Selasa, 31 Julai 2012

Rangkuman Sikit Ramadhan




Hari Jumaat :

Bukak macam biasa kat masjid....

Solat Isyak dan sunat terawih kat masjid USM, tapi aku terpaksa jadi makmum masbuk sebab masa nak gi masjid, tengok2, kelambu kereta kena curi...hampeh btol...bulan posa pun nak mencuri ker...bukan syaitan bulan puasa tak ada ker...jadi syaaitan mana plak lah mencuri ek....

Sahur pulak hanya makan air teh o dengan biskut merry jer...


Hari Sabtu :

iKUT guru aku balik kampung kat Perak...berjumpa dengan guru pada guru aku...bukak posa makan sedap2 btol..mcm juadah ada..gulai tempoyak..sayur pecal..bubur lambuk (sebelum ini memang teringin nak makan bubur lambuk, alhamdullilah, mimpi jadi kenyataan) dan macam2 lagi lah...

Tapi tak tidur sana,...kui 12 lebih baru balik...sampai penang kui 4 pagi...penat lah jugak...


Hari Ahad :

x ada apa pun yang menarik...idup macam biasa jer lah...tidur sampai tengahari sebab ari minggu n bukak posa kat masjid...


Hari Isnin:

Masa ini...bukak posa paling sedap sekali kat masjid...sebab ada menteri datang...Menteri Pengajian Tinggi...Ada lauk udang, ayam, daging, sayur2, buah2 dan mcm2 lagilah...kalau tak, kat masjid usm itu asyik lauk daging jer...tapi masa pagi itu, aku dengar semua staff dan student usm seolah2 macam dipaksa hadir bukak posa kat masjid usm...dalam hati aku cuma berkata kecil jer

"kalau x ada menteri datang pun, mmg aku bukak posa kat masjidlah"....

Malam itu juga tengok bola Malaysia vs Man City...mALAM itu Malaysia main tak berapa cantik dan mantap...tak macam masa lawan Arsenal hari itu....apapun ok lah jugak...sekurang-kurang adalah juga jaringan yang dijaringkan oleh Azamuddin Akil....

Khamis, 26 Julai 2012

Surah Al-Kahf : 34 dan 39




Beza kata2 Orang sombong angkuh dgn orang merendah diri...

orang sombong angkuh :

Dan dia memiliki kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang beriman) ketika bercakap-cakap dengan dia, "Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat" (Al Kahf : 34)

Orang merendah diri:

Dan mengapa ketika engkau memasuki kebunmu tidak mengucapkan 'Masya Allah, la quwaata illa billah" (sungguh, atas kehendak Allah, semua ini terwujud), tidak ada kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, sekalipun engkau anggap harta dan keturunanku lebih sedikit daripadamu. (Al Kahf : 39)

Harimau Malaya VS Arsenal 2012


Ok...Pertamanya aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Harimau Malaya berikutan aksiyang dipersembahkan pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal tempoh hari ( 2 hari yang lampau). Dan sebab game ini juga, aku tak solat terawih berjemaah kat masjid USM...sebabnya solat terawih kat masjid USM, Pak Imamnya adalah Pak Arab yang mana meskipun hanya solat dalam 8 rakaat sahaja tetapi bacaan surahnya agak panjang dan lama. Lazimnya, solat terawih kat masjid USM ini hanya akan berakhir
sekitar jam 10.45 pm...Disebabkan game perlawanan Malaysia vs Arsenal bermula sekitar 9.45 pm, maka aku berkeputusan hanya solat di surau desasiswa. Cepat,pantas dan laju...Hahahaha...

Game malam itu memang menterujakan aku...meski kalah, tapi keseluruhan perlawanan, Malaysia telah menampilkan suatu aksi yang tak terjangkau dari jangkauan sangkaan aku...Lihat sahaja statistik perlawanan pada separuh masa pertama dimana Malaysia
memperoleh jumlah percubaan ke arah gol dengan jumlah yang lebih tinggi berbanding Arsenal.. Bahkan jumlah penguasaan bola juga adalah seimbang...Jadi di dalam hatiku berkata, "Malaysia main kena ini"...Setiap kali kamera mengalihkan lensanya, bola
pasti berada di kaki pemain Malaysia...wah...ajaib!!!...

Semua kawan2 aku sedia maklum, yang aku adalah penyokong Arsenal...Bahkan ada seorang dari rakan aku yang melabel aku sebagai "kelompok lalang2" kerna pada malam itu aku menyokong Malaysia...Telah berkali2 aku nyatakan pendirian aku sebelum ini pada rakan2 aku, aku tak pasti sama ada mereka ambil pusing ataupun tidak, bahawa apabila ada 2 situasi yang bertindih misalnya dalam soal ini yakni sama ada aku perlu menyokong 'Malaysia" atau menyokong "Arsenal", telah ku kataka bahawa aku tetap menyokong 'Malaysia". Bahkan aku hadir pada perlawanan itu dengan memakai jersi Malaysia... mAKA tidak ada isu untuk mengatakan aku ini "lalang"..sebab andai aku menyokong Arsenal pada perlawanan malam itu, jersi Arsenal lah yang aku pakai dan bukannya jersi Malaysia ngok!!!...



Jawapan aku pada orang2 macam ini mudah sahaja...

"Aku rasa syukur sebab dilahirkan dan duduk di Malaysia...Aku menikmati dan mengecapi banyak nikmat hidup di Malaysia..Dapat pelajaran/pendidikan dan yang penting dapat hak kewarganegaraan...Soalnya kini, jika kau menyokong Arsenal itu, adakah kau bisa diberikan layanan seumpama di Malaysia jika engkau berada di sana???...Jadi aku ni bukan pengkhianat negara yang lupa asal-usulnya...Asal tetap perlu dijunjung meski setinggi mana pun kita...Kalau lu rasa cara hidup dan negara luar itu lebih tinggi kelas tamadunnya, lebih baik lu jangan menumpang senang dan menumpang hirup udara ketenangan Malaysia...Lu pergi tempat negara atau kawasan yang kau sanjung...


Lagi satu, bila ada 2 situasi yang bertindih seumpama, tolong lah faham dan aplikasikan sikit definsi ilmu...Belajar tinggi2 tapi takkan tak leh nak faham definisi asas daripada istilah ilmu itu...Ilmu itu asasnya adalah untuk kita ketahui sesuatu perkara yang jauh lebih utama dan penting untuk kita lakukan pada saat dan ketika ini. Misalnya, aku nyatakan di sini, kerja itu adalah ibadah, dan solat juga adalah ibadah...Tapi bila azan berkemandang, pada saat itu, manakah ibadah yang jauh lebih utama untuk dilakukan??? Kerja atau solat??? Kalau kalian pilih "kerja", kalian bukanlah orang berilmu...bahkan jika kalian teruskan kerja sehingga tertinggal waktus solat, maka kerja kalian itu sudah tidak jatuh sebagai ibadah bahkan suatu yang mengundang kemurkaan Allah...Kerana itu setiap dari kita perlu fahamlah asas definisi dan tujuan ilmu itu...Aduyai..itu pun susah sangat nak faham ker...

Aku sokong Malaysia malam itu bukan sebab Malaysia main cantik,bahkan game2 sebelum ini sekalipun, meski Malaysia main macam gampang, aku tetap menyokong Malaysia walau dalam nada yang memaki-hamun...Tetapi dalam hati dan nyata, aku tetap sokong Malaysia...

.

*Meski kalah, kalian tetap menerujakan pada perlawanan malam itu....


Suatu pujian ingin aku hamburkan pada beberapa orang pemain terutamanya Gary Steven Robbat...Prospek besar Malaysia...Usia masih muda lagi...Diharap ada pihak luuar profesional yang sedari akan bakat beliau...Beri peluang untuk Gary timba ilmu dan
pengalaman di luar... Gary pada aku seorang midfielder yang tenang dan dapat mengawal dan menguasai bola di tengah padang. Dia tidak seperti tipikal midfielder Malaysia lain yang tak tahu apa yang dia nak buat bila bola di kaki..Sebab itu, pemain Malaysia kalau dapat bola, mesti terus "boomm" jer...tension aku...

Kedua adalah penjaga Malaysia, Farizal Marlias yang dapat menghalang beberapa percubaan pihak lawan...

Kepada Safee Sali, meski kau tidak menjaring, tapi kau juga menampilkan persembahan yang menyakinkan dengan gaya gelecakkan yang dapat memperdaya pemain Arsenal...Paling kurang tidak pun, pemain Malaysia boleh "ole" pemain EPL wey...

Yang agak mengecewakan aku adalah Azamuddin Akil atau juga dikenali sebagai 'Alex". Beliau tidak banyak membantu dalam perlawanan tersebut dan cuma ada sekali sahaja percubaan ke arah pintu gol...dan perkara yang aku tak suka apabila beliau
menjatuhkan badannya pabila ada sentuhan daripada pemain aRsenal ke atas beliau,yang mana bukan sebab dia jatuh itu yang aku marah tapi sebab dia tak bangkit dan bangun balik selepas kejatuhan itulah yang sebenarnya buat aku marah...

Oh ya...tak lupa juga kepada Kunalan...terima kasih atas larian dan kerajinan mu Kunalan...kau adalah pemain yang sangat aku minati awal-awal lagi berbanding dengan pemain lain yang kadangkala berlagak macam superstar...

Apapun...aku ucapkan tahniah dan syabas buat skuad kendalian K.Rajagobal...

"Dirgahayu Malaysiaku"...


p/s: 2 hari lepas, masa aku berjalan kaki balik dari kerja, tetiba ada pasangan suami isteri yang tanpa disangka-sangka menghadiahkan aku 2 bungkus air soya..tapi aku tak minum pun..maaf...tadi malam, Jailani Ahmad tumpangkan aku LAGI dengan
kereta dia..tapi bukan masa pergi terawih...kali ini masa balik solat terawih dari masjid USM....Thankz ya Jailani Ahmad...Rupa-rupanya dia ini daripada Sudan...selain belajar, dia turut bertugas sebagai staff akdemik kat school social
sains...Dan terima kasih juga atas jemputan berbuka posa (iftar) bersama yang dipelawa beliau bersama rakan-rakannya...Sebelum ini, Pak Arab yang biliknya berjejeran dengan bilik aku ada jemput aku iftar sekali bersama mereka...tapi
aku tak gi...InsyaAllah ada masa yang sesuai lain kali,aku akan hadir beriftar bersama kalian ya.....

Selasa, 24 Julai 2012

InsyaAllah






Kenapa yer bila kita jawab pertanyaan seseorang dengan jawapan seperti ini yakni "InsyaAllah"...maka orang itu akan menjadi tidak yakin dengan kita...Misalnya jika seseorang itu meminta kita membuat suatu pekerjaan, kemudian, kita membalas
pertanyaan permintaan itu dengan istilah kata "InsyaAllah", maka sesetengah orang itu akan kata :

"serius sikit boleh tak",

"orang cakap betul2 lah",

"jangan main-mainlah"...


Jadi kepada individu-individu yang suka memandang bahawa istilah 'InsyaAllah" itu hanya sekadar suatu jawapan balas untuk menyedapkan hati atau hanya jawapan kosong yang tidak menyakinkan...maka adaalah baiknya kalian membaca surah Al-Kahf ayat 23-24,bacalah beserta tafsirnya sekali agar kalian mengetahui makna ayat AL-QURAN tersebut...

Aku selitkan maksud ayat 23-24 daripada surah Al-Kahf:

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, : "Aku pasti melakukan itu besok pagi". Kecuali (dengan mengatakan), "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhan-mu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhan-ku akan memberikan petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannyA) daripada ini".

Dari segi asbabul nuzul (sebab2 turunya ayat ini), menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ash-habul kahf (penghuni gua), dan kisah Dzulkarnain, lalu Nabi SAW menjawab, "datanglah besok pagi
kepadaku agar aku ceritakan kepadamu". Dan Nabi SAW tidak mengucapkan "InsyaAllah". Tapi rupanya sampai esok harinya, wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi SAW tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 ini, sebagai pelajaran kepada Nabi SAW; Allah meningatkan pula bilamana Nabi SAW lupa menyebut "InsyaAllah" haruslah segera menyebutkannya kemudian.

Justeru itu, setiap kata perlulah didahului, dengan lafaz 'InsyaAllah"...Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah...Nak angkat tangan atau nak sedut nafas pun perlu berkehendak akan keizinan Allah...Jangan rasa semua yang berlaku ini adalah dengan kudrat kita....Apatah lagi bercakap dengan gaya lagak umpama Tuhan yang kononnya mampu untuk mengawal dan menentukan nasib hidup hayat manusia lain...hey kawan...Malaikat Izrail sekalipun, nak cabut nyawa orang perlu izin dan kehendak dari Allah meski itu tugas dia...Kalau Allah tak izin, tak jadik...
Astagfirulallahalazim....

Bertelefon dengan rakan asli




Hari ini Pusat Islam @ MAsjid USM menjamu juadah berbuka posa dengan menu yang agak enak...Menunya adalah nasi tomato + air asam boi...Hari ini aku datang dengan kadar yang agak awal...Puncanya, sebab semalam aku datang agak lewat, maka sebagai kesan
akibatnya, aku hanya dapat berbuka posa dengan nasi putih bersama kuah kari sahaja tanpa seketul daging ayam disertakan bersama 3 biji kurma yang aku jadikan sebagai lauk...Namun, syukur Alhamdullilah...Paling kurang tidak pun, dapat juga berbuka puasa kerna masih lagi terdapat saudara2 seIslam kita yang kesempitan yang hanya berbuka denga juadah yang begitu sangat ala kadar...

Sebelum pergi terawih, aku telefon sahabat aku yang merupakan orang daripada suku asli Seletar...Sahaja tanya khabar...dah lama tak berhubung...Gayanya masih mesra seperti dahulu...Tapi ada hal yang sangat merugikan aku yang mana ia berkait dengan
kajian aku...Rupa-rupanya pada bulan Jun yang lampau, terdapat salah seorang masyarakat Orang Seletar yang meninggal dunia...dan hal ini tidak aku ketahui...aku pun silap juga sebab dah lama tak berhubung dengan diorang, jadi tak delahnya
diorang nak inform kan aku mengenai hal ini...aduh rugi...aku tak dapat buat liputan berkenaan soal pengurusan kematian dan pengkebumian masyarakat pribumi ini...tension betul aku...bukan selalu dapat peluang besar untuk buat liputan berkait soal kematian ini...


soal pengkebumian merupakan salah satu isi yang sangat besar bagi seorang ahli etnografi....kerna hal ini adalah sangat jarang berlaku dan bukan sebarangan orang yang dibenarkan membuat kajian dan liputan berkenaannya...kerana ia
menyentuh soal kepercayaan dan pantang-larang sesuatu masyarakat pribumi itu sendiri...jadi natijahnya, sehingga kini pun aku masih lagi memaki-hamun diri sendiri, kerna terlepas peluang yang sangat begitu besar sekali....takpelah...moga di kali yang lain aku tak kelepasan hal2 yang semacam ini...Moga-moga...


sabar...sabar...sabar...


berkawan dengan orang asli ini seronok...sebaab dapat belajar macam2 cara...macam2 budaya...unik sekali...lebih-lebih lagi soal kepercayaan dan pantang-larang dalam kehidupan mereka..pantang-larang atau juga dikenali sebagai "taboo" merupakan suatu
hal yang begitu sinonim dalam masyarakat yang terdapat dalam lingkungan austronesia...bahkan istilah "taboo" itu sendiri dari segi etmiloginya juga adalah dipercayai berasal daripada kepulauan austronesia yang mana istilah ini buat pertama kalinya ditemui oleh Kapten James Cook yang merupakan pelayar awal Inggeris yang mengunjungi kawasan di sekitar kepulauan Polinesia...



* Kawan asli gua...sebelah gua itu naamanya Nomi...terer main bola dan menyelam di laut...budak comel itu plk namanya Tiara...geram btol tengok pipi dia...Thankz kawan2 terutamanya hairul dan isterinya sebab selama sebulan aku kat sana, korang bagi aku tumpang rumah korang...

Takpelah...nak buat macam mana dah x ada rezeki kan...sabar jelah....aduh..hati ku resah betul lah sebab terlepas benda penting macam ini...

arrrrrrrr....tension.........


Sebenarnya, generasi Melayu sekarang sangat memandang rendah pada masyarakat Orang Asli..sedangkan dari banyak segi, Melayu dan masyarakat asli (istilah Orang Asli hanyalah merupakan istilah baru yang dicipta pihak pentadbir untuk memudahkan
pengurusan pntadbiran ke atas masyarakat mundur) mempunyai hubungan yang sangat akrab bahkan hubungan ini tercetus dari sudut DNA juga...


Awal tahun hari itu, aku menghadiri suatu seminar di PWTC berkait soal asal-usul Melayu...dan salah satu isinya adalah mengatakan bahawa masyarakat orang Asli mempunyai hubungan DNA dengan masyarakatM Melayu...dan kita seharunsya perlu
menerima hakikat ini...



* Bersaama rakan seminar (Ratna) di Persidangan Antarabangsa AsAl-Usul Melayu di PWTC

Sekiranya kita mahu mengetahui apakah cara hiodup datuk nenek moyang kita sebelum kedatangan Islam, maka lihatlah kehidupan mereka kerana pada mereka adalah suatu warisan budaya yang pernah diamalkan oleh nenek-moyang suatu ketika dahulu...

Definisi Melayu yang diberikan oleh UNESCO atau yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk pendefinisian yang sempit yang mana hanya melihat bahawa Melayu itu perlulah beragama Islam...

Pendefinisian yang semacam ini tidak melihat kajian yang meluas sama ada dari sudut linguistik, budaya malahan saintifik DNA...

Sebenarnya Melayu dan orang asli terutamanya dari kelas Proto-Melayu, adalah seumpama hubungan adik-abang...Ini dapat dikesan dariapda cerita tradisi oral masyarakat Orang Asli yang mana dalam cerita tersebut menggambarkan bagaiaman dahulunya ada hubungan yang akrab antara kedua masyarakat ini....

Jadi, masyarakat melayu yang kononnya terkehadapan dengan hujah bahawa merka pergi ke sekolah dan tinggal di ruang lingkup arus pemodenan kemajuan, tak perlu sangat nak sombong dan berlagak sangat sehingga memadnang masyarakat lain sebagai
masyarakat jumud dan tak bertamadun!!!!....


p/s terima kasih kepada pak arab berkulit gelap yang bernama Jailani Ahmad kerna sudi menumpangkan daku untuk pergi solat tarawih...Jazakallah sahabti...

Isnin, 23 Julai 2012

Renung2 kan lah


"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung" (Surah Al-Isra: 37)

Rahsia zikir dari sudut sains







Ahad, 22 Julai 2012

Fadhilat Ramadhan 1



Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulluallah SAW bersabda "terdapat 3 orang yang mana doa2 mereka tidak ditolak, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa, imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada orang yang dizalimi kerana doanya diangkat melebihi awan dan terbukalah pintu2 langit, dan Allah berfirman Daku bersumpah dengan kemuliaanKu, sesungguhnya Daku akan membantu kamu walaupun pada suatu masa nanti"....

Ramadhan di USM 1433H

Alhamdullilah...Hari ini hari ke-2, kita semua berpuasa...Sepertimasa bulan-bulan puasa yang lampau, aku berbuka puasa di Pusat Islam...Dah 3 tahun, aku bukak posa di Masjid USM...Tahun ini agak kurang meriah sikit, sebab banyak student tak sambut
puasa kat sini sebab cuti semester dah bermula...Pak Arab pun x ada yang bagi nasib arab free...


Walaupun macam itu, alhamdullilah tradisi bukak posa kat Pusat Islam masih lagi kami teruskan...meski ada beberapa dari kalangan kami yang sudah tiada disini, namun kekosongan itu dipenuhi pula oleh kehadiran muka baru seperti Faiz dan Azrin....

Biasanya dalam sekitar jam 7, kami semua dah standby amik nasi ngn lauk beserta air...Kemudian itu, dok lepak amik port kat port biasa yang kami duduk sejak 2 ramadan yang lalu, iaitu di kaki lima Tadika Pusat Islam...



* iNILah port kami berbuka puasa kat Masjid USM...

Sementara nak tggu azan berkumandang yang menandakan masuknya waktu berbuka posa, maka kami isi masa itu dengan berbual tentang kisah2 ramadan masa lalu...

Rupa-rupanya, semua peristiwa yang berlaku atas diri setiap orang adalah cukup pantas berlaku...

Misalnya, Nik dah setahun kerja kat cosmopoint...Karim dan setahun convo....Ramadan yang 2 tahun lampau, abang Khairi lepak bukak posa ngn kami kat sini....Man Pendang dah tak bukak posa ngn kami sebab dah ada bini skang nie...Mirul pun dah blah...Ah...macam2 lagi laH...

Apapun, masa memang pantas betul berlalu....

Malam plak, alhamdullilah, dapat Terawih kat Pusat Islam USM...Harap2 ini benda ini dapat istiqamah buat...bukan setakat awal2 bulan jer...moga2 Allah beri kekuatan untuk buat terawih sepanjang Ramadan ini....

Sabtu, 21 Julai 2012







Hari ini kita semua sambut Ramadhan...Kalau hari Jumaat itu penghulu segala hari (saidil yaum), maka Ramadhan adalah penghulu segala bulan (saidil suhur)...Terdapat banyak fadhilat di dalam bulan Ramadhan...Jadi sama-samalah kita rebut dan dapatkannya....

Aku mula berpuasa semenjak umur aku 7 tahun yakni masa darjah 1 sekolah rendah (masa umur 6 tahun pun dah posa tapi posa sekerat hari sahja)...Kenapa aku bepuasa masa itu???...Aku rasa sebab aku tengok kawan2 dan sepupu2 yang seusia dengan aku
dah mula berpuasa jadi aku rasa aku pun patut kena berpuasa...Lagi pula aku ni jenis tak boleh kalah dalam bab2 yang berkaitan dengan ketahanan diri ini...Kalau tak salah aku lah, aku masa itu dapat puasa sekadar 25 hari sahaja...Itupun masih
ada ngelat2 nya jugak...Waktu solat zuhur kat sekolah masa itu, kalau rasa haus, aku pura2 buat terminum air wuduk...Rasanya, mak aih, nikmat juga...

Yang seronoknya, bila berpuasa masa itu, sebelum waktu berbuka, ibu aku akan bagi duit RM 1 pada aku untuk aku beli apa sahaja makanan atau minuman (kami panggil jajan) sebagai ganjaran kerana berpuasa...RM 1, masa itu pada aku orang yang tak
berada nie, sangatlah besar jumlahnya kawan....kadang2, harga jajan yang aku nak beli itu adakalanya, lebih dariapda RM1, jadi terpaksalah aku tahan 1 hari daripada gunakan duit itu, supaya pada hari berikutnya, aku dapat beli jajan yang mahal itu...

Antara jenis jajan yang aku suka masa itu adalah, aiskrim conetto, air tin, air berperisa dalam bekas berbentuk beruang dll...Lazimnya aku beli jajan nie kat Kedai Runcit Saari jer....

Setiap pagi ibu aku akan kejutkan aku sahur....sebelum nak tido balik lepas sahur tue, ibu aku mesti bagi minum air suam dulu dan kemudiannya, ajarkan aku baca niat posa....

Waktu puasa masa itu, waktu yang paling tensen adalah masa waktu nak tunggu bukak posa...Dia punya lama, mak ai..menyeksakan jiwa betul...rasa makin lama plk...asyik dok tengok jam jer...bila lah nak buka kan...

Bila azannya jer berkumadang, benda yang paling utama aku sebat dulu, mesti air punya....biasa aku suka minum air kelapa atau air tebu...

Satu benda yang fikir masa posa zaman kecik2 dulu, aku rasa lepas bukak posa dan solat maghrib, lepas itu mesti kena posa...maksudnya puasa sebelah malam...masa itu aku jenis bukan yang suka bertanya pada orang dewasa...cuma suka ikut-ikut
perbuatan orang dewasa...jadi aku rasa matilah macam nie...siang kena puasa..malam pun takkan kena puasa gak...pemikiran ini juga mungkin disebabkan pada masa kecik dulu, yakni masa sekolah dulu, aku pernah dengar ustaz cakap, umat nabi terdahulu,
kalau puasa, puasanya siang dan malam...jadi aku rasa, aku pun kena puasa siang dan malam jugaklah...tapi nasib baik, rupa-rupanya puasa hanya sebelah siang...sebelah malam pula, kita perlu bertarawih..


p/s Hari ini ibu aku masak apalah untuk berbuka puasa yer???...si dia pula macam mana lah pula...mesti makan sedap2 kan sebab bukak puasa ngn family dia...

Rabu, 18 Julai 2012

Cerita Tentang Tangkak, Sagil dan Ledang



Awal bulan Julai baru ini, aku bersama geng etno aku ada kerja luar di Johor. Tempatnya di Gunung Ledang. Ya. Siapa yang tidak mengetahu akan Gunung Ledang. Suatu tempat yang bukan sahaja menyimpan pelbagai macam cerita sejarah tapi juga tempat yang tidak putus-putus dengan pelbagai rupa cerita yang berbaur mistik. Tujuan kami ke sana adalah untuk membantu pihak Jabatan Taman Negara Johor dalam memperlengkapkan data-data untuk dihias dan dipamer pada sudut ruang galeri baru mereka.

Fokusnya adalah berhubung dengan soal sejarah dan pensejarahan Gunung Ledang selain hubung-kait masyarakat pribumi setempat dengan Gunung Ledang tersebut.Maka dengan itu,tugas awal kami buat masa ini adalah menjalankan sesi temuramah dengan para penduduk kampung masyarakat Orang Asli dari suku kaum Temuan yang terdapat di sekitar kaki bukit Gunung Ledang. Terdapat 3 buah penempatan masyarakat Orang
Temuan di sini.

Dan yang agak menarik perhatian dimana, tradisi oral berkenaan Gunung Ledang masih lagi dipegang dan diingati dengan kuat oleh kebanyakan para penduduk. Yang lagi menarik, golongan mudanya pabila ditanya berkenaan sejarah dan histografi kaum,mereka tanpa sebarang rasa ragu-ragu dapat menceritakan dengan gaya yang cukup menyakinkan. Suatu perkara yang sangat membanggakan dari sudut pandangan saya kerana masih lagi terdapat golongan anak muda yang sangat mengambil berat
dan mengambil peduli berkenaan perihal kaum mereka.


Tidak seperti kebanyakan anak muda bangsa Melayu kini, yang mana sangat begitu mengagung-agungkan cara hidup barat sehingga melihat gaya hidup barat itu suatu yang indah,yang terkehadapan,yang nampak bertamadun. Ah, yang paling mengarut sekali, adakalanya terdapat golongan anak muda yang kononnya memakai label baju seolah penegak survival bangsa Melayu sedangkan dari apa yang terpapar tidaklah seperti apa yang dicanang-canangkan. Bahkan yang lebih mengarut dan merepek lagi, apa yang dicanang-canangkan itu juga adalah suatu yang sangat mengarut dan merepek kerana ia tidaklah sepertimana yang terkandung dalam histografi sifat-sifat asas tamadun Melayu yang pernah berlangsung pada masa lalu. Malahan, apa yang terpapar adakalanya bertentangan dengan sifat asas Islam dan Melayu itu sendirinya sehingga
akhirnya memalukan nilai nama istilah Melayu itu. Aku cadangkan agar mereka membaca dan menghayati terlebih dahulu kitab-kitab tradisional Melayu lama seperti Sulaltus-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat-AlNafis, Hikayat Siak, Bustanus Salatin,Misa Melayu dll.


Ah...terlalut jauh pula....

Berbalik kepada cerita Gunung Ledang tadi...Gunung Ledang turut ada disebut dalam sumber Yahudi yang menggelarnya sebagai Mount Ophir...Manakala sumber Cina pula memanggil gunung ini sebagai "Gunung Emas".


Menurut masyarakat pribumi disini, Gunung Ledang nilainya sudah tidak seperti dahulu...Maksud nilai disini,bukan lah nilai dari sudut ekonomi,atau nilai dari sudut materialistik. Nilai ekonomi atau nilai materialistik sudah pastinya sentiasa
terbuka lapang dan luas di Gunung Ledang ini. Tapi nilai yang dimaksudkan mereka disini adalah nilai semulajadi dan keasliannya dimana arus pemodenan zaman dan kerakusan bangsa manusia telah menodai dan meragut nilai-nilai itu dari hati dan
jantung Gunung Ledang. Sehingga kawasan yang dahulunya sunyi,sepi,damai,aman,tenang kini dikotori dengan pelbagai noda dosa manusia yang tidak bertanggungjawab.....



*Kedai kain baju dan langsir yang terdapat di Tangkak


Gunung Ledang ini letaknya di Tangkak. Salah satu tarikan Tangkak adalah penjualan kain-kain sama ada kain sutera, satin,cotton dan pelbagai lagi dalam kadar harga yang bolehlah dikatakan juga agak murah. Aku sempat membelek2 kain yang dijual dan akhirnya aku pilih kain cotton berbunga-bunga kecil. Memang dah lama aku cari kain jenis ini sebab teringin sangat nak tengok si dia memakai baju berjenis itu.


p/s ; Sepanjang seminggu aku disana, aku pulun makan lontong je lah masa sarapan pagi ditambah dengan kuah kari kambing...Peh..sedap gila wey...Tak caya..Pi lah cari warung sarapan pagi ni kat Kampung Parit Sagil 3...Memang tak mengecewakanlah...