-gurunya yang lain pula adalah terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka iaitu seperti Abdullah Tahir dan Dharmawijaya.
Setelah keluar dari lebuhraya, dari Kuala Kubu Baru, kami melalui laluan jalan kampung sekitar Batang Kali dan Genting Highlands sebelum memasuki lebuh raya karak. Di laluan Genting Hinglands, hawa udaranya agak sedikit sejuk dan aku yakin dahulunya pasti jauh lebih dingin dari sekarang...Ini merupakan pertama kali aku melalui laluan Genting Hingland. Dari Batang Kali menuju ke Genting Hinglands jarak hanya sekitar 30 km dengan laluan mendaki bukit. Di laluan tersebut, aku melihat bangunan tinggi yang dibina betul2 di atas puncak bukit yang tinggi...Dan itulah tempat orang berjudi...Mungkin satu ketika, tempat hina akan runtuh kerana kejahatan dan keangkuhannya itu...
Kami sampai sana sekitar jam 6 petang. Sebelum mencari hotel penginapan, kami singgah terlebih dahulu ke kampung Orang Asli dari suku Che Wong bagi menguruskan perjalanan kami memasuki penempatan lain mereka di dalam hutan...Kampung ini terletak di kUALA Gandar...betul2 di kawasan pusat konservarsi gajah yang popular itu...sebelum ini aku pernah dengar pasal tempat konservarsi gajah ini..tapi dalam TV sahaja menerusi slot Majalah Tiga...
Kami tidur di Mentakab sebelum memulakan tugas pada esok harinya...Sebenarnya, sebelum ini kawan aku ini sudah beberapa kali ke perkampungan oRang Asli ini...tapi untuk ke kawasan perkampungan lain yang terletak jauh di pedalaman hutan itu, kawan ini gagal...sebabnya kenderaan Hilux pusat kami tidak mampu untuk ke sana...sebenarnya bukan tak mampu, tapi disebabkan pengalaman dalam bidang membawa kenderaan pacuan 4 roda di kawasan yang mencabar, makanya kawan itu gagal untuk ke sana...
Oleh itu, kali ini kami menggunakan khidmat kereta pacuan 4 roda milik orang tempatan bersama khidmatnya...
Nama orang itu adalah dengan gelar "yen". Kenderaan beliau jenis daihatsu rocky yang comel sekali reka bentuknya tapi gagah sekali di hutan..
Aku, MUz, yen, guru dan seorang asli yang namanya Jibun bergerak masuk ke penempatan dalam hutan.. Laluannya pada awalnya tidaklah sesukar mana...sebabnya tiada hujan turun, maka laluan tidak licin...Maka rocky kecil ini mudah sahaja bergerak...Cuma hampir di penghujung jalan, kami mengalami kesukaaran kerana terdapat sungai kecil yang perlu diseberangi...Jambatan sungai kecil itu pula sudah pun usang dan kayunya reput...Maka, kami terpaksa menebang pokok untuk dojadikan jambatan...Mujur Yen ini bawa chain saw...kami tebang pokok dan ambil sebatang kayu untuk dijadikan jambatan...Kira dalam ekspedisi kali ini, saat inilah yang mencabar...sebab nak seberang anak sungai itu dengan meniti pada jambatan kayu memerlukan kepakaran dan kemahiran membawa kenderaan pacuan 4 roda itu...
* Kerja membuat jambatan kayu
Yen sememangnya berpengalaman...sebabnya benda ini dah jadi hobi dia...jadi dalam hal ini, aku lihat riak wajah dia, terpancar bahawa situasi ini hanya hal mudah dan kecil sahaja pada pandangan beliau...
Kami sampai ke kawasan perkampungan orang asli Che wong itu sekitar dalam sejam perjalanan dari jalan besar...Kami ke kawasan kuburan...melihat kuburan mereka dan mengutip data berkenaan amalan pengkebumian kematian mereka...Kuburan yang kami jumpa adalah kuburan berbentuk busut sahaja...tapi rakan ku ini mengharapakan yang kami dapat menemui pengkebumian atas pokok...namun sayaangnya tak berjaya...
Setelah buat temuramah, dok lepak dalam rumah mereka, tengok kawasan perkampungan mereka, kami pun pulang...lagi satu rumah mereka ini unik...masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka...mereka masih mendirikan rumah tradisional mereka...dengan berbumbungkan atap cacoh...dindidng rumah mereka yang lebih unik kerana diperbuat daripada kulit kayu...kulit kayu kepong...manakala lantainya pula daripada belahan buluh dan rumah mereka bercirikan tiang kayu yang agak tinggi...
*Sembang2 dengan Orang Asal
Masyarakat di perkampungan ini masih lagi berburu dengan menggunakan sumpit dalam kadar yang kerap...masak dengan menggunakan kayu api di satu bahagian luas dalam rumah mereka...
Setelah data diperoleh, kami pun balik...ada satu hal yang merugikan aku sewaktu di sana...sebabnya aku tak dapat pun nak tengok pusat konsevarsi gajah kat kuala Gandah itu...aku tak pernah tengok pun sebelum ini...kawan aku tue pernahlah tengok sebab sebelum ini dia dah pernah datang...ah...rugi betol... kalau tak boleh lah naik gajah...mandikan gajah...takpelah...mungkin tak ada rezeki...
Lepak2 kat kampung diorang
aku suka sekitaran kawasan ini...hawanya dingin...suasanya aman dan tenteram...bersesuaian dengan lokasinya...kawasan hulu..maka suasana itu sangat indah dan menenangkan....asalnya kami mahu menginap di homestay yang terdapat di situ dan menikmati keindahan kampung itu, tapi bila mengenangkan harga dan suasana biliknya, kami tak jadi...sebabnya harga yang ditentukan adalah berdasarkan jumlah orang, dan hanya menyewa bilik dan bukan menyewa sebuah rumah...
Sebelum pulang ke hotel di Temerloh, kami sempat singgah dan bersolat di sebuah masjid lama yang terdapat di kampung ini...Nama masjid itu adalah Masjid Lama Bolok...Masjid ini didirkan oleh 6 saudara pada tahun sekitar 1930-an...Masjid ini didirikan dengan menggunakan kayu cengal...Terdapat kubah unik yang dipanggil sebagai "buah buton" dan juga ada yang memanggilnya dengan istilah 'Mahkota Atap". Namun begitu, masjid itu kini sudah tidak digunakan semenjak tahun 1963...Ianya kini hanya dijadikan harta khazanah warisan negara sahaja...Masjid ini telah dikonversasi oleh pihak Balai Seni Lukis Negara dengan bantuan dana dari pihak Jabatan Warisan negara...Yang uniknya, beduk masih dipelihara dan dikekalkan di masjid ini di kawasan tangga pintu masuknya...
*Masjid Lama Kampung Bolok, Lanchang, Semantan, Temerloh, Pahang
Di sana, sempat lah jugak aku jalan2 kat pasar malamnya...makan kat pasar malam tue...tengok kelakukan orang Pahang...satu benda yang aku tengok, cakap orang Pahang nie adA bunyi cakap orang Perak, ada bunyi cakap Orang Kelantan dan ada juga bunyi cakap Orang Terengganu...satu benda aku belajar adalah "Koi Orang Pahang" yakni yang bermaksud "sAYA oRANG pAHANG"...
Hari Rabu kami chow balik Penang menggunakan laluan yang sama sepertimana kami datang...dan tiba di Penang sekitar jam 7 malam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan